Showing posts with label buat. Show all posts

PERHATIAN! PENIAGA ONLINE PERLU TAHU APA ITU COPYWRITING

PERHATIAN! PENIAGA ONLINE PERLU TAHU APA ITU COPYWRITING. Sekarang ramai orang buat perniagaan secara online.. Jenglot pun orang jual online ok apatah lagi benda2 yang dulu kita tak terfikir untuk di pasarkan secara atas talian kini dah ada orang buat. Sekarang ni segala mak nenek boleh beli secara online ni.. Nak beli barang basah macam kat market tu pun ada. Pendek kata kalau berat sangat bontot hangpa nak keluar boleh order je online satgi depa mai hantaq depan batang hidung hangpa.


Bila berniaga secara online ni.. Salah satu perkara yang sangat penting adalah copywriting. Kalau tak faham copywriting tu macam mana.. Lebih kurang macam ayat2 iklan untuk menarik minat orang membeli produk atau jualan anda. Lagi menarik ayat yang korang guna makin senang produk anda di kenali seterusnya mampu menarik pembeli untuk membuat urus niaga dengan anda.

Kalau korang seorang yang kreatif jadi tak perlu nak guna khidmat orang lain untuk mencipta ayat copywriting untuk anda.. Macam blogger pun kena pandai jugak buat copywriting ni sebab kebanyakkan blogger memang buat service review berbayar. So tajuk entri tu bagi aku macam copywriting jugak la untuk menarik minat orang lain membaca review yang aku tulis. Kalau baca tajuk pun boring.. Macam mana depa nak tahu apa produk yang kita tulis tu kan? Sebab tak ada tarikkan langsung untuk orang membaca. So bagi aku seorang blogger, tajuk entri umpama copywriting sesuatu artikel yang aku tulis untuk menarik minat orang lain membaca. Tu pendapat aku la kan.. kalau salah tolong tunjukkan. hehehehe

Kalau lahir dari kepala hotak & idea sendiri tu memang la free of charge. Sebab keuntungan tu nanti kau juga yang kaut kan.. Tapi kalau nak minta orang lain buat copywriting untuk anda jangan la harap percuma sebab benda ni sekarang ada rate dia. Ada kawan aku mesej minta tolong aku buat copywriting satu produk client dia.. Sebab sekarang dia bekerja dalam satu team viral. Kalau hangpa nak viralkan produk atau jualan hangpa boleh PM dia kat facebook Azie Zah. Dia memang baru belajar so banyak yang dia tak tau pasal copywriting. Kerja dia bukan dok buat copywriting pun. Kerja dia cuma memviralkan produk atau perkhidmatan anda bersama team dia la. Terpaksa aku explain kat dia benda ni bukan boleh main minta2 jer orang buat. Benda ni salah satu service yang kena bayar bukan percuma. Terpaksa aku explain even nampak macam simple tapi bukan mudah sebab ia berkaitan dengan idea & kreativiti. Konsep dia bukan sekadar tolong menolong. Baru la dia faham benda tu ada harga yang perlu di bayar. Win win situation la kan.. customer nak produk dia terjual & dapat untung takkan kita yang buat kerja untuk dia pakai modal air liur je kan. Aku buat kerja kerja amal jugak kat blog ni.. Tapi syarat bukan untuk keuntungan mana2 pihak & benda tu memang semata mata untuk charity.

Nak buat copywriting ni kena tengok produk apa yang hangpa nak jual & target pembeli. Contoh macam nak jual produk buang bulu macam pernah aku buat untuk kawan aku yang jual produk wax tu.. Aku fokus pada bulu apa yang nak di buang. Bila kita highlight bulu jer.. Kadang2 orang tak tahu.. Misai, janggut semua tu pun dalam kategori bulu jugak. Jadi kadang2 kena highlight benda tu supaya dalam satu iklan dapat menyampaikan info yang buat semua orang faham fungsi sesuatu produk tu secara ringkas. Contoh ayat aku guna.. Produk penanggal bulu ketiak,kemaluan,misai,bulu roma paling berkesan. Bulu roma ni orang tak heran sangat sebab biasa jer... Orang akan tertarik tang bulu celah bedah tu je macam ketiak & kemaluan. Ternyata memang berjaya buat kawan aku meraih sale yang berpanjang dari review tu. Sebab tu penting buat copywriting yang memang mampu menarik orang untuk berkenalan dengan produk yang anda jual. Kalau setakat tulis wax penangal bulu.. boring sangat. So kena ada ayat2 yang mampu buat orang nak tahu lebih lanjut tentang produk atau perkhidmatan anda.

Jangan la nak cebik - cebik dok cakap.. macam aku terer sangat nak bagi tip kat orang. Aku bukan pakar tapi just berkongsi je apa yang aku tahu & aku buat. Tapi kalau nak guna service aku untuk review produk, jualan atau perkhidmatan hangpa boleh ja email ke lekatlekitgurl@yahoo.com. Yang tu memang dalam kemahiran aku nak buat. hehehehe Kita boleh bincang dari hati ke hati tapi jangan sampai jatuh cinta pulak. hahahahaha

Moral of the story.. Tiada yang percuma zaman sekarang. Sekarang ni kreativiti tak kira hanya dengan penulisan santai macam blog aku pun ada harganya. Orang sekarang kadang2 kita guna konsep tolong bila dah berjaya lupa orang yang pernah tolong tu. Sebagai manusia kadang2 akan timbul rasa terkilan & kesalan kat situ. Jadi zaman sekarang kena guna konsep berniaga jer.. Kau bayar, aku buat kerja. So tak ada sapa terhutang budi atau tak kenang budi sesiapa, kan? hehehehe

TUTORIAL BUAT WATERMARK PADA GAMBAR GUNA APLIKASI SNAPSEED

TUTORIAL BUAT WATERMARK PADA GAMBAR GUNA APLIKASI SNAPSEED. Sejak aku guna aplikasi snapseed buat watermark pada gambar2 yang aku upload ramai juga yang tanya aku guna application apa. Seba ramai yang rasa nampak kemas & cantik watermark guna snapseed ni. Aku pun rasa macam tu jugak sebab tu aku guna. Almaklum la sebagai blogger & pengamal media sosial ni memang gambar adalah perkara penting jugak. Untuk elak gambar di curi untuk keuntungan pihak lain atau di ekplotasi untuk tujuan tak baik.. Harus kena watermark ok! Jangan fikir orang watermark gambar ni kedekut. Salah satu langkah keselamatan nak2 lagi orang yang rajin dok upload gambar selfie tu...

Sebab ada yang tanya macam mana nak guna aplikasi ni.. Dorang tak faham sangat. Mula2 korang kena la install aplikasi snapseed ni . Korang boleh cari kat playstore. Ni mobile application ok! Kalau web aku tak sure ada ke tak.. Tapi aku pun install kat smartphone.

Search je Snapseed kat Playstore akan jumpa aplikasi ni

Dah success install.. Cara nak guna, buka aplikasi snapseed & ikut arahan seperti di bawah...

Nak masukkan gambar tekan kat 'Tap anywhere to open a photo' tu

Lepas tu nak mulakan edit watermark tekan tekan simbul yang macam pensil tu

pilih bahagian 'text'

Pilih template untuk watermark. tab je mana yang kat bawah tu ikut selera orang. Lepas tu tekan dua kali (double tab) kat tulisan "double tab here to change text"
Masukkan 'text' untuk watermark anda

Yang icon macam bekas warna tu adalah untuk tukar warna background watermark atau tulisan watermark anda.

