Showing posts with label realistik. Show all posts

FILEM & DRAMA NAK REAL UNTUK BABAK RANJANG & ROMANTIK JE

FILEM & DRAMA NAK REAL UNTUK BABAK RANJANG & ROMANTIK JE. Terbaca satu post yang mula menjadi viral kat FB komen tentang adegan adegan dalam filem & drama yang berkaitan kesihatan yang katanya memang tak real langsung & banyak kesilapan yang di buat dalam babak babak tu. Kalau kita golongan yang tak reti sangat pasal medical ni maybe kita tak perasan sangat la kesilapan yang berlaku dalam babak babak macam tu tapi bagi golongan yang dari bidang perubatan ni sekilas tengok pun dia tahu apa yang real & tak real.


Yelah.. Bak kata Penerbit Filem/Drama Melayu.. Adegan romantik yang melampau tu untuk bagi nampak real cerita tu. Kalau laki bini kena la tunjuk aksi2 warm up nak berjimak atas katil, kena peluk2.. Kalau tak cerita tu nampak tak real sangat. Tapi bab adegan kesihatan tak pulak depa buat homework untuk memastikan babak tu nampak real. Maybe babak babak macam tu tak menarik sangat kaki kaki porno untuk menonton & tak membangkitkan keghairahan penonton so depa asal ada je la babak babak macam tu.

Maybe depa fikir golongan yang dalam bidang medical ni tak menonton kot..  Yang tonton makcik2 dok kampung bekas pencen kerja kilang so depa bukan tau sangat babak babak macam tu ada silap ke tidak. Kalau sakit teruk masuk hospital tekup dengan topeng oksigen.. lekat2 wayar kat tangan.. makeup pucat2 sikit dah nampak macam orang sakit tenat.

Clik untu paparan lebih jelas

Pembikin filem zaman sekarang kena tahu zaman info hujung jari... zaman media sosial.. zaman viral.. zaman sesapa saja boleh jadi judges. Dari golongan penoreh getah sampai la golongan profesional. Kalau kau buat babak menoreh pun kau kena bagi nampak real menoreh kalau kau tak nak kena gelak dengan penoreh getah inikan pulak kau buat babak berkaitan perubatan & kesihatan.

Moral of the story... Penerbit,pengarah termasuk pelakon jangan memperbodohkan penonton zaman sekarang kalau korang taknak di perbodohkan balik. Peace Yo!

NAK MATI PUN SEMPAT BERSOLEK

Tu dia yang ni lagi rare. Apalah sangat nak beranak sempat bersolek.. aku pun pernah buat. So, kontroversi che ta sempat bersolek masa nak beranak tu bagi aku tak patut pun jadi isu.. Penyanyi Nurul pun kata dia bersolek jugak nak beranak sebab sebagai artis penampilan kena jaga. Ramai yang tengok. Tapi aku bukan nak cerita retis bersolek nak masuk LR bagai.. yang aku nak cerita pasal orang nak mati pun bersolek.

Sumber Google

Sapa la gamaknya dah nazak pun sempat touch up muka lawa lawa lagi.. Rasanya time tu, orang dah tak ingat, bedak,foundation, eyeliner, eyeshadow bagai dah.. Dok ingat nak mengucap dua kalimah syahadah ja. Tapi ada jugak orang nak mati dalam bersolek rupanya.. Siapakah gerangan manusia itu...

Ramai.. tengok dalam drama. Sakit sampai lumpuh satu badan kena strok pun muka maintain ber touch up.. nak mati pun maintain bulu mata pelesu melentik. Drama tetap la drama kan.. Cuba drama buat real sikit macam dalam kehidupan kita ni. Nak mati muka pucat lesi.. sakit muka uzur gila.. Ni tak.. sakit teruk pun kening bercat jugak.. muka berkrim jugak.. bibir bak delima jugak.. Punya takut nampak hodoh even nak lakon babak memang sepatutnya nampak hodoh pun. Ni dah zaman 2015.. mentaliti penonton tengok drama @ filem bukan macam orang zaman 70an atau 90an dah.. Depa nak tengok yang nampak realistik even cerita fiksyen sekalipun. Muka tu biar realistik sikit la mengikut babak..

Moral of the story.. kaum perempuan ambik sebagai iktibar.. kena malu sikit dengan drama tv. Dah nazak pun tetap nak cantik inikan kita yang sihat wal'afiat... rerajin la cecantik sikit kat umah. Erkk... aku pun bercomot jugak kat rumah. Dok sapu krim siput babi jer hari2. hahahaha


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com