Showing posts with label cawangan. Show all posts

AKHIRNYA KEDAI BERHANTU DI WANGSA WALK MALL DITUTUP JUGA

AKHIRNYA KEDAI BERHANTU DI WANGSA WALK MALL DITUTUP JUGA. Mesti semua yang selalu berkunjung wangsa walk mall mula refresh balik yang mana satu kedai berhantu kat wangsa walk ni. Mesti cuak kan sebab selama ni tak tahu ada ke kedai berhantu kat wangsa walk. Maunya tersinggah.. hantu ikut balik pun susah. tak susah mana pun kalau hantu ikut balik.. Aku siap bawak balik hantu rilex jer. hehehee


Tapi dia berhantu cuma pada aku sebab kalau aku pergi ke kedai tu aku cari hantu je jarang sangat aku nak cari benda lain. Bagi peminat cerita seram kat blog lekatlekit.com ni sedia maklum la kedai apa.. Bagi yang baru je hari ni berkenalan dengan blog lekatlekit mesti terpinga pinga lagi. Alah.. cuma nak cerita pasal kedai classic world entertainment tempat aku menyoping dvd filem seram. Dulu aku selalu beli kat cawangan selayang mall.. lepas cawangan selayang mall tutup.. aku berhijrah ke cawangan e@curve mutiara damansara.. Kat situ pun bungkus ikat mati jugak.. Aku travel jauh sikit kat wangsa walk Mall.. Tapi semalam pergi nak borong dvd filem seram dah tutup. Bukan tutup sementara.. tapi kategori bungkus jugak la.

Last aku pergi depa dok buat clearing stock sampai ada yang tinggal harga RM3 vcd/dvd original tu. RM3 lagi murah dari cetak rompak. Aku dah syak ni pun nak bungkus dah. Memang ramalan ku benar belaka.. Maka tiada lagi tempat aku nak memburu hantu lepas ni. Memang tak banyak dah kedai2 jual dvd original sekarang ni. Yang speedy ke hapa namanya tu.. harga dia mahal sikit berbanding kat classic world entertaiment. tapi aku tengok speedy tu pun dia jual benda2 lain nak menampung kos gamaknya. Orang sekarang semua download online je.. sapa sangat nak beli dvd melainkan aku je. Aku kan hobi mengumpul koleksi dvd seram.. tapi demand sikit aku nak original je tapi murah hahahaa.

Antara koleksi seram yang majoriti semua aku beli kat Classic World Entertainment. Ni semua original dvd

Harap ada lagi la kedai dvd classic world entertaiment kat cawangan mana2 area lembah klang ni masih beroperasi. Nanti la aku google. Sebelum ni pun google la banyak membantu aku menjejak cawangan2 classic world entertainment kat area kl ni. Manalah tau rezeki aku still ada cawangan dia buka lagi. Berjaya Times Square belum aku siasat. Sebab kat situ pun ada satu cawangan dia. Kot2 la ada lagi. Nanti suruh laki den spy dulu. hehehe

Sementara nak jumpa port seram baru boleh la bawa diri ubat hati yang sedih berkenalan dengan hantu hantu dulu kat tempat ni. Nak2 lagi sekarang tengah ada Offer 30% diskaun masuk kat situ. Gamaknya lepas tak aku nak menyamar sebagai budak masuk ke sini nak tengok hantu >> Jom bawa anak anak anda berkenalan dengan hantu kat sini sebab tengah ada scaryfun festival sekarang <<

Apapun ni sekadar minat duniawi semata mata. Kalau tak ada pun tak sampai la kemurungan. Takpe la kalau dah pupus semua kedai2 jual dvd filem seram original.. Kita cari hobi lain pulak. hehehe

PERHATIAN! SEMUA PEMEGANG KAD DEBIT MAYBANK PERLU TUKAR SEBELUM TARIKH NI

PERHATIAN! SEMUA PEMEGANG KAD DEBIT MAYBANK PERLU TUKAR SEBELUM TARIKH NI. Hari ni nampak kawan kawan kat facebook mula up status berkenaan  kad debit maybank yang katanya perlu di tukar tak kira la kad tu expired lambat lagi ke tidak. Sebelum raya haritu aku ada call maybank center berkenaan isu ni sebab nak dapat penjelasan tepat. Dok dengar info tak sahih jer..