Opacity ni pulak fungsi dia nak terang atau kaburkan warna background anda jadi macam transparent tu
P/S : Nak setting besar atau kecik watermark tu cuma letak dua jari (ibu jari & jari telunjuk atas watermark tu kemudian adjust jer). Kalau nak ubah watermark pun sama.. letak jari atas watermark tu & seret je

Dah selesai edit watermark.. cik done & save sahaja watermark anda
Ni contoh watermark yang dah siap. Korang boleh edit lebih cantik ikut kreativiti sendiri

Tak susah pun nak buat watermark menggunakan aplikasi snapseed ni. Jadi online seller yang takut testimoni bergambar anda kena curi boleh la gunakan aplikasi snapseed ni buat watermark yer. Alah.. zaman sekarang tak payah nak edit guna photoshop bagai.. nak transfer gambar ke pc. Dari smartphone semua benda dah boleh buat.

Semoga perkongsian kecil ini memberi manafaat kepada orang lain. Insya Allah...

VIDEO & RESEPI MUDAH KUIH KERIA GULA MELAKA

VIDEO & RESEPI MUDAH KUIH KERIA GULA MELAKA. Ni antara kuih yang tengah viral & In-trend sekarang. Masing2 sanggup berbaris berejam lamanya nak merasa kuih keria yang tengah viral alih2 bila service kurang memuaskan mula meroyan kat media sosial.. Nak makan kuih keria pun macam nak cari harta karun punya la susah..


Takpe kalau rasa susah sangat nak beli kuih keria.. Kita boleh cuba buat sendiri kat rumah.. Bukan susah pun. Yang susah tu sebenarnya sebab 'Malas'. Kalau rajin Insya Allah semua jadi mudah.. Gagal sekali tak bermakna untuk sekian kali akan gagal jugak. Biasa dalam mencuba sesuatu yang baru kadang2 kita takkan berjaya untuk kali pertama.. Kadang2 dua tiga kali buat baru mendapat hasil yang gempak.

Kuih keria.. Bagi orang yang tak pernah cuba buat mungkin dia membayangkan nak buat tu macam susah. Sebenarnya tak adalah susah mana pun.. Kalau tengok dari resepi kuih keria gula melaka memang simple sangat step nak membuatnya.. Lagi mudah sebab dia tunjuk tutorial dengan video. Kalau bagi resepi bertulis kadang2 orang yang tak pernah masuk dapur ni akan tertanya tanya jugak la.. macam mana nak adun ni.. nak gentel.. nak bla.. bla.. dot com. Jadi dengan adanya tutuorial melalui video memudahkan anda untuk mencuba buat sendiri di rumah. Jadi kalau korang nak tengok video & resepi kuih keria gula melaka boleh tengok kat sini >> VIDEO] Resipi Kuih Keria Gula Melaka <<

Tapi sebab ada yang mungkin tak memerlukan tutorial dari video takpe aku bagi jugak resepi secara bertulis kat sini..

Bahan-bahan:
- 500g keledek putih (direbus)
- ¾ cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil baking powder
- ½ sudu kecil garam
- ¼ cawan air
- 150g gula melaka
- 1 sudu besar gula

Cara-cara:
1. Lenyekkan keledek.
2. Masukkan tepung, baking powder dan garam.
3. Gaul hingga menjadi doh.
4. Bentukkan menjadi kuih keria.
5. Goreng hingga perang.
6. Dalam kuali yang lain, panaskan air, gula melaka dan gula.
7. Gaul hingga pekat, dan masukkan kuih keria.
8. Teruskan mengacau hingga kering.
9. Hidang!

Senang kan nak buat kuih keria gula melaka ni. Pada penggemar kuih keria boleh la cuba buat. Elok sangat la kan hari ni hari minggu hehehehe.

Moral of the story.. Kalau rajin merasa nikmat sedap.. kalau malas mereput la kat situ merasa nikmat dalam mimpi je. Tu pun kalau muncul dalam mimpi. hahahaha

TINDAKKAN YANG PERLU DI AMBIL JIKA BARANG YANG ANDA BELI DARI LAZADA ROSAK

TINDAKKAN YANG PERLU DI AMBIL JIKA BARANG YANG ANDA BELI DARI LAZADA ROSAK. Baru - baru ni aku terjebak la dalam online revolution Lazada 11.11 Tu. Yelah.. diskaun gila - gila beb! Memang la niat mula2 sesaja nak tengok je. Tapi dasar perempuan kan.. Kalau tengok tu takde la nak tengok saja tanpa merembat apa - apa. Nak2 lagi memang dalam account tu berduit. Tapi Alhamdulillah aku berjaya control nafsu syaiton nirrojim sebab aku hanya belanja RM50++ untuk 2 barang.


Sepatutnya delivery di buat antara 21 - 30 Nov tapi tak sangka pulak salah satu barang yang aku beli sampai awal. Pagi2 lagi abang GDEX ketuk pintu rumah. Happy la kan dapat barang yang di beli. Alah.. bukan apa sangat pun aku beli. T-Shirt putih jer. Rasa macam dah takde stok T-Shirt putih sekarang. Haritu cari kat The Store macam takde & takde yang berkenan je. Alang2 tengah murah aku rembat la sepasang T-Shirt murah kat lazada. Seller dia dari Shenzen, China. Barang tu direct di pos dari china. Bukan melalui lazada.

Bila dah dapat maka dengan rakusnya aku pun mengoyak parcel. Tu dia.. tetap tu nak ada adakan cerita. Aku guna gunting je potong hujung plastik bungkusan tu je hehehe.. Nak try la kononnya. Almaklum baju baru. Boleh la melenjan weekend nanti. Belek2 tengok ada kesan koyak kat tepi baju.. Boleh rujuk gambar kat bawah..


Kang ada kata.. alah koyak sikit. Boleh jahit koyak macam tu. Aku nak tanya kalau korang nak beli pakaian kalau nampak ada koyak korang beli tak? Mustahil la korang nak bayar baju koyak walau koyak tu boleh di jahit sekalipun.. sebab kita beli barang baru so condition dia pun nak dalam keadan baik la. Jadi bila terima barang yang dalam keadaan macam ni mesti la kurang berpuas hati kan. Jadi Apa aku buat.. aku hantar mesej kat website,bahagian Help & support lazada. Boleh rujuk tutorial di gambar kat bawah..

Ni tutorial bergambar macam mana korang nak hantar sebarang pertanyaan atau complaint kepada lazada melalui website. Sila isi form contact us tu yer

Aku ada hantar jugak complaint kat twitter lazada untuk tunjuk bukti bergambar. Kalau korang ada sebarang complaint, pertanyaan atau apa2 berkenaan barang yang korang beli kat lazada boleh jugak report kat twitter >> https://twitter.com/asklazadamy lebih cepat sikit dorang terima report korang tu.

Kalau tak pandai speaking london boleh je guna bahasa melayu. Jangan risau.. Bukan macam Ezbabai (bukan nama sebenar). Depa tak paham bahasa melayu. Kau kutuk pun depa still rasa bangga macam kau memuji. Jadi kalau ezbabai baru kau wajib speaking london. Tapi dengan lazada Malaysia boleh guna Bahasa kebangsaan.

Dalam pukul 1.45 tadi wakil lazada call untuk selesaikan masalah ni. Mula2 dia minta aku post semula item tersebut untuk buat penukaran.. tapi aku pertikai la. kalau aku nak kena keluar aku takkan membeli online. Sebab aku susah nak keluar aku membeli secara online. Lagipun kos postage semua siapa yang akan tanggung. Sebab tak ada sebarang slip post di sertakan pada parcel aku. Jadi solution nya.. T-Shirt tersebut aku dapat & lazada akan refund semula harga baju yang aku dah beli sebagai gantirugi. Apa lagi lompat bintang la. Dapat refund kan? hehehehe. Bukan macam ezbabai tu.. meluat aku. Sampai sekarang ada lagi barang aku yang belum sampai.

Apapun.. Biarpun berlaku perkara2 macam ni aku tetap puji dengan layanan & tindakkan pantas lazada menyelesaikan masalah pelanggan. Tak sampai 1 hari pun semuanya dah di selesaikan. Patut la ramai memilih membeli belah di lazada. Memang terbaik perkhidmatan mereka. Jadi kalau nak membeli belah secara online boleh la membeli di lazada untuk memastikan semua urusan anda berjalan lancar. Delivery pun cepat.

