Showing posts with label kuat. Show all posts

KEJADIAN BUNYI GURUH KUAT & PANJANG BEBERAPA TEMPAT JADI VIRAL

KEJADIAN BUNYI GURUH KUAT & PANJANG BEBERAPA TEMPAT JADI VIRAL. Sekarang ni dah masuk musim hujan kan? Hampir setiap hari hujan.. Tapi kat tempat den siang semalam tu panas la. Masuk petang dah mendung & malam hujan jugak. Lepas ni penuh la orang kat self laundry tu kan? Yelah.. nak basuh baju kat rumah tak panas nak jemur kan? Baju pulak bergunung ganang.. Terpaksa juga menapak kat self laundry ni. Yang peliknya kenapa saya tak pernah sekali guna self laundry tu ya? Kadang2 lalu nak pergi kedai.. dok belek mesin basuh kat self laundry tu.. Kot2 satu hari nanti memerlukan. Takde la Jakun sangat nak guna katanya kekekeke


Tapi bukan nak cerita musim hujan, baju tak kering atau self laundry tu.. Ni cerita bangun pagi ni bukan pesbuk meriah dok cerita fenomena menakutkan semalam. Katanya ada bunyi guruh yang teramat kuat sampai bergegar sliding door rumah depa.. Anak anak ketakutan.. Tapi tak semua tempat. Ada beberapa tempat yang berdepan dengan situasi guruh kuat tu.



Mula la masing2 buat cerita mistik & spekulasi sendiri.. Mula kata petanda bala nak datang bla.. bla.. bla..


Bagus ingat 'bala' tu tapi jangan la kaitkan sesuatu yang kita tak tahu. Fenomena guruh kuat semalam tak salah kita ambil sebagai peringatan untuk meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah & memperbanyakan ibadah & amalan amalan baik. Tak salah kita nak anggap satu teguran Allah kepada kita manusia akhir zaman yang semakin tersesat & jauh dari landasan Al Quran ni. Tak salah kita nak ingat tentang malapetaka yang mungkin berlaku atas sikap kita yang melakukan kerosakkan di bumi Allah.. Semua tu tak salah kalau kita nak ambil sebagai iktibar & jadikan pengajaran tapi jangan la menyebarkan sesuatu yang kita tak tahu tapi cara kita menyampaikan seolah olah benda tu adalah sahih & benar. Ingat ye jangan buat spekulasi.

Sapapun tak tahu kenapa berlakunya kejadian guruh kuat semalam. Saya tidur awal semalam tapi sebelum tidur tu memang nampak 2 kali cahaya terang sangat dari tingkap macam kilat. Kali pertama ingat spotlight ke hapa.. Tapi jadahnya orang suluh spotlight kat rumah den tingkat 9 ni kan.. Kali kedua baru perasan kilat terang sangat tak macam biasa. Sebab nampak tanda tanda nak hujan. Tak terfikir la apa2 pun.. Bagi saya biasa la kilat bila nak hujan ni kan.

Apapun kalau kita ambil sebagai satu teguran Allah kepada kita.. Tingkatkan lah ibadah & ketaqwaan kita tu.. Jangan hanya berkompang kat social media jer. Yer.. tak salah kita nak ingatkan sesama kita tapi sesambil ingat mengingati kita sendiri pun kena buat. Almaklum akhir zaman ni.. banyak tanda tanda kiamat dah muncul kan..

Moral of the story.. Tu baru guruh kuat & panjang belum nampak bumi bergulung gulung lagi kan? Insoflah wahai umat manusia... Peace Yo!

