RAMAI YANG BAGI HADIAH YANG SALAH TANPA SEDAR
RAMAI YANG BAGI HADIAH YANG SALAH TANPA SEDAR. Sapa tak suka dapat hadiah kan? tapi tak semua hadiah tu buat kita atau sesiapa sahaja menerimanya rasa happy sangat. yelah.. yelah.. Tak bersyukur la tu. Orang dah bagi banyak songeh. Tapi kan best kalau dapat bagi hadiah yang betul2 orang tu nak & happy tahap gaban dapat bunuh raksasa. Kita bagi hadiah pun dengan niat nak buat orang yang menerimanya hati jadi berbunga bunga kan.. Jadi jom kita belajar kenalpasti kesalahan yang mungkin kita buat dalam memilih hadiah pada seseorang.Kita manusia kadang2 nak bergurau pun melalui hadiah jugak.. Tapi tak sedar mungkin dari hadiah kita buat orang lain terasa hati atau di persendakan walaupun niat kita sebenarnya saja nak melawak. So sebelum nak bergurau melalui hadiah di beri sila kenalpasti jenis orang yang korang nak bagi hadiah yang ada unsur gurauan tak kira gurauan halus atau kasar. takut kita rasa macam small matter orang yang terima sentap 7 keturunan pulak.
Jangan bagi hadiah yang sia sia.. Maksudnya hadiah yang memang penerima tu tak boleh nak guna atau memang tak ada taste langung apa yang kita bagi tu. Nanti orang yang terima jadi serba salah. Contoh yang bertemakan pakaian la. tak pakai kecik hati.. Bila pakai dia rasa tak selesa sangat. Tak kira la dari segi design ke, fesyen ke, warna ke hapa. Tak best jugak la kan bagi hadiah yang buat orang lain jadi serba salah.
Selebihnya kalau korang nak tahu tips memberi hadiah dengan betul mengembirakan kedua belah pihak meh baca kat sini >> Mungkin Selama Ni Anda Tak Tahu Cara Betul Pilih & Beri Hadiah Pada Seseorang << Mungkin lepas ni hadiah anda akan jadi sesuatu yang paling bermakna untuk orang yang menerima.
Apapun setiap pemberian kalau dengan niat yang baik & ikhlas, Insya Allah orang yang menerima tu dapat merasa melalui pemberian kita tu walau hanya sekeping kertas. Jadi niat & perbuatan tu mestilah betul.. barulah tindakkan kita tidak tersasar.