BALU YANG CEPAT SANGAT 'MOVE ON' NI TAK SEDIH KE SUAMI DIA BARU MENINGGAL?

BALU YANG CEPAT SANGAT 'MOVE ON' NI TAK SEDIH KE SUAMI DIA BARU MENINGGAL? Pagi pagi terbaca luahan hati seorang blogger di facebook bila dia di pandang sinis sebab ada manusia yang rasa dia terlalu cepat 'move on' selepas kematian suami. Berbagai persepsi negatif di lemparkan pada dia.. hanya kerana dia tak tunjuk kesedihan selepas pemergian suami tu dalam tempoh masa yang panjang. Pelik jugak aku dengan manusia macam ni.. Sedih bagi mereka maybe kau kena murung, diri tak terurus, hari2 menangis.. hari2 kena up status berunsur kesedihan, kekecewaan bagai dalam tempoh bertahun tahun kot.. Kalau tak kau akan di anggap cepat melupakan suami yang masih baru meninggal dunia sedangkan orang tu ada anak.. Perlu teruskan hidup. Perlu jadi kekuatan pada anak2 yang jugak masih bersedih dengan kehilangan Ayah..


Bagi aku lagi cepat seorang wanita itu bangkit & move on adalah lebih baik kerana dalam Islam pun tempoh berkabung @ iddah selepas kematian suami pun hanya 4 bulan 10 hari. Dalam tempoh tu memang di larang berhias macam bermakeup, mengenakan pakaian cantik yang boleh menarik perhatian orang lain, memakai minyak wangi atau apa2 perkara yang boleh membuat orang tertarik untuk menikahinya. Apapun tak boleh pakai pakaian khas macam sesetengah penganut agama lain buat bila berkabung memakai pakaian berwarna hitam atau putih. Jadi pakailah apa2 pakaian biasa yang tak menarik perhatian orang lain. Tapi jangan la sampai comot & tak terurus pulak. Tak boleh berhias tak bermaksud sampai tak mandi, baju tak bertukar, badan bau hapak bagai yer.. So, kena faham betul betul. Kebersihan diri tetap kena jaga walau dalam tempoh iddah @ berkabung.

Selepas tempoh tersebut dah tak salah untuk teruskan hidup & buat apa yang terbaik untuk dirinya selagi benda tu tak menyalahi mana2 undang2. Kalau kematian selain bukan suami memang Islam melarang bersedih lebih 3 hari.. Bermakna bukan la tak boleh bersedih tapi tak perlu bersedih secara berlebih lebihan sampai dah tak boleh teruskan hidup macam biasa.

Islam pun dah memberi garis panduan yang baik jadi kenapa perlu timbul isu cepatnya seorang balu tu move on bagai.. Kenapa mesti ada persepsi gatal, tak sayang suami yang baru meninggal bagai atau cepat melupakan walaupun baru je meninggal dunia. Seorang balu yang mempunyai anak di bawah tanggungan ni tanggungjawab dia sangat besar ok! Tak sama macam orang yang masih ada suami. Kalau dia tak move on.. Kau nak tolong bagi anak2 dia makan? Kau nak tolong jaga anak anak dia? Kau nak tolong sara semua keperluan anak anak dia? Kalaupun selepas habis tempoh berkabung & iddah dia nak kahwin lain kau tak boleh judge dia gatal. Mungkin dengan perkahwinan tu dia ada tempat bergantung & nasib anak anak dia terbela. Seorang wanita bergelar balu ni memilih berkahwin semula bukan semua kerana keinginan hati dia sendiri. Kadang2 sebab memikirkan anak2.. dia terpaksa berkahwin. Tapi orang yang melihat.. takkan faham & tak ingin nak faham pun sebenarnya. Yang depa tau.. termuncung muncung mulut mengumpat. Macam menjadi seorang 'BALU' itu satu dosa pulak.

Berhenti memberi persepsi negatif pada golongan balu.. Betul! Ada yang mengambil kesempatan dengan gelaran 'Balu' tapi bukan semua. Mak aku pun seorang Balu.. Dia pun takde la bersedih lama2 selepas kematian Ayah aku dulu tapi kita tahu la.. Walau dia nampak macam dah move on.. sampai sekarang kadang2 dengar jugak dia membandingkan hidup dia selepas ketiadaan ayah.. Contoh ayat dia.. Ni kalau ayah hang ada ni mesti kami dah pi sana sini.. Buat tu ni.. " kat situ pun membuktikan di hati dia masih ingat suami dia yang dah lama meninggal dunia. Tak tunjuk kesedihan tu secara terbuka pada orang lain tak bermakna orang tu tak sedih. Tapi sebab tuntutan hidup.. dia tahu dia tak boleh melayan kesedihan sehingga amanah yang dia ada tak terjaga. Walau berat, walau sakit.. Dia kena bangun & kuat teruskan hidup.

Moral of the story.. Hentikan memberi persepsi negatif pada golongan balu yang korang nampak mampu tersenyum, bekerja & nampak bahagia selepas kematian suami. Apa yang anda nampak belum tentu mengambarkan apa yang mereka rasa. Tak semua orang suka canang kesedihan dia pada orang lain.. Macam aku. Erkk.. aku bukan balu yer. Tapi aku ni boleh kata susah sangat nak tunjuk kat orang aku sedih atau ada masalah nak2 lagi kat media sosial.

BERANI BUDAK PEREMPUAN ZAMAN SEKARANG PERGI CAMPING & BUAT BENDA MACAM NI DALAM HUTAN MALAM HARI

BERANI BUDAK PEREMPUAN ZAMAN SEKARANG PERGI CAMPING & BUAT BENDA MACAM NI DALAM HUTAN MALAM HARI. Baca kisah sekumpulan gadis yang mengikuti perkhemahan di anjurkan pihak sekolah teringat pulak aku masa sekolah rendah pernah jugak join perkhemahan pengakap kat sekolah. Tapi dalam hutan tak pernah la camping lagi. Tu pun masa tu rasa macam seram je memalam kena tidur dalam khemah walau dalam kawasan sekolah. Tapi alih2 semua kena lari menyelamatkan diri bila berlaku satu kejadian tak di ingini..


Pada malam tu selepas selesai aktiviti, memasing kena masuk khemah untuk tidur. Nama pun pengakap.. Mesti la kena survival. Nak dapat keris gangsa so kena la tidur dalam khemah. Tapi berlaku satu kejadian yang di luar jangkaan akhirnya semua di pindahkan ke dalam bilik darjah. Sebab keadaan tak mengizinkan untuk peserta perkhemahan tidur dalam khemah. Tapi bukan la sebab kejadian seram ke hapa.. Tapi hujan & sedikit banjir air masuk dalam khemah. So, tak berapa survivor sangat la kan.. Pengakap kena tidur dalam bilik darjah beralasankan tilam hahahaha

Tu secebis kenangan masa join aktiviti perkhemahan masa sekolah rendah dulu. Tapi bila baca kisah budak2 perempuan ni yang pergi berkhemah dalam hutan & berani buat benda2 macam ni kat tengah2 hutan di malam buta memang rasa.. Wah! Beraninya!! Jangan sampai masing2 tak jumpa jalan balik rumah sudah.. Kena ingat dalam hutan banyak makhluk yang kita tak nampak so berhenti jadi budak2 yang sentiasa nak berseronok tak kira tempat. Aku rasa agak berisiko buat benda2 macam ni dalam hutan.. Nak tahu apa yang budak2 perempuan ni buat boleh baca cerita & tengok video mereka kat sini >> Rasanya korang berani tak nak pergi camping malam-malam lepas tengok video seram ni? << Ni kategori perangai tak senonoh jugak la sebab rasa tak kena tempat apa yang depa buat tu.

