Showing posts with label lebar. Show all posts

MISTERI CERMIN FITTING ROOM PASARAYA

Tu dia sesapa yang rajin membeli belah kat pasaraya & memang suka menerai pakaian dalam fitting room kena baca entri ni. Samada hangpa perasan atau tau misteri ni tak tau la. Tapi aku mula perasan semalam & kawan2 aku jugak akui mengalami perkara yang sama macam aku.

 Sumber google

Alkisahnya ahad lepas singgah the store sungai Mas walau niat tu takde nak membeli belah tapi sebab singgah rasa bersalah kat diri sendiri kalau tak shopping. harus windows shopping tapi bila dah windows shopping sebagai seorang perempuan rasa tercabar kalau tengok je kan. Jadi ambil 2 pasang baju pergi fitting room nak try. Aku pelik.. masa aku letak kat badan tengok kat cermin luar fitting room nampak ok jer bila try kat badan nampak gemuk pulak bila tengok dari cermin dalam fitting room. Bukan kat The store je kadang kat tesco atau Mall lain pun sama. Sampai tension aku rasa nak beli baju ni tau. Tengok kat cermin rumah tak nampak gemuk sangat pun asal tengok kat cermin fitting room mesti macam penguin kenyang jer. hahaha

Aku tanya kengkawan geng cap ayam aku.. depa pun kata mengalami benda yang sama. Adakah kami sekumpulan kawan yang memang debab2 atau memang cermin tu mempermainkan perasaan kami. hahahaha.. Kawan aku kata cermin fitting room memang kebanyakkan bagi effect lebar. Kalau camtu kira banggang jugak la kan.. Bila orang tengok nampak buruk confirm la orang tak jadi beli. marketing failed. hahahaha

Tapi aku tekad jugak nak beli baju tu.. So aku tarik nafas sambil berkata pada diri sendiri cermin tu something wrong somewhere. Alhamdulillah balik rumah try depan cermin sendiri, takde la nampak gemuk pendek macam kat dalam fitting room. Lepas ni kalau aku jumpa baju cecantik aku takkan terpedaya lagi dengan cermin dalam fitting room. Misteri cermin Fitting room yang selama ni buat aku rasa sedih tengok badan sendiri kini terungkai. hahahaha

Moral of the story.. Kena percaya pada diri sendiri sebab cermin pun tak semuanya memberi gambar sebenar diri kita. Hanya kita je lebih mengenali diri sendiri. 


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com