Showing posts with label sanding. Show all posts

SARI YANTI & JEP SEPAHTU KAWEN SENYAP SENYAP

SARI YANTI & JEP SEPAHTU KAWEN SENYAP SENYAP. Mula dah viral kat media sosial pasal pernikahan pasangan retis kita ni.. semua orang sedia maklum depa memang pasangan bercinta jadi kalau kawen tu bukan benda pelik atau mengejutkan sangat la. Dah suka sama suka kan.. Cuma tu la tak ada angin tak ada ribut.. tak dengar pun planning nak kawen yang di gembar gemburkan di media tetiba selamat dah menikah depa hari ni. Alhamdulillah..


Tak salah pun depa nak kawen senyap senyap.. Sebab apa depa buat perkara baik. Mendirikan rumahtangga tu umpama membina masjid besar pahalanya cuma dalam Islam ni bila nak nikah ni di galakkan kita me war war kan perkahwinan tersebut supaya tidak timbul fitnah. Nak - nak lagi retis la.. Jangan sorok benda ni bakal mencetuskan kontroversi & fitnah terhadap diri anda jugak. Kawen senyap senyap tetiba orang tahu korang tinggal serumah.. nak di jadikan kesah hangat lagi tup tup kau termengandung bagai.. Orang tak tau kau dah nikah sebab konon tak privacy bagai... Kan dah jadi fitnah yang maha besar.


Sebab tu la apa yang Islam galakkan kita buat ada sebab & kebaikkan dia. Takde sesaja dia nak suruh hangpa war war kan perkahwinan sebab nak suruh menunjuk nunjuk kat orang hangpa dah kawen. Bukan itu sebabnya yer adik adik. Sekadar untuk mengelak fitnah sahaja.


Tapi Jep & Sari Yanti ni tak di kira kawen senyap senyap dah sebab semua orang dah tau. So, takde la berlaku fitnah apa - apa kan. Maybe bukan perancangan depa nak kawen senyap senyap kot cuma depa nak buat suprise je kat peminat & wartawan. Kalau betul depa nak kawen sembunyi sembunyi takde la gambar depa nikah tersebar ke serata alam maya sekarang ni kan? Rasanya gimik je kot ni... Sekadar meraih publisiti katanya hahahaha

Video semasa akad nikah Jep Sepahtu & Sari Yanti

Apapun selamat pengantin baru buat mereka. Semoga perkahwinan antara mereka kekal hingga ke syurga.

GAMBAR MAJLIS PERSANDINGAN STACY DAN AKIM

GAMBAR MAJLIS PERSANDINGAN STACY DAN AKIM. Ramai dah berlepas ke destinasi masing masing sempena cuti chinese new year tapi aku masih melepek kat rumah tanpa plan. Yolah.. incik bos still kerja katanya. Takpe.. Insya Allah ada la nanti plan kami sempena CNY ni. Dont worry be happy.


Bila dah kat rumah takde aktiviti maka menjelajah la jari ke blog2. Tersinggah blog Rotikaya. Ternampak gambar2 persandingan retis popular Akim & stacy. Amboi anggun menawan sungguh stacy dalam gaun biru dia.

Best tengok orang bersanding tapi kalau suruh aku bersanding sekali lagi memang tak nak la. Hahaha... Lagipun aku kawen dulu takde majlis sanding bagai. Pelamin pun tak ada. yelah.. Pesanan terakhir arwah ayah.. 'No pelamin'. lagipun aku rasa tanpa pelamin.. angan ku tak musnah pun. Hahahaha


Gambar sanding Akim & stacy orang dah tak heran melambak blog2 hiburan dah up tapi yang ni mesti ramai teruja nak2 lagi yang baru berkahwin. Sempena hari Valentine bakal tiba Durex (produk seks) ada buat promo. Bukan takat ada diskaun malah ada free gift tu. Nak tau apa promosi panas dia meh tengok kat sini >> V'Day Durex Promo << Wah honeymoon sampai ke siang katanya. hahahhaa. ops!


Apapun selamat pengantin baru buat Akim & stacy... Semoga hidup di berkati & semoga hubungan suami isteri berkekalan hingga ke syurga

Iklan
Nak Cari Handbag Murah, berkualiti & cantik Clik Pada Banner

MAJLIS SANDING PENGANTIN ISTIMEWA MULA DI VIRALKAN

MAJLIS SANDING PENGANTIN ISTIMEWA MULA DI VIRALKAN. aku ada dapat jemputan dari pengantin comel nan sorang ni tapi di sebabkan suami tak free hari ni so aku duduk rumah je tak kemana mana. Memang ada bagitahu asben tapi sebab sabtuday selalu memang asben aku tak free sangat. Kalau Ahadday maybe boleh jugak terjah ke Melaka meraikan pasangan pengantin sama cantik sama comel ni.


Tahniah Sukur Ibrahim kawan blogger & kawan alam maya saya.. Tengok fanpage2 popular mula memviralkan majlis persandingan Sukur & pasangan kat media sosial termasuk selebriti TV3 Ahmad Fedtri yahya jugak berkongsi gambar di majlis persandingan Sukur. Wah.. dah di ambang jadi orang popular dah Sukur.. Retis pun datang ke majlis dia.


