Showing posts with label sambutan. Show all posts

GAMBAR KANAK KANAK MENIRU GAYA DS NAJIB & DS ROSMAH SEMPENA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN

GAMBAR KANAK KANAK MENIRU GAYA DS NAJIB & DS ROSMAH SEMPENA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN. Hari ni nampaknya ramai dah mula on 'mood holiday' katanya. Kat news feed pun nampak traffic tenang jer. Mak bapak & guru2 pulak mula menayang costume anak2 untuk sambutan hari kemerdekaan. Semua comel2 belaka dengan baju menggunakan corak jalur gemilang. Almaklum la budak2 sarung apapun tetap kecomelan mereka tidak terhakis katanya hehehe. Tapi beza dengan sepasang kanak kanak ni. Depa lari dari costume tipikal dengan corak jalur gemilang tu.. Depa meniru gaya Perdana Menteri Malaysia & isteri sebagai costume untuk sambutan hari kemerdekaan..


Tadi dok scroll news feed kat Instagram terjumpa satu post yang share gambar kanak kanak lelaki & perempuan bergaya ala2 Dato Seri Najib & Datin Seri Rosmah. Siap Nametag tu.. Alahai.. comel pulak depa. Aku cakap bebudak tu yang comel, hokay. Alahai.. Idea sapa gamaknya yer... Lagi comel kalau tiru gaya bapak kemerdekaan sebenar bukan bapa kemeranaan rakyat malaysia sekarang. hikhikhik...

Esok adalah hari sambutan ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke...?? cer teka.. cer teka.. Mesti ada yang tak tau & tak ingat kan? Alah apa susah .. 2016 -  1957 dapat la jawapan dah berapa tahun Malaysia merdeka dari penjajah. Tapi kalau tahun bila merdeka pun tak tau memang tak dapat la jawapan kan.

Klon Dato Seri Najibb & Datin Seri Rosmah Paling Comel Tahun ni hehehe. Kalau kat Facebook guna application ni >> 10 Anugerah Yang Anda Boleh Bagi Kepada Kawan Anda Di Facebook << Maybe dapat award icon fashion la kot hehehe

Apapun sekarang ni nampaknya semangat patriotik tu dah semakin kurang di kalangan rakyat Malaysia. Kalau dulu nak sambut merdeka kat kampung pun boleh nampak kemeriahan bendera malaysia di pasang sekarang ni memang suasana tak macam dulu lagi. Mungkin sebab kerajaan pemerintahan sekarang yang buat rakyat rasa macam hidup di zaman jajahan dengan kos sara hidup tinggi, cukai sana sini.. Maka semangat patriotik tu dah semakin kurang.

Walaupun kita tak setuju dengan pemerintah sekarang tetap kita kena sayang negara kita. Jangan marahkan pemimpin bendera Malaysia di bakar sebagai protes. Jalur gemilang adalah maruah negara Malaysia. jangan di pijak2 atau di aibkan.. Tak suka pemerintah sekarang nanti PRU kau gunakan kuasa kau sebagai rakyat. Jangan kena umpan dengan Berim kau dah jadi longlai. hehehe

Selamat Hari Kemerdekaan Buat Semua Rakyat Malaysia. Semoga Kita Memerdekaan hati & diri kita dari di jajah budaya & bahasa. Hehehe

HARI PERTAMA PUASA RAMAI YANG DAH SIBUK PASAL RAYA

HARI PERTAMA PUASA RAMAI YANG DAH SIBUK PASAL RAYA. Dulu pernah jadi kontrovesi bila ada stesen radio yang mainkan lagu raya pada hari pertama puasa sampai di letakkan syarat pertengahan puasa baru boleh di mainkan lagu raya. Sampai macam tu sekali orang punya terkesan dengan lagu raya. Aku pun anak rantauan. Nak2 tahun ni masih tak berkesempatan balik kampung lagi. Tunggu raya ingat nak cuti panjang sikit sebab dah lama tak balik raya tapi takde la bila dengar raya terus down sampai kena makan di siang hari. Rilex jer..