NASI LEMAK ANAK DARA UBAT KUAT UNTUK PARA LELAKI

NASI LEMAK ANAK DARA UBAT KUAT UNTUK PARA LELAKI. Untunglah sapa2 masih anak dara.. Nak tambah pakej lagi yang cantik. Buka meja tepi jalan, jual nasi lemak berbaris abang abang setia menanti menunggu giliran merasa nasi lemak anak dara cantik katanya. Gamaknya kalau mak dara cantik macam aku berniaga ada tak orang berbaris panjang macam tu. hehehehe


Bila dah jadi viral.. Yang meniaga macam tu memang dapat benefit. Yang tu kita tak payah pertikai la.. dah rezeki dia. Walau ada jugak yang para wanita macam sinis bila nasi lemak anak dara laku keras & pembeli pula di kalangan abang abang. Risau pulak depa kalau yang berbaris tu cik abang depa. Aku? Tak risau apa2 pun.. Kalau laki aku kemaruk sangat nak makan nasi lemak anak dara jangan lupa bungkuskan sekali untuk aku. Nak rasa jugak sedap sangat ke nasi lemak anak dara tu. Ada ke sesedap nasi lemak sambal petai yang sri damansara yang selalu aku makan tu. Kalau lebih sedap dari tu tak heran la laku.. Kalau rasa ala ala jer.. Memang pelaris dia cuma muka cantik je. hahaha


Penangan nasi lemak anak dara.. Bagaikan ubat kuat untuk lelaki. Jarang nak tengok fenomena lelaki sanggup berbaris macam ni kecuali nak beli tiket perlawan bola jer.. Kerana nasi lemak anak dara abang abang semua jadi kuat, sabar, tabah & sangat setia menanti giliran. Semua sopan santun jer.. Takde pun yang potong Q atau bertumbuk sebab nak beli nasi lemak anak dara katanya. Baru la nampak ciri2 idaman dara.. manalah tau sambil membeli sambil mencuri.. Bukan mencuri duit jualan nasi lemak anak dara.. mencuri hati anak dara katanya. Selagi belum di ijabkabul selagi tu ada peluang.. ye dak??


Para2 isteri korang tak payah cuak sangat la dengan fenomena macam tu..Depa nak beli nasi lemak je pun. Kalau rasa tergugat sila belajar masak nasi lemak paling sedap.. Insya Allah asal makan nasi lemak tak kira anak dara ka, mak dara ke.. mesti ingat bini dia kat rumah. hehehehe

Pada abang abang tu tak payah poyo sangat la kot macam mamat mamat ni >> [VIDEO] Pernah tak jumpa orang yang poyo macam 4 budak ni? << Nasi lemak je kot. Setakat ni yang viral sebab anak dara cantik je yang jual. Selain dari anak dara & cantik.. lain2 kelebihan nasi lemak tu tak dengar lagi la jadi viral. hahahaha

Moral of the story.. Tu la orang kata rezeki. Sebab kena saman dia jadi viral kemudian semua orang tahu ada anak dara cantik jual nasi lemak. Berpusu2 orang datang beli yang majoriti lelaki. Peliknya.. kenapa takde pelanggan di kalangan akak2 lepas viral. Akak2 semua menangis bawah tudung saji ke camna? hikhikhik

PONTIANAK MESTI SUKA PRODUK NI

PONTIANAK MESTI SUKA PRODUK NI. Ha kau! Tajuk entri paling tak menahan katanya. Pontianak pun suka produk ni.. Produk apa? Sat2 la cheq nak cerita la ni. Almaklum la.. pontianak selalu di gambarkan dengan rambut panjang & kusut masai. Jarang la nak tengok dalam cerita atau filem seram pontianak rambut lurus ala2 rebonding gitu kecuali la dia cuba menyamar jadi perempuan cantik tapi bila dia bertukar jadi pontianak automatik rambut dia kalau semut masuk pun boleh sesat seumur hidup dalam tu. hehehe


Jadi korang yang hadapi rambut kusut, rambut kering, rambut gugur, rambut putus putus sampai bila sikat tu berdiri rambut2 yang pendek. Memang nampak tak rapi langsung kalau ada masalah rambut macam ni. Yelah.. even yang berhijab sekalipun tak bermakna kesihatan & kecantikkan rambut kena abaikan.. ye dak?? Kalau rambut rosak, kulit kepala gatal gatal.. memang jadi tak selesa. Rambut gugur pun masalah jugak. Bukan je menyepahkan lantai rumah.. malah kadang2 boleh menyebabkan rambut tu masuk dalam masakan kita. tak best la pulak tetiba orang nak makan terjumpa rambut dalam makanan kita masak. Silap haribulan orang ingat kita nak menyihir dia pulak.

