Showing posts with label DNA. Show all posts

INI JAWAPAN USTAZAH FATIMAH SYARHA ISU SALAH FAHAM TENTANG SUSU LEMBU

INI JAWAPAN USTAZAH FATIMAH SYARHA ISU SALAH FAHAM TENTANG SUSU LEMBU. Rasanya tak adil pulak aku kalau tak sebarkan penjelasan Ustazah Fatimah Syarha yang panjang lebar maksud sebenar yang nak di sampaikan pada penonton isu minum susu lembu DNA lembu akan masuk ke dalam tubuh bayi & menyebabkan bayi membesar menjadi seorang yang pemarah. Ada 2 entri sebelum ni berkenaan isu ni...


So rasanya aku tak perlu komen panjang lebar.. Hangpa baca hangpa nilaikan & buat la kesimpulan sendiri. Segalanya dah di jelaskan oleh ustazah Fatimah syarha dalam post terbaru di Fanpage beliau.. Tapi dari pandangan peribadi aku tetap bukan isu salah faham tapi statement ustazah tu memang kalau ikut dah jadi ayat penyata. Ayat dia bayi yang minum susu lembu,  DNA lembu akan masuk ke dalam badan bayi & mempengaruhi akhlak bayi yang mungkin membesar menjadi seorang yang pemarah sebab katanya lembu kan cepat marah. Ayat dia bukan ayat tergantung. Ayat dia jelas. Mana tak sentap ibu2 kat luar sana kan?.. tapi kita anggap je dia tersilap cakap yer...  erkk.. tadi kata tak nak komen. Terkomen jugak hehehehe


Apapun sebagai manusia.. Kita tak boleh la nak harap seseorang yang bergelar ustazah tu akan perfect. Kadang2 dia pun buat silap.. Macam kita jugak so maafkan lah dia. Tak payah tacing sangat ibu2 yang tak mampu nak menyusukan anak.. Yang penting kita tahu apa yang kita buat untuk kebaikkan anak kita. Kemampuan setiap orang tak sama.. Susu juga rezeki dari Allah. Bukan susu ibu boleh kita bancuh kemudian tuang dalam nenen.. macam nak buat susu dalam botol. Kadang2 dah usaha tapi mungki bukan rezeki.. Yakinlah Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Sekurang kurangnya yang tak mampu BF anak tu takde jadi riak menayang hasil perahan.. ops!

Moral of the story... Satu patah perkataan pun boleh jadi macam2 maksud inikan bila jadi satu ayat. So, berhati hati dengan zaman media sosial & viral semudah 1 clik.

KKM SAHKAN COKLAT CADBURY ADA DNA BABI

Ni penting untuk kita semua tahu terutama yang beragama Islam. Selama ni kita main telan jer & yakin sangat dengan logo halal yang ada pada pembalut makanan yang kita beli tanpa sedar kita dah termakan babi bertahun lamanya.

Sumber Google

Terbaca kat harian metro online tentang pengesahan DNA babi yang terdapat dalam 2 jenis coklat cadbury..

Sumberi Harian Metro

Kalau aku la.. bila berlaku kes2 camni, nama je cadbury memang aku tak makan dah la tak kira la yang kononnya halal atau tak. Produk yang ada kontroversi status halal pun aku takkan makan apatah lagi yang macam cadbury ni. Nak2 lagi yang halal & tak halal dari satu kilang yang sama tak mustahil peralatan & perkakasan yang di gunakan juga sama. Beza coklat yang tak halal tu cuma tambah kacang hazel & buah badam jer.. yang coklat dia tetap sama. Korang rasa yakin lagi ke nak makan? Yang menjual produk berasaskan coklat tu yakin lagi ke nak jual kat pengguna beragama Islam? Tak rasa bersalah ke? tapi Semuanya terpulang pada individu. Kalau rasa mati sangat tak makan tu nak makan jugak coklat cadbury even Halal.. hak masing2.

Yang baru je makan atau yang sedang makan sila muntah dengan kadar segera

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com