HARI PERTAMA PUASA RAMAI YANG DAH SIBUK PASAL RAYA
Sebenarnya kita bercakap pasal raya ni 3 bulan sebelum puasa lagi. Yelah.. 3 bulan sebelum puasa orang dah sibuk tempah baju raya. Tu antara perkara2 nak raya orang buat. Bila masuk bulan puasa orang sibuk nak cari barang2 raya.. balang kuih raya la, langsir raya la, sarung kusyen raya bagai. Bila hujung2 puasa dah dekat nak raya.. Time tu memang macam macam perkara nak raya kita boleh nampak orang buat. Jadi takde isu baru sehari puasa cakap pasal raya. Bagi yang keluarga besar persediaan raya tu memang kena buat awal. Bagi yang anak sorang macam aku ni.. Boleh la rilex2 nikmati ramadan tanpa perlu fikir pasal baju raya ke hapa. Kuih raya pun tak payah fikir apatah langsir raya perabot raya. Pertengahan puasa esok kami pi la cari baju bajan untuk raya. Yang fikir cuma bawa diri balik kampung je. Tu je family kat kampung harap. Kalau tak balik satgi menangis la mak minah & cik munah aku. Kecewalah adik beradik yang tunggu kami sekeluarga balik.
Bila masuk ramadan ni macam orang mula fikir pasal raya kadang2 rasa melampau awal pulak depa fikir pasal raya nak2 lagi tentang perkara2 ni >> Perkara yang Orang Risau Bila Menjelang raya << Amboi baru first day puasa kot kau nak mengelabah pasal benda benda tu. Rilex sudah & hadapi dengan tenang Insya Allah.. Allah permudahkan segalanya untuk kau bila menjelang hari tu. Tak payah over sangat la.
Kita kena ingat raya adalah untuk meraikan kemenangan kita berpuasa di bulan ramadan walaupun perempuan yang akil baligh ni memang susah nak cukup 30 hari berpuasa kecuali yang pregnant & mampu menyempurnakan 30 hari berpuasa. Atau yang jenis period tak regullar setahun sekali je katanya datang period. Apa ingat takde ke perempuan yang hadapi masalah period setahun sekali tu. Meraikan kemenangan tak bermakna kita perlu berlebih lebihan. Cukup la sekadar nampak kita meraikan.. ada baju baru tak kira la baru beli 3 tahun lepas, ada juadah raya sekadar termampu, rumah nampak bersih & berseri.. Tak payah teruk sangat fikir sampai nak buat ibadah di bulan ramadan pun tak tenang.
Moral of the story.. Tak salah nak buat persediaan awal untuk raya tapi berpada pada. Jangan terlampau fikir pasal nak raya, kita terlepas pahala yang hanya datang setahun sekali je. Memang rezeki bulan puasa ni kadang2 melimpah ruah berbanding bulan bulan lain tapi ingat nikmat juga satu ujian buat kita.
Sahabat dulu, bila da mula dekat Syawal semua menanggis sebb Ramadhan da nak pergi...skg baru nak masuk Ramadahan da sibuk tanye pasal Raya..macam tk sudi pula Rmadhan tiba... Allahu..
ReplyDeleteKahkahkah.. adatlah tu
ReplyDeleteIshhh, baru hari pertama Ramadhan. Rilekslahkan. Nanti-nanti dah pertengahan puasa barulah mood raya tu timbul. Akak lain pulak tau sejak dah tua ni. Bila dengar lagu raya kat radio, terus tukar channel. Tapi biasalah tukar channel mana pun, tetap juga lagu raya berkumandang. Makanya akak tutup radio terus!
ReplyDeletebetul sis..akk studio part family besar persediaan kenal awal kan?
ReplyDeleteakk pun sebenarnya suka bersederhana je dalam menyambut raya..cuma persediaan lebih meriah utk anak2 jela...