Aku pun ada masalah rambut sejak dua menjak ni.. Rambut jadi putus2,kering,gugur & jadi kusut jugak. Sebelum ni dah try satu jenama ni.. siap conditioner bagai pun tak jalan. Jumaat lepas aku beli Serum rambut Ginvera Anti Frizz repair serum & Syampu Sunsilk damage reconstruction.. Memang aku jenis suka campur jenama produk. Bila pakai set selalunya memang tak berkesan.


Alhamdulillah gabungan 2 produk ni.. Bila mandi dah kurang rambut gugur.. 50% jugak la kesannya. Dengan penggunaan Ginvera hair serum pulak rambut tak kusut & kering. Sebab dia ada fungsi menyuburkan jugak.. Aku syak dia jugak membantu rambut aku jadi kuat & tak gugur & Syampoo Sunsilk damage reconstruction semestinya memulihkan rambut aku yang rosak.

Serum rambut Ginvera. Bau pun wangi

So, yang ada masalah rambut kering,kusut & gugur boleh try 2 produk ni. Manatau dapat membantu masalah rambut anda tanpa perlu pergi ke yu nam kan.. Harga pun tak mahal sangat. Ginvera Hair serum dalam RM23++ & Sunsilk tu maybe RM11++ kot lupa pulak aku. Nak beli pun senang. Ni aku beli kat guardian je. Yang penting produk ni selamat di gunakan bukan kategori dalam senarai produk haram yer.

Dengan sekali cucian anda boleh rasa rambut jadi lembut. Kali kedua cucian anda boleh nampak rambut gugur mula kurang

Ni kalau pontianak baca entri ni confirm lepas ni pontianak semua tak menyeramkan lagi. Mesti jadi macam pontianak dalam drama keluarga pontimau.. Pontinak cantik berambut panjang bersinar & rapi. hahahahaha

WANITA BERKAHWIN BANYAK KALI ADALAH WANITA KUAT

WANITA BERKAHWIN BANYAK KALI ADALAH WANITA KUAT. Tu dia.. sesuatu sangat tau tajuk entri. Mesti ada yang mula fikir ehem hem dah ni.. Yelah asal sebut pasal kahwin & Kuat mula la fikir kuat dari segi tenaga batin kan? Alah jangan tipu la hangpa tak pikiaq lagu tu.. cheq nujum mak belalang. Sekilas senyuman hangpa tu cheq boleh tau, hokay! So, dont play play noh... hehehehe

Kenapa aku klasifikasikan wanita yang berkahwin banyak kali ni wanita yang kuat? Kuat apa? Kuat nafsu ke? Kuat melawan suami ke? Kuat membebel ke? Kuat dari segi apa tu gamaknya yer... Dia kuat sebab dia minum milo ke? Sebab lagu iklan milo selalu sebut minum milo anda jadi sihat dan kuat! Untuk mengupas kupis & kopek isu ni.. marilah kita sama sama membaca sambil belajar..


Bila terbaca artikel pasal perkahwinan bekas retis Abby Abadi yang ke empat.. Yang jarak perkahwinan dia dengan perkahwinan yang gagal sebelum ni tak la jauh sangat buat aku kagum jugak dengan Abby abadi ni. Sebelum ada yang tanya.. Erkk bukan perkahwinan dia yang ke 3 ke? aku pun mula2 ingat yang ke 3 tapi rupanya yang ke 4 sebab dia pernah berkahwin dengan someone tapi tak di gembar gemburkan di media so ramai tak tahu. Kagum sebab bagi aku dia wanita yang sangat kuat biarpun di uji dengan jodoh2 yang tak berkekalan sebelum ni tapi dia tidak pernah serik untuk berkahwin & mencuba cari bahagia dalam sebuah perkahwinan. Berbanding dengan sesetengah orang baru sekali putus cinta terus tukar jadi pengkid, lesbian bagai.. apa barang kan?? Gamaknya orang camtu kalau gagal dalam perkahwinan terus tukar jantina. hahaha

Bukan bermakna semua wanita yang banyak kali gagal & tetap masih nak berkahwin lagi tu gatal.. Siapa yang taknak bahagia bersama seorang lelaki bernama suami, ye dak?? Kalau ko pun ada keinginan nak kawen jangan nak muncung2 mulut tu mengata orang gatal bagai tu sebab tak serik serik nak kawen lagi. Sekurang kurangnya dia tak pernah takut dengan kegagalan biarpun berkali kali gagal. Dia berani mencuba walau pun percubaan yang sama gagal berkali kali. Kau hado??

