Showing posts with label santai. Show all posts

RAMAI BUAT PERKARA NI BILA INSTAGRAM, FACEBOOK & WHATSAPP 'DOWN'

RAMAI BUAT PERKARA NI BILA INSTAGRAM, FACEBOOK & WHATSAPP 'DOWN'. Semalam berlaku sesuatu yang mencemaskan warga media sosial katanya. tetiba Instagram, facebook & whatsapp down sekejab. Down bukan la sampai tak boleh access menatang tu cuma tak boleh loading gambar  jer. So semua posting bergambar yang nampak cuma ciricle dok load gambar je.. Gambarnya tak nampak.


Kebetulan semalam ada juga posting bergambar dari IG link ke FB. Tapi di Instagram tu boleh nampak gambar bagi pihak pemilik account tapi followers tak nampak gambar yang kita upload. Dekat Facebook memang tak nampak apa apa gambar la tak kita pemilik account atau followers/friends. Mula mula ingat line sreamyx yang problem kan. Yelah.. streamyx la katakan.. Kalau datang mood menyiput babi dia memang la nak loading apapun tak lepas.

Lepas dok scroll FB baca dari update orang lain rupanya bukan masalah streamyx kat rumah den.. memang masalah tu datang dari Instagram, facebook  & whatsapp. Punya la kecoh netizen sebab benda ni.. Tu dia wei macam dunia nak kiamat pulak bila Instagram, facebook & Whatsapp down sekejab. Lebih lebih lagi mereka mereka yang menggunakan platform tersebut bagi tujuan 'cari makan'. Cuak la wei periuk nasi tu.. Tak jadi nasi kalau takde periuk wei!! hahahaha.. tapi boleh juga kan masak nasi dalam buluh. sedap pun sedap hahahaha.


Yang best juga ramai dok main teka teki.. Gambar apa yang depa upload. Yelah.. boleh upload tapi tak boleh nampak gambar di upload tu. Tak kurang yang mana profile tak guna gambar sebenar dok mengacah orang konon depa upload gambar sebenar. Hari ni dah ok.. semua gambar yang dok menganjing semalam dah boleh papar.. Nampak la memacam gambar tak semenggah di upload.Mujur tak ada yang up gambar bogel ke hapa..Ingat yang padam tu sementara. Yang kelihatan tu kekal ok. hahahaha

Kalau den jadi mark jubek (Mark Zuckeberg ) seronok juga sesekali downkan facebook menyakat pengguna. Boleh nampak macam macam ragam mengelabah depa. Confirm ramai yang buat benda ni kan bila Facebook, Instagram & whatsapp down seketika

1. refresh 
Yang ni den pun ada buat juga. Kadang kadang lepas refresh ok tapi semalam sebab down memang refresh sampai sudah dok lagu tu je

2. On OFF handphone
Yang ni pun confirm ramai buat. Konon dengan restart balik maybe ok

3. On OFF modem
yang ni pun walau jarang di sebut bagi yang guna streamyx @ UNIFI selalu buat juga nak pastikan bukan line yang problem hahaha

4. Reinstall applikasi social media (FB/IG/Whatsapp)
Yang ni pun confirm yang mengelabah bewak akan buat. Alah baik ngaku je sapa yang buat tu hahaha

Sapa ada buat semalam baik mengaku. hahahaha... den mengaku den refresh jer takde la sampai on off hp atau reinstall fb, IG bagai.

Itulah ragam manusia zaman social media ni. Takde social media atau social media yang di gunakan down memang bagaikan satu malapetaka besar. Sebab zaman sekarang orang bersosial, bekerja & berhubungan lebih banyak di social media dari alam realiti. Tu hakikatnya..

PENUH MISTERI TAPI COMEL

PENUH MISTERI TAPI COMEL. Cerita apa pulak ni.. Misteri tapi comel. Ada ke benda2 misteri ni nampak comel? Awat pulak tak dak.. Contoh blogger lekatlekit ni.. Macam misteri tapi tak misteri mana pun sebenarnya. Comel tu dah tentu la comel kan.. Tu dia statement minta kena ludah beramai ramai.

tau la muka kami banyak cik J.. parut memarut bersepah.. tapi ingat tak comei kan? Nanti kami tempek merkuri kat muka cantik la.. Ops.. hehehe. Alahai bukan nak cerita pasal muka lekatlekit ni. Nak cerita pasal benda lain sebenarnya. Saja je bergurau senda dulu dengan hangpa. Awat.. tak boleh ka?

Nak cerita tentang sesuatu yang baru ada kat blog lekatlekit.com ni. Cer teka apa benda yang baru? Bukan.. admin baru. Admin blog orang yang sama jugak. Satu satunya admin & owner blog ni adalah blogger yang kena saman RM3juta.

Tapi nak cerita sambil memberi penghargaan kepada seseorang yang telah mengembirakan & memberi seri baru pada blog lekatlekit ni. Cer usya header kita tu. Comel tak? Comel kan.. Dia gunakan pic penuh misteri yang kita guna sejak bertahun tahun sebagai profile pic kat FB. Trademark tu.. Tukar nama Fb pun orang still ingat profile pic tu ok. Kini di jadikan salah satu trademark pulak kat blog lekatlekit.com


Pada pandangan mata saya.. header ni sesuai jugak mengambarkan blog lekatlekit. Misteri yang tak misteri.. Tapi sangat comel. kekekeke.

Orang yang design header tu blogger juga cuma dia tak bagi mention siapa dia. Sebelum hangpa tanya.. dia juga tak ambil tempahan untuk design header yer. Dia bz dengan kerja hakiki dia selain menulis blog.

Apapun terima kasih yer pada Sipolan tersebut. Dengan hadiah header ni sedikit sebanyak memberi kegembiraan pada den yang masih bergelut dengan kes saman & masih ikhtiar untuk mencukupkan dana bagi menampung kos guama yang tinggi. Mohon doa & kalau rasa tak menyusahkan mohon turut sama sama menyumbang.

Tolong LIKE & SHARE posting ni di facebook yer


Moral of the story.. Dalam di uji ramai yang hadir cuba mengembirakan diri ini. terima kasih semua yang membantu tak kira meringankan beban atau memberi keceriaan pada diri ku ni. Semoga Allah membalas dengan ganjaran yang berganda ganda untuk anda semua.

BUKTI MALAYSIA MEMPUNYAI TANDAS PALING CANGGIH BERBANDING GERMAN

BUKTI MALAYSIA MEMPUNYAI TANDAS PALING CANGGIH BERBANDING GERMAN. Tu dia cerita pasai jamban pulak dah. tenggelam timbul tup tup muncul dengan entri pasal jamban katanya. Yelah.. jamban ni main peranan sangat penting tau dalam kehidupan. Tanpa jamban mungkin boleh jadi wabak kalau buang air merata rata. Jadi isu jamban pun boleh jadi isu penting ok


Isu tandas terutama tandas awam kat Malaysia ni memang tak pernah habis. Ada je kisah misteri & misteri.. Terutama kalau terjumpa entiti yang tak di ingini. Tapi kita kena berbangga jugak even canggih mana pun tandas di negara barat belum mampu lagi melawan teknologi bukan setakat canggih malah penuh mistik yang ada kat malaysia ni.

Terbaca satu caption gadis ni memuji kecanggihan tandas di Jerman tapi yang orang Malaysia ni tak mau kalah katanya. Dia nak jugak letak Malaysia di ranking pertama mempunyai tandas tercanggih. Dia ada alasan dia tersendiri kenapa dia kata tandas kat malaysia ni lebih canggih dari jerman. Walau tandas kat malaysia ni takde tangan tolong gosok bontot lepas berak kan.. heheheheh

Nak tau sebab apa dia kata Tandas kat Malaysia lebih canggih dari Jerman. Boleh baca screenshot kat bawah


Hahaha.. tu bukan canggih tapi antara perkara mistik yang tiada berkesudahan berlaku kat tandas di Malaysia katanya. Hahahahaha.. Apapun mohon apa kesedaran sikit. Lepas berak tu pepandai la menyahkan saka yang hangpa buang dalam tu. Jangan buat orang lain histeri bila terserempak. Ingat tandas awam tanggungjawab bersama even ada tukang cuci pun. Tapi tolong la anggap taik tu pun aib jadi jangan bagi orang lain nampak ok!

