Showing posts with label wanita. Show all posts

SERAM! JELMAAN IBU YANG MENINGGAL DUNIA DI WAD BAYI

SERAM! JELMAAN IBU YANG MENINGGAL DUNIA DI WAD BAYI. Tu dia.. Dia mai dah.. siang siang hari segmen seram serik lekatlekit bersiaran ni. Bukan apa.. hari2 kami dok tengok ada ja keywords kisah seram lekatlekit melekat kat blog kami ni. Hangpa rindu dengan kena momok dengan kisah seram ka.. Maaf la kami bukan nak buat hangpa semua tertunggu tunggu update terkini kisah seram kat blog puaka ni.. Tapi Almaklum la kami la bergelut dengan perkara yang lebih serius. So, kami terpaksa buat banyak kerja sikit nak cari side income bagi menampung kos guaman. Mohon doa dari semua juga.. Semoga Allah permudahkan segala urusan..


Kes tu kita letak tepi sat na.. Ni kami nak share dengan hangpa 1 kisah seram yang berlaku kat seorang nurse baru yang di tugaskan kat wad baby. Misi ni dia memang tak ada masalah nak jaga baby sebab dia memang sukakan baby. Di tambah lagi dia pun ada anak yang usia dalam setahun.. So, tak kekok sangat la dia dengan baby. Dah jadi mak mak gitu la.. dah expert macam mana nak handle baby ye dak.

Setakat baby meraung bagai.. takde masalah la bagi misi ni walau mula2 dulu memang benda tu agak merimaskan tapi bila dah lama dia dah biasa so tak ada apa yang membingitkan telinga dia lagi. Nak jadi misi kena lagu tu la.. Bukan setakat jaga anak orang tapi juga berkaitan dengan amanah & tanggungjawab pikul tugas tu. So,misi - misi kena ingat memilih kerjaya sebagai misi pikul tanggungjawab yang besar. Kalau rasa tak mampu mohon pilih kerjaya lain.. Tak semua orang sanggup jadi misi. Ada yang belajar separuh jalan lari pun ramai hahahaha

Nak di jadikan kisah seramnya.. Lepas 2 bulan kerja shift siang so kena la rotate.. maka dia di tugaskan kat shift malam pulak. Tak aci la sepanjang zaman kerja shift siang ja kan. Apa ingat kerja kilang je ada shift ka. Kerja misi pun ada shift. Ingat hospital buka office hour ja ka. Hospital ni 24 jam beroperasi ok! heheheh... macam la orang tak tau kan.

Pada satu malam yang sepi.... Bukan! Bukan pakmat jual topi.. bukan juga topi pak mat koyak pak mat jual tempoyak.. Semua tu tak ada kena mengena dengan kisah ni. Pak mat punya watak tak ada dalam ini cerita ok! Kisahnya semasa misi ni bertugas night shift bersama 3 lagi misi yang lain di wad bayi. Hari pertama shift malam tu tak ada apa2 yang berlaku.. Hari kedua pun sama juga. Semuanya dalam keadaan baik tapi bila masuk malam ketiga...

Jeng.. jeng.. jeng.. sesuatu telah berlaku. Jangan buat spekulasi. Ni bukan cerita pasal lagenda hantu susu datang ketuk rumah orang sambil dukung batu nisan minta susu ok! Tu kisah dah jadi sejarah. Hantu susu pun dah pencen gamaknya. Sekarang lepak dalam dalam hutan makan duit pencen dah gamaknya dia. Lama sangat berkhidmat sebagai hantu untuk memomokkan orang awam.

Nak di jadikan cerita masa tiba giliran misi ni bagi susu kat baby yang terjaga pukul 2 pagi. Almaklum la baby kan.. memang setiap sejam dua mesti bangun nak menyusu. Sapa pernah beranak pinak tahu la.. Termasuk la aku. Mencabar kesabaran beb.. baru terlelap sejam anak dah bangun nak menyusu...

Dalam celah2 kesunyian malam ni tiba2 ada seorang bayi lelaki menangis bagai nak rak.. Terkejut jugak la misi tu. Nak nak lagi sepanjang dia bertugas memang tak pernah dengar tangisan baby senyaring & sekuat tu.

Apa lagi kelam kabut la si misi ni pergi ke bilik yang menempatkan katil baby tu. Dalam celah celah tu dia dengar  pulak suara seorang wanita yang minta dia cepat ke katil baby tu. Sekali lagi dia terkejut sebab mana ada ibu ibu yang terjaga atau masih berjaga dia wad. Tapi dia anggap mungkin cuma mainan perasaan dia jer. Yelah tengah2 malam ni.. bunyi angin pun kadang2 dengar macam orang tengah menyembang ye dak..

Bila dia sampai je kat bilik baby tu.. terkejut beruk mak yeh kategori pop yeh yeh juga la.. Mana taknya dia nampak bayangan seorang wanita berada luar cermin bilik. Bukan apa luar cermin bilik tu memang ada ada tempat yang boleh sapa2 berpijak. Kira bukan tingkap terjun ke bawah terus la. Tapi masa tu mungkin dia tak sempat berfikir secara logik kot.. terus dia cuba menyelamatkan wanita di luar cermin tu tapi bila di buka tingkap lain pulak yang berlaku.. Mesti hangpa tak sabaq kan nak tau apa berlaku pada wanita di sebalik cermin luar tingkap tu. Adakah ia spiderman yang boleh melekat pada dinding??

Bukan... Bukan spiderman. Bila di buka saja tingkap tiba2 bayangan wanita tersebut terbang dengan pantas. Sebab terkejut.. terjerit juga la dia. Mujur tak terpengsan kat situ. Gila kau.. bukan setakat meremang bulu roma.. Bulu kening pun boleh berdiri tegak macam dengar lagu negara ku. Hantu kot nampak depan mata... Bila kawan2 si misi tu dengar dia menjerit depa pun segera la datang. Lepas dah cool down sikit, terus dia pergi ambil baby yang menangis. Mujur baby tu tak ada apa apa.

Lepas dah pastikan semua dalam keadaan selamat baru dia bagitau kawan kawan dia apa yang dia nampak. Sebab dia tak puas hati dia siasat apa kaitan baby tu dengan jelmaan wanita yang dia nampak tu. Barulah dia tahu ibu kepada bayi tu meninggal dunia selepas melahirkan anak. Walaupun cik misi tu berpendapat mungkin roh ibunya datang menjenguk anaknya.. Tapi sebagai orang islam kita kena tahu, Orang yang dah meninggal dunia takkan kembali kedunia dalam apa bentuk jelmaan sekalipun. Tu semua perbuatan jin & syaitan untuk menyesatkan manusia.

Moral of the story.. Jin & syaitan ni ada kat mana2 terutama dengan bayi yang masih kecil. Sebab tu la kalau kat rumah jangan biar bayi kecil sendirian atau ibu yang tengah berpantang tinggal sendiri. Dalam keadaan yang masih lemah.. Boleh berlaku macam macam gangguan.



AWAS! PINGGAN MANGKUK BERCORAK BAHAYA KEPADA WANITA & BAYI

AWAS! PINGGAN MANGKUK BERCORAK BAHAYA KEPADA WANITA & BAYI. Perempuan & koleksi pinggan mangkuk, tupperware memang dah sinonim cuma saya je belum lagi terjebak dalam minat yang macam tu. Sebab tu kalau tengok saya dok buat food photography ni takde koleksi pinggan mangkuk yang cecantik & sering bertukar.. Pi mai pi mai itu je la pinggan mangkuknya. Tu la yang dok guna hari hari pun..


Baru - baru ni viral orang jual pinggan mangkuk bercorak cecantik memurah je kat FB. maka macam semua nampak gula la memasing terutama kaum wanita ni. Tapi terbaca dari kperkongsian di Page Public Health Malaysia berkaitan isu tu.. Terkejut juga bila perkara tu di katakan bahaya..

Nak senang hangpa baca sumber berita di bawah tanpa edit ok.. Edit edit ni kang jadi salah info susah pulak kan tuan punya blog hehehehe


[INFO] BAHAYA PINGGAN MANGKUK BERCORAK KEPADA WANITA & BAYI

Pengguna dinasihatkan lebih berwaspada menggunakan pinggan mangkuk beraneka corak yang tular di media sosial kini, kata seorang pensyarah Universiti Malaya (UM).
Dr Nor Asrina Sairi berkata kebanyakan pinggan mangkuk yang mempunyai hiasan cantik ini mempunyai logam plumbum (lead) dalam penghasilannya.
“Bahaya untuk jangka masa panjang terutama untuk kanak-kanak, wanita hamil dan bayi, tapi bahayanya itu bukanlah secara terus atau langsung.
“Ia lebih kepada kuantiti yang sedikit, tapi kalau kita kerap guna dan untuk jangka masa lama, ia akan beri kesan kepada kesihatan,” katanya kepada mStar Online.
Pinggan mangkuk dengan hiasan menarik itu kini tular di media sosial dan boleh didapati serendah 50 sen di Pasar Seni dan beberapa lokasi lain.
Pensyarah kanan Jabatan Kimia UM itu berkata pinggan mangkuk berkenaan lebih sesuai dijadikan koleksi hiasan.
Katanya, plumbum yang terlekat di pinggan berkenaan akan mudah terhakis apabila terdedah kepada suhu panas.
“Saya cadangkan pengguna gunakannya untuk perhiasan atau koleksi, elakkan guna untuk hidang makanan harian.
“Kalau warna atau sadurannya di luar, itu OK lagi, tapi bila sekarang trend baru di bahagian dalam pun disalut, itu yang kita agak khuatir,” beliau dilaporkan berkata.
Sumber Malay Mail Online

 Kalau rasa nak buat koleksi perhiasan je takde masalah cuma dengan penggunaan yang kerap mungkin memberi kesan pada kesihatan dalam jangkamasa panjang nanti. So marilah kita guna pinggan mangkuk yang plaint color jer hehehehe.. Plain color pun kenyang juga alas makan tu. Tak pun nak senang alas dengan daun pisang. Aroma daun pisang tu pun dah sedap.. Lepas makan tak payah basuh dah. Jimat masa, tenaga & bil air hehehehe.

