Showing posts with label permintaan. Show all posts

WAJIB CERAIKAN ISTERI JIKA ITU PERMINTAAN IBU??

Tadi jenjalan kat news feed Fb terjumpa satu status yang share pasal kisah seseorang yang dalam proses penceraian bersama suaminya walau sebelum ni mereka memang takde masalah rumahtangga dengan alasan ibu sisuami minta dia menceraikan isterinya sebab tak suka perempuan tu walau dah beranak 3. Sebab taknak jadi anak derhaka maka si suami pun akur dengan permintaan ibu dia.. maka terjadilah penceraian antara mereka.


Ramai yang rasa perkara tu sangat2 tak patut berlaku & di lakukan... Kalau ikut perikemanusiaan memang nampak kejam sangat mak mertua perempuan tu & si suami pun orang nampak macam anak mak sangat sampai apa mak suruh even meninggalkan isteri yang di kahwini bertahun tahun pun dia ikut je.. tak membantah walau sepatah. Tapi bila kita rujuk dengan hukum terdapat dalam agama Islam mungkin jadi berlainan pulak suruhannya mengikut alasan..


 Sumber rujukan kat SINI

Si Mak tu mungkin nampak sangat mementingkan diri & perasaan. Tak fikir perasaan seorang isteri even dia juga seorang isteri. Tak fikir masa depan cucu2 dia yang terpaksa hidup dalam sebuah keluarga yang tak sempurna. Dia hanya fikir perasaan dia.. sebab dia tak suka, maka dia nak orang yang dia tak suka tu takde kaitan dengan keluarga dia. Tapi bagi pihak si suami tu kita patut kesiankan dia.. dia umpama di luah mati mak.. di telan mati bapak.

Tapi tu la.. jika boleh di bawa berbincang & cuba untuk selesaikan cara baik tanpa melibatkan sebarang penceraian.. cubalah dulu. Pada mak2 mertua di luar sana pun.. Semoga hati & perasaan anda untuk meminta atau memerintah sesuatu perkara pada anak lelaki anda yang dah berumahtangga tu biarlah berlandaskan hati & perasaan seorang insan yang masih ada akal yang waras juga berperikemanusiaan. Jangan guna kuasa veto seorang ibu untuk menjadi raja yang kejam pada anak anak. Setiap apa yang kita buat.. ingat kita tak terlepas dari menerima balasan tak di dunia.. di akhirat.

Moral of the story jadi lah mother in law bukan monster in law... Peace!

Gambar carian google


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com