RAYA AIDILADHA DI BUKIT TINGGI
RAYA AIDILADHA DI BUKIT TINGGI. Masih tak terlewat untuk aku ucapkan selamat hari raya aidiladha buat semua yang masih setia membaca blog lekatlekit. Raya korban tahun ni tak balik kampung memandangkan cuti sekolah dah hujung hujung sangat. Kalau dekat boleh la balik sebab jauh, jarak & masa tu kena ambil kira. Perjalanan jauh lepas tu nak kena hadap jam dan raya & tarikh sekolah di buka semula tu terlalu singkat takut anak anak penat dengan perjalanan jauh tak sempat rehat nak kena pergi sekolah jadi buat keputusan raya sendiri je la kat sini. Lagipun sambutan aidiladha kat kedah biasa tak meriah sangat pun.
Bila dah tak balik kampung tu bermakna raya kami adalah pergi berjalan jalan. Sebab cuaca malaysia haritu panas kami pilih tempat sejuk. Jalan jalan la kat bukit tinggi. Jalan jalan je bukan bermalam pun. Pergi balik hari raya. Lagipun tak la jauh sangat bagi aku. Setakat bukit tinggi, fraser hill atau genting highland tempat tempat yang bagi kami setakat nak ambil angin & jalan sekejab sekejab tu boleh je balik hari.
Tapi tu la.. Konon pergi tempat sejuk tapi sebenarnya tak sejuk pun. Berpeluh juga bila berjalan jalan cuma tidak la sepanas kl/selangor ni. Bawa anak anak main main kat rabbit park sekejab sebab tempat pun kecil tak banyak benda boleh explore lepas tu naik ke bukit tinggi jalan jalan menikmati bangunan ala ala inggeris kat situ. Sekadar untuk ambil gambar. Lepas jalan jalan sekejab tu balik la.
Cuti sekolah penggal pertama ni kami tak pergi holiday mana mana la. Mungkin cuti sekolah akan datang. Tapi bawa juga anak anak berjalan kat tempat tempat yang dekat boleh balik hari. Anak anak ni asal kita bawa keluar pun dah happy sebenarnya. Lagipun banyak je tempat menarik yang tak jauh dari kl/selangor yang kita boleh pergi balik hari. Contoh melaka, port dickson. Keluar sekejab dari hutan konkrit boleh pergi ke janda baik. Boleh je jalan jalan ikut bajet & masa masing masing kan?