Masa buat memang la rasa best.. kalau kena betul - betul masa tu baru kau tahu hutan tu tebal ke nipis.. malam tu gelap ke cerah.. langit tu tinggi ke rendah. Dalam hutan dik.. Mulut pun orang suruh jaga inikan perangai. Tingkahlaku kita mungkin memberi kesan pada kita semasa berada dalam hutan. Jadi sila 'behave', ok!

7 PERKARA YANG TIDAK BOLEH BUAT JIKA TERKENA SERANGAN JANTUNG

7 PERKARA YANG TIDAK BOLEH BUAT JIKA TERKENA SERANGAN JANTUNG. Antara punca utama kematian di malaysia adalah serangan jantung.. Satgi ada pulak yang tak paham bila sebut serangan jantung sebab dok biasa dengar heart attack je kan. Almaklum la generasi melayu sekarang ni dah biasa membesar dengan bahasa rojak jadi certain words tu dia tak paham bahasa melayu. Ni bukan menyindir ni memang realiti. Anak aku pun sama.. nak kata first language tu english tak jugak tapi banyak jugak benda sebut bahasa melayu dia tak paham. Ni memang boleh salahkan mak dia.. sebab mengajar bahasa rojak macam tu.


Ok.. ok.. cukup cerita pasal bahasa kita sebenarnya nak cakap pasal serangan jantung. Mengikut laporan dari IJN (Institut Jantung Negara) penyakit jantung adalah pembunuh nombor satu negara. Walaupun dia pembunuh nombor satu negara.. jangan ada yang loyar buruk sangat tanya kenapa dia tak kena hukuman gantung mandatori ke, gantung sampai mati ke atau penjara seumur hidup... Kau jangan nak bergurau sangat ok! Aku tumbuk jantung kau jugak. hehehehe... 20% rakyat Malaysia terdedah kepada penyakit ni. yang lebih membimbangkan bila jumlahnya sentiasa meningkat setiap tahun.

Serangan jantung berlaku bila otot jantung tiada darah yang kaya dengan oksigen. Ia akan menyebabkan kerosakkan pada jantung. Sama seperti organ dalaman yang lain,jantung juga memerlukan darah yang kaya dengan oksigen. Tanpa bekalan ini, otot jantung boleh rosak & mati. Jika tak di rawat ia akan rosak & takkan boleh di pulihkan lagi. Jika sebahagian jantung rosak di sebabkan perkara itu, maka jantung akan berhenti berdegup & berlaku serangan jantung yang boleh menyebabkan kematian.

Bagaimana nak tahu kita kena serangan jantung atau tidak? Ini gejala yang menunjukkan seseorang itu terkena serangan jantung..

1. Rasa ketidakselesaan di bahagian dada atau rasa seperti sesuatu yang menekan atau memicit dada.
2. Rasa muak atau hendak muntah
3. Jadi sangat pucat
4. Badan jadi seram sejuk (peluh sejuk)
5. Rasa berdebar debar
6. Rasa sakit di belakang badan, bahu lengan,leher atau rahang
7. Pening & pengsan
8. Rasa terlalu letih
9. Sukar untuk bernafas

Bila berlaku serangan jantung.. anda kena tahu ada perkara yang anda tak boleh buat.. contoh jangan baringkan orang yang kena serangan jantung atas lantai sebab benda ni akan menyebabkan dia semakin sukar untuk bernafas sebaiknya letak dia dalam keadaan duduk dengan lutut di bengkokkan & bahu & kepala di sandarkan pada sesuatu atau seseorang. Benda ni membantu mengurangkan tekanan pada jantung & menghalang dari dia jatuh & tercedera.

selebihnya korang boleh la baca sendiri kat sini >> 7 perkara tak boleh buat jika terkena serangan Jantung <<

Apapun bagus info ni sebab serangan jantung ni boleh berlaku kepada sesiapa saja di sekeliling kita termasuk diri kita sendiri. at least kalau kita berdepan dengan situasi tu kita takde la gelabah tahap beruk mak yeh kategori pop yeh yeh kan.. Takde la tengok orang kena serangan jantung kita panik terus dengan kita sekali pun kena serangan jantung jugak sebab terkejut & tak tau nak buat apa. Tak perlu nak pergi belajar medicial setakat nak tahu info2 macam ni... Benda ni memang sepatutnya semua orang tahu untuk bekalan bila di perlukan.

Moral of the story.. Mati itu pasti tapi at least mati kerana ajal bukan mati sebab tak berusaha untuk menyelamatkan diri. Ilmu juga salah satu perkara untuk menyelamatkan diri. 

RESEPI MUDAH MASAK MEGI KARI TANPA GUNA PERENCAH SEGERA

RESEPI MUDAH MASAK MEGI KARI TANPA GUNA PERENCAH SEGERA. Megi @ mee segera ni antara makanan kesukaan rakyat malaysia jugak. Sebab megi @ mee segera ni memang berjasa dalam hidup ramai orang. terutama di kalangan pelajar yang tinggal di asrama atau rumah2 bujang. Megi juga sering menjadi penyelamat semasa budget tak sampai hujung bulan. Dari menahan lapar, dapat makan megi pun sedap katanya.

Megi kari 

Jadi sebagai seorang yang sangat prihatin kepada penggemar megi @ mee segera ni.. Jadi sukacita la aku nak berkongsi resepi mudah nak masak megi kari tanpa menggunakan perencah segera. Almaklum la perencah segera megi yang include dalam setiap paket megi tu kita sedia maklum la kurang sihat.. Nak kata buat rencah sendiri tu sihat tak sangat tapi kita tahu apa bahan yang kita gunakan..

Antara bahan nak masak megi kari ni..

Serbuk rempah kari
Serbuk cili
kicap manis
sos tomato
* Tiga bahan tersebut satukan dalam mangkuk campur air sikit & bancuh sehingga jadi macam pes *

Bahan Tumis
Minyak masak
Bawang merah/besar
Bawang putih
Buah pelaga
Bunga lawang
kulit kayu manis.

Bahan bahan lain untuk menambah rasa..
air
isi ayam
Fish cake
Sayur sawi
atau apa2 bahan macam seafood (udang,sotong..bla.. bla..) kalau nak letak pun boleh


Cara nak masak (boleh rujuk gambar di atas)

1. Panaskan minyak kemudian Tumiskan bahan tumis sehingga naik bau. Kemudian masukkan bahan pes yang dah siap di bancuh tadi. Masak sehingga pecah minyak.
2. Dah pecah minyak masukkan isi ayam gaul dalam bahan rempah tadi. Biar masak sekejab.
3. Masukkan air. Masak sampai mendidih.
4. Masukkan fish cake @ apa2 seafood kalau ada. Biar masak sekejab.
5. Masukkan megi kering @ ramen. Masukkan sayur sawi. kacau hingga semua bahan sebati & masukkan garam secukup rasa. Agak2 dah lembut megi tu boleh la tutup api & hidangkan...

Boleh tambah telur rebus & di tabur dengan daun sup & bawang goreng.

Mudah kan? Kalau sapa cakap susah aku sumpah hilang deria rasa hahahaha... Alah. Megi je pun bukan susah sangat nak masak. Kalau rasa susah susah sangat.. masak je guna perencah segera tu. Tapi rasa dia, kepekatan kuah dia.. tak sama la dengan homemade punya, ok!

Jadi pada yang baru nak kursus kat dapur tu hope membantu la anda belajar memasak. Tapi bukan semua orang suka makan megi. Yang jenis mengamalkan pemakan sihat ni selalu tak makan megi.. hehehehe

CARA NAK BUAT MANGGA SUSU YANG TENGAH VIRAL SEKARANG

CARA NAK BUAT MANGGA SUSU YANG TENGAH VIRAL SEKARANG. Katanya sekarang tengah viral minuman mangga susu ni. Bagi penggemar jus buah mesti menitik nitik air luar hanya dengar nama minuman jer.. Terbayang mangga yang kuning di raja.. Susu yang lemak berkrim.. di tambah ais untuk sejukkan minuman. Di minum dalam cuaca yang panas. Bayangkan Jus mangga susu ni mengalir ke tekak korang.. Allah.. nikmat tak terkata.