Sebenarnya kita bercakap pasal raya ni 3 bulan sebelum puasa lagi. Yelah.. 3 bulan sebelum puasa orang dah sibuk tempah baju raya. Tu antara perkara2 nak raya orang buat. Bila masuk bulan puasa orang sibuk nak cari barang2 raya.. balang kuih raya la, langsir raya la, sarung kusyen raya bagai. Bila hujung2 puasa dah dekat nak raya.. Time tu memang macam macam perkara nak raya kita boleh nampak orang buat. Jadi takde isu baru sehari puasa cakap pasal raya. Bagi yang keluarga besar persediaan raya tu memang kena buat awal. Bagi yang anak sorang macam aku ni.. Boleh la rilex2 nikmati ramadan tanpa perlu fikir pasal baju raya ke hapa. Kuih raya pun tak payah fikir apatah langsir raya perabot raya. Pertengahan puasa esok kami pi la cari baju bajan untuk raya. Yang fikir cuma bawa diri balik kampung je. Tu je family kat kampung harap. Kalau tak balik satgi menangis la mak minah & cik munah aku. Kecewalah adik beradik yang tunggu kami sekeluarga balik.

Bila masuk ramadan ni macam orang mula fikir pasal raya kadang2 rasa melampau awal pulak depa fikir pasal raya nak2 lagi tentang perkara2 ni >> Perkara yang Orang Risau Bila Menjelang raya << Amboi baru first day puasa kot kau nak mengelabah pasal benda benda tu. Rilex sudah & hadapi dengan tenang Insya Allah.. Allah permudahkan segalanya untuk kau bila menjelang hari tu. Tak payah over sangat la.

Kita kena ingat raya adalah untuk meraikan kemenangan kita berpuasa di bulan ramadan walaupun perempuan yang akil baligh ni memang susah nak cukup 30 hari berpuasa kecuali yang pregnant & mampu menyempurnakan 30 hari berpuasa. Atau yang jenis period tak regullar setahun sekali je katanya datang period. Apa ingat takde ke perempuan yang hadapi masalah period setahun sekali tu. Meraikan kemenangan tak bermakna kita perlu berlebih lebihan. Cukup la sekadar nampak kita meraikan.. ada baju baru tak kira la baru beli 3 tahun lepas, ada juadah raya sekadar termampu, rumah nampak bersih & berseri.. Tak payah teruk sangat fikir sampai nak buat ibadah di bulan ramadan pun tak tenang.

Moral of the story.. Tak salah nak buat persediaan awal untuk raya tapi berpada pada. Jangan terlampau fikir pasal nak raya, kita terlepas pahala yang hanya datang setahun sekali je. Memang rezeki bulan puasa ni kadang2 melimpah ruah berbanding bulan bulan lain tapi ingat nikmat juga satu ujian buat kita.

7 SEBAB KENAPA RAYA DI MALAYSIA TAK SAMA DENGAN TEMPAT LAIN

Setiap tempat ada budaya & cara sambutannya tersendiri. Takkan sama walau perayaan yang di sambut tu sama.. Banyak perbezaan dari segi pakaian., makanan & cara sambutan. Macam tu jugak Malaysia tapi kat Malaysia ni kalau Raya macam special case sikit cara menyambutnya... Memang lain dari yang lain.


Tu yang menjadikan Malaysia ni istimewa bila menjelang musim perayaan. Kat tempat lain memang korang takkan dapat feel macam beraya kat Malaysia. Dan banyak perkara yang takde kat tempat lain cuma ada kat Malaysia jer.. Tapi tak paham jugak ada orang kaya tiap kali raya fly ke oversea. Sedangkan kat oversea nak2 lagi negara bukan Islam bukan meriah malah suasana raya tu pun takde langsung. Maybe orang2 camni memang tak suka celebrate raya kot,

Jadi kalau korang nak tahu keistikewaan raya kat Malaysia berbanding tempat lain meh baca kat sini >> 7 SEBAB KENAPA RAYA DI MALAYSIA TAK SAMA DENGAN TEMPAT LAIN <<

Tinggal 2 hari lagi jer sebelum menjelang raya jadi Den ambil kesempatan nak ucapa selamat hari raya maaf zahir batin.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com