Moral of the story.. Apa yang di isytiharkan bahaya tu terima je tak perlu nak mempertikaikan bila pakar mengesahkannya. Buat apa memperjudikan kesihatan diri semata mata kerana untuk kepuasan duniawi je kan.. Peace Yo!


BINI MENGANDUNG MENGIDAM NAIK UFO, APA YANG SUAMI DIA BUAT MEMANG TERBAIK

BINI MENGANDUNG MENGIDAM NAIK UFO, APA YANG SUAMI DIA BUAT MEMANG TERBAIK. Wah.. mesti ada pihak yang akan cakap.. Ada mood lagi minah ni nak hapdet blog bagai kan? Blog kan dunia ku.. Mesti la bagi komitmen. Jangan risau yer pihak **tet** tu. Buat la apa yang anda suka terhadap saya.. Saya takde duit saya cuma ada Allah. Perjalanan hidup saya memang Allah dah tulis.. Selepas berusaha kita hanya perlu tawakal & berdoa sahaja. Insya Allah.. Ada hikmah di masa akan datang. Jadi hari ni meh la membaca kisah seorang suami yang mencari penyelesaian bila bini dia mengidam nak naik UFO.


Ni bukan benda lawak ok.. Serius bini dia ni mengidam nak naik UFO. Mula2 laki dia ingat sesaja je bini dia bergurau tapi sampai touching sebab kena gelak bila dia cakap nak naik UFO & asyik cakap permintaan yang sama. Dari rasa lawak, laki dia pun mula rasa stress jugak. Kalau nak naik helikopter ke.. naik jetski ke hapa boleh la di usahakan. Ni nak naik UFO.. kapal angkasa yang selalu ada dalam filem2 Alien tu. Mana nak cari Nak Ooi.. Kena cari Aziz M. Osman kot2 dia simpan lagi UFO dalam filem Senario X dulu tu gamaknya hahahaha.

Pelik sungguh kan penangan orang mengidam ni.. Yang bukan bukan je dia nak. Dulu sepupu asben aku bini dia mengidam nak motor pink masa pregnant. Nasib baik la motor pink je kan. Takde la susah nak adakan.. Kalau dia minta UFO pink rasa bukan dia yang terberanak.. laki dia yang terberak. hahahahaa

Bila si bini ni asyik minta nak naik UFO sampai laki dia pening kepala tak tau nak penuhi hayat orang mengidam ni macam mana.. Dia tanya mak dia macam mana nak buat bini dia asyik minta nak naik UFO siap buat ayat kesian.. katanya kalau dia mati masa beranak tak kesian ke tak tercapai hajat nak naik UFO.. Nak tau apa mak laki ni suggest & apa laki ni buat untuk penuhi permintaan mengidam ibu mengandung.. Nak tau hangpa baca sendiri kat bawah ni kisah dia...


Ambil kau naik UFO kat tesco guna token. Tebalkan je la muka katanya demi isteri tercinta. Apadahal.. Malu sekejab je kan dari nak hadap cerita sedih bini yang tak dapat naik UFO hari hari. Biar la dia puaskan hati dia naik UFO. hahahaha

Nasib baik la dapat laki rajin melayan mengidam hangpa wei! Dapat laki yang malas nak layan permintaan pelik pelik tak masuk akal sampai beranak la makan hati gamaknya. Sebenarnya mengidam ni boleh control. Dia cuma perasaan jer bukan sebab apa2 pun. Berdoa la kita orang perempuan ni masa mengandung tak ada nak mengidam benda bukan bukan.. Insya Allah.. Allah permudahkan sepanjang kehamilan kita tu nanti.

Moral of the story.. Pada lelaki yang bakal jadi suami salah satu perkara yang hangpa kena bersedia hadapi adalah perkara perkara macam ni. Jangan ingat benda ni remeh.. Sebab memang mencabar emosi & kesabaran ok! Orang mengandung bila dia nak sesuatu dia akan sentiasa minta sampai dia dapat. hehehehe

MOLEEK SKINCARE NAFI PRODUK MEREKA BAHAYA SEPERTI DILAPORKAN KKM

MOLEEK SKINCARE NAFI PRODUK MEREKA BAHAYA SEPERTI DILAPORKAN KKM. Bab Tati skincare yang kecoh seantero alam maya tu kita rehat sekejab.. Semua orang dah tahu kan KKM dah keluarkan laporan pasal produk tu.. Tapi meh kita cerita cerita pasal Moleek skincare pulak. Antara produk yang di sahkan KKM tidak selamat kerana mempunyai kandungan racun berjadual. Aku ni dah macam wartawan la pulak kan. Nak jadi blogger kena rajin ye dak.. Maka aku pun pergi la skodeng page Moleek Skincare ni.. Kebetulan asyik dok lalu lalang kat suggest post di FB aku jer.. So skodeng2 la komen2 pengguna dia.


Nampaknya produk tu masih ada permintaan tapi ada jugak minta penjelasan pasal produk tu selepas KKM mengesahkan Moleek Skincare jugak antara produk yang merbahaya. Ni penjelasan dari pihak Molek Skincare yang aku baca dari FB page depa..


Rupanya Moleek skincare ni di keluarkan dua company yang berbeza yer.. Kalau Tati sebelum ni dok tuduh fake produk, moleek lain pulak. depa habaq yang KKM sahkan bahaya tu bukan keluaran dari syarikat depa. Dia tak kata fake ke original.. Dari penjelasan tu, dia suruh customer semak sendiri dengan KKM samada yang di sahkan mengandungi racun berjadual tu samada dari syarikat mereka atau company lain.


Pening aku.. Kalau ada 2 company keluarkan jenama yang sama tapi ingredient yang berbeza benda ni boleh mengelirukan pembeli tapi pihak pengeluar rilex je tanpa ada sebarang tindakkan. Sebenarnya kau nak cakap produk kau ada fake jugak kan & yang KKM sahkan bahaya tu produk fake, kan? Tanya je bukan tuduh. kekekekeke.

Moral of the story.. Bagi aku la kan kalau dah produk tu ada kontroversi kau cari je produk lain nak cantik. Melambak produk yang tak berisiko ada di pasaran kalau nak cantik & sentiasa awet muda. Gigih sangat nak guna produk yang terang terang KKM dah sahkan tidak selamat tu dah kenapa? Biarlah pengedar atau pengasas dia nak nafikan pun kita sebagai pengguna perlu bijak ambil langkah selamat sudah.

KOLEKSI BAJU RAYA HELLO KITTY UNTUK GOLONGAN DEWASA

KOLEKSI BAJU RAYA HELLO KITTY UNTUK GOLONGAN DEWASA. Time ni orang dah sibuk dok cari kain nak tempah baju raya. Rasanya dari bulan lepas orang dah start tempah baju raya kot.. Bagi yang anak ramai.. mungkin bab baju raya tu dah mula prepare one by one la kan.. Satgi ada pulak yang muncung dok mengsetazah & setaz kan diri.. Lebih nak raya dari nak sambut posa. Bukan camtu. Kadang2 orang yang keluarga besar ni dia terpaksa buat perancangan awal sebab budget. Yelah.. nak pastikan semua anak anak dia dapat  baju raya. Mengembirakan anak anak tu pun satu ibadah jugak kan.. Takpa.. depa buat preparation awai kan.. Macam aku anak sorang ni memang time camni tak pandang la baju raya. Aku sendiri pun tak ada plan nak beli baju raya.. sebab tiap2 tahun baju kurung aku pakai time raya je lepas tu berpuaka la dalam gobok tu... So tahun ni, recycle je baju dalam  gobok katanya.


Tapi untuk peminat Hello kitty mesti happy kan baca tajuk entri tu. Dah ada koleksi baju raya design hello kitty yang comel2 ok! Walaupun comel.. serius aku memang tak tergamak nak pakai. Dah la kementot satgi pi beraya rumah orang tuan rumah dok bagi duit raya pulak kan. Menjejaskan imej seorang mummy ok! Mungkin menjadi bahan kutukkan adik beradik jugak.

Aku jumpa kat facebook ja share koleksi baju raya hello kitty tak tau la sapa jual, nak beli kat mana bagai.. Tapi hangpa jamu2 la mata yer. Lepas tu pepandai hangpa google sendiri la kalau hangpa rasa tahun ni hangpa nak pakai baju raya hello kitty. hehehehe






Memang lawa tapi not my taste hello kitty ni hahahaha. Aku tahun ni maybe pakai baju kelawar putih, warna lusuh.. rambut bagi mengerbang sikit baru nampak identiti puaka katanya. Baru orang tau admin blog lekatlekit.com pi raya. kekekekeke

Sapa yang rasa nak jadi viral tahun ni boleh la pakai baju hello kitty ni pi beraya sementara tak jadi trend lagi kan.. Benda rare memang cepat orang viralkan. Untung lepas viral boleh buat income RM20K sebulan macam king coco'nut shake tu. hehehehe

BUNIAN BERPURDAH HITAM DALAM BILIK SEBUAH RESORT DI PERAK

BUNIAN BERPURDAH HITAM DALAM BILIK SEBUAH RESORT DI PERAK. Dalam banyak banyak kisah seram berkaitan hotel & resort yang pertama aku tulis.. Perak antara negeri jarang ada kisah seram berkaitan hotel & resort kan? tetiba malam ni dalam misi mencari kisah seram terjumpa satu kisah pasal sebuah resort di perak. Nama resort tu takde pulak di bagitau.. Lokasi specific tu takde jugak. Dia cuma point negeri perak je. Takpe la kan.. Janji cerita dia best jugak untuk di isi dalam slot seram serik lekatlekit ni. Meriah pulak cerita seram minggu ni.