Moral of the story.. Pandai berak sila pandai flush.. kalau tak sila berak cara orang dulu2 korek lubang jer lepas berak timbus. Jadi la macam kucing hehehehehe

DATO USTAZ KAZIM ELIAS PUN MAIN APPLIKASI FACEAPP JUGAK KE?

DATO USTAZ KAZIM ELIAS PUN MAIN APPLIKASI FACEAPP JUGAK KE?. Tengok dok trending jugak FaceApp kat social media.. Kalau scroll news feed tu masing2 dok upload transformasi muka dengan guna aplikasi tu. Dia bagi 4 fasa rupa kita.. rupa sekarang, rupa perempuan/lelaki, rupa masa budak & rupa masa tua. Aku ni macam biasa la.. enpon tak cukup space so jarang layan aplikasi2 macam tu. lagipun aku bukan dok rajin sangat upload gambar muka aku kan.. So, no point pulak aku nak install Aplikasi macam tu.. hehehehe


Tapi tak sangka ustaz kazim pun layan jugak yer aplikas FaceApp tu.. hehehe. Ustaz Kazim ni memang jenis sporting & berjiwa remaja juga kadang kadang. Sebagai pendakwah kadang2 perlu juga terjebak dengan aktiviti budak2 muda supaya dia lebih memahami & tahu untuk menegur apa yang baik & tidak. Benda tu penting ok dalam menyampaikan dakwah sebab cara hidup akan berubah mengikut zaman.. Jadi untuk mendidik golongan muda ni kena dengan cara mereka boleh terima la kan.

Aku memang suka scroll post2 ustaz kazim ni.. Tu yang terjumpa gambar dia guna FaceApp ni. Mencuit hati jugak tengok pendakwah selebriti macam Dato Ustaz Kazim Elias layan aplikasi macam ni. Nampak comel pulak perangainya.. hehehehe. Mesti hangpa pun nak tengok transformasi rupa ustaz kazim guna FaceApp ni.. Boleh tengok screenshot kat bawah..


Kalau korang pun nak try FaceApp ni.. pergi ke kat playstore search FaceApp.. lepas tu pilih la mana2 aplikasi yang bersesuaian dengan korang. Macam2 boleh edit muka korang.. nak jadi tua.. nak tambah aksesori kat muka..

Apapun benda2 ni tak salah pun nak guna untuk suka suka cuma teknologi kalau di salah guna yang baik pun jadi memudaratkan. So gunakan teknologi tu sebaik mungkin, Insya Allah mungkin memberi manafaat & pulangan kepada anda.

SILA PERIKSA BAG ANAK ANDA SEKARANG SUPAYA TAK ADA 5 BENDA NI

SILA PERIKSA BAG ANAK ANDA SEKARANG SUPAYA TAK ADA 5 BENDA NI. Bagpack ni memang comel dengan budak2 galas kan. Nampak cute je sebab tu aku pun biasakan anak aku bawa bagpack dia sendiri kalau nak kemana mana. Selain aku rasa nampak cute.. senang dia boleh bawa sendiri barang - barang dia dalam bagpack tu. Biasanya memang aku akan bawa sepasang baju dia & sapu tangan. Untuk emergency case. Almaklum la budak2. Tak payah semak sangat beg mak katanya...


Kalau kat sekolah tu memang perlu la bawa even cuma kadang2 tadika ada cikgu tak suggest bawa beg macam tadika anak aku tahun lepas.. tabika kemas. Cikgu mention tak perlu bawa beg tapi ramai je bawa beg. Macam2 benda la nak isi... bekal la.. bekas minuman la.. Kadang2 cikgu bagi kerja rumah nak isi buku jugak. Tahun ni tadika anak aku memang ada beg sendiri. Beg yang tadika dah sediakan.. Tapi bukan free la. Memang kena bayar dalam yuran pendaftaran. Biasa la private kindergarten ni kan...

Dalam beg anak aku ni selain baju dia.. Mainan la. Ada je la bekalan mainan dia nak bawa setiap hari pergi sekolah. Dulu masa tabika kemas cikgu bising jugak.. Yang private ni cikgu tak cakap apapun. Kalau tak bagi bawa mula la badmood pepagi nak pergi sekolah tu. Tapi takde la sampai bawa barang2 macam ni >> Jangan Terperanjat Kalau Terjumpa 5 Benda Ni Dalam Backpack Anak Korang! << 5 Barang ni kalau tetiba jumpa dalam beg anak aku memang terkejut jugak la. Tak tau la depa dapat fakta ni dari mana & anak sapa la gamaknya suka bawa benda2 macam ni dalam bagpack depa. Anak hangpa ada bawa ke benda2 macam ni dalam bagpack. Kalau tak pernah check bag anak tu sila check sekarang. Manalah tau kan...

Clik pada banner kalau nak tahu macam mana nak tebus bagpack comel ni untuk anak anda

Cerita pasal bagpack ni kebetulan bag anak aku yang dok bawa jenjalan tali dia terputus. Bukan putus macam mana jahitan dia tertetas.. Rasa nak beli bagpack baru juga la. Apa salahnya kan.. Korang ada ke nak suggest kat mana2 jual bagpack kanak kanak yang cantik. Kalau ada sila tinggalkan di ruangan komen. hehehehehe

HATI HATI.. PANGGIL ORANG TIDAK DI KENALI 'KAKAK' DI ANGGAP TIADA ADAB

HATI HATI.. PANGGIL ORANG TIDAK DI KENALI 'KAKAK' DI ANGGAP TIADA ADAB. Ingat tu jangan sesapa berani panggil lekatlekit kakak ok! Nak2 lagi yang lahir sebelum tahun 2000an. I kan generasi yang lahir tahun 2000an katanya... hahahaha. Aloooo.. Gurau sikit pun dah muntah2 macam orang morning sickness. Yelah.. yelah.. I dah kertua tapi jangan sesekali berani panggil I kakak. I tak suka ok!


Apa kes pulak tetiba lekatlekit meroyan tak bagi orang panggil dia kakak ni. Perasan awet muda sangat ke camna?? Erkk... bukan I yang tak bagi orang panggil I kakak cuma I akan rasa janggal bila orang sebaya atau lebih tua panggil I kakak.. Kang I hadik hadikkan dia nampak biadap pulak. Tapi bila I kakak kakak kan dia.. dia marah jugak. Habis tu apa I perlu panggil dia. Kena ikut bahasa rasmi ke? Cik, Miss, Puan.. Sis .. erkk.. sis tu panggilan hispter sikit. Tapi orang lebih suka di panggil sis dari kakak katanya.

Alkisahnya terbaca satu post seorang perempuan, isteri & ibu ni tak puas hati katanya ada satu pasangan yang pada pandangan mata kasar dia lebih tua dari dia tapi panggil dia kakak. Dia rasa macam benda tu kurang adab. Dia lebih selesa orang panggil dia cik, puan atau sis jer... Kakak ni bagi dia panggilan yang tak sesuai untuk di panggil pada orang yang kita tak kenali. Yelah masing - masing tak tau umur berapa ye dak.. So dia isukan benda ni kat satu support group di facebook.

Bagi aku la.. Benda ni bukan isu adab ke hapa. Isunya kau tak suka orang anggap kau lebih tua dari kau jer. Padahal panggilan macam tu panggilan atas rasa hormat jugak. Kalau dia tak respek kau.. dia hoi hoi kan kau jer. Lagi sakit hati dari di kakak kan kau. Dari kena hoi better la kakak kan.. Kadang2 panggilan kakak ni bukan sebab dia rasa kau lebih tua dari kau. Aku pun biasa pakcik & makcik penjaja panggil kakak.. Bukan la depa rasa depa lagi muda walau terang terang depa pun ada anak sebaya atau lebih tua dari aku. Cuma panggilan tu panggilan yang orang kata lebih mesra. Untuk buat orang rasa senang nak berurusan dengan depa. Tu untuk urusan tak rasmi la. Banyak faktor & sebab orang panggil kita kakak tak semestinya sebab orang rasa kita lebih tua dari dia. Bergantung pada situasi jugak.