Moral of the story.. Banyak sebab orang berkahwin banyak kali.. Ada yang maybe sebab dia memang jenis cepat jemu dengan pasangan dia.. tak di nafikan & ada yang bukan kehendak dia apa yang berlaku. Cuma maybe jodoh2 dia sebelum ni bukan pilihan yang terbaik. Jadi kita tak boleh judge semua wanita yang tak serik berkahwin banyak kali tu GATAL hokay! Kadang2 sebab mereka lebih kuat dari kita sebab tu Allah pilih untuk bagi ujian tu pada mereka.

BELAJAR JAGA HATI SENDIRI JANGAN HARAP SIMPATI

Hidup kalau nak puas hati orang lain memang susah jadi kadang2 kita perlu jaga hati sendiri dulu & pilih hati yang mana perlu di jaga. Kadang2 bukan tak nak jaga hati orang lain cuma letih. Kita bagi pendapat dengan kasih sayang dia terima dengan rasa marah & tak puas hati. Sebabnya konsep sayangkan kawan zaman sekarang kau mesti menyokong dia jer.. Kalau kau cakap yang membantah even untuk kebaikkan pun orang susah nak terima.

Bila jadi perkara macam tu.. Aku pun malas la nak ada rasa sayang, rasa simpati & rasa ingin menegur & membantu sangat la. Sebab cara aku bukan jenis belai2 orang. Anak aku buat salah pun aku marah, inikan anak orang yang dah berbulu segala sudut. Yang dah faham banyak perkara baik & buruk. Serius aku tak reti sangat nak belai2 orang dengan kata kata sebab bagi aku kadang2 kata2 simpati ni buat orang lain semakin lemah, sentiasa rasa nak mengadu & sentiasa cepat terasa. Tak boleh nak berdikari bila ada masalah melibatkan hati & perasaan.


Aku tak suka nak merintih hiba.. ala2 melentok liuk macam lagu Anuar Zain. Aku hidup dengan hadap macam2 Ujian Allah yang tak semua orang tahu. Aku jadi kuat bila aku pilih hadap tanpa perlu menjadikan orang lain sebagai pemujuk. Orang nampak perjalanan hidup aku macam lancar jer.. umpama tar yang baru di turap masa dekat piliharaya. Jalan pun cantik jer.. takde lopak2. Padahal perjalanan hidup aku selama ni umpama jalan kat tanah merah. Tapi sebab aku pilih hadap dengan senyap.. berusaha untuk bahagia So, Allah bagi bahagia tapi kadang2 Allah uji jugak dengan dugaan rasa tanda aku manusia biasa dalam kehidupan yang normal.

Serius aku jadi letih bila baca rintihan orang yang macam tak berkesudahan. Sekali sekala tu ok la.. Sebab kadang2 kita manusia meletop jugak tapi kalau dah kerap kali gamaknya jenis bocor la kot sampai tak boleh simpan langsung rasa hati. Kadang2 aku cuba nak bagitau perkara yang dia buat tu bukan buat dia semakin kuat malah jadi semakin lemah. Bila aku cuba bagitau secara berdepan dah tak boleh terima. Bila aku tulis secara kiasan & sarcasm dah terasa. Bila aku pilih malas ambil peduli.. pun terasa jugak. Padahal kadang2 aku tulis jer tak merujuk siapa2. Ilham tu kadang2 datang dari pembacaan, tengok tv.

