KISAH SERAM ANAK PATUNG MISTERI DI LCCT
KISAH SERAM ANAK PATUNG MISTERI DI LCCT. Sebab dah lama sangat tak berseram serik di blog lekatlekit.com ni maka malam ni anda akan di hiburkan dengan sebuah kisah seram yang mungkin menghantui anda tiap kali nak flight dengan air asia. erkk.. apa salah air asia pulak kan? Takde la kisah ni dia guna khidmat penerbangan tambang murah Air Asia untuk ke sarawak. Elok la sapa2 nak ke sarawak time ni la korang flight dengan Air Asia di jamin tak di hantui dengan kejadian mistik tapi anda akan tersenyum riang kerana.. tengok sendiri kat sini >> Ini Sebab Anda Perlu Ke Sarawak Sekarang <<Berbalik pada kisah seram pasal anak patung ni.. Katanya sipolan ni nak flight ke sarawak naik air asia punya kapal terbang. So naik kat LCCT la masa tu.. sebab cerita ni tahun 2008 punya version. Kira ni kisah nostalgia seram semusim yang lalu la bukan cerita fresh from oven sangat. Flight dalam pukul 7 macam tu.. Masa dia jalan nak naik fligt dia terperasan ada satu anak patung.. Tapi dia takde la fikir anak patung tu bakal menghantui hidup dia. Dia anggap mungkin anak sapa2 tercicir menda alah tu. So, takde la dia beriya sangat nak fikir pasal anak patung tu.
Sesampai dia sarawak.. masa kat terminal tengah tunggu orang pick up dia. Dia tunggu kat tempat pick up passenger tu. Sekali lagi dia ternampak anak patung yang sama dia nampak kat LCCT sebelum flight tadi kat tepi jalan. Time tu baru dia mula rasa pelik.. Amboi sampai sarawak tercicir patung yang sama. Kau jangan buat lawak seram sangat la kan.. Tadi masa dia mula2 duduk memang tak ada sesiapa atau apa2 spesis anak patung. Tup.. tup mana muncul anak patung yang dia nampak kat LCCT kat situ. Bohong la kata berani tahap uncle seekers.. Sesapa pun akan mula cuak. Bila kawan dia sampai, naik kereta dia tengok anak patung tu dah tak ada... Ahh.. sudah. Dia main aucak macam iklan chipsmore pulak. Sekejab ada sekejab takde. Tapi dia cuba fikir positif.. Mungkin ada orang dah ambil anak patung tu. So, kemisterian yang berlaku dia anggap dah berakhir sampai disitu je.
Tapi.. Misteri anak patung tu macam tak puas hati je nak momokkan dia. Malam pulak.. masa dia nak flight balik ke KL. Dalam pukul 11 macam tu.Sebab flight delay..maka pukul 12 lebih baru berlepas. Dah la delay masa nak berlepas.. Nak landing pun ada masalah pulak. tak boleh landing sebab cuaca buruk & terpaksa la bersiar siar di atas awan sampai pukul 2 baru dapat landing. Lepas dah landing.. dia biar la orang lain turun dulu. Berebut pun buat apa ye dak? takde.. lambat pintu tutup tak boleh keluar. Kira dia orang paling last turun. Masa lepas turun dari kapal terbang tetiba je dia teringat kat anak patung tu so dia nak cerita la dengan adik dia.. tetiba dia nampak seorang budak depan dia bawa beg yang terbuka & anak patung yang dia nampak sebelum ni terjatuh. Dia pun jerit kat budak tu nak bagitau anak patung dia terjatuh sambil dia tunduk nak tolong kutip anak patung tu.. Disitulah terbongkar segala misteri tentang anak patung tersebut bila dia nampak kaki budak tu tak jejak di tanah.. Kau fikir, siapakah budak tu? maaf bukan anak David Copperfield hokay yang boleh buat magic terapung di udara.. Pepaham sajalah.. siapa gerangan budak tersebut.
Dia terkaku dalam keadaan tangan dia ke depan seolah2 nak menghulurkan sesuatu.. agak lama dia terkaku sampai adik dia tegur baru dia sedar. Lepas sedar dia tanya adik dia ada nampak apa2 tak.. Adik dia cuma cakap.. masa tengah sembang2 dengan abang dia tetiba abang dia berhenti & terbongkok macam nak ambil something so dia biar & jalan dulu. tapi tak sangka abang dia stuck kat situ..
tak habis kat situ jer.. Masa tunggu nak ambil beg sekali lagi anak patung tu munculkan diri. Sebab dia dah tahu anak patung tu ada sesuatu seram di sebaliknya dia mula cuak. Cepat2 dia capai beg & berlari keluar dari situ. Esok tu biasa la.. Demam. -sumber akustressgiler -
amboi kemain hantu anak patung tu menyakat kan.. Dari LCCT sampai ke sarawak lepas tu sampai balik ke LCCT semula. tak bagi peluang langsung tu. Sampai ke episod terakhir dia kacau. Gamaknya ada lagi tak anak patung berhantu tu.. Kalau nak tau try la ambil flight ke Sarawak. Elok la sekarang korang flight ke sarawak sebabnya.. sama macam link kat atas >> Ini Sebab Anda Perlu Ke Sarawak Sekarang <<