Showing posts with label rupa. Show all posts

KESIAN.. WAJAH LARA ALANA MENJADI KONTROVERSI LAGI

KESIAN.. WAJAH LARA ALANA MENJADI KONTROVERSI LAGI. Dari sejak lahir anak kepada selebriti terkenal Scha Al yahya & awal shaari ni tak habis habis menjadi kontroversi walaupun budak tu bukan paham pebenda pun lagi. memang sejak lahir wajah Lara Alana selalu jadi kontroversi. Tak tau la pasai pa orang asyik mempertikaikan wajah dia. Bagi aku Rupa Lara Alana tu memang Mix mak bapak dia. Ada sikit Scha & ada part macam Awal. So terhasilah Lara Alana..

Happy Birthday Lara Alana Yang ke 3

Sejak semalam entri yang aku pernah tulis pasal lara Alana yang di katakan nitezen mempunyai ciri autisme... Naik mencanak rating dia. Tertengok juga la perkembangan terbaru Lara, Alhamdulillah sekarang nampak ok. Dah ada komunikasi 2 hala. Speaking london la.. Melayu tak dengar lagi. Takde la nampak kelainan sangat. Tapi sebab aku cuma tengok dari short video yang bapak dia kongsi kat IG jer. So, aku tak boleh nak judge apa apa. Lagipun aku bukan pakar.

Bila entri tu mula melonjak naik.. Pelik juga la kami. Pasai pa pulak entri tu dapat sambutan hangat sampai hangit ni. Ni mesti ada isu baru. Betoi la.. terbaca kat satu blog katanya jadi isu panas bila ada seorang komen pada gambar yang Page Roti Kaya upload kat FB sambutan hari jadi Lara Alana yang ketiga. Dia kata lara alana makin besar makin terserlah rupa macam budak sindrom down.. Maka habis peminat lara Alana kecam dia.

Walaupun komen dia tak la kejam sangat tapi rasanya mengundang padah juga la kan?

Awat kata lagu tu.. Kalaupun ada iras rupa kanak kanak sindrom down ia tak patut la untuk di komen macam tu. Tak salah pun kalau ada rupa sindrom down. Benda tu seolah olah macam jadi satu benda yang tak baik pulak. Bukan satu dosa pun kalau di lahirkan sebagai sindrom down. Unik apa.. Sindrom down ni mempunyai wajah yang hampir sama. Tu pun bukti kekuasaan Allah jugak. Hanya mereka yang terpilih sahaja di kurniakan anak istimewa ok! At least dalam keluarga tu dah ada seorang ahli syurga. Mak bapak dia tak payah risau dah.. Cuma kat dunia ja kena struggle sikit sebab membesarkan anak istimewa ni bukan mudah.

Aku pun tak minat sangat cara mak bapak Lara Alana ni expose anak dia.. Kesian la dok jadi bahan penghinaan orang tapi aku pun tak sokong mana2 pihak yang mengeji atau mengeluarkan komen yang tak baik kepada seorang budak yang masih kecik macam tu. Lara Alana cuma seorang anak kecil yang tak tahu apa - apa. Seorang anak yang masih suci dari dosa. tak payah la dok cari gaduh sangat dengan budak budak. Tak payah la nak pertikaikan rupa dia.. Benda tu sensitif untuk di sebut sebut secara umum.

Apapun tak payah la nak kecam budak sekecil Lara Alana.. Dia cuma seorang kanak kanak yang masih belum mampu buat keputusan untuk diri dia sendiri. Kalau dia dah boleh fikir sendiri gamaknya dah lama dia tutup account Instagram dia kot. kekekeke.

Moral of the story.. Rupa ni kurnian Allah. Jangan mengeji.. Sebab lukisan Allah ni dah cantik sangat. Siapa kita nak menidakkan apa yang Allah lukiskan di wajah seseorang.