Alkisahnya.. Sipolan ni dia ikut trip family day yang company dia buat kat sebuah resort di perak. Dia dapat bilik yang betul2 mengadap hutan. Dia share bilik dengan sorang kawan. Bilik tu katanya kat tingkat atas. Masa mula - mula masuk bilik tu dia dah pelik.. kenapa lantai basah macam ada kesan orang berjalan lepas keluar dari bilik air tapi sebab dia fikir maybe housekeeping baru masuk kemaskan bilik & tertinggal kesan basah tu so dia malas nak buat isu dia biarkan je la. Small matter dia lap kan je la kesan basah tu sebab takut lantai licin kang ada yang tergolek pulak. Kang family day kemana.. check in kat hospital pulak. 

Lepas settle bersihkan lantai basah tu dia dengan kawan dia keluar pergi lunch. Tapi lepas depa balik ke bilik semula tengok lantai basah balik tapi maybe sebab dia tengah dalam mood yang malas nak fikir sangat so dia biarkan je la. Senang kan manusia jenis ni.. Bila rasa malas jer dia tak fikir apa - apa dah. Cerewet pun tak.. Kalau orang lain maybe memekak dah kat receptionist di kaunter tu kan.. Ok la malam tu katanya dia tidur. Maybe sebab penat sebab petang tu depa ada buat aktiviti sukaneka. Sebab family day depa cuma 2 hari esok tu semua pulang ke pangkal jalan la.. Kembali mengadap jam di ibukota katanya..

Depa cuma di usik dengan kesan basah atas lantai tapi kawan dia agak teruk sikit kena sakat. Kawan dia yang duduk bilik bawah bilik depa tu katanya kena kacau malam tu.. Sampai je KL kawan dia cerita. Malam tu mula2 dia tidur tak ada apa2 yang berlaku tapi masuk je pukul 4 - 5 pagi camtu tiba2 dia terjaga sebab dengar bunyi bising macam budak2 dok main kejar kejar kat koridor. Pejadah time2 camni budak2 dok main kejar kejar pulak. Anak sapa gamaknya. Kata kawan dia nak kejut laki dia kat sebelah tapi entah kenapa dia takut nak bersuara. So dia paksa jugak sambung tidur. Dalam setengah jam macam tu dia terbangun lagi sebab dengar bunyi bising sama macam yang tadi. Tapi kali ni lebih extreme sebab dia nampak  ada dalam 3 - 4 orang perempuan berpurdah hitam duduk sebaris atas sofa dalam bilik tu. Mana tak cuak tetiba nampak perempuan macam tu dalam bilik depa kan. Keluar habis peluh jantan betina katanya tahan takut. Takkan la makcik2 housekeeping nak prank pulak kan? Tak logik pulak.. Sebab terlampau takut dia pejam mata rapat2 walau tak mampu lena. Sedar sedar dah azan subuh..  perempuan2 berpurdah hitam tadi pun dah tak ada. Mujur dia tumpang duduk atas sofa je katanya.. Takde gangguan tarik selimut.. gigit kaki ke hapa kan. Tapi memunculkan diri tu pun rasanya boleh demam jugak la kalau orang yang tak kuat semangat. Menurut cerita kawan dia tu lagi.. siang tu time depa check in masuk bilik tiba2 dengar bunyi flush dalam toilet tak semena mena tapi siang2 tu dia tak terfikir la apa2 perkara mistik. Mungkin letih sangat tu tak sempat nak fikir bukan bukan kot.

So, misteri lantai basah dalam bilik dia pun.. dia anggap ada kaitan dengan gangguan yang kawan dia alami tu jugak la. Sebab dari cerita2 tak sahih orang orang la katanya bunian sebab perempuan2 pun kemain bertutup litup bagai kan.  Tapi selalu dok dengar cerita orang pasal bunian ni selalu pakaian depa warna putih.. kali ni hitam pulak. Maybe bunian hipster kot hehehehee. Tak tau betul ke tidak bunian yang menjelma dalam bilik tu.. dah cerita tu kata bunian.. aku bunian kan je la. Tapi tak mustahil la sebab bunian pun dalam golongan jin jugak. Boleh menjelma dalam rupa bentuk manusia..

Moral of the story.. Kita menginap kat mana2 pun memang tiada jaminan bebas dari gangguan makhluk halus ni sebab aku sendiri pernah alami even yang terkena tu anak aku. So, apa yang boleh kita buat amalkan ayat2 Al Quran yang boleh jadi pendinding kita dari gangguan makhluk2 alam ghaib ni.

DATO SERI VIDA NAK JADI PENYANYI LEPAS BERCERAI

DATO SERI VIDA NAK JADI PENYANYI LEPAS BERCERAI. Tak ada angin tak ada ribut tetiba dengar khabar dah bercerai Dato seri Vida ni kan.. Tak semua orang suka mencanang masalah peribadi.. Mungkin mereka dah lama hadapi masalah cuma tidak di tunjuk atau di canang kepada umum.. Mustahil la tak ada masalah tetiba nak bercerai ye dak. Walaupun sebelum ni kita nampak mereka bahagia selalu bersama.. Kalau dah itu yang terbaik untuk kedua belah pihak.. Kita doakan saja yang terbaik buat depa.

Dato Vida bersama bekas suami

Pun macam tu Dato Vida masih tak mau mengulas atau komen isu cerai berai untuk perkahwinan ketiga dia ni. Dia kata sampai masa dia bagitau.. So hangpa paham paham je la. Normally kalau mengiya pun tidak.. menidak pun dia memang betul la tu tapi kita hormati je la keputusan dia. Mungkin ada sebab dia tak nak umumkan pasal tu.. Mungkin kes masih dalam perbicaraan mahkamah.. Mungkin depa masih menjalani sesi kaunseling ke hapa.. kan?

Tapi yang best katanya sekarang Dato Vida nak hasilkan lagu nyanyian dia sendiri untuk peminat dia.. Amboi.. Kemain dato vida nak jadi penyanyi pulak. Tak dapat nak bayangkan macam mana Dato Vida feel bila menyampaikan lagu dengan dua jari kat tepi dagu tu.. Tak dapat nak bayangkanjugak kalau dia sponsor apa2 rancangan TV atau kelab apa - apa semua di paksa hafal lagu dia hahahaha... Sapa la bagi idea dia suruh menyanyi ni Hoi!! hehehehe


Dato Vida Ooi.. hat nak keluar dari rancangan Mentor Milenia 2017 tu pun tak tau ada tempat ke tidak dalam industri seni hiburan tanah air ni.. Bersepah sangat penyanyi. Tambah jutawan kosmetik pulak nak jadi penyanyi.. meriah la industri seni suara. Lepas ni retis tak boleh demand sangat la kan.. Banyak persaingan dengan ekonomi negara yang tengah bergelora sekarang ni. hehehehe

Apapun.. Semoga berjaya buat Datuk Seri Vida atau nama sebenarnya Hasmizah Othman, jutawan produk kesihatan & kecantikkan berusia 46 tahun. Apa yang baik kita jadikan inspirasi yang buruk kita jadikan peringatan buat diri sendiri. Peace Yo!

PERHATIAN! WANITA YANG LAHIR PADA TAHUN 1990 - 1996 ANDA PERLU DAPATKAN VAKSIN INI

PERHATIAN! WANITA YANG LAHIR PADA TAHUN 1990 - 1996 ANDA PERLU DAPATKAN VAKSIN INI. Kat sini sapa yang lahir antara tahun 1990 - 1996? Jangan tanya aku genarasi lahir tahun 2000an katanya.. So tak layak ok! hahahahaha. Ok.. ok.. Sorry kalau statement tak sedar diri tu melakukan hati anda. hehehehe
 Atau mereka yang melakukan hubungan sejenis. Macam mana hubungan sejenis tu?? Tu pun tak tau.. yang perempuan dengan perempuan di panggil lesbian. Yang lelaki dengan lelaki di pangil homeseksual atau gay... Ni pun penting untuk spesis macam tu selain perempuan yang lahir pada tahun 1990 - 1996.


Sekarang ni Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara - (LPPKN) mengumumkan tentang program vaksinasi HPV boleh di dapati atau di ambil mereka2 (perempuan) yang lahir sekitar tahun 1990 - 1996 yang belum berkahwin, warganegara malaysia atau mendapat taraf penduduk tetap boleh mendaftar untuk program ni.

Untuk layak untuk program ini, anda akan perlu memenuhi kriteria berikut:

1. Dilahirkan pada tahun 1990, 1991, 1992, 1993, 1994, 1995, atau 1996;
2. Tidak berkahwin / belum pernah berkahwin sebelum ini
3. Tidak mengandung atau mempunyai alahan yang teruk atau penyakit serius yang memerlukan rawatan perubatan dengan segera.

Bagi korang yang tak tahu kenapa perlu mengambil vaksin HPV ni.. Ia bertujuan melindungi lelaki & wanita dari mengidap penyakit kanser di sebabkan jangkitan HPV yang berisiko tinggi seperti

1. Kanser serviks - hampir semua kes kanser serviks disebabkan oleh HPV;
2. kanser dubur - kira-kira 95% daripada kanser dubur adalah disebabkan oleh HPV
3. kanser Oropharyngeal iaitu kanser bahagian tengah kerongkong, termasuk lelangit lembut, pangkal lidah, tonsil; kira-kira 70% adalah disebabkan oleh HPV.