Terharu tengok senyum bahagia Sukur.. Berbunga2 wajah mempelai katanya. Berkembag mekar macam hiasan bunga2 kat pelamin depa jugak. Yelah.. sapa yang tak happy ye dak. Kawen suka sama suka bukan kawen macam dalam tipikal2 drama2 melayu sekarang. Asal kawen je mesti kena paksa atau terpaksa atas sebab sebab tertentu. Tapi Sukur & wani kahwin atas dasar mencinta antara satu sama lain.. Mana tak bahagia, ye dak??


Jodoh.. Adalah Pilihan & Rahsia Allah. Jadi tak perlu terlalu risau tentang Jodoh yang Allah masih rahsiakan.. Sampai satu saat, Insya Allah ia hadir dalam seribu rahmat.


Pada Sukur & wani Kalau nak pergi honeywoon nanti jangan lupa bawa 'Barang Baik Punya' Ni bersama tau. Sebab Barang Baik ni nanti akan banyak membantu korang berhoneymoon dengan lebih bahagia. Mesti korang nak tau apa 'Barang Baik' ni kan? meh tengok sini >> Barang Baik ni Mesti Bawa Ketika Pergi Bercuti <<

Apapun.. semoga majlis berjalan lancar seperti perancangan & semoga menikmati kehidupan rumahtangga yang bahagia & saling lengkap melengkapi kekurangan & kelebihan masing masing. Tahniah.. Selamat Pengantin baru Sukur & wani. ‪#‎sukurwaniweddingday‬



KAWEN SIMPLE SEKADAR RARE TAPI TAK TRENDY SAPA NAK IKUT

Zaman laman sosial memang zaman orang suka kagum lepas tu share. Tapi ikutnya tak.. Betul tak? Contohnya.. Bila nak kawen. Kemain ni semua orang pulun share kisah pasangan yang nikah hari yang sepatutnya hanya bertunang. Time tu semua konon2.. Nak buat perkara yang rare macam tu jugak la. Tak payah bazir dengan majlis tunang bagai.. Dah la zaman sekarang bertunang pun nak bersanding atas pelamin. Bukan sikit budget nak bertunang pun.


Tapi... Sayangnya hanya kagum & suka share jer.. Berapa kerat sangat yang sanggup skip2 benda2 yang tak buat pun tak dosa, kalau buat mungkin boleh hilang keberkatan macam pelamin bertunang.. Pelamin bersanding.. booth tu.. booth ni masa majlis kawen. Proop.. goodies bag bagai. Alih2 sampai hari kejadian tetap tak mampu melawan nafsu untuk terjebak dengan trend jugak. Masa sebelum kejadian bila baca kisah kawen orang yang simple & nampak rare.. Dia pun konon pasang angan2 nak buat benda yang sama.. Tapi sekadar angan mat jenin je la.

Bukan la nak kutuk.. Tapi ini realiti yang berlaku di laman sosial. Hanya sekadar Kagum tapi tak memberi apa2 makna pun. Ramai yang tak mampu melawan budaya2 baru yang menyerap masuk kedalam sesebuah majlis yang di raikan oleh orang Islam. Tak kira la apa majlis pun.. ada yang tak pernah di amalkan oleh adat melayu pun sekarang dah ada. Contoh macam baby shower... Padahal baby dok dalam perut lagi. Orang dulu kalau baby dok dalam perut buat majlis lenggang perut jer. Dan sekarang dah makin jadi budaya.. baling bunga pada flower girls pengantin. Paling tak boleh blah buat depan masjid lepas akad nikah.Takut nanti upacara akad nikah pun.. aku terima nikahnya jadi macam.. i do... hikhikhik. Nak sebut kasar sangat jadi pepaham sendiri lah yer.

Apapun tepuk dada tanya selera.. Kalau dah selera barat, sendiri mau ingat. Apa nak di kata, hak memasing kan? hahahaha..

P/S : Betul la dalam kehidupan kita sekarang banyak dah kebaratan.. Tapi dalam beberapa perkara penting & untuk jadi sejarah dalam hidup tu.. tapis2 la sikit. Peace!


GAMBAR PELAKON VETERAN RUMINAH SIDEK (MAK MAH) & SUAMI BERSANDING

Jodoh pertemuan ajal maut semua rahsia Allah. Tak kira yang muda rumaja mahupun yang umur dah senja. Kalau Allah dah tulis jodoh tu tetap ada walau dalam usia emas, maka terjadi la jugak pernikahan tu kan. So, tak payah pertikaikan kerja Allah hanya kerana usia yang bagi sesetengah manusia dah tak layak nak kawen lagi.

Selepas sah bergelar suami isteri.

Apapun tahniah pada Mak Mah.. Moga di limpahi kebahagian & rezeki bersama suami yang baru di nikahi tu. Pada yang pandang serong orang tua kawen lagi tu.. apa kau fikir orang tua  takde perasaan ke? Meh kita layan sekeping gambar Mak Mah dengan suami dia yang aku culik dari page ROTIKAYA sebagai hiburan santai hari minggu ni.

Sumber ROTIKAYA

P/S : Walau dah warga emas tetap nampak seri pengantin tu, So sapa kata anak dara je yang ada seri pengantin.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com