TERBONGKAR! INILAH RUPA SEBENAR 10 WATAK DALAM FILEM OLA BOLA

TERBONGKAR! INILAH RUPA SEBENAR 10 WATAK DALAM FILEM OLA BOLA. Tengok kemain ramai yang puji Filem Ola Bola. Katanya Filem Ola bola mencecah 2.5 juta dalam masa empat hari. Boleh tahan sambutan filem Ola Bola ni kan?


Filem Ola Bola ni mengisahkan tentang pasukan bola sepak negara era 80an yang pernah layak ke sukan olimpik moscow. Mesti peminat bola sepak ramai yang serbu panggung nak tengok filem ni kan. Almaklum la pencinta bola sepak mesti nak tengok macam mana kehidupan pemain bola sepak sekitar tahun 80an. Yang pastinya takde la macam sekarang... Jadi selebriti sukan penuh dengan gosip & kontroversi. Pemain bola sepak dulu.. takde nak terlibat skandal dengan retis bagai.

Filem ni jugak di katakan berdasarkan kisah benar tentang perjuangan pasukan bola sepak negara untuk bangkit daripada kekecewaan, sekali gus muncul wira negara pada era 80an. Katanya ada babak babak yang menyentuh perasaan membuatkan penonton menitiskan airmata. Filem ni bukan hanya bercerita pasal bola sepak malah mesej tentang Persahabatan, setiakawan, cinta, kesedihan, semangat cintakan negara dan kegembiraan diadun sebati dalam satu filem. Bunyi review dari ramai orang memang macam best je filem ni.. So, korang boleh la pergi tonton.


Tapi ramai yang tak tahu. Sesuatu yang ramai tak tahu tentang Ola Bola yang sebenar. Nak tahu meh tengok kat sini >> Korang Mesti tak Percaya, Inilah Rupa Sebenar 10 Watak Filem Ola Bola 'In Real Life'<<

Moral of the story.. tetiba rasa macam nak tengok je filem ni. Pertama bukan terbitan MiG. Kedua barisan pelakon dia macam best. Ketiga sebab banyak review yang puji filem ni memang best. Tunggu keluar dvd jer...

INILAH RUPA USTAZ KAZIM ELIAS 22 TAHUN YANG LALU

Aku suka ikut page ustaz kazim elias.. Kadang2 dia share cerita2 memori silam tu ada yang kelakar, ada yang sedih atau share pengalaman2 dia jumpa dengan macam2 ragam manusia ada yang pelik ada yang lawak. Semalam nampak kat Fanpage beliau ada share gambar 22 tahun yang dulu.

Sumber Fanpage Ustaz kazim Elias

Amboi kemain ramping menawan, rupa pun moda rumaja lagi tu. Memang nampak lain sangat kecuali tang mata jer. Tapi bagi pendangan mata aku.. rasa la ni lagi hensem. Dulu tu kurus sangat. Sesetengah orang memang hensem di usia 40an.. Erkk ustaz kazim ni dah masuk 40an ker? tak sure pulak aku.


Apapun semoga Ustaz Kazim terus berjaya dalam dakwahnya. Jangan terjerat dengan permainan politik sebab ramai pendakwah kalau masuk politik jadi kacau bilau dakwahnya. Kebebasan menyampaikan kebenaran tu terbatas


INILAH DUA SAUDARA KEMBAR SULTAN MELAKA

Mesti ramai yang terkejut kan? Tak sangka Seorang Insan yang tiba2 popular mengaku dirinya Sultan Melaka dimana negeri melaka dah lama tak bersultan ada kembar seiras. Bukan sorang tapi dua orang sedara kembar dia. Kembar tiga Uolls...

Sumber google

 Mesti yang nak tengok siapa kembar2 Sultan Melaka ni kan?? Jeng jeng jeng....
 


Abang Ensem : Seorang blogger & pakar bidang hartanah.. & popular jugak orangnya
Abang Senyum : Dulu popular dengan video senyuman menggoda dia
Sultan Melaka : Semua pun tahu siapa dia kan?