HPV juga menyebabkan kanser lain seperti kanser faraj (65% adalah disebabkan oleh HPV), kanser vulvar (50%), dan 35% daripada kanser zakar.

Kenapa penting mengambil Vaksin ni?? Ini sebab ramai orang tidak tahu mereka telah di jangkiti sebab tiada tanda atau gelaja yang menunjukkan mereka terkena jangkitan tersebut sebab 9 daripada 10 orang yang di jangkiti.. hilang dengan sendiri dalam tempoh 2 tahun.

Bukan je wanita perlu ambil malah kaum lelaki juga di syorkan mengambil vaksin HPV ni. Ok! So kaum lelaki jangan seronok sangat anda pun berisiko di jangkiti.

Jadi vaksin HPV ni sangat penting. Untuk maklumat lanjut macam mana nak sertai program Vaksinasi HPV atau Yang lahir sebelum tahun 1990an pun boleh dapatkan vaksin ni jugak. Nak tahu caranya boleh tengok kat sini >> Perhatian Pada Mereka Yang Lahir Pada Tahun 1990 - 1996, Anda Perlu Dapatkan Vaksin ini <<

Ni untuk mereka2 yang bukan dari golongan anti-vaksin la. Yang anti-vaksin mungkin mereka ada cara tersendiri mencegah penyakit tersebut. Apapun cara anda.. Kena ingat cegah itu lebih baik dari merawati. Selagi cara yang di gunakan tidak berisiko & bercanggah dengan tuntutan agama.. Tak salah pun nak mencuba.

PENIAGA PRODUK ONLINE JANGAN KONGSI GAMBAR KOREK KOREK TU OK!

PENIAGA PRODUK ONLINE JANGAN KONGSI GAMBAR KOREK KOREK TU OK! Rasanya dulu aku pernah tulis kot pasal benda ni kat blog.. Rasanya bukan aku sorang je kot rasa perkara tu sangat menjijikkan. Malah ramai lagi mata manusia lain rasa benda yang sama. Kau korek2.. lepas tu kau dengan tak malu ambil gambar share dengan seller yang kau beli kemudian seller tu pulak dengan rasa bangganya share benda tu sebagai testimoni.


Dua2 pun aku rasa macam kurang bijak.. Yang korek2 lepas tu ambil gambar tu pun nampak agak bangang.. Ye.. betul kau nak bagitau kau berjaya buang benda kotor kat dalam aset celah kangkang kau tu tapi sekadar bagitau secara bertulis je tak boleh ke? Perlu ke kau gigih korek, ambil gambar & bagi kat orang semata mata nak jadikan testimoni? Kau rasa bangga ke orang tengok benda2 kotor dari aset celah kangkang kau tu.. Kenapa tak kau kangkang & snap terus je dari celah tu.. Mungkin testimoni kau paling berjaya di abad ni...

Yang seller2 ni pun.. Kau tak rasa geli ke dok hadap benda2 kotor tu. Tak tau macam mana kau boleh kumpul banyak2 gambar2 macam tu then kau share kat media sosial tanpa rasa ia menganggu orang lain. Bila orang tak support post korang mula meroyan bagai.. Bila muncul gambar2 macam tu kerap2 sangat kat timelines Facebook terutamanya.. sekali dua boleh la hide post.. Kalau banyak2 kali confirm ada yang kena unfriend atau paling2 pun unfollow. Sama jer sebab selepas dah unfollow dia memang dah tak nampak apa2 post korang dah. So, apa pun korang sampaikan tentang produk korang dah tak ada fungsi untuk mereka2 yang dah unfollow walau masih dalam friendlist.

Aku kadang2 nak tegur direct kang orang kata aku ni rasa apa aku buat jer betul orang buat semua salah.. Apa aku boleh buat samada hide post atau aku unfollow je mana2 seller produk dalaman wanita terutamanya. Tapi bukan seller2 produk dalaman wanita je.. Seller produk2 kesihatan pun ada jugak dok share gambar2 testimoni tak senonoh.. segala hingus, taik bagai.. Terbantut selera orang Wei! kau mungkin rasa tak geli tapi jangan fikir semua orang macam kau boleh makan sambil tengok taik manusia lain.

Tolonglah.. Kalau rasa gambar2 tu bukan sesuai untuk tontonan umum.. Jangan la share. Cukup la sekadar share testimoni secara bertulis. Hormatilah pandangan mata orang lain. Jangan sampai kami2 ni ambil gambar muntah kami hantar kat hangpa sebagai feedback selepas tengok gambar testimoni2 pengotor hangpa tu yer.. hehehehe

Moral of the story.. Biarlah orang nak cakap apa.. kolot ke.. negative thinking ke hapa.. Bab benda2 kotor ni memang aku tak boleh nak open minded sangat. Najis tetap najis kau open ke close ke.. dia tetap benda kotor yang memualkan kalau orang tengok.

INI BERLAKU PADA KENING BILA GUNA MAYBELLINE FASHION BROW CREAM PENCIL

INI BERLAKU PADA KENING BILA GUNA MAYBELLINE FASHION BROW CREAM PENCIL. Perempuan & kecantikkan memang tak dapat di pisahkan walau ada jugak perempuan yang tak kisah pasal makeup, skincare bagai.. Tapi tipu la kalau dia taknak cantik. Cuma beza samada rajin nak membelai muka atau tak je kan.. Macam aku bab ni memang kategori tipikal perempuan la.. Aku suka nampak cantik & aku juga nak jadi cantik.
Maybelline Fashion Brow Cream Pencil, black color

Aku kategori yang memang suka makeup.. Jadi tak pelik kalau aku review produk kosmetik. Ahad lepas sempat singgah guardian. Macam biasa la.. Kalau menyinggah tu memang jarang keluar tanpa hasil tangkapan even masuk tu sebenarnya nak cari syampoo je kan. Terrrrrrr.. ambil la Maybelline fashion Brow cream pencil, black color. Sebab eyebrow pencil aku yang hitam tu nampak macam tak berapa best je nak guna. So, cari yang creamy sikit supaya senang nak melukis & mewarna kening.

Harus la esok hari tu terus cuba ok!! Sambil mengasah bakat membentuk & melukis kening. Aku pun bab conteng2 kening ni masih level amatur. Nak2 jenis kening serabut macam semak samun ni memang perlukan kesabaran & ketelitian untuk di bentuk tanpa perlu mencukur kening. Tapi sebab aku ni memang gigih belajar setiap hari.. Rasa macam lembut sikit jari jemari aku nak membentuk kening guna eyebrow pencil sekarang ni. Tu nampak dah skill MUA katanya hahahaha... (sila muntah).

Dengan Maybelline Fashion Brow Cream Pencil ni.. Sebab jenis cream so lembut sangat. Warna dia pun kita calit2 dengan tekanan sederhana pun dah boleh melekat. Warna dia pun natural.. Ok suka. Yelah.. Hitam warna semulajadi bulu kening kan.. Kau selama ni dok conteng kening dengan dark brown feelling anak mat saleh kena sapu arang tu.. Memang la tak nampak natural warna kening cuma takde nampak janggal sebab benda tu ramai yang buat. Still masih cantik katanya. hahahaha

Dah test ok! Tak berketul2 eyebrow pencil dia bila kita apply kat kening. Kalau orang expert bab2 makeup ni mungkin hasil dia lebih cantik la kot.. hehehehe

Kita boleh sapu lite2 (nipis) kalau tak nak kening tu terang benderang sampai boleh nampak kening je dari jarak jauh.. Atau nak nampak garang macam ahli sihir boleh je tebalkan & pekatkan warna dia. Bergantung macam mana yang anda rasa nampak cantik la. Macam aku memang suka yang tak terang sangat & tak terlalu nipis warna ni. At least nampak kening tu dah cukup.. Jangan tak nampak langsung nanti kena tangkap masuk dalam sangkar pulak. Yelah orang ingat burung hantu ke hapa takde kening kan. hehehehee

Selain memberi hasil yang memuaskan.. Ni paling penting. Walaupun maybelline katanya harga tak la menjuling biji mata sangat nak membayar. Kat guardian aku beli cuma RM8.40 je Uolls... Rasanya yang fake lagi mahal selalunya fake cosmetic ni eyebrow ke eyeliner RM10 kan. Buat apa beli fake.. Beli ke original jenama maybelline ni tak sampai RM10. Tidak berisiko pada kulit anda.

Sapa kata cosmetic ni mahal sangat sampai kena skip sebab nak jimat perbelanjaan. Yelah.. sekarang ni zaman ekonomi macam musim hujan.. Turun je tak naik naik katanya.  Sebenarnya kita masih boleh mencantikkan diri dengan membeli kosmetik yang harga mampu milik.. kita ada pilihan samada nak beli yang harga lebih murah & kualiti dia baik. Kalau level2 amatur tu kau pakai yang murah2 dulu sudah... hehehehe

Jadi pelukis pelukis kening sekalian.. Kalau berminat nak cuba maybelline Fashion Brow Cream Pencil ni memang aku rekemen jugak la. Harga murah tapi hasil & kualiti dia memuaskan. Selamat mencuba hehehehe

AKIBAT SEDIH TIADA ANAK WANITA INI MENGHASIL LUKISAN GUNA DARAH HAID

AKIBAT SEDIH TIADA ANAK WANITA INI MENGHASIL LUKISAN GUNA DARAH HAID. Satu benda yang aku memang tak boleh hadam kalau ada manusia yang buat adalah perkara - perkara macam ni. Tak kira la kau bukan muslim.. bangsa apa sekalipun. Darah haid tu kotor & kadang2 ada bau hanyir bagi sesetengah orang. Kita pun takkan simpan bekas darah haid apatah lagi nak gunakan dia sebagai pewarna untuk menghasilkan satu seni kemudian di simpan sebagai kenang kenangan. Bukan tu je siap tayang kat satu dunia. Bagi aku darah haid pun satu aib jugak. Memang tak lah nak tayang2 kat orang. Orang barat tak tau la.. Depa terlebih open sampai telanjang bulat pun depa rasa biasa kan.


