Showing posts with label masakan melayu. Show all posts

RESEPI MASAK LEMAK CILI API TELUR AYAM MELEKAT LEKIT

RESEPI MASAK LEMAK CILI API TELUR AYAM MELEKAT LEKIT. Lama pulak tak buat segmen Dapur sekangkang kera lekatlekit ni kan.. Mesti ada yang tuduh dah lama tak memasak tu. Memang la kadang2 tak masak juga sebab dah di tapau sang suami. Kadang2 tengahari ambil budak lala dari sekolah nak hantar balik tu dia tapau siap2 nasi bungkus.. Jadi hari tu tak masak la hahaha. Tapi bukan hari hari pun. Seminggu sekali dua jer.. Dapur sekangkang kera lekatlekit memang la tak berasap sebab guna dapur gas tapi masih berapi. Buktinya baru 2 hari lepas tukar tong gas baru ok.

Bila dah berapi tu ada la menunya.. Normally selalu masak menu malas pergi kedai je siang siang hari ni. Antara menu malas pergi kedai den.. Masak lemak cili api telur ayam. Ni kes ada lebihan santan la... Guna santan kotak tu tahan lama sikit. Tapi tak boleh lama2 sangat simpan nanti dia rosak jugak. Tak pepasal kerana santan sekotak rosak masak lemak sebelanga. Maka meh kita melemakkan badan dengan masak lemak..

Tak payah tarik nafas dalam dalam sangat la kan.. Nak follow resepi lekatlekit ni. Semestinya sambil joget lambak pun boleh masak ok. Sesangat la senang sampai menangis mertua hangpa kalau tengok resepi lekatlekit ni.. sebab terlampau senang dia tak boleh buli menantu dia lagi hahahaha

Sebelum mukadimah dia jadi novel moh ler kita ke dapur yer tengok apa bahan yang lekatlekit guna nak masak.. Yang penting kau jangan kangkang kangkang atas bahan bahan masakan tu ok! Tak elok tau.. syirik,khurafat & mati masuk neraka nanti.

 Bahan bahannya 

1. telur ayam (ikut suka berapa biji kau nak masak. Den guna 3 biji jer)
2. Santan (Of course wajib kalau tidak tak namanya masak lemak)
3. Bawang besar
4. Bawang putih
5. Halia
6. Lengkuas
7. Cili padi
8. Serai
9. Kunyit (tak kisah la kunyit hidup ke kunyit serbuk. asal kuning je tapi jangan guna water color pulak)
10. Garam sebagai serbuk perasa
11. Daun limau purut (Tak wajib tapi kalau ada lagi sedap & harum)
12. Minyak masak

  Cara memasak 

1. Blend Bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, serai, cili padi & kalau guna kunyit hidup masukkan sekali kalau guna kunyit serbuk tak perlu.

* Kalau rasa tak nak blend serai boleh ketuk je & masukkan dalam masakan nanti. Tapi saya suka blend semua untuk menghasilkan kuah yang pekat.

2. Panaskan minyak.. Of course dalam kuali bukan dalam pinggan yer. Lepas tu tuang jer bahan blend tadi dalam minyak panas tu biar dia kesakitan dalam tu. hehehehehe..nak memasak kena kejam.

3. Bila bahan blend tadi dah mendidih.. masukkan santan, daun limau purut, garam secukup rasa tapi jangan sampai kena darah tinggi.

4. Pecahkan telur sebiji demi sebijik & biar masak. Lepas tu tutup api.

* Kalau ada daun kunyit pun boleh masukkan.

Kalau ikut orang nogori dia memang tak guna bawang jauh sekali lengkuas & halia dalam masak lomak depa. Ni lekatlekit punya style. From utara with love katanya. hahaha..


Untuk tekak sendiri memang lulus dengan cemerlang la rasanya. Kalau hangpa nak tau kat tekak hangpa lulus ke tidak kena la cuba. hehehehe

Moral of the story.. Sedap di mulut jangan seksa di perut. Makan pedas berpada pada jangan cirit di kemudian hari. hehehee

RESEPI ASAM PEDAS AYAM PALING MUDAH & SEDAP

RESEPI ASAM PEDAS AYAM PALING MUDAH & SEDAP. Bila masak untuk sorang - sorang2 makan ni rasa nak masak menu2 yang simple & cepat je. Tapi kalau nak makan telur goreng je pun jemu. Alang2 memang aku sorang je makan pedas dalam rumah ni sekarang.. Ayam pun tinggal 2 ketoi tu pun part yang laki aku tak makan.. Sebab laki aku makan bahagian dada ayam jer.. lain2 part dia tak makan.. Bila tengok daun kesom elok je dok hijau lagi. Lebih masak laksa haritu & serai pun ada lagi.. Tetiba teringin nak makan asam pedas ayam.