Moral of the story.. Kalau orang lain tak mampu jaga hati kita maka kita yang kena jaga hati sendiri sebab hati tu hati kita. Kita yang rasa. Pilihan di tangan kita sebenarnya. Kau nak terus di sakiti atau kau nak elak.. Kita boleh. Walau tak semua perkara tapi apa selagi ada pilihan kita untuk jaga hati kita maka jagalah. Orang boleh berkata apa saja tentang diri kita mungkin kita tak mampu hentikan tapi kita ada pilihan samada nak peduli atau buat tak tahu.

P/S : Aku bukan seorang yang kejam & takde perasaan nak jaga hati orang lain tapi aku tak suka jenis manusia yang suka tunjukkan kelemahan diri untuk dapat simpati. Cukuplah kita simpati pada diri kita & berusaha untuk rasa bahagia. Aku jugak bukan seorang manusia yang kebal dengan ujian kadang2 aku rasa tak daya jugak cuma aku tetap pilih terus menjadikan ia rahsia hati yang bukan untuk aku tulis & di baca semua orang.

WANITA BERTUDUNG PELARIS UBAT SEKS

Tu dia tajuk entri.. ni gara2 kos serani la tag aku satu isu yang dia up kat wall FB dia maka tercetus la idea nak mengupas,kupis & kopek isu ni. Tu la sapa suruh bagi ilham kan.. rasa gatal2 jer jari ni nak menaip entri. Sebab dia kata aku paling terer buat tajuk entri yang hot & spicy sehingga menjilat jari katanya.. aku mention nama dia kat perenggan pertama. kekekeke


Mesti ramai akan kata.. yela kan.. sekarang makin banyak pulak iklan ubat seks guna wanita bertudung. Kenapa wanita bertudung? Depa ni memang kuat seks ke? ke takut kena tuduh diskriminasi kepada wanita bertudung? Tapi bukan la kata hina sangat ubat2 seks ni.. Bukan semua untuk perkara negatif. Mungkin ada yang memerlukan sebab mempunyai masalah seksual.. Sebab semua pasangan dah berkahwin tahu keperluan seksual dalam perkahwinan tu. Bukan kata wanita bertudung tak layak tapi rasanya kurang manis pulak. Tapi memang tak sesuai & tak patut la kalau perempuan jadi model iklan ubat seks ni. Orang kata malu tu perisai orang beriman. Bila yang dah bertutup litup tetiba dok mengiklankan produk seks.. kita tahu kan seks ni perkara yang macam mana & tak boleh di tunjuk atau di cerita secara terbuka tanpa sebab. Jadi Dimana malunya?


Ada yang bukan dari kehendak mereka tetiba jadi model ubat seks atau kata gurauan berunsur seks tapi gambar mereka yang mungkin agak menghairahkan even bertudung di jadikan pelaris untuk iklan ubat seks atau kata2 gurauan berunsur seks ni. Tu la kan bila tudung ni dah jadi salah satu fesyen dikalangan kita.. maka ada yang pakai sekadar untuk berfesyen menjadikan tudung itu tidak lagi menampakkan seseorang wanita itu nampak sopan & mulia sangat tapi semakin menghairahkan. Maka ramai ambil kesempatan.. Salahkan orang curi gambar kita untuk buat iklan ubat seks? Kita patut salahkan diri sendiri dulu kot...


Bila dah berlaku perkara macam tu.. Imej wanita bertudung sedikit rosak la. Bila tengok perempuan bertudung terbayang iklan ubat seks kemudian terbayang sesuatu yang ada di sebalik apa yang di tudung. Imaginasi seseorang kadang2 di pengaruhi bahan bacaan jugak...

Entri ni sebenarnya sekadar menjawab pertanyaan seorang lelaki bernama kos serani. Kenapa gambar wanita bertudung di gunakan untuk iklan2 atau gurauan berunsur seks? Sebabnya.. bila tudung pun tak menutupi apa yang patut tutup maka ramai yang ambil kesempatan. Sekian terima kasih.