Darah haid ni pun salah satu makanan jin jugak ok. Sebab tu wanita yang sudah akil baligh kalau ikut cara orang Islam memang sebelum buang tuala wanita yang ada kesan darah haid kita perlu mencuci dulu kesan tu. Tak boleh main buang terus je. Takut berlaku perkara perkara yang tak di ingini. Dengan kesan darah haid ni pun orang boleh buat sihir keatas kita. So, Jangan rasa alah.. darah haid je pun... Ia bukan sesuatu yang boleh di pandangan remeh.

Bila ternampak satu viral pasal seorang wanita minah saleh.. Yang menghasilkan satu lukisan macam Embrio menggunakan darah haid dia sepanjang 9 bulan untuk mengekspresikan perasaan sedih dia yang tidak mempunyai anak. Budaya & agama dia mungkin memandang tu cara dia meluahkan perasaan tapi jangan ada pulak orang Islam yang nak ekspresi kan perasaan macam tu. Manalah tau.. kot2 lelaki dia tak de period tapi mengalami masalah sembelit nak ekspresi kan perasaan sakitnya & susahnya dia nak berak dok guna taik pulak melukis kan. Memang minta kena pijak beramai ramai sampai terkoyak usus besar la tu...

Lukisan ini di hasilkan selama 9 bulan & di beri nama The Diary of My Period

Tapi biasa la.. Bila kita bagi komen benda tu sesuatu yang jijik & tak sepatutnya di lakukan dan jadi ikutan ada yang konon merasai perasaan sedih tu akan menyokong. Ayat acah acah mulia.. pandang dari sudut positif katanya. Positif hek kau benda - benda macam ni. Orang2 yang terlampau positif tak kena tempat ni adalah manusia berisiko nak buat benda2 tak masuk akal & merapu macam ni. Benda2 kotor ni jin & syaitan jer suka.. manusia yang rasa menarik dengan benda2 kotor dia pun maybe jelmaan jin & syaitan jugak kot.

Aku rasa perempuan ni dulu dia ada kekeliruan masa pilih course ni. Mungkin dia belajar medic tapi dia berjiwa seni.. Maka terhasilah karya dari darah haid hahahaha... Sebab penting memilih course (bidang) yang anda suka & boleh carry masa nak sambung belajar. Jadi mana2 adik yang tengah plan nak sambung belajar kena test dulu sebenarnya apa minat korang kat sini >>Kuiz Ini Akan Memberitahu Bidang Yang Paling Sesuai Untuk Anda Sambung Belajar << supaya korang tahu course apa yang paling sesuai korang ambil nanti.

Merapu sungguh la manusia akhir zaman ni kan.. Dah orang ciptakan pelbagai warna... setakat nak lukis guna warna merah darah macam tu bukan susah pun. Sanggup dia dok tenyeh2 darah haid semata mata nak hasilkan satu lukisan yang konon rare la. Gamaknya dia tadah ke camna darah tu masa nak guna untuk melukis. Takkan dia nak kangkang depan kertas lukiskan lepas tu calit2 kan.. entah la.. susah nak teka manusia yang suka buat benda2 di luar kewarasan ni. hahahaha

Moral of the story.. Tak perlu untuk jadi lain dari lain sehingga kita nampak macam orang pelik & gila. Banyak cara kita boleh meng ekpresikan perasaan melalui seni..

INI PUNCA BERLAKU PENDARAHAN SELEPAS HAID

INI PUNCA BERLAKU PENDARAHAN SELEPAS HAID. Ni entri untuk kaum perempuan tak semestinya orang perempuan je boleh baca ok! Orang lelaki tu tak salah malah aku rasa perlu ambil tahu jugak sebab manusia ni di ciptakan hidup berpasangan melainkan korang merancang berpasangan yang sama jenis jer... Tapi kalau nak berpasangan dengan berlawanan jantina jadi memang perlu ambil tahu. At least kalau berlaku kat pasangan korang nanti korang takde la terpinga pinga atau buat spekulasi sendiri.


Mungkin antara kita (kaum perempuan) yang pernah hadapi perkara ni termasuk aku. Sebab tu tergerak hati nak cari info berkaitan. Risau jugak walau period (haid) dah habis selepas seminggu tetiba nampak ada lagi darah walau tak banyak. Kadang2 tak kena pun kat panties tu tapi untuk protection pakai jugak la pantyliner kan. Tapi masa cuci tu boleh nampak sedikit darah mula2 coklat lepas tu merah. Ingat sehari je.. tapi sampai 3 hari pun still ada lagi. Susah juga sebab tak tahu samada ada darah period (haid) atau darah penyakit. Jadi sebagai langkah awal.. google je dulu. Yelah.. yelah.. nanti aku pergi la check up..

Terbaca kat blog Dr Zubaidi. katanya ia berlaku di sebabkan Uterus masih mengeluarkan saki baki darah haid yang tak habis keluar semasa kitaran haid. Biasanya darah tu tak banyak.. akan di sedari ketika seseorang perempuan tu mencuci tempat sulit. Almaklum la kalau cuci of course la kita akan cuba mengeluarkan apa2 kotoran yang ada kat dalam tu kan. Darah tu biasanya berwarna coklat pekat atau merah cair. Yelah.. lebih kurang sama macam yang aku alami tu.

Kalau berlaku sehari dua hari tu tak ada apa2 masalah cuma kalau berlarutan lebih dari seminggu perlu juga mendapat pemeriksaan doktor secepat mungkin atau kalau berlaku pendarahan yang banyak walau dah habis tempoh haid tu pun perlu merujuk kepada doktor. Jangan fikir darah haid tak habis keluar ke hapa. Berkemungkinan ada masalah lain.

Pendarahan selepas haid jugak mungkin berlaku sebab perubahan hormon secara tiba - tiba, pertambahan berat badan, bebanan, tekanan emosi & fizikal, atau mengalami masalah yang lebih berat melibatkan kelenjar Ovary.

Pengambilan ubat ubatan jugak boleh jadi faktor perkara ni berlaku contoh ambil suntikan cegah kehamilan atau masalah kesihatan seperti diabetes, kanser & tiroid. Ia juga mungkin petanda ada ketumbuhan fibroid dalam rahim. Walau tak serius tapi perlu di buang dengan segera sebelum ia membesar supaya tidak menganggu rutin harian wanita.

Apapun tetap kena merujuk kepada doktor sekiranya berlaku pendarahan selepas haid.. lebih2 lagi pendarahan darah cair yang banyak, berlaku pendarahan berserta kesakitan di bahagian pelvik tak kira la sakit sikit atau sakit sangat selepas mengadakan hubungan intim bersama pasangan.

Moral of the story.. kalau anda mengalami gejala macam ni tak kira la serius atau mohon merujuk tak dengan doktor dulu bukan bomoh yer.. hehehehe

ADA ARTIS WANITA TAK TAHU NAK MENUMIS KENA GUNA MINYAK MASAK

ADA ARTIS WANITA TAK TAHU NAK MENUMIS KENA GUNA MINYAK MASAK. Sekarang ni majoriti yang nak belajar memasak memang tak merujuk dengan buku buku resepi dah.. Kalau ada pun sikit sangat la yang guna buku resepi kan. Orang sekarang berkembang bersama teknologi so depa google je kalau nak cari resepi atau apa - apa.

Bagi kita yang dah biasa dengan kerja kerja memasak even bukan la expert tapi setakat nak mengeyangkan perut2 yang kelaparan dalam rumah sendiri tu kira dah lulus la. Setakat nak dapat pujian anak & suami tu dah memang berjaya tapi bagi orang2 yang memang masuk dapur sekadar ambil pinggan cedok makanan & suap kemulut.. Yang ni memang kadang2 Zero pasal masak.

Tadi tertengok video yang di share kawan kat facebook.. sedutan rancangan ketuk ketuk ramadan yang di sebalik tabir punya. Ada retis tu sampai nak menumis pun dia tak tau kena letak minyak. Memang tak terjangkau dek akal kita2 yang dah biasa buat kerja2 kat dapur ni kan. Ya Allah.. sampai macam tu sekali orang yang tak tau masak bila masuk dapur nak memasak kan? Tapi tak payah la nak kutuk2 dia.. Perempuan tak reti memasak ni bukan satu dosa pun cuma akan di pandang 'Pemalas' je la.. Biasa la kita ni membesar dengan adat yang mewajibkan kaum perempuan buat kerja2 rumahtangga termasuk memasak. Kalau perempuan yang tak reti mula la orang sok sek sok sek pasal dia,

Kalau rajin korang tengok la video ni sampai habis nanti jumpa la babak artis menumis tak pakai minyak sebab dia tak tahu kena letak minyak.

Bila tengok perkara macam tu berlaku.. Benda ni bagi pengajaran jugak kat aku. Kalau nak share resepi kat blog make sure tulis semua step even step yang kita rasa tak bagitau pun orang dah tahu macam menumis guna minyak masak. Contoh kalau nak bagitau step menulis make sure tulis.. mula2 masukkan minyak dalam kuali (lagi bagus berapa liter/sudu minyak di perlukan sebab orang yang tak reti masak ni nak agak berapa banyak minyak nak guna pun boleh jadi satu masalah besar), kemudian tunggu minyak panas.. Baru masuk bahan menumis. Gitulah contoh dia.

Sebab tu dari dulu aku takkan kondem blogger yang share resepi2 simple macam goreng telur mata.. sebab aku tahu masih ada orang yang memang tak tahu even nak goreng telur mata sekalipun. Kena ingat remeh bagi kita belum tentu remeh bagi orang lain. Setiap orang ada kepakaran & kekurang pakaran mereka yang tersendiri. Kalau semua orang lahir2 pandai masak maybe tak ada orang nak makan kat luar so macam mana pengusaha makanan nak cari makan ye dak.

