SALAM TAKZIAH, PELAKON & PENGARAH ERMA FATIMA SAH BERCERAI
SALAM TAKZIAH, PELAKON & PENGARAH ERMA FATIMA SAH BERCERAI. Tu dia pepagi jumaat kau dah jadi makcik bawang ni pehal lekatlekit Ooi.. Astaghfirullah.. Tak terniat pun kami nak membawangkan diri di pagi jumaat yang mulia ni. Pengarah & pelakon Erma Fatima adalah salah seorang actress & pengarah peberet kami. Jadi kami cuma nak bagi sokongan moral pada dia ja melalui entri ni..Tinggal kenangan |
Pepagi buka tv terdengar dari berita kat TV3 katanya Pelakon & pengarah hebat Erma Fatima dah sah bercerai dengan bekas suaminya Bade Hj Azmi, seorang pengarah drama & filem yang tak kurang hebat. Pasangan ni bernikah tahun 1991 tapi apakan daya jodoh pertemuan semua di tangan Allah. Mungkin sudah tertulis perjalanannya sampai di situ sahaja jodoh mereka kan.. Walau sudah melalui hidup sebagai pasangan suami isteri selama lebih kurang 26 tahun.
Sepanjang perkahwinan mereka erma fatima ada mengambil 5 orang anak angkat. Subahanallah.. Baik kak Erma kita ni. Sanggup menjaga 5 orang anak angkat. Bukan semua orang sanggup mengambil tanggungjawab macam tu kan.. Tu la hikmah pasangan yang tidak di kurniakan zuriat sendiri. Mereka lah yang akan membela nasib anak2 yang mungkin tidak berkemampuan untuk di besarkan keluarga sendiri atau anak anak yang di buang ibu ayahnya. Jadi jangan nak Membawang sangat la dok hina orang tak ada anak ni. Depa kadang2 jadi lebih mulia dari kita yang umpama kilang anak. Produk produce setahun sekali tu. Tu pun merungut manjang letih jaga anak. Anak sendiri pun dah merungut.. mimpi la nak jaga anak orang.
Apapun buat kakErma Fatima semoga tabah menghadapi Ujian dunia yang fana ini. Insya Allah.. Allah akan terus memberi yang terbaik untuk hamba hamba yang di Uji. Bergelar status Janda bukan sesuatu yang hina.. Malah ia lambang kekuatan seorang wanita. Takziah & semoga Allah permudahkan urusan mu dunia & akhirat.