Showing posts with label my family. Show all posts

KEAJAIBAN MENGANDUNG

Pengalaman pertama adalah satu proses pembelajaran & pengalaman yang sangat berguna & bermakna dalam hidup siapa2 pun. Macam tu jugak dengan sang lekit. Pengalaman pertama mengandung bagi sang lekit bukan setakat pengalaman yang sangat istimewa malah satu keajaiban.


Keajaiban yang pertama bagi sang lekit bila merasakan satu nyawa dalam perut yang sedang membesar bergerak - gerak. Tu masa kandungan sang lekit cecah 4 bulan. Sang lekit agak risau masa tu.. sebab baby dalam perut aktif bergerak. Yang lucunya sang lekit risau dia bergerak sebab tak selesa. Mungkin perut sang lekit kecil & tak cukup ruang untuk baby. Tapi atas rujukan mereka2 yang lebih berpengalaman, Risau tu hilang.

Keajaiban kedua.. Sang lekit yang dulunya sangat takut pada jarum suntikan. Rela tahan sakit dari pergi hospital atau klinik kecuali memang dah takde pilihan lain. Kalau dulu zaman sekolah, asal time kena suntik jer.. Mesti lari menyorok. Dari sekolah rendah sampai la menengah. Sampai nak periksa gigi pun sang lekit sanggup menyorok belakang bengkel Kemahiran hidup kat sekolah. Tapi kantoi jugak. Tu baru nak check gigi.. belum cabut gigi. Tapi bila di sahkan mengandung.. Pada awalnya memang Sang Lekit takut sangat. Masa kandungan 1 bulan.. kali pertama check up tu sampai turn nak ambil darah sang lekit ajak hubby balik. Sehingga la kandungan cecah 4 bulan baru sang lekit pergi klinik & check up. Kumpul juga kekuatan bila fikir baby dalam perut. Beranikan diri demi anak bukan sebab diri sendiri lagi.


SETAHUN SUDAH

Diam tak diam.. pejam celik.. duduk, bangun, baring dah setahun rupanya. Setahun apa tu?? Setahun jagung ker?? Oh.. bukan..

Hari ni 28 April 2011 genap setahun Sang Lekit bergelar isteri kepada en hubby. Hari ni merupakan hari ulangtahun pertama perkahwinan kami. Rasa sekejab jer.. zaman bujang, zaman gadis, zaman anak dara, zaman gedik - gedik tu berlalu. Alhamdulillah jodoh kami masih di panjangkan sehingga hari ni & moga ia berkekalan hingga ke akhir hayat.

Setahun lalu...
Dalam melayari alam rumahtangga selama setahun ni.. di akui tidak hanya yang manis - manis jer datang menyenguk. Seperti suami isteri yang lain, dugaan & ujian dalam rumahtangga tu tetap ada. Berkat sabar & cuba memperbaiki kelemahan masing - masing alhamdulillah ia masih mampu bertahan sehingga hari ni.

Setahun kemudian..
 
Genap setahun usia perkahwinan kami, maka genap jugak la setahun pemergian arwah ayah pada 24 april 2011 yang lalu. Kehilangan Ayah masih Sang Lekit rasai sampai hari ni. Rindu & kasih sayang pada arwah ayah takkan mungkin terpadam buat selama - lamanya kerana dia ku panggil Ayah. Biarpun Arwah tidak sempat meraikan hari bahagia Sang Lekit, Saya redha. Terima akan ketentuan Tuhan. Moga Ayah tenang di sana. Moga Ayah di tempatkan di kalangan orang - orang yang beriman. Al -Fatihah buat Ayah...

Gambar terakhir arwah ayah & mak di bukit tinggi

Pada suami tercinta.. ketahuilah di hati ini kamu yang pertama. Tak pernah terdetik di hati nama insan lain akan bertakhta. Baik buruk, kurang & lebih kita cuma manusia. menerima seadanya & cuba menjadi yang terbaik untuk diri masing - masing. Moga kasih sayang kita akan sentiasa utuh & bertambah erat dengan kehadiran anugerah Ilahi kepada kita tak lama lagi. Insyaallah..

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com