Tapi apapun dalam kehidupan kita tetap ada dua jenis manusia.. Satu memang betul2 tak reti & tak ada talent langsung bab memasak.. Satu yang memang dia malas & tak suka memasak tu selalu tersadai je kat tempat yang pernah jadi kontroversi dulu makan burger ni  >> Burger Yang Menjadi Kegilaan Ramai Sepanjang Tahun Kini Kembali << Bukan takat boleh makan.. Siap ada free wifi. Boleh online sampai lebam katanya. Hahahahaha

Ok la.. aku nak masuk dapur dulu. Perut dah dok raver ni.. Sampai kita berjumpa lagi di next isu. hehehehe

INNALILLAHHIWAINNALILLAHHIROJIUN..SALAM TAKZIAH BUAT PELAKON WAN MAIMUNAH

INNALILLAHHIWAINNALILLAHHIROJIUN..SALAM TAKZIAH BUAT PELAKON WAN MAIMUNAH. Mesti semua mula cuak & tertanya tanya. Siapa mati? Pelakon tu ke? La.. tak dengar apa2 khabar sangat tenat bagai.. Dah kembali kerahmatullah. Tak kurang jugak akan maki hamun admin blog lepas baca entri. Takpe.. dah bersedia dari segi mental & fizikal sebab mentaliti manusia.. asal sebut Innalillahhiwainnalillahhirojiun mesti ingat ada orang meninggal.


Innalillahhiwainnalillahhirojiun tu Bukan di sebut ketika menerima perkhabaran Orang Islam yang meninggal dunia jer cik/encik Ooi.. Ucapan tersebut di ucapkan bilamana mendengarkan perkhabaran duka saudara Se Islam.. jadi tak salah pun tajuk entri tu ok! Sebab tu penting baca entri jangan hanya baca tajuk entri je. Jangan pulak retis Ahwal Ahsaari dok sindir blogger asyik nak buat fitnah retis mati jer pulak nanti yer... hehehehe

Semalam mula di viralkan pelakon airmata.. Ibu Wan Maimunah yang kita sedang uzur & berada di wad akibat sakit bengkak Jantung & jangkitan kuman pada paru paru.. Tengok gambar yang di kongsikan kat media sosial memang sedih sangat. Nampak terharu ibu Wan Maimunah menerima kunjungan dari persatuan Seniman Malaysia membawa sedikit sumbangan untuk Ibu Wan Maimunah. Mungkin dapat mengembirakan sedikit Ibu Wan Maimunah yang sedang sakit tu. Sama - sama kita doakan kesembuhan buat Ibu Wan Maimunah.. Mendoakan kebaikkan buat orang lain kita juga mendapat kebaikkan dari doa doa tersebut, Insya Allah. Amin..


Bagi yang tak kenal siapa Ibu Wan Maimunah ni.. Beliau salah seorang pelakon yang agak di kenali di Malaysia terutama cerita cerita sedih. Dah lama beliau terlibat dalam industri hiburan negara & tak terkira terlalu banyak drama lakonannya. Karier beliau bermula dari sejak tahun 1972 lagi. Kira dari muda Ibu Wan Maimunah dah berlakon dalam Industri seni negara. Bakat lakonannya tak boleh di pertikai. Otai kot. Pernah memenangi Artis Komedi Wanita Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 5 tahun berturut turut. Dari tahun 1992 - 1996/1997.Selain berlakon dalam banyak drama TV belaiu jugak pernah membintang filem2 seperti

Gentayangan (2011) (Pelakon Pembantu
Puaka Tebing Biru (2007)(Pelakon Pembantu)
Cinta Luar Biasa (2004) - (Artis Jemputan)
Soalnya Siapa? (2002) (Pelakon Tambahan)
Anak Mami The Movie (2002) (Pelakon Pembantu)
Putih (2001) (Pelakon Utama)
Jimi Asmara (1995) (Pelakon Pembantu)
Interlud (1992) (Pelakon Pembantu)
Wanita Bertudung Hitam (1992) (Pelakon Tambahan)

Itulah serba sedikit tentang Ibu Wan Maimunah bagi mereka yang mungkin tak mengenali pelakon hebat ni. Apapun Semoga Ibu Wan Maimunah sabar & tabah menerima ujian Allah.. Sesungguhnya sakit penghapus dosa dosa kecil. Insya Allah.

DRAMA CIK SITI DI AMBIL DARI KISAH LAGENDA SITI JALANG

DRAMA CIK SITI DI AMBIL DARI KISAH LAGENDA SITI JALANG. Sekarang tengah di tayangkan kat TV3 drama cik siti. Sebenarnya drama ni pernah di tayangkan dulu.. Antara drama yang best jugak layan sebab di angkat dari kisah lagenda seorang wanita yang bernama Siti Aminah atau lebih di kenali dengan gelaran siti jalang.


Tapi dalam drama ni tak highlight la gelaran Jalang tu.. mungkin menjaga sensitiviti. Perkataan jalang tu kita sedia maklum agak kasar. Bagi yang tak pernah baca atau dengar kisah pasal lagenda siti jalang ni,, meh la sini den nak mengungkit kembali kisah lama yang semakin hilang di zaman moden ni..

Kisah ni katanya berlaku abad ke 17, kira-kira 200 tahun selepas kejadian Sultan Mahmud Mangkat Dijulang.  berlaku di Kampung Tembioh di Kota Tinggi. Sebagai tanda jika kita ke kampung ini terdapat makam yang dikatakan Makam Siti Aminah atau juga dikenali sebagai Siti Jalang. Mesti hangpa nak tau kenapa dia di gelar siti jalang kan? Adakah dia seorang perempuan tak baik.. Ops jangan buat spekulasi ok! Jom kita kembali ke kenangan lalu..

Mengikut cerita lagendanya, cik siti ni berasal dari kelantan & di pelihara oleh keluarga bangsawan bugis di kota tinggi sebagai anak angkat. Dia di gambarkan seorang yang cantik & menjadi rebutan ramai. Sebab anak dara angkat depa ni terlalu cantik maka keluarga angkat dia telah mewariskan satu ilmu pendinding dengan tujuan menjaga kesucian cik siti ni dari di aniaya lelaki lelaki yang tak bertanggungjawab.

Sampai la dia dah dewasa & di pinang seorang lelaki kaya. Maka berlangsung majlis perkahwinan dengan gilang gemilang. sehingga pada malam pertama mereka.. keadaan jadi huru hara bila si suami cik siti nak merasmikan malam pertama dia tak nampak tanda keperempuanannya. So, berpisah juga. Namun cik siti masih menjadi kegilaan lelaki & dia berkahwin buat kali kedua tapi perkara yang sama berlaku kepada suami keduanya maka dia di ceraikan keesokkan harinya. Perkara yang sama berlaku setiap kali dia berkahwin. Katanya perkahwinan beliau cecah 99 kali bersama 99 orang lelaki. Sehinggalah bertemu jodoh dengan suaminya yang ke 100 yang di gambarkan seorang yang warak dan mempunyai pegangan agama yang kuat serta ada ilmu batin yang mampu membuka kunci nafsu yang di warisi cik siti dari keluarga angkatnya. Dengan perkahwinan ke 100 tu je dia kekal hingga ke akhir hayat.Tapi malangnya mereka tidak mempunyai anak. Sebab banyak kali berkahwin sehingga 100 kali tu la dia di gelar siti jalang

Ada juga versi lain yang mengatakan cik siti meminta hantaran sebuah keranda & sekayu kain putih kepada lelaki yang meminangnya sebagai persediaan pengebumian suaminya keesokkan harinya. Sebab katanya cik siti memelihara kala jengking di bahagian alat sulitnya sebab tu suaminya akan mati pada malam pertama. Tapi kita sedia maklum kisah lagenda memang kita tak boleh claim ia benar2 berlaku sebab sejauh mana kebenarannya tak siapa boleh buktikan.

Macam tu la kisah lagenda siti aminah @ siti jalang ni. Dalam drama cik siti mungkin tak sama macam kisah lagenda tapi di angkat dari kisah yang sama mungkin di olah untuk sesuai dengan tontonan umum. Kalau yang tak minat drama melayu & memang tak layan drama cuma layan filem2 macam ni jer >> 6 Filem Hujung Tahun 2016 Korang kena tahu  << maybe tak layan la kot drama2 macam drama cik siti ni, kan? Tapi bagi yang layan drama macam aku, drama cik siti ni memang not bad la. Ok la nak sambung menonton jab hehehe

JANGAN BERANI CAKAP AKU TAK CANTIK

JANGAN BERANI CAKAP AKU TAK CANTIK. I bekas Ratu cantik ok! Tapi Ratu cantik dalam mimpi je la. Hahaha.. Tak kira ratu cantik dalam mimpi ke hapa tapi jangan sesekali nak cakap aku tak cantik. Sebelum kau cakap aku tak cantik, better kau cermin muka kau sendiri!! ops! cermin sekarang pun dah tak boleh percaya apatah lagi gambar kan?? hehehehe

Gambar sekadar hiasan

Tu dia mukadimah penuh riak, bongkak & perasan lawa katanya. Mesti la! I memang lawa pun.. Lawa kalau ambil gambar guna beauty camera kalau tak lawak je. Hahaha... Tak kira la gambar I edit ke tidak yang penting ramai puji I lawa, okay! Kalau U tetiba nak mempertikaikan pasal kecantikkan I, siap U. I akan printscreen semua komen2 yang memuji kecantikkan I untuk I buktikan pada U yang I ni memang lawa. Even kawan2 realiti I pun cakap I lawa, ok! Kenapa U sorang je songeh sangat.. Nak real pic tanpa makeup la, tanpa editing la.. Cukup la apa U tengok tu dah lawa. So, terima je I memang lawa.