Memang ada orang tak suka orang kakak kan dia walau dia level kakak.. Jadi bila jumpa dengan orang yang baru kenal kalau dia tak bahasakan diri dia kakak so kalau tak nak formal sangat panggil cik atau puan.. Just sebut Sis sudah. Sis ni boleh jadi adik boleh jadi kakak.. So, terpulang la pada orang tu nak anggap dia kakak ke adik dengan kita. Kang kau kakak kan dia.. Terus dia rasa tak puas hati tak pepasal la pulak dia benci kau & tak selesa berurusan dengan kau.

Walaupun kadang2 aku ni dari belakang nampak macam budak sekolah rendah katanya.. tapi sedar diri dah masuk zon kertu. So, aku malas nak feelling adik adik sangat. Kalau orang panggil aku kakak.. aku kakak kan jer. Pernah ada perempuan umur 40 tahun kat facebook panggil aku kakak.. Yelah.. aku kakak kan je la diri aku. Atau aku bahasakan diri saya jer. Settle. Kau berangan la adik adik kat situ takde sapa nak layan hahahahaa

Kalau untuk urusan formal.. Biasakan diri guna bahasa ganti diri yang formal. Cik, Puan,Miss, Madam.. Aku memang dah biasa untuk urusan rasmi tak kira tua muda miskin kaya.. Aku akan guna kata ganti diri yang formal. Puan, Cik, Miss macam tu.. Even dengan therapist anak aku yang kalau kat UKM clinic tu kebanyakkan semua student dok practical.. still aku panggil dorang Miss.. Tak pernah aku panggil nama dorang. Sebab tak kena pulak aku nak adik adikkan depa. Rasa macam orang tak sekolah la pulak. Tapi kalau jumpa parents yang sama2 hantar anak terapi kat situ.. Memang la jarang nak sebut puan ke hapa.. Kalau orang bahasakan diri dia kakak.. aku panggil la kakak. Kalau depa cakap guna bahasa formal, aku pun ikut je la rentak dorang.. Tanda aku pun pernah pergi sekolah. hahahaha

Biasa la perempuan kan.. masa remaja belasan tahun dia tak sabar nak jadi dewasa. Bila nampak lebih dewasa dari umur itulah jadi kebanggan dia. Bila dia mula masuk 25 tahun ke atas time tu dia suka feelling muka dia konon macam awet muda sangat macam remaja belasan tahun katanya. Jadi dia memang rasa down bila orang panggil dia kakak apatah lagi acik. hahahahah. So korang kat luar sana kena alert pasal ni ok! Mengembirakan hati orang tu kadang2 boleh bagi banyak keuntungan pada diri kita terutama bila kita adik adik kan mereka yang jelas terpancar ketuan di wajah tu. Mesti depa suka punya hahahahaha

Moral of the story... Orang dewasa ni tak boleh terima kenyataan orang kakak kan dia.Jadi bila kita berdepan dengan orang dewasa.. kau hadik hadikkan la dia.. Insya Allah mesti dia terus mesra dengan kau. Hahahahaha

PETUA RAWAT KENCING MALAM GUNA GIGITAN PEPATUNG PADA PUSAT

PETUA RAWAT KENCING MALAM GUNA GIGITAN PEPATUNG PADA PUSAT. Sapa pernah dengar petua ni? Aku?? Sebagai anak kampung.. petua ni bukan rare sangat malah dari kecik lagi aku dah tahu pasal petua ni. Malah masa kecik2 dulu aku & the geng memang selalu buat aktiviti ni. Tangkap pepatung kemudian letak kat pusat bagi dia gigit. Kadang2 rasa macam gatal2.. masa pepatung tu nak gigit & kadang2 rasa sakit bila dia gigit. Tapi tak ada la sampai mendatangkan kecederaan atau kesan alergik atau apa2 penyakit kulit. Masa kecik kami just anggap salah satu aktiviti bermain je. Almaklum la budak kampung

Petua Orang dulu dulu nak hentikan tabiat kencing malam di kalangan kanak kanak

Semalam kat group Autisme Malaysia ada seorang ibu berkongsi petua ni katanya berkesan untuk anak dia yang kencing malam tu. Lepas buat petua ni anak dia dah tak kencing masa tidur walau dia tak terbangun untuk kencing di tengah malam. Tak tahu la samada benda tu memang ada kaitan dengan gigitan pepatung kat pusat kanak kanak yang kencing malam atau kebetulan sahaja. Maka aku try jugak google pasal petua ni sebab semalam ada yang macam tak puas hati bila si ibu ni berkongsi petua lama ni. Ada yang anggap benda ni boleh mendatangkan kesan samping & ada yang berpendapat ia mengarut. Tapi bagi pendapat aku ia sekadar ikhtiar. Selagi tidak bercanggah dengan ajaran agama kita, tak salah nak mencuba. Tapi kalau memudaratkan tu tak perlu la nak buat. Manalah tau boleh bagi kesan trauma ke.. Nama pun petua. So, benda ni sapa rasa mampu ikut, ikut la. Tak mampu tak payah gigih sangat sebab risiko anda yang tanggung.

Dari apa yang aku baca memang tiada bukti kaedah tu mampu memulihkan tabiat kencing malam ni malah belum ada mana2 pihak membuat kajian tentang gigitan pepatung mampu merawat kencing malam ni. Aku sendiri tak tahu macam mana orang dulu dulu boleh guna kaedah ni yang pasti setiap perkara yang orang dulu buat ni pasti ada alasan & sebab yang mengaitkan dengan perkara tu. Kadang2 cuma psychology jer..

Inilah jenis pepatung yang selalu masa kecik2 aku & kawan2 guna bagi gigit pusat. Kami panggil patung harimau. Sakit jugak ok dia gigit

Apapun tabiat kencing malam ni kadang kadang ada kaitan dengan penyakit seperti jangkitan kuman dalam kencing, masalah sembelit & struktur buah pinggang yang tidak normal atau mungkin di sebabkan ketidakmatangan sistem perkembangan kanak kanak & faktor genetik. (keturunan).

Ada macam2 rawatan & latihan boleh di pratikkan untuk mengurangkan tabiat kencing malam di kalangan kanak kanak ni.. Antaranya biasakan anak anak kencing sebelum tidur yang biasa kita buat pada anak anak kita. Bila di latih Insya Allah benda ni membantu anak anak tidak terkencing waktu tidur. Atau dulu ada sejenis minyak angin yang mampu membantu masalah kencing malam. Di sapu di bawa perut ketika anak tidur.

Moral of the story.. benda ni cuma petua sekadar ikhtiar yang menyembuhkan adalah Allah SWT. tak salah nak cuba. Tak perlu beremosi pun dengan perkongsian petua macam ni sampai yang semalam aku baca minta yang berkongsi petua ni bertanggungjawab kalau ada yang cuba & memudaratkan. Punya tak puas hati tu.. Apapun petua atau tips yang di kongsikan kena ingat tidak semua sesuai untuk semua orang sebab penerimaan setiap orang terutama kanak kanak ni berbeza. Rasa mampu boleh cuba.. rasa benda akan memberi tekanan emosi pada anak anak korang jangan buat. Simple jer..