P/S : Moral of the story.. Yang seksi2 terang dedah tu orang dah tak heran sangat tapi yang separuh tutup separuh tutup tapi tak berapa tutup tu yang orang suka sangat. Yelah.. manusia berfantasi sesuatu yang nampak dalam samar.. Maybe imaginasi bila melihat pemandangan macam tu lebih menghairahkan dari yang terang2 tunjuk warna kulit, lurah dendam yang tak payah nak imagine dah.


ZAIN SAIDIN JADI DUTA UBAT KUAT SEKS

Amboi tajuk kan.. Tak nak kalah tu. Tetap nak hot & spicy.. Bukan sekadar hot & spicy sememangnya isu nya benda tu. Bukan sekadar gimik semata mata hokay! Aku tak sekeji tu tau buat tajuk yang takde kena mengena dengan entri even tajuk2 entri aku memang majoriti hangat hangit bagai..

Sumber goggle

Alkisah pepagi dah ternampak post beautifulnara pasal ni.. Dia punya caption kat post Fb tu kemain lagi tau. Amboi. Nampaknya tiap-tiap malam adalah malam Jumaat bagi Che Ta dan Zain Saidin. Tahniah atas perlantikan Zain sebagai duta produk ubat kuat ini.


Gamaknya orang yang makan ubat kuat seks ni memang hari hari mau ke camna? Kalau camtu kategori melampau jugak la kesannya.. hahahaha.... Punya nak mengambarkan kuasa kuda yang ada dalam ubat tu kan. kalau formula tu di transfer untuk cipta kuat kerja pun bagus.. ye dak? hari2 mau kerja. kekekeke

Tak kisah lah apapun produk nak jual.. nak2 produk tenaga batin ni tapi hope iklan dia jangan keji sangat la. Cukup bagi tau keistimewaan produk tak perlu sangat la nak cerita testimoni dalam selimut sampai orang boleh bayang macam mana aksi atas ranjang. Sebab sekarang ni pengedar2 produk kekuatan dalaman ketat metat bagai ni.. macam dah takde kemaluan. Rilex akak abang.. sikit2 kias2 pun orang paham sebab yang guna produk tu orang dewasa bukan budak tadika, hokay. Jangan sampai orang lain tolong rasa malu dengan anda.


INILAH BLOGGER KUAT

Kau fikir dunia blog ni ada blogger popular,blogger retis & blogger hebat je ke? Blogger kuat pun ada jugak tau.. Blogger kuat ni blogger jual ubat kuat ke pengguna ubat kuat? Erkk... kesitu pulak korang yer..  Bila aku cakap aku dah draft entri blogger kuat ramai pulak yang datang komen mengaku kuat.. kuat makan la.. kuat tidur.. & macam2 lagi kuat lah. Yelah.. yelah korang memang blogger kuat cuma tak sekuat blogger2 yang nak aku kenalkan ni.

Depa badan memang semua comel2 jer.. Setakat kena hembus dengan blogger sado abis terpelanting tapi sebenarnya depa ni lagi kuat dari kita semua. Mesti korang nak tahu siapa blogger2 kuat ni & di mana kekuatan mereka.

Setakat angkat besi.. tak kategori blogger kuat lagi ok! -sumber google-

Tak semua orang di uji dengan kesakitan.. & takde siapa minta di lahirkan ke dunia untuk derita berpenyakit kronik. Semua orang harap dapat menikmati kehidupan dengan sihat.. Tapi setiap orang ada ujian masing2.. Dan Allah menguji mereka berdasarkan kemampuan mereka sendiri. Sebab tu aku meletakkan mereka2 ni sebagai blogger2 yang kuat.. Terus berjuang untuk hidup, biarpun kadang2 mereka rasa tak terdaya namun kekuatan mereka itulah buat mereka terus juga perjuangan.

