RESEPI SPAGHETTI GORENG IKAN MASIN
RESEPI SPAGHETTI GORENG IKAN MASIN. Konon tekak itali la sangat suka makan spaghetti tapi kalau dah melayu tetap la melayu. Tetap dia nak convert jugak resepi itali jadi citarasa melayu. nak2 lagi sejenis spaghetti ni kau masak apapun semua dia ngam ja. kau buat goreng mamak pun dia sedap.. kau buat mee kari ganti spaghetti pun rasa dia tak lari. Bagus jugak la kita mula tukar mee kuning kepada spaghetti sebab lebih sihat berbanding mee kuning. Aku pun dah lama tak makan mee kuning sejak perasaan itali ni. hahahahaMesti ada yang pelik kan.. Selalunya kita biasa dengar nasi goreng ikan masin je kan tapi nasi di ganti dengan spaghetti gamaknya macam mana la rasa. Marvelous bab kata omputih. Sedap hingga menjilat hujung garfu. Ni bukan menu ciptaan aku.. haritu kisahnya tertengok rancangan jalan jalan cari makan. Satu cafe tu dia ada menu spaghetti goreng ikan masin. Macam best pulak nak try... Maka aku masak la sendiri. Hentam sajalah resepi dia macam mana pun janji ada ikan masin. Tapi bagi yang tak berapa expert dengan kerja memasak ni.. Takpe jab lagi aku share resepi spaghetti ikan masin version lekatlekit.com.
Bahan bahan sangat simple
Spaghetti
bawang besar
ikan masin tenggiri
Brokoli
salad
cili padi
daun bawang
Minyak masak (kalau ada olive oil lagi bagus)
Cara nak masak pun sangat senang.
Mula2 rebus la spaghetti bagi lembut dulu. Lepas dah lembut tos kan. Campak dia kat tepi dulu. Potong bawang (potong dadu), hiris ikan masin, potong brokoli, salad tu potong besar sikit, potong cili padi & potong daun bawang. Potong daun bawang biar panjang2 sikit.
Mula2 goreng ikan masin.. agak dah masak campak je bawang. Lepas tu campak brokoli & masukkan spaghetti. Gaul bagi sebati masukkan salad, daun bawang & cili padi. Kalau nak guna serbuk perasa masukkan je. Kalau tak nak.. Ikan masin tu pun dah cukup memberi perasa yang hebat hebat sememang hebat.. ops ternyanyi lagu Umi Zoomi pulak. Gaul semua bahan yang di campak dalam kuali bagi seiya sekata.. Lepas tu hidangkan dalam pinggan. Pstt.. kalau rasa ikan masin tak cukup memasinkan spaghetti anda, tambah je garam yer.
Kalau ada yang menitik air liur tu mohon maaf la yer.. Jangan suruh saya cari kamu kat Padang Mahsyar pulak. hehehe |
Menu simple ni serius memang sedap bagi tekak itali mix melayu macam aku ni. Bagus jugak di jadikan menu sarapan. Kalau nak bagi anak2 makan tu tak payah letak cili padi la. Boleh jugak kalau nak letak ayam atau seafood atau sayur sayuran lain. Alah masak ala2 spaghetti Aglio Olio la cuma tambah ikan masin je.
Apapun selamat mencuba resepi ringkas lagi mengoncang iman mereka2 yang sedang berdiet. hehehe