TERBONGKAR RAHSIA KENAPA LELAKI JARANG BERSELFIE DALAM TANDAS

TERBONGKAR RAHSIA KENAPA LELAKI JARANG BERSELFIE DALAM TANDAS. berselfie dalam toilet @ tandas awam ni tak kira la di mall, hotel atau mana2 tandas yang cantik macam jadi satu trend bagi golongan wanita. Aku sendiri sebenarnya tak tahu kenapa orang suka berselfie dalam tandas ni sebab aku rasanya setakat ni tak pernah kot dok buat perangai macam tu. Mungkin faktor lighting dalam tandas tu membuatkan seseorang tu nampak cantik. Mungkin jugak dalam toilet ada cermin besar. Entahlah.. aku sendiri tak pasti sebabnya.. Aku main agak - agak je.

Gambar sekadar hiasan. Sumber Google

Tapi yang suka berselfie dalam toilet ni majoriti kaum wanita.. Kaum lelaki ni aku tak berani kata tak ada tapi jarang jarang sangat nak nampak. Nak kata lelaki zaman sekarang tak suka berselfie pun tak jugak.. Manusia zaman sekarang tak kira jantina memang suka selfie cuma selfie dalam toilet je masih di monopoli kaum wanita.

Bila terbaca satu post kawan kat facebook ni.. Buat aku tergelak jugak la. Sebab selalu sangat nampak perempuan selfie dalam toilet dia pun nak try apa yang best selfie dalam toilet & kenapa lelaki jarang nak selfie dalam toilet. Bila dia cuba melakukan aksi tersebut dalam toilet baru dia tahu kenapa lelaki jarang berselfie dalam toilet. Nak tau sebabnya baca jer screenshoot kat bawah ni...

Kredit Hasbe Zuzaini

Hahahaha... Rupanya takut yang tak berkenaan ter Boom dalam gambar selfie nak2 lagi dalam keadaan yang mengaibkan macam tu. Almaklum la.. Tandas lelaki kan ada tempat kencing berdiri yang tak berbilik. So, bila tetiba ada yang dok selfie dalam pada masa yang sama ada orang lain dok tengah membuang hajat kat mangkuk kencing tu.. Confirm la masing2 cuak ye dak. Dan sebab tu lelaki jarang selfie dalam toilet. Hahahahaha

Aku terima jugak alasan ni kenapa lelaki jarang berselfie dalam toilet.. Apapun yang suka selfie wefie ni jangan sia sia kan hobi korang tanpa manafaat kepada yang lebih menguntungkan. Masuk pertandingan ke kan? Ada je contest contest bertemakan selfie ni.

Moral of the story.. Suka bergambar ni tak salah tapi berpada pada.. Jangan semua tempat nak jadikan tempat ber selfie & Wefie sampai tidak menghormati situasi & keadaan.

JANGAN PERASAN ANDA MASIH MUDA REMAJA KALAU DAH ADA 5 PETANDA NI

JANGAN PERASAN ANDA MASIH MUDA REMAJA KALAU DAH ADA 5 PETANDA NI. Kat facebook aku pun ramai manusia2 yang masih rasa depa golongan moda rumaja walaupun bila melihat dari segi umur dah tak tergolong dalam muda remaja dah.. Lain la aku.. umur aku terhenti semenjak umur 18 Tahun.. Jadi aku tak mengalami penambahan umur dah sejak tu. Sampai sekarang la masih moda rumaja katanya... Hahahaha..

Gambar sekadar hiasan

Alah.. gurau sikit pun memasing mula muncung sedepa mengumpat. Gurau - gurau di pagi jumaat pun tak touching. Yelah.. Yelah... kita semua masih moda rumaja dalam perasaan atau lebih senang faham perasan muda. hehehehe.. Sapa tak nak sentiasa muda kan. Kalau umur tak mampu di mudakan, paling2 muka nak sentiasa awet muda. Sanggup amalkan supplement mahal2 nak sentiasa kelihat sweet seventeen katanya. Walaupun ada kaedah lebih jimat & selamat untuk mengekakal wajah & tenaga agar sentiasa muda. Salah satu cara adalah mengamalkan pemakanan ulam ulaman.. Memang benda tu di amalkan orang dulu dulu bagi mengekalkan kemudaan pada wajah juga tubuh & ternyata berkesan tanpa kos yang mahal. Tapi sekarang ulam ulaman pun kena beli.. Tak macam dulu boleh kutip je, kan?

Tapi ada juga spesis yang kadang2 rasa macam tak sedar diri. Walau kita tengok dia dah memang nampak macam makcik makcik & pakcik pakcik.. Kira ciri2 remaja tu memang dah tak ada la tetap dia perasan muda & nampak muda. Berpura2 masih umur muda walau umur dah senja nan merah. Semua orang nak di kakak & di abang kan dia.. Walhal orang tu bukan setakat rupa.. Umur pun 10 kali ganda lebih muda dari dia. Spesis ni pun ramai jugak aku pernah jumpa.. Kalau jumpa spesis macam ni aku ambil langkah meng hadik hadikkan dia je la. Yelah.. mengembirakan orang pun satu kebaikkan.. Jadi dengan meng adik adikkan dia akan buat dia rasa happy, maka dia pura2 je la nampak dia macam adik adik. hehehehe

Untuk golongan yang tak boleh terima hakikat bahawa zaman remaja dia dah lama berlalu elok la baca ni >> Ini Mungkin 5 Perkara Paling Menunjukkan Korang Dah Bukan Lagi Seorang Remaja Jadi Sila Sedar Diri. hehehe << Kalau dah ada ciri2 ni 'move on' je dengan hakikat anda yang dewasa. Tak payah nak budget remaja sangat. Tak payah nak hip hop sangat la kan. hehehehe

Moral of the story.. Nampak muda tak salah tapi agak nampak janggal yang umur dah tua dok buat perangai macam budak budak muda. Memang annoying sangat ok!

KINI MANUSIA ADA PILIHAN SAMADA NAK TINGGAL DI BUMI ATAU DI MARIKH

KINI MANUSIA ADA PILIHAN SAMADA NAK TINGGAL DI BUMI ATAU DI MARIKH. Kita sinonim dengan ayat politikus tak suka dengan kerajaan sekarang keluar dari Malaysia seolah olah.. rakyat Malaysia kena bersetuju dengan apa yang pemimpin buat walaupun bagai kena jerut. Tu mentaliti politikus lorong la.. Bagi pendapat orang bijak pandai dalam politik mustahil akan keluar kenyataan macam tu sebab mereka tahu yang menentukan siapa yang boleh memimpin adalah rakyat tapi rakyat Malaysia pun bukan semua cerdik pandai. Sogok RM50 berpusu pergi berhimpun, tak kira la berhimpun secara aman atau tak. Bagi upah buat kerja masa piliharaya sikit semua lupa dah segala keperitan yang depa tanggung sepanjang 4 tahun dengan pemerintah sedia ada.Semua pakat pangkah untuk meneruskan kezaliman yang berlaku. So kau tak payah nak bising sangat la kan.. kalau kau rasa susah.


Jadi bagi segelintir yang ingin mengubah masa depan negara ni mungkin agak susah la nak menukar kerajaan sedia ada sebab ramai yang mudah di rasuah even rasuah celah gigi jer. Kalau ada planet lain boleh manusia tumpang hidup.. Rasa nak jugak membentuk sebuah kerajaan & negara baru kat planet tu kan. Meluat tengok drama drama ahli politik kat Malaysia & dunia. Jangan risau kalau rasa teruk sangat hidup kat bumi korang boleh pindah ke marikh. Erkkk... betul la bukan gurau ok! Betul korang boleh pindah ke marikh. Tak caya.. Teruskan membaca

Cuma bila kita nak jadi makhluk planet ni ada la beberapa pengorbanan kita kena buat.. Yelah, lain tempat lain suasana. Macam kalau kita berpindah ke mana2 negara pasti berubah suasana, budaya, makanan & cara hidup kan. Macam tu jugak kalau nak berhijrah keluar dari bumi..