Penat pulak ahkak membebel.. Tu sekadar lakonan je la. Lakonan yang di adaptasi dari apa yang berlaku di media sosial. Sapa yang taknak nampak cantik ye dak.. Tapi tu la jangan sampai tak boleh terima kenyataan bila ada yang memandang kita tak cantik. Bila ada yang mempertikaikan kecantikkan kita hanya 'palsu' jangan la marah. Biasa la kita orang perempuan ni memang jarang nak tunjuk rupa sebenar bagi yang kaki makeup, kaki edit gambar. Mengaku je la yang cantik tu banyakkan 'touch up' & editing je. Tak perlu la kau nak petik2 pujian kengkawan yang ntah ikhlas, ntah nak jaga hati bagi membuktikan kau sebenarnya cantik pada pandangan mata orang lain. Kita semua cantik sebenarnya.. Tapi kalau ada orang rasa kita tak cantik tu hak mereka. Sebab cantik pada pandangan mata setiap manusia bukan sama.

Tak payah sentiasa harap sangat orang puji kita ni cantik sampai tak boleh terima kenyataan bila orang mempertikaikan kecantikkan kita yang macam fake Sampai nak compare pulak dengan orang lain yang kita rasa lebih buruk dari kita. Dalam perasan lawa ni pun perlu ada limit & batasannya. Aku pun kadang2 perasan lawa jugak nak2 lepas cuci muka atau makeup. Cermin kat rumah aku pun kadang2 boleh tahan jugak pandai bodek. Mungkin dia takut kena baling dengan botol bedak tu yang kadang2 Tengok macam lawa sangat dah.. tup tup tengok cermin kat side mirror kereta laki aku sipi sipi je nak macam hantu kak limah. Mujur la conteng2 sikit dengan makeup. hahahaha

Kesimpulannya kat sini.. Jangan perasan lawa tanpa batasan sampai rasa sapa yang pertikai pasal kecantikkan kau yang tak nampak natural beauty atau original tu dengki. hakikatnya kau tahu gambar kau tu ada edit atau tak. Tak kira la edit brightness ke edit jadi flawless ke, atau smartphone kau tu standard camera dia memang dah auto edit macam OPPO Pakar selfie anda tu.. Kalau ada sentuhan kecundang guna aplikasi tu, tetap la edit, kan? Bukan apa bila kau bermati matian dok mempertahakan yang kau sebenarnya cantik macam bidadari, Orang yang baca rasa macam... hurmm... kesian. Tak boleh terima kenyataan rupanya.

Moral of the story.. Biar ada orang mengeji rupa paras kita, tak perlu kita buktikan sangat yang kita sebenarnya cantik. Bersyukur dengan lukisan Indah di wajah kita & jaga baik baik pun dah cukup. Biar orang pandang kita buruk, tapi Allah dah jadikan kita sebaik baik ciptaanNya. Menghargai rupa yang kita ada dah cukup buat kita rasa cantik & tak perlu pun mengharap sangat pujian orang lain untuk membuktikan kecantikkan yang Allah lukis di wajah kita.

Apapun cantik je kalau tak berduit & asyik nak menumpang kekayaan orang je pun nampak buruk jugak walau tak buruk rupa tapi buruk perangai. Jadi untuk jadikan perempuan cantik nampak perfect kena pandai cari duit jugak Kalau ada duit yang hodoh pun boleh jadi cantik.. Apa ingat rawatan kulit, skincare, makeup semua tu terjun dari langit lepas kau tadah tangan je.. 

PEREMPUAN SEKARANG PAKAI KAIN BATIK MASA DALAM PANTANG SAHAJA

PEREMPUAN SEKARANG PAKAI KAIN BATIK MASA DALAM PANTANG SAHAJA. Semalam aku ada buat survey kat Facebook.. Tentang pemakaian kain batik di kalangan perempuan zaman sekarang. Banyak jugak respond aku dapat. Sampai sekarang pun masih ada yang merespon kat situ. Bermakna bukan ramai sangat yang unfollow aku kan sebab depa boleh baca lagi post2 aku kat wall. Hehehehe... Yang sekerat dua ajet2 positif tak nak kawan dengan kita tapi still dalam friendlist tu biarkan sahaja... Kita tegur je dia supaya silaturrahim tu tak terputus. Hehehehe


Result yang aku dapat dari survey tu majoriti perempuan sekarang pakai kain batik semasa dalam pantang sahaja.. Tapi masih ada segelintir yang mengamalkan pemakaian kain batik semasa di rumah ketika bersantai, ada juga yang jadikan kain batik sebagai kain basahan ketika mandi je. Tu antara feedback yang aku dapat la dari kengkawan kat facebook yang masih follow aktiviti aku kat situ.

Aku ada kain batik walau tak pernah beli walau sehelai pun kain batik sepanjang umur aku sekarang. Koleksi kain batik kalau tak mak minah kesayangan bagi atau aku rembat dengan keizinan, cik munah aku yang sedekah. Raya lepas pun ada sepasang kain batik cik munah bagi. Tu pun banyak kali tanya dah masuk dalam beg. Risau pemberian dia tertinggal.

Kat rumah aku pakai ke kain batik!! Aku ni dah la pendek.. kain batik semua jenis panjang2. Kalau pakai jenuh bergulung jugak. Lagipun aku dah biasa kat rumah berseluar. Aku memang tak reti sangat nak pakai kain kain ni.. skrit ke hapa pun memang aku tak pakai. Yang jenis kain aku pakai baju kurung je. Kalau nak suruh aku pakai kain batik.. Aku pun sama jugak. Kali terakhir aku pakai kain batik masa pantang. Tu pun awal minggu2 pertama pantang je sebab rasa seriau lagi takut bergesel dengan cawat seluar. Pepaham je la kalau baru lepas bersalin, kan?

So kesimpulannya kat sini.. Kain batik bukan lagi menjadi pakaian harian wanita melayu zaman sekarang. Yang masih mengamalkan mungkin warga2 emas & makcik2 kita kat kampung je. Kalau balik kampung masih boleh nampak la..kain batik masih menjadi uniform rasmi ibu ibu di rumah. Tapi mak aku sendiri pun jarang pakai kain batik dah kat rumah. dia selesa pakai seluar je aku tengok. Almaklum la dia suka berkebun di kebun mini dia tu.

Tak kisah kau nak berkain batik ke tidak.. Yang penting kau pakai sesuatu yang boleh tutup apa yang patut di tutup. Kalau pakai kain batik gaya kemban pun tetap tak nampak senonoh sangat kan? Jadi apa yang kau pakai bukan isu, tapi macam mana kau pakai tu yang melambangkan imej kau. hehehehe

MENGENALPASTI WARNA DARAH HAID SAMADA NORMAL ATAU BERMASALAH

MENGENALPASTI WARNA DARAH HAID SAMADA NORMAL ATAU BERMASALAH. Bagi seorang perempuan yang dah akil baligh ni, haid adalah rutin biasa setiap bulan. Tak payah nak buat buat terkejut beruk lagi la tetiba tengok kat underware ada kesan darah kan. Konon2 macam kali pertama pulak datang bulan. Menyampah tau!!


Darah haid biasanya berwarna seperti darah biasa iaitu berwarna merah, coklat ataupun keruh. Jika selain dari warna- warna ini, ia bukan darah haid. Kena tahu jika keluar darah yang berwarna hitam mungkin petanda yang tidak baik. Nak2 lagi kalau keluar pada waktu yang bukan waktu biasa anda datang haid. Mungkin ia ada kaitan dengan masalah kesihatan. Ia di kenali sebagai darah istihadah atau darah penyakit.

Ada 5 jenis warna darah haid yang biasanya keluar ketika haid.. coklat gelap, merah, merah hati @ cranberry, oren & hitam. Setiap warna ni ada sebabnya kenapa ia keluar dalam warna tersebut..

1. coklat gelap
Ia di sebabkan darah tersebut dah di simpan dalam rahim dalam tempoh yang lama. Biasanya akan keluar pada waktu pagi

2. Merah
ia bermaksud normal.

3. Merah hati @ Cranberry
Warna ini menunjukkan ia sihat & normal. Biasanya akan keluar pada hari kedua haid.

4. Hitam
Ia mungkin petanda tidak sihat. Mungkin ada jangkitan pada rahim anda. Biasanya akan keluar pada hari ke empat bersama dengan darah warna merah.

5. kuning/Oren
darah berwarna kuning selalu akan kelihatan bercampur dengan lendiran yang keluar dari rahim. Ia bukan petanda yang sihat. Mungkin ada jangkitan. Segeralah mendapat pemeriksaan lanjut.

Walaubagaimanapun, wanita moden zaman sekarang berhadapan dengan perubahan corak kehidupan pemakanan serta suhu persekitaran yang berbeza hingga mempengaruhi aliran haid.Penggunaan pil perancang atau suntikan pencegah kehamilan juga menyebabkan hormon tubuh menjadi tidak seimbang. Ia akan memberi kesan seperti kitaran haid tidak menentu hingga mengelirukan wanita untuk menentukan ia darah haid ataupun darah istihadah.

Darah haid hitam kebiasaannya akan keluar tanpa disedari atau secara disedari. Namun kadangkala, akibat kepekatan darah haid yang tinggi, ia akan menyebabkan darah haid yang keluar berwarna hitam dan berketul-ketul. Tentunya ia sangat sakit tatkala keluar dari vagina sekaligus terjadinya senggugut yang luar biasa. Tubuh badan akan menghasilkan bahan anti gumpalan bagi memastikan darah haid dapat keluar dengan sepatutnya, tetapi memandangkan darah haid anda berwarna hitam serta berketul-ketul, adalah lebih baik untuk membuat pemeriksaan doktor berkenaan dengan hal ini. Di samping itu, masalah darah haid hitam juga berpunca daripada beberapa faktor, antaranya stres, emosi melampau seperti suka ataupun sedih, perubahan berat badan ataupun aktiviti fizikal yang keterlaluan & pengidap anemia juga.