Maka ke dapurlah kita bagi menyempurnakan hajat di hati tu. Gitulah kalau hidup sendiri ni.. Kau nak makan.. pepandai la kau masak. Takde orang nak tolong masakkan. Malas ke rajin kena la jugak berketung ketang kat dapur.

Nak masak asam pedas ayam ni.. Bukan setakat kena ada daun kesom, serai bagai.. Nak tau apa bahan bahan yang perlu ada untuk masak asam pedas ayam ni.. Meh la tengok. Jangan risau kalau version lekatlekit ni memang mudah mudah belaka tapi Insya Allah sedap hingga menjilat pinggan..

Bahan bahannya adalah
Ayam
Cili kering
Bawang besar
Bawang Putih
Halia
Kunyit Hidup (Takde pun tak apa)
Belacan
Serai
Daun kesom
Minyak Masak
Air Asam Jawa

Bahan kisar
Cili kering (sebelum blend tu elok rendam dalam air panas sekejab)
Bawang besar (aku guna sebiji je sebab masak sikit)
Bawang putih
Halia
Kunyit hidup
Sedikit belacan


Cara memasak
Potong ayam ikut size yang korang suka. Cuci & letak tepi sekejab. Panaskan minyak & tumiskan bahan kisar & serai yang dah di di ketuk kemudian masak sehingga pecah minyak. Dah pecah minyak masukkan ayam & daun kesom biar masak sekejab. Masukkan air asam jawa. Masukkan garam atau serbuk perasa.. Biar masak sekejab lepas tu siap untuk di hidang.

Sila tadah baldi takut banjir dengan air liur lepas tengok asam pedas ayam den ni hahaha

Senang kan adik adik. Jadi takde alasan tak reti memasak lepas ni. Ni kira masakan asam pedas ayam paling basic la. Tu pun dah sedap.. Bayangkan guna resepi yang lebih pro. Mau terangkat meja makan katanya. hehehe

Lepas ambil makanan berat sedap jugak kan kalau dapat makan pencuci mulut yang manis2. nak2 lagi lepas makan menu pedas macam asam pedas ayam ni.

RESEPI KURMA AYAM LUAR BIASA SEDAP GUNA REMPAH RATUS MAK SITI

RESEPI KURMA AYAM LUAR BIASA SEDAP GUNA REMPAH RATUS MAK SITI. Aku berkenalan dengan rempah mak siti secara tak sengaja bila aku terjumpa 1 paket rempah kurma yang mungkin suami aku kot beli buat stok masak. Sebab time tu tinggal satu satunya rempah kurma yang ada walau memula cuak jugak sebab sebelum ni aku guna rempah kurma jenama lain. Takut rasa dia tak sedap je. Tapi tawakal je la sebab nak memasak kan. Maka aku pun memasak la guna rempah kurma tu...


Mula2 pelik jugak sebab rempah kurma yang aku guna sebelum ni warna dia putih tapi rempah kurma mak siti dia dia jadi kekuningan sikit. Masa tu aku tak tau lagi itulah keistimewaan & kelainan rempah kurma mak siti ni. Sampai dah siap makan.. Tengok selera suami pun luar biasa jer.. Macam sedap sangat makan aku pun merasa jugak. Ya Allah.. tak pernah aku rasa kurma ayam sesedap ni katanya. Memang sedap.. Nak2 aku yang masak kan. Haruslah sedap katanya hahahaha...

Lepas peristiwa tu.. Minta jugak suami aku belikan rempah ratus mak siti ni.. Tapi biasa la laki aku tu lupa nak beli sampai aku pun lupa dah nak suruh dia beli. Tapi dah rezeki & jodoh dengan rempah ratus mak siti ni aku dapat rezeki sebeban berbagai jenis rempah ratus mak siti ni untuk di jadikan eksperimen memasak katanya. Sebab rindukan Ayam Masak Kurma guna rempah kurma mak siti.. Menu pertama aku selepas dapat rempah ratus mak siti haruslah kurma Ayam, kan.