Yang pertama sekali korang nak berhijrah ke marikh korang mesti ada duit. Kos dia adalah sekitar  USD10 billion. Kau ada 10 Billon USD? Takde kau duduk je la kat Malaysia terus membayar GST katanya..  Kalau kau ada 10 Billion USD, kau kena bersedia jugak kepada perkara perkara ni. Nak tahu boleh baca kat sini >> Rasa teruk Hidup Di Bumi, Kini Anda Ada Pilihan Untuk Berhijrah ke Marikh << Penting tau korang baca supaya korang boleh bayangkan macam mana kehidupan korang selepas berhijrah ke marikh. Takde la culture shock sangat bak kata omputih. hehehehe

Moral of the story.. Manusia ni kau campak la kat mana2 pun kalau jenis pemusnah, zalim & penindas.. Setiap tempat dia pergi dia akan melakukan kerosakkan. So, renung renungkan.

PEREMPUAN SEKARANG PAKAI KAIN BATIK MASA DALAM PANTANG SAHAJA

PEREMPUAN SEKARANG PAKAI KAIN BATIK MASA DALAM PANTANG SAHAJA. Semalam aku ada buat survey kat Facebook.. Tentang pemakaian kain batik di kalangan perempuan zaman sekarang. Banyak jugak respond aku dapat. Sampai sekarang pun masih ada yang merespon kat situ. Bermakna bukan ramai sangat yang unfollow aku kan sebab depa boleh baca lagi post2 aku kat wall. Hehehehe... Yang sekerat dua ajet2 positif tak nak kawan dengan kita tapi still dalam friendlist tu biarkan sahaja... Kita tegur je dia supaya silaturrahim tu tak terputus. Hehehehe


Result yang aku dapat dari survey tu majoriti perempuan sekarang pakai kain batik semasa dalam pantang sahaja.. Tapi masih ada segelintir yang mengamalkan pemakaian kain batik semasa di rumah ketika bersantai, ada juga yang jadikan kain batik sebagai kain basahan ketika mandi je. Tu antara feedback yang aku dapat la dari kengkawan kat facebook yang masih follow aktiviti aku kat situ.

Aku ada kain batik walau tak pernah beli walau sehelai pun kain batik sepanjang umur aku sekarang. Koleksi kain batik kalau tak mak minah kesayangan bagi atau aku rembat dengan keizinan, cik munah aku yang sedekah. Raya lepas pun ada sepasang kain batik cik munah bagi. Tu pun banyak kali tanya dah masuk dalam beg. Risau pemberian dia tertinggal.

Kat rumah aku pakai ke kain batik!! Aku ni dah la pendek.. kain batik semua jenis panjang2. Kalau pakai jenuh bergulung jugak. Lagipun aku dah biasa kat rumah berseluar. Aku memang tak reti sangat nak pakai kain kain ni.. skrit ke hapa pun memang aku tak pakai. Yang jenis kain aku pakai baju kurung je. Kalau nak suruh aku pakai kain batik.. Aku pun sama jugak. Kali terakhir aku pakai kain batik masa pantang. Tu pun awal minggu2 pertama pantang je sebab rasa seriau lagi takut bergesel dengan cawat seluar. Pepaham je la kalau baru lepas bersalin, kan?

So kesimpulannya kat sini.. Kain batik bukan lagi menjadi pakaian harian wanita melayu zaman sekarang. Yang masih mengamalkan mungkin warga2 emas & makcik2 kita kat kampung je. Kalau balik kampung masih boleh nampak la..kain batik masih menjadi uniform rasmi ibu ibu di rumah. Tapi mak aku sendiri pun jarang pakai kain batik dah kat rumah. dia selesa pakai seluar je aku tengok. Almaklum la dia suka berkebun di kebun mini dia tu.

Tak kisah kau nak berkain batik ke tidak.. Yang penting kau pakai sesuatu yang boleh tutup apa yang patut di tutup. Kalau pakai kain batik gaya kemban pun tetap tak nampak senonoh sangat kan? Jadi apa yang kau pakai bukan isu, tapi macam mana kau pakai tu yang melambangkan imej kau. hehehehe

21 PERKARA PALING TAK BEST BILA MASUK TINGKATAN 6

21 PERKARA PALING TAK BEST BILA MASUK TINGKATAN 6. Dalam Family aku rasanya kakak aku yang sulung je sempat merasa masuk tingkatan 6 tu pun rasa sekejab.. sebulan ke dua bulan tak sure sebelum di panggil sambung belajar ke Uitm Arau, perlis. Yang lain2.. semua tak ada masuk tingkatan 6.. Sambung belajar ke IPT.. aku je konar baring sikit masuk U turn katanya hahaha.. U turn pun ok la jugak boleh cari makan kat blog berbekalkan sedikit ilmu masa belajar kat kolej cap ayam dulu katanya.. Ilmu2 IT tu la banyak membantu aku jadi seorang blogger hari ni. hehehehe...


Jadi nak share pengalaman sendiri memang la aku tak ada pengalaman masuk tingkatan 6 cuma terbaca satu artikel ni. Katanya mana2 pelajar yang masuk tingkatan 6 paling tak suka 21 perkara ni.. Tapi terpaksa kena hadap memang itu yang perlu mereka patuhi walaupun depa dah rasa cukup dewasa untuk buat semua tu. Undang2 tetap la undang2 yer.. Tak kira la kau rasa dewasa ke kanak kanak ke.

Tapi tak tau la betul ke tidak.. Memang benda ni benda yang tak best majoriti budak2 tingkatan 6 kena buat atau maybe certain orang rasa benda ni masih ok je. cuma aku rasa 1 perkara antara 21 perkara ni paling tak best sapa2 pun hadap iatu ragging. Almaklum la.. ragging ni kadang2 ada yang melampau boleh mengundang trauma & boleh jadi mengaibkan jugak. Bila masuk tingkatan 6 kena ragging lagi.. mesti rasa tercabar jugak ego tu. Almaklum la.. kalau ikut dah tingkatan 6 kot.. lain la tingkatan 1 katanya. hehehehe

Tapi walau dalam 21 perkara ni banyak yang tak best ada jugak yang best contoh.. time tu maybe ada mulakan hubungan serius dengan seseorang.. Sapa yang tak suka bercinta ye dak. Nak2 lagi dalam tingkatan 6 feeling budak sekolah dah tak berapa nak ada.. hehehe.. Selebinya 19 perkara yang budak tingkatan 6 rasa tak best meh baca kat sini >> 21 Pengalaman Yang Budak Tingkatan 6 Akan hadap tak kira yang best atau tak best <<

Apapun.. ketahuilah, pengalaman tu kadang2 tak best masa kita hadap tapi jadi sangat manis masa kita kenang. Mungkin benda tu akan buat kita rindu nak kembali ke sekolah.. macam aku dulu masa sekolah paling tak best kena denda berdiri kat tapak perhimpunan tengah panas.. Tapi bila terkenang balik benda tu sebenarnya buat aku jadi terkenal kat sekolah... OkBye sebelum kena herdik. hahahaha

AWAS! JIKA ANDA ADA 5 CIRI INI JANGAN PERGI KE TEMPAT TIADA TALIAN INTERNET

AWAS! JIKA ANDA ADA 5 CIRI INI JANGAN PERGI KE TEMPAT TIADA TALIAN INTERNET. Internet dengan kehidupan manusia zaman sekarang bagaikan aur dengan tebing, isi dengan kuku, adam dan hawa...bla. bla.. banyak lagi perumpamaan yang mengambarkan betapa manusia zaman sekarang tak boleh berpisah dengan internet. Nak2 lagi internet sekarang dah jadi salah satu keperluan bagi mereka yang bekerja secara online tak kira kerja dia tu jadi sumber pendapatan utama atau sampingan macam aku ni. Aku pun kalau tak ada internet pun susah jugak. kena resign la jadi blogger kalau tak ada internet. Tapi setakat bercuti seminggu dia dari internet rasanya boleh lagi kot.. hahahaha


Manusia & internet sentiasa connect tak kira masa & di mana saja berada.Sekarang ni kat kawasan kampung pun dah banyak tempat ada talian internet. Kampung aku pun tak ada masalah dengan talian internet. Cuma streamyx @ unifi je tak ada access kat sana.. Dah lama sejak trend orang curi kabel telekom tu. Asal pasang hilang.. terus TM merajuk sampai sekarang. Untuk maxis tu ada.. Yang lain2 tak sure sebab adik beradik aku kat kampung guna maxis. Kadang2 balik kampung pun aku belasah guna wifi depa jugak hahahaha.

