SERAM! DENGAR SUARA MENANGIS SELEPAS AYAT MANZIL DI BACAKAN DALAM SEBUAH RUMAH DI ALOR SETAR
SERAM! DENGAR SUARA MENANGIS SELEPAS AYAT MANZIL DI BACAKAN DALAM SEBUAH RUMAH DI ALOR SETAR. Maaf la.. cerita ni sebenarnya nak tulis dalam minggu lepas tapi sebab busy dengan hal hal yang lebih penting maka cerita ni pending sekejab. Yelah nak post cerita seram yang di kongsikan oleh pembaca blog lekatlekit ni bukan main copy paste jer cerita depa bagi. Kena olah & edit apa yang patut ok.. I memang gitu suka menulis dengan gaya penulisan I sendiri.. Untuk kepuasan sendiri ok! Rasa macam tak best pulak penulisan orang lain kat blog ni... heheheheOk.. di sebabkan ada stok cerita seram yang di peram sampai jadi jeruk maka malam ni segmen seram serik lekatlekit kembali menghantui semua peminat cerita seram. Tajuk entri pun ada yang dah meremang bulu roma katanya.. Belum lagi baca ceritanya. Gamaknya lepas baca bulu kening pun boleh berdiri tegak macam dengar lagu negaraku. Tu dia.. dia punya intro macam seram sangat kan.. Takpa.. seram ke tidak jemput la membaca yer.. Buat macam blog sendiri tapi jangan suruh buat macam blog sendiri hangpa hack pulak blog kami. Baca jer macam blog sendiri yang lain2 buat macam blog orang jugak. hehehehe
Alkisahnya berlaku pada seorang gadis yang tinggal di alor setar, kedah sana nu... Ni kira geng satu negeri dengan kami la cuma daerah tak sama. Kami kat kulim.. so, hope hantu tu tak sampai rumah kami na.. Gadis ni dia tinggal hanya berdua dengan mak dia.. Benda ni masih baru lagi berlaku. Kira2 dalam beberapa minggu lepas la. Sila semak tarikh entri ni di publish nak tau berapa lama peristiwa ni berlaku. Jangan hangpa baca tahun 2018 nanti.. dok bayang beberapa minggu yang lepas di tahun 2018 pulak. Ni kisah 2017 ok..
Benda tu katanya dok mengamuk dalam rumah depa. Pernah berlaku satu kejadian di mana masa tu dia tengah solat maghrib tetiba dengar orang bersin Hattcummm... tepi telinga dia tapi dia still boleh rilex & buat tak tau lagi masa tu walaupun dia boleh dapat rasa dalam rumah dia ada something wrong sedang berlaku. Sebab dia sentiasa rasa ada orang memerhati dia dalam rumah. Kalau ikut tanda tanda gangguan makhluk halus ni.. Yang tu pun tersenarai salah satu tanda gangguan jin jugak.
Jadi bila dia rasa rumah dia mula ada penghuni lain yang tak di undang maka dia cuba menghalau makhluk2 yang menumpang free tu dengan bacaan ayat2 Manzil. Dia buka bacaan ayat Manzil tu kat bahagian tingkat atas rumah dia.. Rumah dia maybe rumah kampung so tingkat atas tu lantai dia papan. Macam rumah orang dulu2 tu la.. Masa dia pasang bacaan ayat Manzil tu tiba2 dengar macam orang hentak kaki dengan kuat. Memang jelas depa dua beranak boleh dengar bunyi hentakkan tu.. nak2 lagi lantai papan kan? Bunyi dia memang kuat la.
Tu ok lagi.. Katanya paling extreme gangguan ni benda ni main gigit2 barang pulak. Dah macam tikus pulak aku rasa hantu ni. Tak hantu sungguh takut takutkan orang cara gigit barang.. apa barang???? hehehehe... Mula2 baju lepas tu dia gigit wayar internet yang sambung dengan modem. Katanya sebelum tu dia ubah modem.. Maybe sebab tak jumpa modem wayar pun jadi la dia gigit.
Menurut orang yang hantar cerita ni.. Benda tu sebenarnya di hantar oleh seseorang untuk porak perandakan hidup depa. Sampai hati hangpa noh.. penaya orang macam tu. Tak dak benda lain dah ka hangpa nak kirim dari kirim jin & setan kat rumah orang. Orang macam ni kita kena kirim dia ke neraka jahanam jer kalau dia tak insaf hehehehe. Tapi kata tuan punya cerita cuma kepastian tu belum dapat samada betul atau tak benda tu di hantar seseorang atau benda tu lintasan yang menyinggah kerumah dia. Lintasan tu.. macam jin yang suka singgah2 rumah orang la. Atau di sebut sebagai jin pindah randah.
Katanya sebelum ni ada juga gangguan mistik cuma tak seteruk yang jadi sejak dua menjak ni. Selain gigit2 barang dalam rumah.. Benda ni suka juga main pintu. Kalau malam2 tutup pintu tak rapat akan dengar bunyi orang main pintu. Sebab geram asyik main pintu, sipolan ni pernah tutup pintu bilik rapat2 dia akan tunjuk protes pulak. Pernah satu malam tu katanya dia pergi minum air kat dapur. Tutup pintu tak rapat.. bila datang balik pintu dah ternanga luas terbuka. Memang katanya boleh dengar macam ada orang lain dalam bilik tu padahal bilik tu kosong & depa pun jarang masuk.
Pernah katanya satu hari tu dia sendiri bacakan ayat Manzil lepas tu tetiba dengar perempuan menangis dalam 4 - 5 saat macam tu. Bayangkan benda ni berlaku kat hangpa.. Gamaknya hangpa terus baca ka hangpa terus padam ja? Kalau dah sampai macam tu punya gangguan rasanya bukan mainan perasaan lagi memang ada sesuatu di sebalik yang mata kasar tak nampak. Tak tenang hidup kalau ada makhluk macam dok main aucak aucak dalam rumah ni.. Dia aucak kita cari tak nampak. Boleh mendatang perasan cuak.. kalau kena mood tak baik maybe rasa nak penyepak tapi kalau datang mood takut memang rasa nak teriak. hehehehe
Pernah jugak depa minta bantuan pengamal rawatan tradisional ni.. Tapi alih2 di tinggalkan saka harimau kat depa. Terus depa serik la nak guna khidmat bomoh2 ni.. Sekarang depa tengah cari mana2 pengamal rawatan cara Islam yang boleh bantu buang gangguan dalam rumah depa tu.. Lokasi di Alor setar.. so kalau ada sapa2 tahu atau kenal mana orang yang boleh halau benda tu.. nanti tinggalkan contact number kat komen. Kami bagi kat dia..
Moral of the story.. Apapun gangguan yang kita terima tak kira gangguan secara fizikal atau spiritual, ia adalah bentuk Ujian dari Allah juga. Mungkin apa yang berlaku dari kelalaian & kesilapan kita sendiri maka kembali la kepadaNya & mohonlah keampunan & perlindungan dari yang maha Kuasa. Insya Allah.. tiada masalah yang tiada penyelesaian.