Tu dia.. ada yang baca intro sambil telan air liur gamaknya. Menangis bila terkenang kesedapan mangga susu tu. Jangan menangis sayang sayang semua. Jangan risau kalau susah nak dapat kat luar kita buat sendiri mangga susu kat rumah. Bukan susah pun sebenarnya cuma mungkin sebelum ni kita tak tahu jer cara nak membuatnya.

Atas keprihatinan kepada semua penggemar minuman mangga susu ni maka lekatlekit.com dengan berbesar hati nak share video & resepi nak buat mangga susu agar yang mengidam tak kempunan. Manalah tau kan.. ada ibu2 mengandung yang teringin nak merasa minuman mangga susu ni.. Kang tak dapat meleleh pulak air liur baby lepas lahir. Kata orang tua la.. Sebenarnya tak ada kaitan pun air liur anak meleleh dengan kempunan tak dapat makan atau minum sesuatu masa mengandung tu.

Jadi untuk tidak menghampakan mereka2 yang tercari2 resepi nak buat minuman mangga susu ni meh la tengok kat sini

Bahan-bahan:
- 1 biji mangga
- 1 cawan ais
- 3 sudu besar susu pekat

Topping:
- Mangga (dipotong dadu)

Cara-cara:

1. Blend mangga, ais, dan susu pekat sehingga sebati.
2. Tuang ke dalam gelas dan tambahkan topping kiub mangga.
3. Hidang!

Bukan je bagi resepi siap bagi tutorial cara nak buat dengan video lagi. Tak ada alasan untuk cakap tak reti nak follow resepi. Meh tengok video cara buat Mangga susu ni kat bawah


Jadi selamat mencuba. Elok sangat hujung minggu macam ni santai2 dengan family sambil menikmati Mangga susu.

RESEPI MASAK LEMAK IKAN MASIN PALING MUDAH & CEPAT

RESEPI MASAK LEMAK IKAN MASIN PALING MUDAH & CEPAT. Kalau tak simple aku malas nak share sebab kesian bebudak baru belajar masak. Kang berpintal pintal pulak otak depa nak matching bahan bahan masakan. Sebab masak lemak ikan masin versi lekatlekit ni memang kategori campak2 jer maka boleh la aku share dengan hadik hadik yang baru akil baligh nak belajar masak bagi persediaan nak jadi menantu orang nanti. hehehe


Lain orang lain cara masaknya. Jadi dalam versi lekat lekit ni meh kita tengok apa bahan yang di gunakan.. Jangan risau bahan bahan asas buat masak lemak jugak. Antara bahan yang di gunakan bagi merealisasikan masak lemak dalam periuk adalah..

Ikan masin (boleh guna ikan talang tapi aku guna ikan duri sebab tu je yang ada)
Serai
Bawang besar
halia
cili padi
asam keping
santan kotak
Kunyit hidup/serbuk kunyit
Ubi kentang

Bahan kisar
Bawang
serai (ada orang suka ketuk jer tapi aku suka blend halus)
halia
kunyit hidup (kalau guna serbuk kunyit tak payah kisar)
cili padi (yang ni ikut selera. Nak pedas letak lebih. Nak sederhana letak sikit)

Potong ikan masin kemudian rendam lebih kurang setengah jam nak bagi kurang masin. Potong ubi kentang. Lepas tu panaskan minyak.. Tumis bahan kisar & masukkan serbuk kunyit kalau guna serbuk kunyit. kalau guna kunyit hidup dah tak payah tambah serbuk kunyit kang over pulak kuningnya. Biar mendidih sekejab masukkan kentang, kemudian masukkan ikan masin. Masukkan asam keping & serai (kalau serai tu serai ketuk). Biar masak sekejab baru masukkan santan. Lepas tu masukkan santan, masak dalam 10 minit macam tu tutup la api. Pastikan ubi kentang tu dah empuk dulu. Lepas tu letak dalam mangkuk hidangkan je la.

Ni la rupa masak lemak ikan masin lekatlekit. Kuning menawan kelambu katanya hahaha

Dah siap Masak lemak ikan masin atau sesetengah orang panggil gulai lemak. Normally orang guna nenas tapi di sebabkan aku cukup fobia nak makan nenas aku tukar guna kentang. Versi aku ni memang kuah dia pekat sikit. Ada orang suka kuah cair. Apapun tetap sedap di tekak tukang masak katanya. hehehehe

Masak sendiri kat rumah ni memang jimat berbanding membeli belah kat bazar ramadan. Ahad lepas aku tak sempat masak jadi membeli je kat sri damansara. Ada satu pakcik ni jual nasi kandar tapi dia orang melayu la. Aku teliti la lauk2 dia.. Nampak macam best bau pun masih menarik lagi so aku order la satu lauk sotong. Lauk sotong 2 ekor,telur rebus sebiji & 3 biji kacang bendi rebus sekali nak bayar RM13. Nasi kandar memang mahal rupanya. Almaklum la aku memang tak makan restoran mamak sangat so aku tak tau la harga nasi kandar tapi sebungkus nasi RM13 tu memang aku rasa mahal la. Hahaha..

Jadi pada hadik hadik yang dah mula terfikir nak kawen tu.. cuba cuba la belajar masak lemak ikan masin ni yer. Antara hidangan pembuka selera ramai orang. Almaklum la kalau orang melayu ni memang taste depa masakan macam tu la.

AKIBAT FANATIK DENGAN BOLA SEPAK, INI 7 AKTIVITI LUAR BIASA PEMINAT BOLA BUAT DI BULAN PUASA

AKIBAT FANATIK DENGAN BOLA SEPAK, INI 7 AKTIVITI LUAR BIASA PEMINAT BOLA BUAT DI BULAN PUASA. Kalau sekadar minat mungkin kita takde la terlalu obses dengan sesuatu perkara tapi kalau dah fanatik memang kadang2 apa yang di buat memang di luar sangkaan kita. Bagi peminat bola pulak walaupun bulan puasa menghadkan aktiviti mereka untuk ligat di padang tapi depa ni katanya tetap tak boleh hidup tanpa bola.


Kalau dah terlampau minat tu memang tak kira apa bulan pun dia akan cuba lakukan aktiviti dia walau mungkin rutin tu agak berubah bila menjelang bulan puasa. Tak boleh kalau tak buat. Biar apapun situasi dia akan cari peluang jugak buat bagi melepaskan ketagihan dia terhadap bola sepak. Mungkin kalau sehari hidup dia tanpa ada kaitan dengan bola dia boleh kena parkinson & menggigil seluruh badan maka berlaku 7 perkara luar biasa yang di lakukan peminat fanatik bola bila menjelang bulan puasa >> 7 Aktiviti Yang Luar Biasa Peminat Tegar Bola Lakukan Dalam Bulan Puasa…<< yang no 3 palinhg tak boleh blah katanya, hahaha

Susah jugak kan kalau dapat laki macam ni. Dalam tidur & jaga dunia dia hanya bola ja. Silap2 dia ngingau kita pulak kena sepak macam bola. Tetiba dengar jerit goll jer.. hahaha. Kalau tahap macam tu aku rasa ada yang makan kasut bola tengah2 malam buta. Mujur la aku dapat laki tak minat bola.. aku pun tak minat jugak cuma anak dara aku pulak nampak minat bola sepak ni. Dulu masa baby asal tengok berita sukan jer.. tang bola sepak je dia fokus. Bila dah besar antara kartun peberet dia super strikers, bola kampung.. Mana datang gen minat bola tu tak tau la pulak. Nak kata masa mengandung aku suka tengok bola tak jugak. Sama je aktiviti aku masa mengandung ngadap blog jer... hahaha

Nak minat bola tak salah.. mungkin dah jadi fitrah kebanyakkan lelaki suka bola cuma berpada pada. Jangan asyik hidup dengan bola tanggungjawab sebagai hamba & suami terabai. Jangan asyik nak kejar bola sedar sedar kita dah kehilangan & ketinggalan banyak perkara yang lebih baik dalam hidup. Minat tak salah tapi jangan obses

Moral of the story.. Makan bola, tidur bola.. jangan tetiba mati pun sebab bola sudah la.