Walaupun kawasan kampung dah di naik taraf.. dah ada access internet tapi bukan semua kampung. Kalau yang pendalaman tu memang kebanyakkan memang belum ada access internet. Kalau dapat pun sipi2 je line dia. Bayangkan la kalau korang jenis membesar di bandar. Nak dapat access internet semudah petik jari. Kalau data internet kat telefon habis.. boleh je lepak mana2 restoran & cafe yang ada free wifi.. Tapi bila balik kampung jangan berangan la nak dapat wifi free.. Data plan yang korang ambil pun jadi tak berguna lagi masa tu. Gamaknya korang boleh tak bertahan paling lama seminggu kat kampung???

Kebanyakkan manusia zaman sekarang dia boleh bertahan tak jumpa atuk nenek kat kampung tapi cannot tahan kalau tak dapat access internet walau sehari. Nak2 lagi yang jenis macam ni >> 5 Ciri Orang Yang Tak Boleh Hidup Di Tempat Yang Tiada Access Internet  << Silap haribulan boleh jadi stress yang melampau. Boleh menyebabkan tekanan emosi katanya hanya kerana tak dapat access internet je. Bahaya kan? Jadi kalau korang jenis gagal mengawal ketagihan melayari internet, better elakkan diri berada di tempat yang tiada access internet. Risau pulak aku tetiba mati bunuh diri pulak sebab tertekan tanpa internet katanya.

Moral of the story.. Memang la bagi sesetengah orang internet jadi satu keperluan tapi kena control jugak obsesi kita terhadap internet. Ada masa kita perlu berehat dari semua teknologi yang kadang2 membuatkan kita jadi semakin jauh dengan orang lain terutama keluarga. Jangan kerana internet buang emak buang saudara.. tak elok tu!!

7 PERANGAI PELIK YANG MUNGKIN ADA DALAM FAMILY ANDA

7 PERANGAI PELIK YANG MUNGKIN ADA DALAM FAMILY ANDA. Dalam satu keluarga mustahil akan dapat adik beradik atau sedara mara yang semua statik je ada satu perangai yang sama. Yang tu memang agak aneh kalau ada. Maybe keluarga tu keluarga robot yang dah di cipta & di setting dengan 1 fungsi je. Kalau manusia mustahil mampu setting semua satu kepala & satu perangai walau keluar dari 1 perut & satu laluan yang sama. Sebab yang namanya manusia ni pasti berbeza dengan manusia lain walau ada hubungan darah sekalipun.


Biasa la.. dalam satu keluarga ada perangai yang menghiburkan, ada perangai yang menjengkelkan, ada perangai yang menyakitkan hati, ada perangai yang menyenangkan orang.. Sebab tu la pepatah orang melayu ada kata.. dalam setandan pisang mustahil semuanya elok. Mesti ada jugak sebiji dua yang rosak. Sebab tu kalau tengok dalam family orang lain ada sorang yang buruk perangai jangan pukul rata mengata satu keturunan dia. Mungkin ramai yang perangai tak elok tapi percayalah bukan semua. Masih ada sorang dua yang elok kejadiannya.

Tapi dalam mana2 family pun aku rasa mesti ada 7 karektor pelik ni. Kalau tak ada 7 perangai ni.. mesti ada salah satu ada satu dua perangai yang di sebut. Yelah.. Cuma kita je kadang2 tak berapa alert so kita tak perasaan adik beradik kita yang tergolong dalam 7 karektor pelik ni. Kalau nak tahu apa 7 karektor pelik yang mungkin ada dalam family korang meh baca kat sini >> 7 Jenis Karakter Pelik Yang Confirm Korang Selalu Jumpa Dalam Keluarga Sendiri << Ada kan? Bohong la kalau tak ada langsung salah satu dari 7 perangai ni. heheheh

Moral of the story.. Perangai & karektor ni bukan lahir secara semulajadi tapi di bentuk oleh diri sendiri & macam mana cara dia di besarkan, dengan siapa dia bergaul & apa yang di dedahkan pada dia sejak kecil. Kadang2 merepek jugak aku baca info2 pasal perangai melalui bulan kelahiran la.. melalui urutan nombor dalam keluarga la.. Seolah2 perangai seseorang tu secara semulajadi lahir mengikut bulan kelahiran bagai. Sebab tu aku memang tak share sangat benda2 mengarut macam tu hahahaha.

SALESGIRL GUARDIAN SELAYANG MALL TOLONG JAGA PERANGAI

SALESGIRL GUARDIAN SELAYANG MALL TOLONG JAGA PERANGAI. Kita ni kalau salesgirl @ jurujual kat sesuatu tempat asyik ikut bontot pun kita tak selesa tapi kalau sampai buat tak tahu pun kita rasa sakit hati jugak. Nak2 lagi yang jenis suka sembang kuat kuat seolah2 nak bagitau semua orang kat situ tentang kewujudan dia.


Kejadian ni berlaku kat aku semalam di guardian dalam selayang Mall. Antara Guardian yang biasa aku pergi la. Aku kan pembeli setia kat guardian. Alkisahnya semalam dok cari cleanser sebab yelah.. yang ada tu tinggal hujung2 hayat je. Alang2 keluar cari la. Aku ni memang suka tukar2 produk katanya. Tapi sekarang ni walau aku suka cuba macam2 produk aku memang pilih yang betul2 selamat. Rasa nak try produk Eucerin sebab produk ni antara produk yang lulus ujian clinical katanya. Dok membelek belek la mild cleasing milk ni. Sebenarnya aku confuse sikit bab - bab ni. Sebab aku tak pernah guna cleansing milk ni. Punya belek lama la jugak sebab takut salah beli ke hapa. Nak baca description lagi... Tapi description pun tak berapa membantu sangat hahaha

Bila aku angkat satu yang dalam kotak aku tengok la kat belakang dia ada 1 botol yang tak berkotak. Ingatkan tester ke hapa.. aku try la nk tengok testur dia macam mana. Sekali kena jerit dengan salesgirl yang agak besar badan dia. Amboi kau.. Bukan jauh sangat. Datang la dekat kata tak boleh test. Ni jerit2 panas jugak hati. Tak suka tau orang pandang2 macam kita buat salah besar pulak. Padahal tak sempat pun buat apa2. hahaha. Aku cakap la ingat tester sebab tak ada kotak. dia kata memang tak ada kotak. Kalau yang tak berkotak confirm la aku tak beli sebab dia di datangkan dalam kotak. Kau jual bogel2 macam tu.. sapa nak beli ye dak. Kau fikir harga dia tak include kos kotak sekali ke? Tapi bukan salah dia la bab kotak.. maybe management dia suruh buat macam tu ke tak tau la kan

Lepas kejadian tu.. aku dok dengar la dia dok menyembang punya la kuat suara dia. Annoying jugak la. Dah la tadi buat aku touching hahahha... Lepas tu dok sembang loud speaker pulak dalam guardian yang sekangkang kera tu. Aku tengok kemain rancak berbual dengan customer maybe dia dah kenal kot. Nampak ramah mesra semacam je.. sesekali dengar dia jerit kat cashier konon minta nak jaga cashier bla.. bla.. bagai. Dia punya gaya macam sedang bersantai lepak mamak jer gaya menyembang.

