BALU YANG CEPAT SANGAT 'MOVE ON' NI TAK SEDIH KE SUAMI DIA BARU MENINGGAL?
BALU YANG CEPAT SANGAT 'MOVE ON' NI TAK SEDIH KE SUAMI DIA BARU MENINGGAL? Pagi pagi terbaca luahan hati seorang blogger di facebook bila dia di pandang sinis sebab ada manusia yang rasa dia terlalu cepat 'move on' selepas kematian suami. Berbagai persepsi negatif di lemparkan pada dia.. hanya kerana dia tak tunjuk kesedihan selepas pemergian suami tu dalam tempoh masa yang panjang. Pelik jugak aku dengan manusia macam ni.. Sedih bagi mereka maybe kau kena murung, diri tak terurus, hari2 menangis.. hari2 kena up status berunsur kesedihan, kekecewaan bagai dalam tempoh bertahun tahun kot.. Kalau tak kau akan di anggap cepat melupakan suami yang masih baru meninggal dunia sedangkan orang tu ada anak.. Perlu teruskan hidup. Perlu jadi kekuatan pada anak2 yang jugak masih bersedih dengan kehilangan Ayah..Bagi aku lagi cepat seorang wanita itu bangkit & move on adalah lebih baik kerana dalam Islam pun tempoh berkabung @ iddah selepas kematian suami pun hanya 4 bulan 10 hari. Dalam tempoh tu memang di larang berhias macam bermakeup, mengenakan pakaian cantik yang boleh menarik perhatian orang lain, memakai minyak wangi atau apa2 perkara yang boleh membuat orang tertarik untuk menikahinya. Apapun tak boleh pakai pakaian khas macam sesetengah penganut agama lain buat bila berkabung memakai pakaian berwarna hitam atau putih. Jadi pakailah apa2 pakaian biasa yang tak menarik perhatian orang lain. Tapi jangan la sampai comot & tak terurus pulak. Tak boleh berhias tak bermaksud sampai tak mandi, baju tak bertukar, badan bau hapak bagai yer.. So, kena faham betul betul. Kebersihan diri tetap kena jaga walau dalam tempoh iddah @ berkabung.
Selepas tempoh tersebut dah tak salah untuk teruskan hidup & buat apa yang terbaik untuk dirinya selagi benda tu tak menyalahi mana2 undang2. Kalau kematian selain bukan suami memang Islam melarang bersedih lebih 3 hari.. Bermakna bukan la tak boleh bersedih tapi tak perlu bersedih secara berlebih lebihan sampai dah tak boleh teruskan hidup macam biasa.
Islam pun dah memberi garis panduan yang baik jadi kenapa perlu timbul isu cepatnya seorang balu tu move on bagai.. Kenapa mesti ada persepsi gatal, tak sayang suami yang baru meninggal bagai atau cepat melupakan walaupun baru je meninggal dunia. Seorang balu yang mempunyai anak di bawah tanggungan ni tanggungjawab dia sangat besar ok! Tak sama macam orang yang masih ada suami. Kalau dia tak move on.. Kau nak tolong bagi anak2 dia makan? Kau nak tolong jaga anak anak dia? Kau nak tolong sara semua keperluan anak anak dia? Kalaupun selepas habis tempoh berkabung & iddah dia nak kahwin lain kau tak boleh judge dia gatal. Mungkin dengan perkahwinan tu dia ada tempat bergantung & nasib anak anak dia terbela. Seorang wanita bergelar balu ni memilih berkahwin semula bukan semua kerana keinginan hati dia sendiri. Kadang2 sebab memikirkan anak2.. dia terpaksa berkahwin. Tapi orang yang melihat.. takkan faham & tak ingin nak faham pun sebenarnya. Yang depa tau.. termuncung muncung mulut mengumpat. Macam menjadi seorang 'BALU' itu satu dosa pulak.
Berhenti memberi persepsi negatif pada golongan balu.. Betul! Ada yang mengambil kesempatan dengan gelaran 'Balu' tapi bukan semua. Mak aku pun seorang Balu.. Dia pun takde la bersedih lama2 selepas kematian Ayah aku dulu tapi kita tahu la.. Walau dia nampak macam dah move on.. sampai sekarang kadang2 dengar jugak dia membandingkan hidup dia selepas ketiadaan ayah.. Contoh ayat dia.. Ni kalau ayah hang ada ni mesti kami dah pi sana sini.. Buat tu ni.. " kat situ pun membuktikan di hati dia masih ingat suami dia yang dah lama meninggal dunia. Tak tunjuk kesedihan tu secara terbuka pada orang lain tak bermakna orang tu tak sedih. Tapi sebab tuntutan hidup.. dia tahu dia tak boleh melayan kesedihan sehingga amanah yang dia ada tak terjaga. Walau berat, walau sakit.. Dia kena bangun & kuat teruskan hidup.
Moral of the story.. Hentikan memberi persepsi negatif pada golongan balu yang korang nampak mampu tersenyum, bekerja & nampak bahagia selepas kematian suami. Apa yang anda nampak belum tentu mengambarkan apa yang mereka rasa. Tak semua orang suka canang kesedihan dia pada orang lain.. Macam aku. Erkk.. aku bukan balu yer. Tapi aku ni boleh kata susah sangat nak tunjuk kat orang aku sedih atau ada masalah nak2 lagi kat media sosial.