Semoga info ni dapat memberi manafaat kepada kaum wanita di luar sana untuk mengenalpasti warna darah haid anda samada normal atau bersamalah. penting ok! Jangan ingat asal berdarah setiap bulan tu dah ok.. Belum tentu. warna juga menentukan samada sihat atau tidak.

JELMAAN GADIS MATI KEMALANGAN TUMPANG KERETA UNTUK KE HOSPITAL SULTANAH AMINAH, JOHOR BAHRU

JELMAAN GADIS MATI KEMALANGAN TUMPANG KERETA UNTUK KE HOSPITAL SULTANAH AMINAH, JOHOR BAHRU. Dua tiga hari lepas perasan ada kawan yang share gambar semasa Hospital Sultanah Aminah terbakar.. Ada satu makhluk katanya.. ternampak dalam gambar tersebut. Entah kenapa aku tak nampak apa2 pun yang menyeramkan dalam gambar yang tersebar.. Yang jadi mangsa blog aku la asyik tersangkut je keywords orang cari cerita mistik di sebalik kejadian terbakar tersebut. Tapi maaf la.. aku rasa tak ada apa cerita di sebalik tu untuk di jadikan kisah seram.. Cuma masa aku google aku terjumpa satu kisah ni yang ada kaitan dengan Hospital Sultanah Aminah.


Alkisah seorang bro ni katanya janji nak jumpa kawan2 dia di sebuah restoran kat danga bay. Maka dia pun drive la kesana. Time tu jam dah pukul 7.30 malam.. Memang waktu2 jin & syaitan berpesta la kan.. Sampai kat pertengahan jalan lingkaran yang katanya sekarang dah di bina stesen petronas dia ternampak seorang wanita berjalan seorang diri. Atas perikemanusiaan dia pun berhenti la bertanya destinasi wanita tu. Wanita tu katanya nak ke perhentian bas Hospital Sultanah Aminah. Jadi di tumpangkanlah perempuan tu tanpa was was. Yelah.. perempuan kot. Dah tu jalan sorang2 maghrib2 macam tu. Bahaya jugak. Tapi perempuan tu pun tanpa was was juga berani menumpang kereta lelaki tak di kenali. Peringatan penting untuk Wanita2 di luar sana.. Jangan tiru aksi tu yer! Bahaya... Jangan jalan seorang diri di laluan yang sunyi & jangan tumpang kereta orang yang tak di kenali lebih2 lagi lelaki.

Masa perempuan tu naik kereta.. dia minta la Bro ni jangan on aircon, suruh buka tingkap. Bro ni pun ikut jer.. Lagipun permintaan dia bukan la susah sangat nak buat kan? Dah tu jimat tak payah aircon. Dalam perjalanan ke destinasi di tuju, perempuan tu cerita la sepatutnya boipren dia yang datang ambil tapi sebab ada sedikit masalah yang tak dapat di elakkan dia terpaksa jalan kaki ke sana. Perempuan tu pun bagitau dia dah bagitau pakwe dia ni jangan bawa motor sebab dia dah serik naik motor suruh bawa kereta.

Mungkin Bro ni rasa perempuan ni high demand kot.. dia pun pujuk la. Konon naik motor lebih romantik, jimat minyak & kalau jam boleh je menyelit celah2 kereta. Tapi perempuan tetap berkeras dah tak nak naik motor lagi selepas satu kejadian ni. menurut cerita dia.. Pernah satu hari dia membonceng motorsikal dengan pakwe dia. Nasib tak baik haritu ada kereta yang tengah racing menyondol belakang motorsikal yang mereka tunggang.

Dengar cerita perempuan tu, si bro ni pun saya excited nak tahu apa yang terjadi seterusnya. So dia pun tanya la. Sambung perempuan tu lagi sambil menunjuk satu divider pada bro ni & memberitahu kat situ la mereka tercampak & di seret 50 meter.. Dan.... Jeng jeng... jeng.. jeng...

Tahu tak apa berlaku seterusnya... Kata perempuan tu mereka bagaikan romeo & juliet mati bersama di tempat kejadian. Apa lagi si bro ni mula la mengaji kuat2 apa yang patut. Waktu tu tiada apa kedengaran selain hilai tawa yang menyeramkan seterusnya dia terbang keluar melalui tingkap kereta. Niat yang nak lepak2 dengan kawan kawan dia tadi.. terus terbantut & dia kembali ke pangkal jalan. Balik rumah la apa lagi. Bila dia cerita kat pakcik dia yang dah masuk zon warga emas.. pakcik dia cuma tersenyum & menurut pakcik Bro ni kat situ memang dah biasa pemandu2 kena sakat. So, bukan sesuatu yang pelik lagi kalau anak buah dia pun kena sakat jugak.

Moral of the story.. sebab tu orang2 tua suruh duduk kat rumah time maghrib.. Sebab time tu jin & syaitan berkeliaran. Bila kau pun nak keluar jugak time tu.. memang la dia ambil kesempatan tumpang kau. hehehehe. Tapi yang tumpang kereta Bro tu maghrib2 bukan la orang yang dah mati yer.. Tu semua jelmaan jin & syaitan je nak menyesatkan manusia.

SAKIT HATI TENGOK DRAMA PATAHNYA SEBELAH SAYAP

SAKIT HATI TENGOK DRAMA PATAHNYA SEBELAH SAYAP. Sekarang ni ada dua drama yang aku follow. Samudera rindu & Patahnya sebelah sayap. Bukan aku jer.. laki aku pun layan jugak. Kira dua drama tu memang menepati selera tontonan kami la walau masa episod2 awal drama patahnya sebelah sayap tu aku macam tak berapa follow sangat. Masa tu babak - babak yang lebih menyakitkan hati belum muncul.. Kira ni baru nak warm up la.


Tapi memang sakit hati sungguh aku tengok drama tu. Apsal kalau kisah orang teraniaya ni.. Yang kena aniaya macam asyik redha & pasrah je tak buat apa - apa untuk membela diri dia. Atau usaha nak membela diri tu macam nak tak nak jer.. Asyik pasrah.. pasrah.. pasrah.. Normally dalam drama atau filem watak orang teraniaya memang akan macam tu seolah2 orang yang teraniaya ni spesis yang memang tak melawan atau tak berusaha mempertahankan diri. Agak tipikal la watak orang teraniaya dalam drama atau filem melayu. Rasanya kena buat perubahan sikit.. Lepas ni watak orang teraniaya buat yang jenis berjuang mempertahankan diri. Baru nampak perempuan melayu bukan senang di buli, ye dak?? hehehehehe

Watak heroin tu serius aku puji lakonan Ummi Nazeera sekarang berbanding lakonan dia dalam filem penanggal. Masa dalam filem penanggal aku rasa nak carut je tengok. Kira time tu level2 tiang letrik baca skrip lagi la. sangat amatur & aku rasa time tu dia masih belum layak pegang watak utama. Tapi dalam drama patahnya sebelah sayap ni serius watak yang di bawa memberi kesan jugak la kepada aku yang menonton & aku rasa pilihan dia sebagai watak utama dalam drama tu memang pilihan tepat. Dengan air muka dia yang muka minta kesian & muka kena buli tu.. Merealisasikan lagi watak yang di bawa dalam drama tu.

Baru aku rasa sekarang zaman kebangkitan drama melayu bila kat TV meriah tayang drama macam Samudera Rindu & patahnya sebelah sayap walau ada yang dok kondem katanya drama patahnya sebelah sayap copy paste drama korea ntah hapa tajuknya. Aku tak layan drama korea so aku tak tau la apa cerita jadi aku malas nak compare hahahaha. Yang penting bagi aku sekarang drama patahnya sebelah sayap memang best.  Pelakon2 dia pun bagi aku semua membawa watak masing2 dengan jayanya. Watak Jahat Izzue Islam dengan muka dia yang minta penyepak tu.. Serius memang menjadi. Watak lelaki muka kelat tapi romantik yang di lakokan Aeril Zafrel tu memang sesuai la dengan dia sebab dia memang biasa dengan watak watak macam tu. So, watak tu nampak senang dia nak bawa. Gabungan 3 pelakon muda & hebat dalam drama ni membuatkan drama ni hidup & memberi kesan kepada penonton. Baru orang tak judge pelakon jual muka jer.. Pakej pelakon macam ni la baru la orang akan support drama melayu, ye dak???

Korang tak payah kerut2 dahi sangat la bila aku cakap pasal drama melayu... Apa ingat peminat cerita seram tak layan ke drama2 berkisahkan kehidupan macam ni. Ingat peminat cerita seram layan cerita cerita macam ni je ke? >> Bila pelawat misteri datang ke sebuah perkampungan yang aman.. Satu persatu hilang nyawa. Ada berani tengok?? << Cerita seram tetap layan tapi bukan la hari hari.. Hari2 biasa kita layan drama jugak. Aku pun manusia. Aku bukan rare cuma kadang2 lain sikit je taste dari orang lain. hehehehe

Moral of the story.. Akhirnya di fasa2 trend drama adaptasi novel kisah cinta yang buat orang nak muntah tengok.. ada juga drama melayu yang boleh mengangkat maruah drama melayu yang di pijak2 sebelum ni. Tahniah untuk drama patahnya sebelah sayap & samudera rindu dari saya pengkritik filem & drama melayu paling tegar. hahaha.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com