Bila aku call katanya kad debit yang sekarang hanya boleh pakai sebelum januari 2017 je. SSekarang memang masih boleh pakai selagi kad tu tak expired. Ok la.. kalau ikutkan kad debit aku lambat lagi tapi disebabkan kena jugak tukar maka kena tukar la sebelum Januari 2017. Tup tup hari ni keluar pulak khabar angin lain yang katanya selagi kad tu valid boleh guna sampai 2018 pulak. Ada tu yang pergi maybank branch kena gelak nak tukar debit card. Katanya kad masih valid boleh lagi guna. Macam2 cerita pulak pasal kad debit maybank ni kan.

Sebab tak puas hati aku ajukan pulak kat FB page maybank pasal perkara ni. Berikut adalah penjelasan dari pihak maybank.

Ingat tukar sebelum 31 December 2016 yer supaya tiada sebarang masalah penggunaan debit card maybank anda

Jadi betul la info yang aku dapat masa call maybank center tu. Almaklum la aku ni shopping main swap2 je debit card aku tu. Jarang nak ada cash banyak sangat dalam beg. Kalau beli barang bayar cash memang wallet suami la kena seluk. Sebelum december rasanya kena pi tukar siap siap la. Bukan apa.. last minute confirm berbaris punya tunggu turn. Jadi kalau ada masa elok la pi tukar awal awal. Alang2 memang dah kena  tukar ye dak.

Sesapa yang belum tukar cepat2 la tukar ye. Nanti senang nak tengok wayang filem2 ni >> 6 Filem Penutup Tahun 2016 yang mesti anda tahu << Boleh swap2 je nak beli tiket wayang katanya. Zaman sekarang bawa cash bukan selamat sangat

Jadi semoga info ni menguraikan kekeliruan yang berlaku. Moral of the story jangan percaya khabar angin elok la siasat sendiri.

MR DIY SELAYANG MALL SILA AMBIL PERHATIAN PERKARA NI

MR DIY SELAYANG MALL SILA AMBIL PERHATIAN PERKARA NI. Ni kisah semalam berlaku kat kedai Mr DIY selayang mall.. Alkisahnya aku nak beli la tuala cantik & lembut ni. Tapi Mr DIY kat selayang Mall memang serabut sikit. Kadang2 tag lain harga lain. Nak2 lagi semalam.. tak tau la maybe depa tengah dok kemas balik kot. Tengok bersepah jugak barang. Kebetulan ada seorang staff DIY kat tuala tu tengah kemas kemas. takpe la.. dia nak buat kerja aku nak cari barang. Aku capai la satu tuala tu kemudian tengok tag harga kat rak sebab kat barang tak ada tag. Untuk double confirm aku tanya la akak tu betul ke harga tag kat rak tu.


Wah.. best je dia sekolahkan aku. Dia cakap.. "Dik.. Jangan main tengok harga kat tag rak tu, tengok kat barcode jugak." Erkk.. apa fungsi kau letak tanda harga kat Rak barang tu kalau bukan untuk memudahkan pelanggan nak tau harga barangan. Aku pulak nak kena check barcode bagai.. yer boleh je buat tapi sebab cara dia jawab soalan tu buat aku rasa macam aku pulak yang salah aku sound la jugak gaya2 sopan.. Sebab dia panggil aku adik maka aku pun panggil dia akak sebab kalau dari pandangan mata aku memang dia nampak lebih akak dari aku.. Aku cakap macam ni .. "Akak.. Selalunya customer refer harga dari tag. Jadi letak tanda harga yang betul kat barang tu yer. Customer takde masa nak belek barcode bagai." dia senyap.. aku pun senyap la. Aku letak balik tuala tu.. Aku blah je. Jadi keputusannya seri la. Dia boom aku.. aku balas balik. Cukup la pertarungan setakat tu. tak payah nak bising2 katanya. hahahaha

Masalah kat kedai2 barang ni memang selalunya masalah tanda harga. Ada cawangan Mr DIY yang kemas & teratur senang customer nak  beli & tengok harga.. Ada yang macam cawangan selayang mall. Barang memang sentiasa bersepah.. tag harga tak payah cakap. Memang kebanyakkan aku double confirm dulu sebelum bayar kalau yang takde tag harga melekat kat barang tu. Memang tak confident aku kalau harga yang letak kat rak. Kadang2 nama barang tu short form salah baca barang lain nak bayar tetiba hantar barang jadi lain mula la rasa terawang di udara (naik angin) katanya. hahahaha. Samada check mesin scan tu atau double confirm dengan jurujual kat situ. Satu lagi econsave.. Tu pun tak boleh percaya juga harga kat tag. Kang pergi bayar jadi harga lain.

