INI JAWAPAN USTAZAH FATIMAH SYARHA ISU SALAH FAHAM TENTANG SUSU LEMBU

8/10/2015 08:00:00 PM suria lekatlekit 5 Comments

INI JAWAPAN USTAZAH FATIMAH SYARHA ISU SALAH FAHAM TENTANG SUSU LEMBU. Rasanya tak adil pulak aku kalau tak sebarkan penjelasan Ustazah Fatimah Syarha yang panjang lebar maksud sebenar yang nak di sampaikan pada penonton isu minum susu lembu DNA lembu akan masuk ke dalam tubuh bayi & menyebabkan bayi membesar menjadi seorang yang pemarah. Ada 2 entri sebelum ni berkenaan isu ni...


So rasanya aku tak perlu komen panjang lebar.. Hangpa baca hangpa nilaikan & buat la kesimpulan sendiri. Segalanya dah di jelaskan oleh ustazah Fatimah syarha dalam post terbaru di Fanpage beliau.. Tapi dari pandangan peribadi aku tetap bukan isu salah faham tapi statement ustazah tu memang kalau ikut dah jadi ayat penyata. Ayat dia bayi yang minum susu lembu,  DNA lembu akan masuk ke dalam badan bayi & mempengaruhi akhlak bayi yang mungkin membesar menjadi seorang yang pemarah sebab katanya lembu kan cepat marah. Ayat dia bukan ayat tergantung. Ayat dia jelas. Mana tak sentap ibu2 kat luar sana kan?.. tapi kita anggap je dia tersilap cakap yer...  erkk.. tadi kata tak nak komen. Terkomen jugak hehehehe


Apapun sebagai manusia.. Kita tak boleh la nak harap seseorang yang bergelar ustazah tu akan perfect. Kadang2 dia pun buat silap.. Macam kita jugak so maafkan lah dia. Tak payah tacing sangat ibu2 yang tak mampu nak menyusukan anak.. Yang penting kita tahu apa yang kita buat untuk kebaikkan anak kita. Kemampuan setiap orang tak sama.. Susu juga rezeki dari Allah. Bukan susu ibu boleh kita bancuh kemudian tuang dalam nenen.. macam nak buat susu dalam botol. Kadang2 dah usaha tapi mungki bukan rezeki.. Yakinlah Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Sekurang kurangnya yang tak mampu BF anak tu takde jadi riak menayang hasil perahan.. ops!

Moral of the story... Satu patah perkataan pun boleh jadi macam2 maksud inikan bila jadi satu ayat. So, berhati hati dengan zaman media sosial & viral semudah 1 clik.

5 comments:

  1. harap dari kejadian ni ustazah akan lebih berhati-hati dalam penggunaan ayat.. dan netizen yang mengutuk bagai tu harapnya dapat jugak mohon maaf kat empunya diri tu.. kosong-kosong bak kata astro hehe

    ReplyDelete
  2. hihi, tak sangka boleh jadi viral benda ni.
    bagus la tu, sekurang-kurangnya cara pemikiran analitikal masyarakat Malaysia ni dah semakin berkembang, akan analisis dulu sebarang berita yang sampai.
    saya setuju yang susu ibu adalah yang terbaik, tapi tentang DNA tu, saya tak setuju sangat.
    yang pasti, DNA kita adalah gabungan dari DNA ibu dan ayah kita.
    itulah sebaik-baik kejadian.
    -blogspot : rawatankanser2013

    ReplyDelete
  3. Kan?? People make mistakes :) bukan manusia kalau tak tersasul buat kesilapan.. ustazah ni pun manusia gak :D

    ReplyDelete
  4. Allahuakbar....akak yg sekolah tak tinggi ni pon tahu beza khasiat susu lembu dgn susu ibu...plz la jgn guna jawapan camtu

    ReplyDelete
  5. Anak-anak kita minum susu lembu tapi emak mereka lagi cepat pemarah daripada anak-anak. Hehehe...

    Dah namanya manusia, mestilah ada salah-silapnya. Mana nak cari yang perfect, yang near perfect pun boleh bilang dengan jari sebelah tangan aje yang mampu kita jumpakan...

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com