Showing posts with label kuantan. Show all posts

PERBARISAN MAKNYAH SEMPENA MERDEKA

Maknyah pun manusia.. Maknyah pun rakyat Malaysia.. Jadi apa salahnya depa nak turut sama memeriahkan perarakkan sempena merdeka dengan menyertai perbarisan. Jadi harap takde sapa la mempertikaikan penyertaan mereka dalam acara menyambut kemerdekaan ni.

KUANTAN – Sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 mempunyai keunikan tersendiri pada perbarisan yang diadakan turut disertai 12 ormak nyah bagi mewakili Drug Intervention Community (DIC) Malaysia Pahang.

Timbalan Presiden DIC Pahang, Abd Rahim Abd Hamid berkata, penyertaan itu sebagai satu usaha mengubah persepsi orang ramai kepada golongan tersebut sering dipandang serong dan dihina.

Lebih malang katanya, ada yang menganggap golongan ini tidak patut ada dalam masyarakat dan bertindak memukul mereka sehingga cedera parah.

"Sudah sampai masa kita mengubah persepsi terhadap golongan ini yang dianggap sampah masyarakat.

“Kita yang dilahirkan normal perlu tampil membentuk mereka menjadi insan yang sempurna," katanya. (artikel penuh baca kat SINI )

Betul tu menerima mereka bukan sebab kita menyokong apa yang tak baik mereka buat tapi mungkin pendekatan macam tu boleh membimbing mereka secara perlahan untuk kembali menikmati hidup seperti manusia normal yang lain & berubah kearah yang lebih baik.

Jadi sebagai rakyat Malaysia.. Kita kena sokong penglibatan golongan macam ni dalam aktiviti macam ni. At least takde la mereka rasa mereka takde tempat langsung di mata masyarakat kan?? Apapun selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 56 semua. merdeka!merdeka!merdeka!

P/s : Ramai yang mempertikaikan penyertaan nyah2 ni dalam perbarisan kemerdekaan kononnya mengiktiraf golongan ni. Hello... dorang tak mewakili persatuan nyah tapi DIC Drug Intervention Community. Jadi kat mana salahnya kalau dorang nak sertai perbarisan ni?? Kalau kata sebab dorang nyah.. tak kira la dorang wakil dari persatuan yang sah kat M'sia tetap salah untuk dorang sertai aktiviti macam ni.. tak payah ambik contoh lain. Ko pergi check penari2 yang dok terkinja2 masa hari sambutan macam ni.. takde yang nyah ke?? Napa dorang tak jadi isu besar pun sertai perarakkan sambutan macam ni?? Sebab dorang bukan wakil persatuan Nyah?? Macam tu jugak dengan nyah2 ni. Selagi dorang tidak berpakaian tak senonoh ataupun songsang masa perbarisan tu nanti..tak salah pun dorang join. Isu hidup songsang dorang tu isu lain yang patut kita perdebatkan. Isu sekarang dorang pun rakyat Malaysia yang berhak sertai aktiviti macam ni selagi dorang ikut peraturan



BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com