Ni Mr DIY selayang Mall.. Maybe gambar ni masa baru buka. Nak tau macam mana keadaan dia sekarang sila la pergi sendiri. hehehe -Gambar sumber Google-

Tak semestinya hangpa menawarkan harga barang murah kedai mesti nampak murahan macam sarang tikus.. ye dak? Susun la elok2 & letak tanda harga betul betul. Kenapa setiap cawangan tu tak sama view dia walaupun dari syarikat yang sama? Kenapa kat tempat A kemas & bersih je tempatnya tapi cawangan B kalau tetiba jumpa ular sawa tengah tidur pun tak tekejut. Yang aku perasan kalau Mr DIY kat mall2 besar yang eklusif sikit la. Tempat orang 'ada ada' katanya mesti cantik je barang2 dalam tu tersusun. Kalau setakat macam selayang mall.. yang katanya standard dia tak mencapai tahap golongan 'ada ada' ni mesti macam sarang tikus. Pelik betul.

Benda ni menyusahkan pembeli. Sekaligus menyusahkan pekerja kat situ juga sebab pembeli terpaksa rujuk dengan depa. tak salah kalau memudahkan kedua dua belah pihak. Dua2 senang kan? Apa guna jual barang2 yang sah & bercukai kalau kedai macam jual barang2 yang di kategori haram, Kalau barang2 ni main sumbat2 ye kita paham la.. depa meniaga dalam keadaan takut takut. Sebab bila2 masa je boleh kena ambush. Ni Mr DIY terkenal seluruh Malaysia tapi kedai macam jual barang seludup je.

Moral of the story.. Untuk kedai murah macam Mr DIY, econsave.. Kalau nak buka pasaraya @ kedai biarlah nampak macam kedai bukan nampak macam kedai baru di landa taufan.

P/S : Untuk pengetahuan semua.. aku memang selalu ke Mr DIY selayang Mall ni memang sejak dari pertama kali aku jejak kaki ke situ sampai sekarang sama je bersepah. hahaha

INILAH PUNCA KFC MASAK MERAH RICE WRAP RASA LAIN DI PERAK

INILAH PUNCA KFC MASAK MERAH RICE WRAP RASA LAIN DI PERAK.. Balik dari kampung hari selasa lepas singgah sekejab ke lumut perak. Sempat lagi tu nak berjimbaraya katanya. Macam tu la rutin kami bila travel balik kampung. Ada jer tempat nak singgah katanya. Sebab tu aku cukup enjoy kalau guna jalan lama balik nak balik KL. Kalau ikut highway sumpah aku rasa jemu nak mampus. Biarlah perjalanan tu panjang takpe asalkan tak bosan. Boleh tengok tempat orang, kampung orang selain jimat duit tol. Haritu balik dari kampung ke KL memang kami tak bayar tol langsung. Tu yang sempat singgah lumut mandi laut. Aku tak mandi pun anak & laki aku jer.. Aku tukang ambil gambar jer.


Dalam perjalanan nak ke lumut tu  aku tak sure area mana tapi perak jugak la. Singgah KFC beli makanan alas perut. Sebab nak makan dalam kereta je malas dah nak singgah kedai makan. Nak jimat masa katanya. So asben aku belikan aku KFC masak merah rice wrap & dia macam biasa la spesis musang ayam goreng je la yang dia lebih bernafsu. Maka makanlah kami secara beradap dalam kereta. Tapi Rasa pelik pulak KFC ayam masak merah rice wrap kali ni aku makan. Apsal pedas giler.. rasanya haritu aku beli kfc masak merah rice wrap masa on the way nak ke PD takde la pedas macam ni. Aku tanya asben aku kenapa pedas giler.. Dia pun rasa memang pedas giler so dua2 jadi pelik kami cuma mampu ber huhuhu kepedasan tanpa ada jawapan pasti.

