AWAS! ANDA MUNGKIN JADI MANGSA FESYEN WALAU TAK SUKA BERFESYEN
AWAS! ANDA MUNGKIN JADI MANGSA FESYEN WALAU TAK SUKA BERFESYEN. Dulu zaman rumaja masa masih sekolah.. Ada spesis budak2 ni suka sangat bergaya dengan headphone. Nampak ranggi katanya even headphone memang sekadar untuk bergaya padahal takde pun walkman ke discman ke dia bawak. Semata mata headphone untuk di jadikan sebagai pelengkap gaya. Zaman tu mana ada smartphone lagi.. ada la enpon tapi zaman 3310,butterfly bagai.Bila fikir kelakar jugak la kan.. Tapi serius masa tu aku pun nampak wah.. memang trendy, style,mutu & keunggulan sangat. Almaklum la budak budak katakan. Apa saja yang jadi trend cantik di mata dia. Zaman sekarang pun nampak headphone bukan berfungsi untuk mendengar music pada gadget malah di jadikan sesuatu sebagai pelengkap gaya. Orang panggil apa tu.. OOTD katanya. Almaklum la dah masuk zon makcik makcik ni.. bukan reti sangat OOTD bagai hahaha
Tapi awas kadang2 tersalah pakai aksesori even nampak kecil & simple je boleh buat gaya kita nampak pelik & macam tak kena gaya. Walau niat kita bukan nak bergaya pun sekadar melengkapi keperluan diri bila berada di luar. Silap pakai jam pun boleh nampak gaya kita jadi pelik apatah lagi silap pakai aksesori lain. Jangan pelik gadget2 kita pun boleh buat penampilan kita jadi cacat kalau tak kena gaya. Kalau dah jadi mangsa dengan fesyen ni serius bukan setakat tak cantik malah nampak kelakar & buruk. Nak nampak style pun bukan main letak je kat badan..
Moral of the story.. Bukan orang yang suka berfesyen je boleh jadi mangsa fesyen kadang orang yang tak suka berfesyen pun boleh nampak macam mangsa fesyen sebab setiap apa yang kita pakai tu tetap di namakan fashion walau tak up to date. Jadi penting sangat kita tahu cara nak gayakan sesuatu atau nak padankan sesuatu di badan kita.