Di sebabkan confuse dengan mild cleansing milk tu.. aku sebenarnya nak cari cleanser @ pencuci muka terbeli cleansing yang sebenarnya untuk remove kotoran & makeup macam makeup remover tu. Nak buat apa lahai.. Makeup remover bio essence aku tu luak pun belum. Tapi nasib baik la rasa macam best jugak guna. Kulit jadi lembut & lembab. Elok sangat la kulit aku yang tak consistent kejab kering & kejab normal ni. Sebab aku guna mild cleaser untuk elak jerawat. Cleanser jenis tu kadang2 mengeringkan kulit sikit terutama bahagian tepi mulut tu. Nak buat macam mana dah trauma hidup sebagai jurujerawat bertahun tahun lamanya so aku memang suka guna mild cleanser.

Salesgirl.. Hope tak payah jadi attention seeker sangat la dengan suka sembang kuat kuat & jerit kat customer. Kalau nampak customer macam nak buat apa2 yang di larang just datang dekat & bagitahu. Tak payah jerit2 orang tak suka. Orang tak kagum pun tengok malah orang rasa ntah hapa hapa kau dok bising. Ingat orang nak dengar sangat ke cerita kau tu. Bising kau tau tak orang nak pilih produk. Nak baca description produk pun kena konsentrasi katanya. hehehe. Lagipun kita kan perempuan.. suara tu melambangkan kewanitaan jugak katanya. hehehe

Moral of the story.. bercakap dengan suara kuat tak melambangkan anda wanita kuat umpama wanita besi. Kalau takat suara kuat cuma bising jer hahaha. Erkk aku pun suara kuat jugak terutama kalau marah anak hahaha.

20 PENIPUAN YANG BIASA IBU BAPA SELALU CAKAP PADA ANAK

20 PENIPUAN YANG BIASA IBU BAPA SELALU CAKAP PADA ANAK. Zaman kita kecik kecik dulu senang mak bapak nak control bila kita buat perangai. Sebab budak2 dulu mudah percaya dengan  momokkan atau ugutan. Kalau tak makan saman dengan ugutan atau momokkan kau makan rotan atau cubit pulak la lepas tu. Jadi kau di beri cuma 2 pilihan yang menakutkan samada percaya dengan ugutan atau momokkan seram mak bapak kau atau kau kena hadap kesakitan pada fizikal kau bila sesi memujuk dah habis.


Tapi Budak2 sekarang memang banyak tak makan saman.. kau momokkan dia dengan kisah seram dia persoalan dengan berpuluh2 soalan untuk minta kepastian yang kau sendiri tak ada idea nak jawab. Bila kau ugut dia.. lagi dia mencabar. Bila kau guna hukuman fizikal macam merotan atau denda dia memberontak bagai nak rak. Berbanding budak budak zaman dulu. Orang kata lebih senang nak control.

Sebab tu dalam kita membesar kita sangat biasa dengan ugutan & momokkan benda benda macam ni. Kesian kan.. kadang2 ada yang betul2 percaya apa yang mak bapak dia cakap tu sampai besar baru dia tahu perkara sebenar. Punya la budak2 zaman dulu menjadikan mak bapak sumber rujukan paling sahih sampai apa mak bapak dia cakap semua dia anggap betul. Antara penipuan yang selalu mak bapak buat bagi meredakan amukkan anak anak depa adalah 20 perkara ni >> 20 Penipuan Yang Ibu Bapa Sering Guna Untuk Tenangkan Anak Anak <<

Masa kecik kita cukup naif jadi kita akan rasa takut di perlakukan macam yang mak bapak kita cakap nak buat kalau kita terus buat perangai maka kita akan percaya benda tu mak bapak kita akan benar2 buat kalau kita terus mengamuk atau menangis padahal mak bapak mana nak dedahkan anak pada risiko macam tu. Nak2 lagi zaman sekarang ni. hehehe. Walalupun zaman dah berubah tradisi menipu anak dengan 20 penipuan ni rasanya masih ada yang pratikkan tapi kalau anak aku rasanya tak berapa berkesan. hahaha

REMAJA YANG TAK SABAR NAK DEWASA PERLU TAHU PERKARA NI

REMAJA YANG TAK SABAR NAK DEWASA PERLU TAHU PERKARA NI. Lumrah manusia masa kanak kanak tak sabar rasa nak jadi besar. Nak bercinta, nak pakai lisptik (bagi yang perempuan), nak kerja, nak ada duit sendiri, nak beli itu ini, nak pergi sana sini, nak bebas tanpa kongkongan mak bapak & banyak lagi la dia punya whishlist masa kecik.

Gambar sekadar hiasan. Sumber Google

Dah masuk remaja.. Dia mula tak sabar nak habis sekolah, nak sambung belajar duduk jauh dari mak bapak, nak kahwin, nak ada kehidupan sendiri, nak ada rumah sendiri, nak ada anak sendiri & macam benda dia nak ada & buat la..

Tapi bila masuk alam dewasa.. Terasa rindu pulak nak jadi kanak kanak semula, terasa rindu nak bangun pagi siap2 pergi sekolah, terasa rindu dengan hidup yang celik mata tak perlu fikir banyak perkara.

Semua ni memang keinginaan yang normal sebagai manusia biasa. Terutama yang remaja la. Zaman pertengahan macam tu depa sangat memberontak nak jadi cepat dewasa tu yang kadang2 ada yang berlagak dewasa sebelum usia nak tentukan jalan hidup sendiri & tak suka cara hidup yang mak bapak depa cuba bentuk sebab katanya bukan kehidupan yang depa nak.

Sebelum dewasa memang kau rasa jadi orang dewasa ni kau bebas buat keputusan sendiri, kau bebas tentukan hidup kau sendiri & kau bebas dari segala galanya tapi sebenarnya tidak. Menjadi dewasa adalah lebih susah dari kau bayangkan contohnya seperti 11 perkara ni >> 11 Konflik Yang Akan Berlaku Bila Anda Masuk Ke Alam Dewasa <<

Jadi adik adik.. bersedia la dari sekarang supaya dewasa kamu lebih indah dari apa yang kamu bayangkan. Dewasa la bersama usia tak perlu kelam kabut sangat nak jadi dewasa sampai masa remaja korang tersia begitu sahaja. Semua zaman datang sekali dalam hidup.. dari zaman kanak kanak, remaja, dewasa.. Jadi nikmati selagi ada.

CARA ORANG DULU PERGI BERCUTI YANG ORANG SEKARANG DAH TAK BUAT

CARA ORANG DULU PERGI BERCUTI YANG ORANG SEKARANG DAH TAK BUAT. Zaman dah berubah maka cara hidup manusia pun berubah jugak la. Takkan la kita hidup zaman 2000an tapi cara hidup masa zaman 50an pulak kan? Tak kira la miskin ke kaya.. Cara hidup kita tetap akan ikut peredaran zaman. So memang tak sesuai nak buat perbandingan hidup zaman dulu & sekarang. Zaman pun dah berubah jadi semua benda tu turut kena berubah jugak la. selagi ia tidak melanggar batas batas agama jadi perubahan tu tak salah. Kita memang kena hidup ikut peredaran zaman supaya kita tak ketinggalan banyak perkara yang boleh buat orang akan ambil kesempatan pada kita.


Macam tu jugak cara orang sekarang pergi bercuti. Kalau zaman dulu, zaman sebelum kewujudan teknologi smartphone & internet paling2 gadget yang nak di bawa pun camera je. Percutian memang kadang2 planning punya lama almaklum la nak kumpul budget pergi bercuti. Lebih2 lagi orang kampung.. Yang nak pergi bercuti pun tunggu ada orang buat rombongan. Kalau kepala yang buat rombongan tu selalunya akan bagitau 2 atau 3 bulan lebih awal pasal perancangan nak pergi bercuti tu. Yelah nak kumpul peserta rombongan lagi, nak booking bas, nak kutip duit tambang & penginapan peserta rombongan bukan senang. Nak2 lagi yang tak boleh bayar sekaligus.. So, kena ambil masa sekurang kurangnya 3 bulan untuk kumpul duit nak bayar tambang ikut rombongan tu. Walaupun tambang tu murah je.