INILAH RESEPI & CARA BUAT KARIPAP PALING SHORTCUT

INILAH RESEPI & CARA BUAT KARIPAP PALING SHORTCUT. Aku suka jugak makan karipap tapi seumur hidup tak pernah aku try buat karipap sendiri. Entahlah kuih muih ni jari jemari aku kurang berbakat katanya. hahaha.. Padahal tak pernah try buat. Paling2 cekodok je la aku selalu buat. Insya Allah.. Memang ada niat nak try buat kuih muih &kek. Mungkin Ramadan kali ni mengubah aku jadi seorang pemasak kuih muih pulak.


Sebenarnya bukan malas ke hapa.. Tapi yelah yang nak makan pun paling ramai 2 orang tapi kalau tak kena taste mungkin aku je hadap sorang. Tu yang semangat nak buat kuih selalu tak sampai ke level rajin. Tapi aku rasa nak jugak buat karipap la lepas ni sebab dah ada cara paling senang guna shorcut. Tak payah nak uli2 tepung, kelim2 bagai sangat dah.

Almaklum la zaman sekarang. Semua orang sibuk memenuhi tuntutan duniawi di luar rumah. Jadi masa2 nak menguli tepung, mengelim tepi2 karipap pun macam tak ada masa. Nak2 lagi lagi menjelang puasa esok.. Tapi sekali sekala anak & suami nak jugak makan dari air tangan seorang ibu & isteri kan. Jadi korang boleh la try guna resepi karipap paling shortcut ni >> Inilah cara paling shortcut buat karipap << Ni orang tak pernah pegang senduk pun boleh buat apatah lagi yang memang hari2 kerja dia memasak macam aku ni. Hahahha

Sekarang ni bukan jalan je ada shortcut tapi resepi nak masak pun ada shortcut jugak. Almaklum la manusia sekarang semakin rasa 24jam terlalu pendek untuk mereka menyelesaikan tuntutan duniawi. Masa sekarang pun memang sekejab jer berlalu. Tup tup.. dah nak sampai pertengahan tahun pun.

ADAKAH ANDA PEMINAT BOLA SEPAK YANG BUAT PERKARA NI MENJELANG HARI PERLAWANAN?

ADAKAH ANDA PEMINAT BOLA SEPAK YANG BUAT PERKARA NI MENJELANG HARI PERLAWANAN?. Aku ni bukan penggemar sukan bola sepak tapi macam biasa aku suka ambil tahu semua isu yang berlaku dalam negara ni. Isu semasa ke, isu sukan ke, dunia hiburan ke.. Semua aku baca. Almaklum la blogger.. kena rajin menyibuk semua isu yang ada baru la ada idea nak menulis blog.  Bila kita malas nak membaca memang kita akan kurang sumber untuk menulis. Jadi rajin la membaca.


Peminat bola sepak kat Malaysia sekarang memang tahap extreme dah. Sekarang kalau nak bawak family pergi stadium tengok bola pun kena fikir banyak kali. Adakah perlawanan bola sepak tu melibatkan penyokong yang taksub & ganas ganas atau tak. Kalau yang berisiko suka buat rusuhan kalau kalah tu better jangan ambil risiko keatas keluarga anda dengan angkut semua dari sekecik kecik anak sampai sebangka bangka atuk nenek. Bawa diri korang yang gagah perkasa sudah. At least kalau berlaku apa2.. korang nak selamatkan pun diri sendiri je.. berbanding kalau angkut semua satu rumah. Tak cukup kaki tangan korang nak protect korang kalau berlaku perkara tak di ingini. Nak2 lagi kalau ada perlawanan bola sepak ni..stadium confirm la jadi macam tin sardin. Padat,ketat,sesak bagai..

Biasa la penyokong bola sepak ni yang tahap obses memang susah nak terima kekalahan. Depa lupa hero pun kalah jugak sekali sekala.. Kalau menang manjang pun tak ada apa yang surprise sangat dah. hahaha.

Tu kira antara perkara yang nak jadi tipikal jugak la bila berlansung perlawanan bola sepak. Selebihnya ini yang peminat tegar bola sepak akan buat bila menjelang perlawanan bola sepak. Kiranya kalau nak pergi tengok bola je mesti buat benda ni >> 8 Perkara Tipikal Yang Peminat Bola Sepak Akan Buat Menjelang Perlawanan. Sila Mengaku Peminat Bola Sepak Korang Memang Buat Benda ni << Kenapa yer? Kalau tak buat tak boleh ke? pergi & tengok je feel menonton tu tak sampai ke camna? hahahaha

Almaklum la aku bukan minat sangat nak tengok perlawanan bola sepak ni jadi mungkin aku tak feel apa perasaan buat semua benda tu bila tengok perlawanan bola sepak. Tapi peminat tegar untuk bila buat benda2 macam tu aura dia lain kot.. Yelah.. hanya yang suka je tahu apa rasanya bila buat semua tu, kan?

AWAS! LELAKI PERLU BERHENTI BUAT 11 PERKARA NI

AWAS! LELAKI PERLU BERHENTI BUAT 11 PERKARA NI. Hari ni asyik topik pasal lelaki je kan?? Ada pulak yang tanya.. ada masalah rumahtangga ke asyik dok menghentam lelaki je hari ni.. Insya Allah takde apa masalah yang besar menggugat keharmonian & kegilaan rumahtangga aku ni. Baru tadi goreng bihun & makan sama2 penuh nikmat katanya. Sempat lagi kena kutuk sebab baju lama yang dah aku buat kain buruk sebab tak muat nak sarung kat badan. Kalau boleh bergurau senda tu.. Kira bahagia lagi la. Mana ada orang tengah gaduh nak gurau2 ye dak...


Nak buat macam mana sumber ilham hari ni menjurus pada topik untuk lelaki je. Lagipun entri ni berbentuk informasi yang mungkin berguna kepada lelaki. Lelaki ni almaklum la hidup depa ni semua nak simple.. Nak cepat.. nak mudah.. Benda tu kadang2 mengundang perasaan yang kurang senang oleh pasangan mereka. Tak mustahil benda tu boleh jadi penyebab hubungan boleh terputus.. Yang dah kahwin boleh bercerai. Asalnya sebab suami/pasangan pandang remeh perkara yang bagi pandangan mata seorang perempuan adalah perkara besar.

Tengahari tadi tengok wanita Hari ini topik pasal bercerai dengan alasan remeh.. Kita sendiri pun takkan sangka sebab2 macam basuh kain malam2 boleh jadi punca penceraian. Hidup berpasangan ni apa yang dulu kita buat masa zaman bujang tak semua kita masih boleh terus buat bila berumahtangga. Perkara kecil bagi kita tak semestinya kecil jugak untuk pasangan kita. Contoh 11 perkara ni yang memang lelaki suka sangat buat tanpa sedar buat perempuan memendam perasaan tak puas hati >> 11 Perkara Ni Lelaki Perlu Berhenti Lakukan. Ia Nampak Simpe Tapi Anda Mungkin Akan Kehilangan Orang Tersayang Kalau Terus Melakukannya << Mungkin bagi lelaki cuma perkara kecil yang mustahil boleh menjejaskan hubungan mereka tapi tidak bagi perempuan.

