TAHNIAH UNTUK MEREKA YANG HILANG ANGGOTA BADAN KERANA MERCUN
Report polis... Aku rasa polis2 cawangan padang serai kedah tu semua adik beradik depa kot. Berpuluh tahun report takde penyelesaian. Report jer.. polis datang round2 dalam kampung lepas tu balik. Bila kita call lagi bagitau.. dia kata masa dia datang dorang lari & takde orang main mercun. Ok.. setttle la kerja polis. Yelah.. yang report bukan anak menteri, anak sultan @ anak orang kenamaan... Buat kerja lebih kurang pun ok, ye dak?? Pernah jadi satu kes terpaksa merujuk ke balai.. anak jiran aku boleh cakap depan polis, salah ke main mercun depan rumah sendiri. Wah.. polis tu tak cakap salah pun siap backing. Yang aku tau bukan takat jual mercun jer salah, main mercun pun salah. Benda dah di haramkan takkan jadi tak salah pulak.
Dan kerana tu aku benci mercun.. kadang2 hari raya ni yang buat aku hilang mood nak balik beraya adalah kerana jiran aku tu. Dan aku memang benci sapa2 jer main mercun yang jenis meletup macam bom tu. Yang cedera parah even mati sekalipun sebab main mercun memang aku tak simpati sangat la.
Moral of the mercun story... Mercun ni bukan setakat di haramkan & merbahaya malah mampu mencetuskan pergaduhan & permusuhan dengan orang2 sekeliling. Jadi pada mak bapak yang still mengamalkan budaya main mercun bila nak dekat raya ni.. Fikirkan semula. Dengan ganggu ketenteraman orang untuk korang berseronok best ke? Hidup dengan sumpah seranah orang maybe bahagia bagi korang kot.
P/S : dah berapa tahun aku buat entri pasal mercun & aku akan buat selagi rasa benci aku pada pemain mercun ni wujud.
P/S : Di Palestine mungkin bunyi letupan menjadi trauma pada mereka berbeza kita di sini rasa meriah pulak dengan letupan sebab kita disini meletupkan bukan di letupkan. Fikir fikirkan lah.. #PrayForGaza
Assalamualaikum kak.
ReplyDeleteSaya rasa terpanggil nak beri komen mengenai mercun ni. 1 Ramadhan hari tu saya baru lepas bergaduh dengan jiran pasal mercun ni lah. Saya cakap kalau ko nak main mercun ko main la dalam rumah ko. Dia jawab eh ni kan nak raya biasa la budak main mercun. What? nak raya? baru satu hari puasa kott.. Haih la mentaliti orang kita ni. Saya bengang sebab yang main tu bukan budak2 je org tua pon join sekali.
Lepas tu nak bagi sy sakit hati dorang campak mercun depan pintu rumah saya. Saya dah malas nak cakap lagi. Saya doa je sekarang semoga dapat hidayah dari Allah. Lagipun duit dia yang habis sebab beli mercun, duit saya tak usik pon.
Apa pun saya juga benci orang yang main mercun ni!! Mak Pak kat luar sana tolong la pantau anak2 anda. Larang lah anak anda dari beli mercun. Kasihani pada mereka yang ada anak kecil. sampai terkejut2 budak tu nak tido.
Aku suka kak kalau dengar bunyi mercun.. rasa meriah je... mungkin dah terbiasa setiapkali ramadhan kot... tapi itulah... mercun ni bawak padah... kadang2 jadi putus jari ni sebab kemaruk sangat nak jadi hebat... macam sepupu aku... bakar mercun, pegang je mercun tu sampai meletup.... kang kata bodoh, marah pulak... (aku tak puasa memang lancang aku panggil depa ni bodoh)...
ReplyDeletebtw.. ucapan kau memang kejap kak... hahaha
yang camni tak tahulah nak kata apa
ReplyDeletebodoh ke, bangang ke, entah mana satu
tiap-tiap tahun ada aje orang kita, melayu...yang hilang tangan, kaki
paling teruk mati! tapi tak serik-serik
main juga! kalau kena diri sendiri memang serve you rightlah
tapi kalau kena orang lain, cam anak kita yang curious p tengok
kan ke naya,
jujurnya saya suka juga bunyi mercun, meriah sikit
setakat bunyi mercun roket tu okay lagi
ni mercun yang diubah, memang confirmlah bala.
Kadang rasa nak simpati, tapi selebihnya memang tak simpati langsung. Bukan hilang jari, hilang anggota badan sebab berperang atau musibah yang tak dapat nak dielakkan, ini kes sendiri cari susah. Okeylah, tiga jari je hilang. Masih leh guna lagi yang lain-lain. Kalau tak insaf juga lepas ni, memang patut pun dipadan mukakan !
ReplyDeletesalam mami lala..
ReplyDeleteallahu..sedih ..tiap2 kali tiba ramadhan dan syawal.. mesti ada kes2 mcm ni..
Patut la marah betul bunyinya. Rumah kena serang dengan mercun. Kalau saya memang kena serang balik la jawabnya. Kalau takda mercun, dengan cara lain kita pergi serang. Itu sudah lebih.
ReplyDeletecaption sis tak boleh tahan =)
ReplyDeleteHantar je dorang ke gaza..konfem serik.
ReplyDelete