Bila dah cukup semua selalunya perjalanan depa malam la. Kononnya esok pagi sampai boleh terus jalan jalan dah. Jimat la satu malam duit hotel. Bukan tu jer.. siap masak tu bekalan makanan sepanjang perjalanan. Makcik aku dulu cerita dia siap buat lauk yang boleh tahan 3 4 hari untuk bekalan makan dia masa pergi melancong katanya. Walau dalam negara. Tapi kisah makcik aku tu kisah zaman 70an kalau tak silap. Masa tu dia dah sampai langkawi yang mana time tu masih tak membangun & banyak kesan2 sejarah penuh mistik. Sekarang pergi langkawi nak tengok beras terbakar pun tinggal yang dalam balang jer. Dah tak ada kesan tinggalan sejarah dia. Habis orang kutip. makcik aku masa muda memang kaki berjalan. Dia tak kisah bab makan atau bab membeli belah sangat.. Asalkan cukup tambang dia pergi berjalan dia on jer... Sekarang ni sebab dah uzur kadang2 ajak jalan jauh dia dah tak larat. Hatta nak bawa pergi thailand pun dia dah tak daya katanya. Tapi masa zaman ada kudrat dulu dia dah sampai.. so dia dah tak kisah.

Tu dia punya struggle orang dulu2 nak pergi bercuti dengan cara rombongan style katanya. Kalau tak ada orang anjurkan rombongan macam tu tak merasa la nak jalan jauh ke negeri orang. Almaklum la.. orang kampung dulu2 bukan semua senang senang. Zaman 90an pun ramai yang masih susah lagi. Tak macam sekarang.. Memang rombongan macam tu dah tak ada orang nak buat. Lagipun sekarang kena permit bagai.. maka rombongan macam orang dah tak berani nak anjurkan. Takut jadi apa2 masa dalam perjalanan tu.. tak ada orang nak bertanggungjawab.

Tapi tu la walau susah orang dulu dulu nak pergi bercuti tapi percutian mereka memang di nikmati sepenuhnya. Memang tempoh percutian tu di isi dengan menjelajah ke tempat2 yang mungkin hanya sekali dalam seumur hidup mereka mampu kunjungi. Tak macam orang sekarang pergi bercuti kadang2 habis masa dengan online atau bercuti dengan style macam ni >> 6 Jenis Style Orang Sekarang Pergi Bercuti Yang Tak Sama Macam Orang Dulu Dulu <<. Almaklum la orang2 sekarang nak pergi bercuti anytime boleh & macam2 cara dorang boleh pergi bercuti. Nak jimat boleh backpackers style.. kalau budget lebih boleh bercuti honeymoon style katanya.

Moral of the story.. Orang sekarang kadang2 sebab terlalu senang & selesa susah untuk menghargai masa sebab tu la pergi bercuti pun masing2 sibuk dengan smartphone.

AKIBAT FANATIK DENGAN BOLA SEPAK, INI 7 AKTIVITI LUAR BIASA PEMINAT BOLA BUAT DI BULAN PUASA

AKIBAT FANATIK DENGAN BOLA SEPAK, INI 7 AKTIVITI LUAR BIASA PEMINAT BOLA BUAT DI BULAN PUASA. Kalau sekadar minat mungkin kita takde la terlalu obses dengan sesuatu perkara tapi kalau dah fanatik memang kadang2 apa yang di buat memang di luar sangkaan kita. Bagi peminat bola pulak walaupun bulan puasa menghadkan aktiviti mereka untuk ligat di padang tapi depa ni katanya tetap tak boleh hidup tanpa bola.


Kalau dah terlampau minat tu memang tak kira apa bulan pun dia akan cuba lakukan aktiviti dia walau mungkin rutin tu agak berubah bila menjelang bulan puasa. Tak boleh kalau tak buat. Biar apapun situasi dia akan cari peluang jugak buat bagi melepaskan ketagihan dia terhadap bola sepak. Mungkin kalau sehari hidup dia tanpa ada kaitan dengan bola dia boleh kena parkinson & menggigil seluruh badan maka berlaku 7 perkara luar biasa yang di lakukan peminat fanatik bola bila menjelang bulan puasa >> 7 Aktiviti Yang Luar Biasa Peminat Tegar Bola Lakukan Dalam Bulan Puasa…<< yang no 3 palinhg tak boleh blah katanya, hahaha

Susah jugak kan kalau dapat laki macam ni. Dalam tidur & jaga dunia dia hanya bola ja. Silap2 dia ngingau kita pulak kena sepak macam bola. Tetiba dengar jerit goll jer.. hahaha. Kalau tahap macam tu aku rasa ada yang makan kasut bola tengah2 malam buta. Mujur la aku dapat laki tak minat bola.. aku pun tak minat jugak cuma anak dara aku pulak nampak minat bola sepak ni. Dulu masa baby asal tengok berita sukan jer.. tang bola sepak je dia fokus. Bila dah besar antara kartun peberet dia super strikers, bola kampung.. Mana datang gen minat bola tu tak tau la pulak. Nak kata masa mengandung aku suka tengok bola tak jugak. Sama je aktiviti aku masa mengandung ngadap blog jer... hahaha

Nak minat bola tak salah.. mungkin dah jadi fitrah kebanyakkan lelaki suka bola cuma berpada pada. Jangan asyik hidup dengan bola tanggungjawab sebagai hamba & suami terabai. Jangan asyik nak kejar bola sedar sedar kita dah kehilangan & ketinggalan banyak perkara yang lebih baik dalam hidup. Minat tak salah tapi jangan obses

Moral of the story.. Makan bola, tidur bola.. jangan tetiba mati pun sebab bola sudah la.

8 PERKARA YANG BUAT ORANG RASA MENYESAL MENJELANG USIA 30AN

8 PERKARA YANG BUAT ORANG RASA MENYESAL MENJELANG USIA 30AN. Sapa kat ini umur dah masuk 30an? Jangan memalu nak mengaku.. Insya Allah kalau umur panjang semua orang akan melalui usia 30an. Tapi jangan la tanya umur aku.. Aku baru sweet seventeen katanya. Ni curi masa mentelaah pejalaran jab update blog. Almaklum la tahun ni SPM katanya... Kena study hard sikit. Ok.. ok.. Jangan maki aku di bulan puasa. nanti kurang pahala hangpa. hehehe


Bila dah masuk usia 30an ni serius memang akan ada banyak perkara kita kesal. tak kira la perkara yang kita tak sempat buat atau perkara yang kita dah buat. Contoh macam sebelum 30an.. Kita rasa macam awal sangat la nak bercinta walau ada yang cuba memikat & orang tu pun memenuhi kriteria pasangan idaman kita api sebab rasa muda sangat nak ada serious relationship kita lepaskan peluang tu.. tetiba masuk 30an masih tak jumpa jodoh. Mungkin benda tu akan jadi kesalan sikit la dalam hidup kita. Mesti terdetik jugak keluhan.. " Kalau la aku accept dia dulu.. mungkin sekarang dah main dengan anak anak kat rumah." Biasa la kita manusia.. even jodoh pertemuan tu aturan Allah tapi bohonglah sebagai manusia kita tak pernah rasa menyesal melepaskan sesuatu tu. Betul tak?

Kita manusia ni kadang2 suka rasa masih muda, masih awal sebab tu bila masuk usia 30an banyak perkara kita menyesal. Termasuklah 8 perkara ni yang kebanyakkan menjadi penyesalan pada mereka yang dah melepasi usia 30an. Nak tahu apa perkaranya meh baca kat sini >> 8 perkara yang buat orang menyesal bila masuk usia 30an << Salah satu perkara yang aku sebut tadi. Memang antara penyesalan yang paling popular menjelang usia 30an tak berani memulakan hubungan rapat dengan seseorang yang mereka suka.

Moral of the story.. menyesal dulu pendapatan, menyesal kemudian tiada berguna. Apapun 30an bukan pengakhiran kita mencapai impian malah mungkin menjadi satu permulaan kita untuk berjaya. Jangan rasa dah masuk umur 30an kita dah tak banyak peluang seterusnya mensia sia kan hidup begitu sahaja.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com