AL FATIHAH.. TIADA LAGI KU DENGAR KIDUNG MU
24 April datang lagi..
Sampai saat ini
5 tahun berlalu
aku masih belum kuat
mencoret kenangan bersama mu
Kerana setiap kali ku ingat
Akan datang rindu yang menyakitkan
Rindu yang tak mungkin sampai
Rindu yang tak mungkin di gapai
Rindu yang mungkin buat aku rebah
Rindu buat mu Ayah..
Kau pergi saat ku menghitung hari bahagia
Kau pergi di saat kita menanti hari itu
Hari bahagia kita sekeluarga
Namun tertulis.. Kau pergi dulu
Pergi tanpa sebarang kata & tanda
Ayah...
Kami semua rindu
Namun rindu yang tiada perantara
Menyampai khabar berita
Ayah..
Moga damai & bahagia
Moga tenang & gembira
Disisi Tuhan yang Esa..
Tiada lagi ku dengar kidung mu
Riuh menyambut kepulang ku..
Ya Allah.. Aku rindu!
Al fatihah... :'(
ReplyDeleteAlfatihah! Semoga arwah ditempatkan bersama-sama orang yang beriman dan tenang di sana.
ReplyDeleteSungguh berbeza feelingnya bila masuk sini dan baca ini sebagai kenangan untuk seorang insan yang digelar Ayah!