Mereka kembar lain mak bapak. Hahahaha... dua dari Malaysia & lagi sorang dari Philiphina kalau tak salah info. Mungkin ni la yang orang cakap kita ada 7 orang dalam dunia ni yang muka nak sama.. Sultan Melaka, Abang Ensem & Abang Senyum dah jumpa dua.. kena cari lagi 5 lah. kekekekeke

Hahahaha.. Jangan marah Uolls.. Hari Rabu kena buat entri santai santai even tak berapa wordless sangat. Blog melekit tak boleh nak wordless sangat nanti tuan punya blog rasa macam cacat. Paling tak dia kena jugak membebel sepatah dua kata...

P/S : Muka depa memang ada iras2 jugak kan selain style misai tu. Hahahahaha. Jangan marah yer semua. sekadar mengusik manja


MODEL CARLIST.MY KENA MAKI SEBAB MUKA MACAM KIKI STERENG LOCK

Nak minta maaf siap2 la.. bukan niat nak mengaibkan kiki dengan gelarkan dia kiki stereng lock tapi just nak buat orang tahu sapa aku maksudkan senang tak payah cerita berjela siapa kiki & macam mana dia di kenali. Sebab kalau cakap kiki & kisah stereng lock dia Insya Allah ramai yang tahu kisah beliau. Tapi entri ni bukan la nak cakap pasal kisah stereng lock tu.. nak cakap pasal benda lain pulak.

Sebenarnya aku sendiri pun tak tahu apa kes pasal seorang model carlist.my yang aku agak maybe kena kecam,kutuk,keji,maki sebab mungkin orang nampak gambar dia seakan akan KIKI sampai pihak carlist.my terpaksa keluarkan kenyataan penjelasan bahawa model yang terdapat pada iklan carlist.my yang terpampang di bas, teksi bagai tu bukan kiki tapi salah seorang staff mereka. Kalau takde isu salah paham mustahil la carlist.my sampai terpaksa keluarkan penjelasan macam tu, ye dak?? (lagipun ada blogger bagitau ada kat 1 page memang ramai yang maki model carlist.my ni sebab depa ingat kiki)

 Seimbas lalu pandang tak di nafikan ada la jugak macam kiki tapi takde la sama sangat kan? cuma maybe cara pemakaian tudung,bentuk muka & kulit tu macam kiki sikit.

Serius.. aku memang nak tergelak. Bukan nak gelakkan kiki atau carlist.my.. gelakkan manusia yang benci tanpa sempadan sangat dengan kiki sampai tak boleh nampak muka dia terus nak maki je sampai tak sempat nak siasat siapa orang yang mereka kecam tu. Marahnya hangpa kat Kiki yer.. macam nak suruh dia nyah dari muka bumi ni yer..


Ya Allah semua orang buat silap kot.. Kiki tu nasib dia kurang baik perilaku biadap dia di rakam & di sebarkan padahal dalam Malaysia ni ramai kot pembuli jalanraya malah yang lebih biadap & ganas dari tu pun ada  cuma nasib depa lebih baik dari kiki sebab takde video depa di rakam & di viralkan. Yer.. aku pun rasa geremmmmmmm je masa tengok video kiki tu tapi rasanya dia dah terima hukuman so, terimalah permohonan maaf dia tu & jangan ada benci lagi. Yelah.. paham maybe korang rasa geram seorang pesalah macam di angkat bagai bintang & benda ni mungkin jadi pengaruh buruk pada orang lain.. aku pun tak setuju tapi jangan la benci dia sampai takde maaf langsung. Pihak media pun jangan la julang2 sangat seorang pesalah sebab perkara macam ni boleh bagi kesan negatif pada orang lain & pesalah tu sendiri.

Moral of the story.. nak buat apapun siasat dulu jangan nanti termalu sendiri. Peace No war

P/S : Teruskan #prayforGaza


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com