Aku tanya laki aku memang setiap cawangan KFC tu tak sama ke rasa dia. Sini tak pedas.. sana pedas. Dia pun tak dapat nak jawab soalan bini dia. Rupanya ini sebabnya kenapa KFC Masak Merah Rice Wrap yang aku beli kat cawangan KFC Perak kali ni Pedas Giler. Nak tau tengok sendiri la >> Rupanya Ini Sebab KFC Masak Merah Rice Wrap Pedas Giler <<

Aku ingat memang KFC pun ikut negeri.. Yelah belah2 utara ni kan suka makan pedas pedas so belah utara je dia bantai semua menu2 dia jadi pedas rupanya bukan sebab tu tapi sebab lain. Takpelah.. nak buat macam mana benda tu pun dah selamat masuk perut katanya. Halalkan je la kepedasan yang aku rasa. Hahahaha

Moral of the story.. Sangat penting periksa menu2 baru ni supaya apa yang kita beli & makan tu sesuai dengan citarasa kita. Nasib baik la aku takde sebarang penyakit yang tak boleh makan pedas kalau tidak maybe nak mandi laut kat lumut terus masuk hospital lumut katanya. hahahaha

TAHNIAH UNTUK MEREKA YANG HILANG ANGGOTA BADAN KERANA MERCUN

Ucapan aku pada mereka2 yang menjadi mangsa mercun.. Tahniah! Kalau ada saki baki jari yang masih tak terputus/hancur/cedera tahun depan boleh la letupkan jari dengan mercun yer... Kalau dah abis semua jari kaki & tangan... Harap insaf la yer...

Tahniah yer dik. Baru putus 3 jari.. banyak lagi jari simpan tahun depan pulak yer

Kejam kan ucapan aku?? memang kejam. Aku memang manusia yang takde rasa simpati pada mereka yang tercedera parah sebab main mercun. Aku memang benci pemain mercun. Ni semua sebab jiran sebelah rumah aku kat kampung. Dah berpuluh tahun... & setiap tahun akan berlaku benda yang sama & aku rasa tahun ni jugak tetap sama. Depa akan tembak mercun menghala kerumah aku. Meletup atas bumbung.. kena cermin.. meletup kat tempat kakak & adik aku parking kereta. Dari malam sampai tengah malam kadang2 berlanjutan sampai 2 3 pagi. Nak2 lagi dekat raya & malam raya. Tengok TV pun dah tak dengar butir bicara TV.. mengalahkan duduk kat negara berperang. Bertalu talu bunyi tembakkan mercun. Tak tau mercun apa.. semua jenis meletup macam bom.

Report polis... Aku rasa polis2 cawangan padang serai kedah tu semua adik beradik depa kot. Berpuluh tahun report takde penyelesaian. Report jer.. polis datang round2 dalam kampung lepas tu balik. Bila kita call lagi bagitau.. dia kata masa dia datang dorang lari & takde orang main mercun. Ok.. setttle la kerja polis. Yelah.. yang report bukan anak menteri, anak sultan @ anak orang kenamaan...  Buat kerja lebih kurang pun ok, ye dak?? Pernah jadi satu kes terpaksa merujuk ke balai.. anak jiran aku boleh cakap depan polis, salah ke main mercun depan rumah sendiri. Wah.. polis tu tak cakap salah pun siap backing. Yang aku tau bukan takat jual mercun jer salah, main mercun pun salah. Benda dah di haramkan takkan jadi tak salah pulak.

Dan kerana tu aku benci mercun.. kadang2 hari raya ni yang buat aku hilang mood nak balik beraya adalah kerana jiran aku tu. Dan aku memang benci sapa2 jer main mercun yang jenis meletup macam bom tu. Yang cedera parah even mati sekalipun sebab main mercun memang aku tak simpati sangat la.

Moral of the mercun story... Mercun ni bukan setakat di haramkan & merbahaya malah mampu mencetuskan pergaduhan & permusuhan dengan orang2 sekeliling. Jadi pada mak bapak yang still mengamalkan budaya main mercun bila nak dekat raya ni.. Fikirkan semula. Dengan ganggu ketenteraman orang untuk korang berseronok best ke? Hidup dengan sumpah seranah orang maybe bahagia bagi korang kot.

P/S : dah berapa tahun aku buat entri pasal mercun & aku akan buat selagi rasa benci aku pada pemain mercun ni wujud.
P/S : Di Palestine mungkin bunyi letupan menjadi trauma pada mereka berbeza kita di sini rasa meriah pulak dengan letupan sebab kita disini meletupkan bukan di letupkan. Fikir fikirkan lah.. #PrayForGaza


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com