Moral of the story yang lelaki kena selalu ingat.. Perempuan memang complicated. Mood depa boleh jadi macam taufan sekelip mata hanya kerana korang terlupa something yang dia pesan je. Tapi bukan semua & aku maybe terkecuali dari perempuan yang perangai macam tu hahahaha. Perempuan memang di cipta untuk di belai sebab tu Allah ciptakan naluri & hati mereka jadi selembut kapas. hehehe

DAH MASUK FEBUARI 2016 KORANG DAH BUAT KE BENDA NI?

DAH MASUK FEBUARI 2016 KORANG DAH BUAT KE BENDA NI? Diam tak diam dah masuk bulan kedua pada tahun 2016. next week ramai yang akan bercuti panjang sempena Chinese New Year.. Tu la yang bestnya kat Malaysia ni. Banyak cuti perayaan sebab kita kan berbilang kaum.


Dah masuk febuari ni ada lagi ke tersasul tulis tarikh dengan tahun 2015? Kalau masih ada yang dok typo tulis tahun nampak bebenor dia tak boleh terima hakikat kita dah melangkah ke tahun 2016. Apapun yang berlaku.. redha je la. Sesuatu yang pergi takkan kembali selain mati adalah masa. Seminit pun kita tak boleh reverse balik dah. Jadi.. belajar la hargai masa yang ada sebelum masa tu meninggalkan kita dengan seribu sesalan.

Cakap pasal masa ni.. Korang dah buat ke benda ni? Benda yang mesti korang mula buat pada tahun 2016 supaya masuk tahun 2017 nanti korang tak menyesal. 2015 yang korang mungkin tak ambil berat pasal 9 perkara ni takpe.. Korang boleh mula pratikkan di tahun 2016 ni. Jangan berlengah lagi sebab masa takkan tunggu kita dah ready baru dia nak berlalu. Masa akan terus berjalan samada kita bersedia untuk hadapi hari esok atau tidak. Yang perlu korang buat bermula dari 2016 ni adalah >> 9 Perkara Penting Yang Sepatutnya Anda Dah Buat Bermula Januari 2016 << Bukan apa.. 9 perkara ni la penentu siapa anda, dimana anda pada tahun2 seterusnya. Kalau benda2 macam ni pun korang masih tak mampu buat maka tak mustahil kehidupan korang di tahun2 akan datang akan lebih teruk dari tahun ni.

Ingat masa itu umpama pedang.. kalau kita tak memotongnya dia akan potong kita. Bila dia dah potong kita.. sesungguhnya manusia itu kerugian.

AWAS! PERKARA YANG TAK BOLEH BUAT PADA TAHUN BARU CINA

AWAS! PERKARA YANG TAK BOLEH BUAT PADA TAHUN BARU CINA. Setiap bangsa & agama tu ada pantang larang dia tersendiri. Setiap pantang larang tu ada alasan.. cuma alasan dia samada logik atau tak logik je. Ada pantang larang alasan dia berkaitan dengan unsur spiritual & mistik.. ada yang sekadar alasan yang di reka reka untuk menakutkan generasi muda. Apapun pantang larang.. Boleh follow kalau tak menyusahkan atau memesongkan kepercayaan agama.


Walaupun kita orang melayu tak salah kita ambil tahu pantang larang & budaya bangsa lain. Yelah.. supaya kita tak termelakukan bila bertandang kerumah mereka untuk meraikan perayaan mereka. Nak2 lagi yang kawen campur ni. Sebab lain bangsa & agama.. Maka pantang larang dia pun lain lain jugak. Jadi sangat2 penting kita ambil tahu pantang larang bangsa lain sebagai menghormati kepercayaan mereka. Bukan suruh percaya tapi tak ada la nanti kita di anggap biadab bila melanggar pantang larang depa kan.

Kita buat dengan niat menghormati.. tak salah kan? Jadi mana2 yang ada kawan2 atau sedara mara mahupun keluarga mertua yang berbangsa cina elok la tahu apa pantang larang orang cina bila menjelang tahun baru cina. Kalau yang jenis berpegang pada adat memang benda2 macam ni memang depa pegang.. Rasanya kaum cina memang masih amalkan pantang larang ni sampai sekarang. Nak tau apa pantang larang dia meh baca kat sini >> 8 Pantang Larang yang boleh & tak boleh buat semasa tahun baru cina yang mesti anda tahu <<

Jadi kalau anda berkunjung rumah kaum cina pada tahun baru cina jagalah kelakuan anda yer.. Jangan terlepas buat benda2 tu semasa di rumah depa walaupun ikut kepercayaan & adat kita memang tak ada yang salah nak buat tapi tidak pada mereka yang berbangsa cina. Hormat menghormati itu penting.

BUDAYA MENIPU CLIK IKLAN DI BLOG MASIH BELUM PUPUS RUPANYA

BUDAYA MENIPU CLIK IKLAN DI BLOG MASIH BELUM PUPUS RUPANYA. Perkara yang pernah popular satu ketika dulu ingatkan blogger dah ada kesedaran tentang cara salah untuk meraih clik pada banner iklan nuffnang & iklan special 8share rupanya masih ada yang berani buat segmen secara terbuka macam tu untuk membuat penipuan clik (clik fraud) pada iklan. Aku ingat dah pupus budaya menipu clik ni.. Rupanya wujud lagi. Hahaha. Kalau takde masakan ada yang bangkitkan isu ni kan?


Dulu masa 8share mula2 nak naik.. memang ramai yang dengan beraninya buat penipuan clik dengan cara exchange clik. Penuh je rewards dia delete semua link yang dia post minta orang buat exchange clik. Bukan kata blogger picisan yang kurang follower je yang buat, yang ramai follower & agak popular pun tak terkecuali. Semua sebab duit.. Bila orang persoalkan betul ke cara dia berkongsi iklan tu.. Dia cuma jawab entah. Sebenarnya dia pun tau cara tu salah sebab menipu. Kalau dia tak tau mustahil lepas penuh rewards dia delete link2 yang dia share kat media sosial kan. Supaya security 8share tak dapat detect la tu penipuan dia buat. Bila delete takde bukti penipuan. Tapi tak kemana.. akhirnya account depa tetap kena banned. Takpe la depa tak dapat nak jana pendapatan dengan 8share sebab depa blogger yang banyak job2 luar kan. Apalah sangat kena  banned dengan 8share tu. hehehe

Kalau nak cari pendapatan tambahan melalui media sosial.. Buat la cara yang betul. Menipu ni serius mungkin sebelum di tangkap korang boleh jana banyak tapi bila tertangkap.. peluang nak jana pendapatan dah tak ada. Menipu ni untung yang bersifat sementara je. Aku pun pernah jugak tersilap share iklan 8share kat blog tapi bukan lah niat aku nak menipu cuma aku tak tau cara tu tak boleh. So, account aku masih selamat sebab dalam code of honour 8share tak jelas sangat. Sekarang aku pilih berkongsi secara selamat. Rezeki tu dari Allah.. So, usaha je la.

Pada adik2 yang masih buat aktiviti clik fraud dengan segmen clik iklan macam tu rentikanlah.. Serius! tak untung banyak mana pun. Banyak cara nak dapat duit contoh macam kat Instagram ni. Tak perlu nak share iklan atau letak banner kat blog bagai cuma cuba buat ni jer >> Inilah Cara Paling Mudah Untuk Dapat RM1000 Melalui Instagram Tanpa Perlu Share Iklan << Cubalah mana tau rezeki korang kan? Dari dok menipu clik jer.. Buat apa.