Antara yang aku kagum adalah blogger TunSyaAyuni atau kat FB dia guna nama Auni Afiqah. Aku nak cerita pasal penyakit dia aku sendiri pun tak berapa faham.. Tapi sakit dia memang dia tanggung sejak kecik sehingga sekarang. Dia masih perlu menjalani rawatan setiap bulan. katanya penyakit dia ni jugak menyebabkan dia sukar tidur. Dia pun tak boleh terlebih minum air nanti dia tak boleh kencing. Biarpun aku tahu dia sakit tapi aku tak suka layan dia sebagai seorang yang macam kurang upaya. Aku taknak dia rasa lemah.. Aku lebih suka layan dia macam orang lain tapi jauh di sudut hati.. Memang simpati cuma kadang2 simpati kalau keterluan sangat kita tunjuk buat orang semakin jadi lemah. Kalau korang nak tahu apa penyakit blogger ni pergilah mentelaah kat blog dia...♥ TunSha Ayunie ♥

Lya Afrina.. Dia bukan sakit dari kecik. Tapi aku baca sejak dari sekolah menengah tak silap selepas berlaku satu kemalangan. Dia seorang yang sangat positif dengan penyakit yang di hidapi. Even sesakit manapun dia.. dia sentiasa positif sebab dia yakin dengan penawar segala sakit adalah sentiasa berfikiran positif. Dia berjuang bukan sekadar untuk hidupnya tapi untuk mereka2 yang dia sayang terutama anak tunggal dia.. Korang akan rasa betapa kuatnya dia bila korang baca kisah2 hidup dia di blog.. Aku sendiri kagum dengan kekuatan yang di miliki. Nak tahu kisah Lya Afrina boleh la semak entri2 dia kat blog H.A.T.I

EmIenaAqil.. yang ni aku faham sikit la pasal sakit dia.. Dia pengidap Talesemia.. Rutin bulanan dia masuk darah. Antara blogger yang aku rasa kuat jugak la. Dia pun seorang kawan yang baik even aku ni bukan baik sangat. Ibu Aqil pengidap talesemia sejak berumur 7 bulan... Seperti kita tahu, pengidap Talesemia terpaksa menjalani rawatan seumur hidup. Tapi Ibu Aqil jugak seorang yang positif untuk hidup seperti orang lain.. Tidak meratap dengan dugaan sakit yang Allah bagi. Suka aku tengok kehidupan ibu Aqil ni.. takde nampak macam orang sakit. sentiasa happy & bahagia. blog dia EmIenAqil ~Reality & Fantasy~

DayangDeno.. Ni blogger memang aku tak pernah keep in touch samada kat mana2 laman sosial atau kat blog sekalipun. Memang antara kami nak kata berkawan pun tak pernah berkawan, nak kata musuh pun tak. Nampak sentiasa awet muda jer DayangDeno. Aku pernah baca kisah dia yang mengidap sakit kronik yang memerlukan rawatan sepanjang masa cuma aku ni lemah bab nak faham sakit orang tu. Dia antara blogger yang aku rasa kuat jugak. Dia boleh terus enjoy dengan hidup dia.. berblog & berkawan macam biasa dengan semua orang. Dan kerana itulah aku rasa dia juga seorang blogger yang kuat. Itulah pemilik blog DayangDeno

Mereka redha dengan apa yang tertulis untuk hidup mereka.. Bukan mudah sebenarnya tapi sebab tiada pilihan mereka pilih untuk terus enjoy dengan hidup mereka bukan terus meratap sedih sepanjang masa sampai terlepas untuk mencipta memori indah dalam hidup. Pernah ke kita tertanya.. kuatkah kita kalau di uji seperti mereka? Jangan rasa diri kita kuat kalau kita tak di uji. Sebab kekuatan itu di nilai dari berapa besar Ujian hidup kita bukan berapa besar otot badan atau berapa kilo kita boleh angkat.


ISU AZAN KUAT,PENDUDUK NAFI DAKWAAN PAKCIK TU

aku nak buat entri wordless jer boleh.wordless dari komen aku la tapi aku share jugak laporan dari sumber lain. bukan apa nak komen lebih takut salah komen sebab isu ni aku rasa agak berat.

p/s : kes ini buat aku teringat peristiwa arwah ayah aku dihina suara macam katak & azan terlalu kuat sehingga ganggu tidur seorang hamba Allah.even hanya sipolan tu cakap macam tu tapi terkesan pada aku sampai hari ni sebab dia kata depan aku bukan pada arwah ayah aku. umur dia lebih kurang mak bapak aku je kot.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com