Tak susah nak masak kurma Ayam nak2 lagi guna rempah ratus mak siti ni.. Simple2 pun sedap ok.. Bahan bahan di perlukan

Rempah kurma mak siti
Ayam
Lobak Merah
Ubi kentang
Kobis
Bawang besar
Bawang putih
Santan
Jintan manis
halia
bunga lawang
kulit kayu manis
buah pelaga
daun kari
kiub pati ayam

Bahan kisar
Serbuk Rempah Kurma Mak siti
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Jintan manis

Bahan tumis
Bawang
Kulit kayu manis
Buah pelaga
Bunga lawang.
Daun kari

Cara memasak
Kisar bahan bahan kisar tadi. Panaskan minyak tumis bahan tumis dah naik bau masukkan bahan kisar. Masak sekejab sehingga naik bau. Masukkan ayam. Biar sampai mendidih kemudian masukkan kentang & lobak merah. Biar masak sekejab kemudian masukkan santan. Lepas dah masukkan santan biar masak sekejab masukkan Bawang besar yang di belah empat & kobis yang telah di potong. Masak sekejab lagi kemudian masukkan serbuk perasa (garam & Kiub pati ayam) Biar semua sebati tutup api & hidangkan.

Maka Siaplah Kurma Ayam Luar Biasa Sedap Dengan Menggunakan rempah kurma mak siti 

Cara masak memang simple tapi bila makan memang terangkat kening tau! Sebab rempah kurma mak siti ni pun dah cukup menyedapkan masakan sebab rempah ratusnya dah cukup rasa apatah lagi di tambah dengan bakat chef yang ada ni. Hahahaha

Kalau bosan nak makan ayam.. Boleh try masak Udang Sesame Masak Kurma ni. Tak reti nak masak? Jangan risau meh tengok cara nak masak Udang Sesame Masak Kurma Dari Video kat bawah ni..


Rempah ratus mak siti ni bukan ada rempah kurma je tau. Ada macam2 jenis rempah untuk masakan. Boleh rujuk kat gambar bawah ni.

Sebahagian rempah ratus keluaran mak siti. Sebenarnya banyak lagi nanti korang boleh check di Facebook & website nak tahu produk keluaran mak siti ni.

Ada orang tanya mana boleh beli rempah ratus mak siti ni?  Rempah ratus mak siti ni boleh di dapati tesco, jusco, aeon jusco, aeon big, sogo, hero,cs brother, supermarket2 & kat kedai2 runcit pun kadang kadang ada. Kalau tak jumpa jugak boleh beli secara online di Facebook Rempah Ratus Mak Siti atau rasa nak lebih keterangan boleh layari http://www.maksiti.com/ atau boleh tengok di instagram @restoranrempahkarimaksitiUntuk pengetahuan semua dekat website rempah ratus mak siti jugak di sediakan resepi resepi masakan menggunakan rempah ratus mak siti ni. Kalau tak ada idea nak masak, boleh la cedok2 resepi kat situ. hehehe


kenapa korang mesti cuba Rempah ratus mak siti ni.. Serius! Sangat sedap. Memang di akui mereka2 yang dah merasai kelazatannya.

RESEPI IKAN MASIN MASAK LEMAK KURANG PEDAS LEKATLEKIT

RESEPI IKAN MASIN MASAK LEMAK KURANG PEDAS LEKATLEKIT. Amboi sekarang ni asal share resepi je mesti claim lekatlekit version katanya. Konon version kau macam lain sangat dari version orang lain. Padahal tak jauh beza sangat pun resepi kau guna dengan orang lain guna.


Sapa kata sama? Air tangan berbeza ok! Walau sama resepi lain rasa ok! tetap tak nak kalah tu.. hahahaha.. Takpe la versi sapapun kan. Yang penting kita berkongsi apa yang kita tahu dengan orang lain. Benda yang baik Insya Allah jadi pahala. Berkongsi resepi masakan jugak satu perkara yang baik, moga di manafaat kan dengan baik jugak la.

Sebelum ni aku pernah share resepi ikan masin masak lemak tapi version guna cili padi. So pedas2 sikit la tapi disebabkan suami aku pantang makan pedas maka apapun masakan sekarang ni terpaksa la aku guna kaedah kurang pedas. Jadi aku tak guna cili padi untuk masak lemak kali ni.

Untuk resepi masak lemak ikan masin ni aku tak guna nenas sebab aku bukan spesis pemakan nenas. So aku guna semata mata ikan masin je. Kalau korang jenis pemakan nenas boleh la masukkan nenas. Kena mention siap siap la kan.. jab lagi tengok bahan bahan tak ada nenas tertanya tanya pulak kan. hehehe

Tanpa melencong lebih jauh lagi marilah kita tengok apa bahan bahan nak masak.