Moral of the story.. Takde benda senang nak dapat duit.. Menipu jugak bukan benda mudah nak buat jadi pilihlah jalan selamat. Ia soal rezeki yang kita nak guna mungkin beli buku untuk belajar, makanan untuk isi perut atau keperluan harian yang perlu kita guna. Jadi renung renungkan selamat beramal... peace no war! hehehe

PERKARA WAJIB ORANG BUAT MENJELANG TAHUN BARU

PERKARA WAJIB ORANG BUAT MENJELANG TAHUN BARU. Esok adalah last day untuk kita semua berada dalam tahun 2015.. Lepas tu memang takkan muncul lagi tahun 2015 kecuali dalam kenangan jer. Bersedia semua umat manusia untuk menyambut hari tua masing masing yer.. Sebab memang takde manusia akan semakin muda walaupun awet muda. Kedut mungkin boleh di seterika guna rawatan lazer tapi umur tak ada poket doremon yang mampu buat kita kembali tahun sebelumnya. Terima la hakikat.. hahahaha


Bila menjelang tahun baru macam satu kewajiban pulak bagi majoriti umat manusia buat benda ni. Macam kalau tak buat rasa macam someting missing jer.. rasa awal tahun tu akan berlalu dengan kekurangan yang sangat besar. Mungkin mencacatkan sedikit memori awal tahun kalau dia tak buat. Orang lain pun macam takde soalan lain nak tanya.. Asal tahun baru soalan tu jugak nak tanya.

Aku setiap tahun memang malas nak buat benda ni sebab bagi aku bila2 je aku ada kesedaran diri aku akan buat.. tak tunggu hujung atau awal tahun. Rasa macam tipikal sangat.. asal hujung tahun je kena buat. tak sampai setengah tahun dah lupa.. Akhirnya sampai hujung tahun berikutnya.. hanya niat tapi tak buat pun.

Korang pun mesti dah ting tong apa benda aku dok mengarutkan?? Takde la aku cakap pasal azam je.. asal menjelang tahun baru ramai yang akan gigih berazam walau azam tahun2 lepas tu hanya jadi asam je tak jadi apa - apapun. basi macam tu jer hahahaha. Tapi tak apa la kan.. Azam tu kadang2 jadi target jugak. Ada yang setiap tahun dia ada target untuk sesuatu.. & target dia akan tercapai setiap hujung tahun. Ada orang ada target jugak setiap tahun tapi sampai hujung tahun target kekal sebagai target membawa ketahun tahun seterusnya.. Capai tak jugak. hahaha

Sebenarnya ramai je yang azam dia tak pernah terlaksana setiap tahun... Tapi takpe bagi menjadikan akhir tahun 2015 anda sesuatu yang best korang boleh try buat benda2 ni >> Ini Yang Anda Boleh buat Untuk Melangkah ke tahun 2016 dengan penuh gaya <<

Moral of the story.. aku tetap ada azam tapi bukan setiap tahun.. setiap hari aku berazam untuk sentiasa ada azam baru sebaik bangun tidur. Tak kira azam nak mop lantai sampai bersinar ke.. Azam nak update blog sampai tercabut keyboard ke.. Yang penting setiap hari ada je azam aku buat termasuk jadi lebih baik dari semalam. Tapi tu la.. tang tu nampak tak capai target lagi hahahaha.

PELUANG DAPAT DUIT MELALUI INSTAGRAM TANPA PERLU JUAL BARANG

PELUANG DAPAT DUIT MELALUI INSTAGRAM TANPA PERLU JUAL BARANG. Instagram sekarang dah upgrade. Dulu kalau kat news feed tu nampak gambar2 orang yang kita follow je sekarang tetiba tak pernah follow Ig Mc Donald pun keluar iklan Mc Donald. Tu contoh.. sebab yang tu je aku perasan muncul kat Ig aku. Hahaha...


Instagram pun dah berkonsepkan ala2 Fb ads. Dulu boleh like & komen je kat Ig sekarang dah boleh sent private mesej. Bila dah banyak fungsi yang memudahkan pengguna Instagram ni maka banyak la benda boleh buat melalui Ig. Kalau setakat orang jual barang kat ig tu dah tak rare. Memang trend meniaga kat Ig bukan sesuatu yang baru. tapi serius aku malas nak follow back Ig2 peniaga ni. Kadang2 kita dah follow back.. dia unfollow. Tu salah satu sebab. Kedua.. kadang2 penuh skrin dia upload gambar barang dia meniaga. Sekali upload berpuluh2.. Aku bukan nak beli sangat pun barang dia. Kadang2 nak tengok update gambar2 dari insan2 lain yang aku follow kat ig. Tu sebab kedua... Tahu la meniaga kan. Tapi jangan sekali upload sampai berpuluh2. Upload la sejam 5 6 keping gambar sudah. Lepas tu sambung balik jam yang seterusnya.

Tu la.. semua pulun cari duit sekarang ni. Memang tak cukup kalau setakat harap makan gaji. Kat Malaysia ni semua dah mahal. Kalau harap makan gaji jer.. memang tak sempat dapat gaji makan hati je la. kalau merungut pun tak selesaikan masalah maka terpaksa jugak kerah keringat kerja lebih sikit.

Zaman kita terpaksa mencari sumber pendapatan tambahan ni.. Jangan lepaskan peluang apa yang boleh buat duit. Dari hangpa dok merapu upload muka sendiri satu hari sampai 5 6 ploh keping gambar elok jugak hangpa try benda ni. Manatau ada rezeki >> Nak tahu macam mana nak dapat RM1000 dari Instagram, clik sini cepat <<

Benda senang je nak buat.. Nak dengan tak nak je cuba. So, selamat mencuba & semoga berjaya. Insya Allah kalau dah rezeki kita, dalam mulut naga pun tetap milik kita.

OHBULAN ANGGAP ORANG MASIH GUNA LAPTOP GOLONGAN KUNO

OHBULAN ANGGAP ORANG MASIH GUNA LAPTOP GOLONGAN KUNO. Kalau guna laptop di kategorikan kuno, gamaknya aku yang masih guna pc ni nak kategori apa pulak yer.. Zaman Al-hin ke camna? Almaklum la katanya kewujudan Al-hin sebelum manusia. Selebihnya korang pi mengaji la dengan guru agama masing masing sebab aku tak ada info yang jelas pasal makhluk spesis Al-hin ni. Bukan kepakaran aku nak explain pasal makhluk Al-hin ni.


Ops tercerita mistik & misteri pulak.. Berbalik kepada kenyataan ohBulan yang lancang menyindir pengguna laptop tu kuno dalam blog dia. Korang jangan la sentap sangat yer.. Bukan semua yang guna laptop tu kuno cuma kalau korang masih buat 4 benda ni dengan laptop katanya masih kuno... bukan aku cakap tapi Ohbulan cakap korang kategori kuno yang Masih tak berapa maju bersama teknologi. Kira ketinggalan siikit la berbanding orang lain. Ni bukan fitnah.. tak caya baca kat sini. Boleh check adakah anda kategori kuno atau tidak >> 4 Ciri2 Orang yang Masih Kuno walaupun Hidup Di Zaman Moden <<

Rasanya kalau tu la di katakan kuno, maka ramai la masih kuno sebab rasanya ramai masih mempratikkan benda tu dengan laptop. Kadang2 bukan tak nak kejar teknologi gadget yang laju macam MRT tapi yelah.. zaman serba mahal ni. Jangankan nak tukar gadget.. nak tukar spender pun fikir banyak kali. Tak caya hangpa pi AEON kat scarlet department.. cuba tengok harga dia sekarang. No more spender 3 pasang RM10 hokay. Yang sepuluh ringgit sekarang RM25. kadang2 rasa macam nak jahit spender sendiri je.. Atau mana2 spender dah loose tu tukar getah je. Kot2 boleh jimat... hahahaha

Jadi.. Tak pelik la kalau zaman moden orang kembali hidup macam zaman kuno sebab di luar kemampuan. Sekarang pun kita boleh nampak dah.. manusia semakin mempratikkan kehidupan kuno. Nak aku bagi contoh?? tak payah.. tengok di sekeliling anda. Insya Allah anda akan nampak sendiri.

Moral of the story.. Kuno ke tidak.. kalau tu je yang ada, apa pilihan yang ada ye dak? Melainkan OhBulan nak sponsor gadget2 yang lebih canggih dari laptop.. ok la jugak. ahahaha

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com