Showing posts with label fatimah syarha. Show all posts

INI JAWAPAN USTAZAH FATIMAH SYARHA ISU SALAH FAHAM TENTANG SUSU LEMBU

INI JAWAPAN USTAZAH FATIMAH SYARHA ISU SALAH FAHAM TENTANG SUSU LEMBU. Rasanya tak adil pulak aku kalau tak sebarkan penjelasan Ustazah Fatimah Syarha yang panjang lebar maksud sebenar yang nak di sampaikan pada penonton isu minum susu lembu DNA lembu akan masuk ke dalam tubuh bayi & menyebabkan bayi membesar menjadi seorang yang pemarah. Ada 2 entri sebelum ni berkenaan isu ni...


So rasanya aku tak perlu komen panjang lebar.. Hangpa baca hangpa nilaikan & buat la kesimpulan sendiri. Segalanya dah di jelaskan oleh ustazah Fatimah syarha dalam post terbaru di Fanpage beliau.. Tapi dari pandangan peribadi aku tetap bukan isu salah faham tapi statement ustazah tu memang kalau ikut dah jadi ayat penyata. Ayat dia bayi yang minum susu lembu,  DNA lembu akan masuk ke dalam badan bayi & mempengaruhi akhlak bayi yang mungkin membesar menjadi seorang yang pemarah sebab katanya lembu kan cepat marah. Ayat dia bukan ayat tergantung. Ayat dia jelas. Mana tak sentap ibu2 kat luar sana kan?.. tapi kita anggap je dia tersilap cakap yer...  erkk.. tadi kata tak nak komen. Terkomen jugak hehehehe


Apapun sebagai manusia.. Kita tak boleh la nak harap seseorang yang bergelar ustazah tu akan perfect. Kadang2 dia pun buat silap.. Macam kita jugak so maafkan lah dia. Tak payah tacing sangat ibu2 yang tak mampu nak menyusukan anak.. Yang penting kita tahu apa yang kita buat untuk kebaikkan anak kita. Kemampuan setiap orang tak sama.. Susu juga rezeki dari Allah. Bukan susu ibu boleh kita bancuh kemudian tuang dalam nenen.. macam nak buat susu dalam botol. Kadang2 dah usaha tapi mungki bukan rezeki.. Yakinlah Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Sekurang kurangnya yang tak mampu BF anak tu takde jadi riak menayang hasil perahan.. ops!

Moral of the story... Satu patah perkataan pun boleh jadi macam2 maksud inikan bila jadi satu ayat. So, berhati hati dengan zaman media sosial & viral semudah 1 clik.

PENJELASAN USTAZAH FATIMAH SYARHA TENTANG ISU SUSU LEMBU

PENJELASAN USTAZAH FATIMAH SYARHA TENTANG ISU SUSU LEMBU. Aku sebenarnya tak pernah tahu pun Ustazah Fatimah syarha ni ada fanpage kat FB saja jer tadi search.. Jumpa la pulak. Update terakhir dia 4 jam lalu menyentuh sikit la pasal isu yang jadi viral sekarang berkenaan kenyataan dia tentang bayi yang menyusu susu lembu akan jadi perangai macam lembu yang cepat marah.


Nak komen pun jadi serba salah dengan cara dia menjawab isu yang jadi viral sekarang. Macam mengambil kesempatan untuk menjual buku jer... Takpe la.. Memang bagus untuk marketing bila tetiba nama kita jadi popular tapi yang tak berapa bagus adalah cara dia tu. Adalah lebih baik dia bagi penjelasan maksud kenyataan dia untuk jernihkan keadaan. Sekurang kurangnya ada jugak kenyataan yang membetulkan keadaan.

clik untuk paparan yang lebih jelas

Ada yang minta dia buat permohonan maaf sebab dah menguris perasaan ramai kaum ibu. Ada yang menegur cara dia  menjawab kontroversi yang berlaku. Apapun dia seorang lebih berilmu dalam Agama berbanding aku.. Rasanya dia lebih tahu tindakkan yang terbaik untuk dia ambil.

Cuma pendapat aku.. jangan cakap sesuatu yang tergantung kalau tak cukup masa. just cakap apa yang penting je. Kalau dah topik susu ibu cakap je fakta tentang susu ibu.. tak perlu cakap sesuatu yang kita tak tahu atau tak jelas tentangnya atau sesuatu yang tak mampu kita jelaskan agar tidak jadi salah faham.

moral of the story... hadapi dengan tenang tak kira pihak setazah atau penonton.

Jerawat??? Parut Jerawat?? Boleh ke nak cover dalam masa seminit?? Alah.. tak pandai makeup untuk cover?? Kalau nak tau macam mana nak cover parut jerawat dengan sepantas kilat Korang mesti tengok ni >> 13 Trick mudah untuk sembunyikan parut jerawat tanpa perlu jadi pakar solekkan <<

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com