1. Ikan masin. Ada guna ikan talang, ada guna ikan kurau. Yang pasti aku tak guna ikan talang
2. Bawang besar
3. Bawang putih
4. Sedikit halia
5. Kunyit hidup
6. Daun kunyit (tak wajib)
7. Daun limau (boleh tukar guna asam keping kalau tak ada)
8. Cili merah (di buang biji supaya hilang rasa pedas)
9. Serai
10. Santan

Ikan masin tu sebelum masak rendam dalam air setengah jam. Biar garam2 berlebihan keluar dulu. Kalau tak rendam memang high blood jugak la rasanya.

Bahan kisar
Bawang besar, bawang putih,halia,kunyit hidup, cili merah (yang dah di buang biji) & serai. Serai ni ada yang suka ketuk tapi aku suka blend sebab aku suka kuah masak lemak tu sedikit pekat. Terpulang. Pilihan di tangan masing masing kalau rasa tak nak pekat just ketuk je serai tu. kalau nak pekatkan boleh blend.

Panaskan kuali masukkan bahan kisah tadi. Biar sampai mendidih masukkan serai (yang di ketuk), daun limau & daun kunyit. Lepas tu masukkan ikan masin. Kalau ada nenas masukkan jugak nenas. Biar masak sekejab masukkan santan. Masukkan garam secukup rasa. Masak dalam 5 - 10 minit lagi kemudian tutup api & boleh hidang.

Simple je cara nak masaknya tapi kalau makan boleh bertambah tambah. Almaklum la sedap sangat masakan sendiri ni. Hahahahaha...

Dimakan bersama nasi putih panas panas.. Ni bukan setakat mertua lalu pun tak nampak. Adi putra duduk sebelah pun boleh tak perasan hahaha

Gitulah rutin harian seorang surirumah katanya. Memasak tu dah macam aktiviti harian. Kalau tak masak berat2 pun tetap kena masak walau sekadar masak air. Pendek kata memang jarang ada hari cuti memasak kalau kat rumah. Pergi holiday pun belum tentu seorang surirumah berhenti dari memasak. Ada yang pergi bercuti pun still memasak sebab nak jimat. Asal boleh berjalan ke tempat orang katanya..

SIAPA BERANI CUBA KEK COKLAT TELUR MASIN & 9 MAKANAN PELIK NI?

SIAPA BERANI CUBA KEK COKLAT TELUR MASIN & 9 MAKANAN PELIK NI? Ada berani ke Food blogger kalau korang di cabar makan 10 makanan ni? Aku tengok pun macam pelik je gabungan makanan ni. Rasa macam pelik sangat. rasa macam tak matching je gabungan ni. Sapalah yang mereka cipta resepi pelik pelik macam ni kan.


Adakah mereka yang mengabungkan makanan macam ni rasa sedap?? Tu soalan pertama yang aku tanya sebaik tengok 10 menu ni. Serius aku rasa macam bercelaru tekak aku ni tengok gabungan makanan ni. Hahaha... boleh krisis rasa tekak aku di buatnya kalau makan. Macam mana la depa boleh terfikir nak gabungan makanan makanan ni macam tu yer??

Selera manusia ni semakin pelik pulak di akhir zaman ni kan? Bukan nafsu serakah je semakin pelik.. manusia bernafsu dengan haiwan, nafsu makan pun tak kurang jadi pelik jugak. Sesungguhnya manusia akhir zaman memang sinonim dengan suka buat benda pelik. Tapi pelik yang tak salah tak apa la kan.. Cuma mungkin kita yang berselera normal ni rasa loya dengan gabungan makanan macam tu.

Antaranya kek coklat telur masin. Kau bayangkan kau potong kek coklat kat tengah2nya ada telur masin separuh masak. Kau kena makan dengan kek coklat. Manis kek & masin telur.. entah la rasa dia jadi macam mana. Boleh bersimpul urat saraf rasa jadinya hahaha.. Tu baru kek coklat telur masin belum lagi 9 makanan lain yang macam ni >> 10 Gabungan Makanan Yang Confirm Orang Malaysia Tak Berani Cuba <<

Aku ni selera kampung kalau menu2 pelik macam ni rasanya tak berapa nak boleh melepasi tekak kampung aku la. Tak tau la yang selera melayu mix western ni maybe boleh terima la kot. Almaklum la depa orang bando katanya.. mana sama selera dengan orang kampung. hehehehe

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com