WANITA BERTUDUNG PELARIS UBAT SEKS

3/27/2015 02:41:00 PM suria lekatlekit 7 Comments

Tu dia tajuk entri.. ni gara2 kos serani la tag aku satu isu yang dia up kat wall FB dia maka tercetus la idea nak mengupas,kupis & kopek isu ni. Tu la sapa suruh bagi ilham kan.. rasa gatal2 jer jari ni nak menaip entri. Sebab dia kata aku paling terer buat tajuk entri yang hot & spicy sehingga menjilat jari katanya.. aku mention nama dia kat perenggan pertama. kekekeke


Mesti ramai akan kata.. yela kan.. sekarang makin banyak pulak iklan ubat seks guna wanita bertudung. Kenapa wanita bertudung? Depa ni memang kuat seks ke? ke takut kena tuduh diskriminasi kepada wanita bertudung? Tapi bukan la kata hina sangat ubat2 seks ni.. Bukan semua untuk perkara negatif. Mungkin ada yang memerlukan sebab mempunyai masalah seksual.. Sebab semua pasangan dah berkahwin tahu keperluan seksual dalam perkahwinan tu. Bukan kata wanita bertudung tak layak tapi rasanya kurang manis pulak. Tapi memang tak sesuai & tak patut la kalau perempuan jadi model iklan ubat seks ni. Orang kata malu tu perisai orang beriman. Bila yang dah bertutup litup tetiba dok mengiklankan produk seks.. kita tahu kan seks ni perkara yang macam mana & tak boleh di tunjuk atau di cerita secara terbuka tanpa sebab. Jadi Dimana malunya?


Ada yang bukan dari kehendak mereka tetiba jadi model ubat seks atau kata gurauan berunsur seks tapi gambar mereka yang mungkin agak menghairahkan even bertudung di jadikan pelaris untuk iklan ubat seks atau kata2 gurauan berunsur seks ni. Tu la kan bila tudung ni dah jadi salah satu fesyen dikalangan kita.. maka ada yang pakai sekadar untuk berfesyen menjadikan tudung itu tidak lagi menampakkan seseorang wanita itu nampak sopan & mulia sangat tapi semakin menghairahkan. Maka ramai ambil kesempatan.. Salahkan orang curi gambar kita untuk buat iklan ubat seks? Kita patut salahkan diri sendiri dulu kot...


Bila dah berlaku perkara macam tu.. Imej wanita bertudung sedikit rosak la. Bila tengok perempuan bertudung terbayang iklan ubat seks kemudian terbayang sesuatu yang ada di sebalik apa yang di tudung. Imaginasi seseorang kadang2 di pengaruhi bahan bacaan jugak...

Entri ni sebenarnya sekadar menjawab pertanyaan seorang lelaki bernama kos serani. Kenapa gambar wanita bertudung di gunakan untuk iklan2 atau gurauan berunsur seks? Sebabnya.. bila tudung pun tak menutupi apa yang patut tutup maka ramai yang ambil kesempatan. Sekian terima kasih.


P/S : Moral of the story.. Yang seksi2 terang dedah tu orang dah tak heran sangat tapi yang separuh tutup separuh tutup tapi tak berapa tutup tu yang orang suka sangat. Yelah.. manusia berfantasi sesuatu yang nampak dalam samar.. Maybe imaginasi bila melihat pemandangan macam tu lebih menghairahkan dari yang terang2 tunjuk warna kulit, lurah dendam yang tak payah nak imagine dah.

7 comments:

  1. hmmmm mcm2 .... zaman skrg ni ... mmg kita suka tertutup ...klu yg terbuka dah tau bentuknye kan

    ReplyDelete
  2. setiap apa yang dilarang.. mesti akan ada akibatnya kan bila kita langgar..

    ReplyDelete
  3. Kesian...wanita bertudung dieksploitasi....

    ReplyDelete
  4. Kalau orang salahguna gambar tu okeylah tapi kalau sendiri offer diri nak sangat jadi 'brand ambassador', itu memang tak faham. Pengiklanan ni sejak dulu pun kita tak faham mengapa nak guna orang perempuan jadi model. Contohnya macam iklan rokok, tetiba keluar model perempuan berposing terkeluar tajuk. Conclusionnya orang perempuan ni memang sedap di pandangan mata baik perempuan mahupun lelaki. Yalah, kalau cantik siapa tak suka. Bak kata HD, perempuan kalau tutup semua lagi berdebar lelaki nak tahu lebih lanjut sebab 'tak nampak'. Yang buka semua tu, apa nak tengok pun boleh. Takdalah hairan sangat. Imagination pun tak liar dah *_*

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com