RUPANYA INI SEBAB TART TELUR NI DI IKTIRAF TERBAIK DI DUNIA
RUPANYA INI SEBAB TART TELUR NI DI IKTIRAF TERBAIK DI DUNIA. Ada sesapa kat sini suka makan kuih tart telur.. Erkk.. aku tak sure la aku pernah makan atau tak tart telur ni. Kalau tart nenas tu pernah la. Almaklum la faktor usia semua jadi lupa. Dan memang aku jenis pelupa dari muda kot. Nak2 sekarang semakin muda remaja.. ingatan seolah2 baru kena format balik je. Hilang habis data data yang pernah tersimpan. hahahahaTak penting pun korang tahu aku pernah makan ke tidak tart nenas ni yang penting untuk korang tahu mana nak dapat tart telur terbaik di dunia. Dunia beb! bukan peringkat kampung.. daerah atau negeri, hokay! Nak sampai level terbaik di dunia ni bukan senang. Kena satu dunia datang merasa dulu.. Kalau semua yang datang dari berbagai negara seluruh dunia makan tart tu & cakap sedap baru layak di gelar paling terbaik di dunia.
Kuih tart ni kita sedia maklum makanan tradisi orang cina.. So jangan bangsa lain claim sebagai makanan tradisi depa. Tapi apa bangsa, agama & warganegara pun boleh makan kuih tart telur selagi bahan & cara pembuatannya halal.
Tart terbaik di dunia hanya boleh dapat kat sini >> Nak tau kenapa Tart Telur Ni Di Katakan Terbaik Di Dunia, Meh Tengok kalau nak tahu kat mana << Alkisahnya gitu rupanya. Tapi rasa was was jugak ni nak makan. Kalau korang rasa was was tak?
Apapun.. terbaik di dunia belum tentu terbaik untuk semua orang nak2 kita yang muslim ni. Nak makan apapun kena double confirm status halal. Kadang2 non muslim ni kurang faham.. asal tak letak babi dorang rasa dah halal untuk orang muslim makan. Kita tak boleh salahkan mereka sebab mereka tak faham tapi kita kena fahamkan mereka apa yang menjadikan sesuatu tu haram di makan oleh orang muslim. Bukan setakat bahan yang di gunakan, peralatan yang di gunakan juga jadi penentu makanan tu halal atau haram di makan.