OHBULAN ANGGAP ORANG MASIH GUNA LAPTOP GOLONGAN KUNO
OHBULAN ANGGAP ORANG MASIH GUNA LAPTOP GOLONGAN KUNO. Kalau guna laptop di kategorikan kuno, gamaknya aku yang masih guna pc ni nak kategori apa pulak yer.. Zaman Al-hin ke camna? Almaklum la katanya kewujudan Al-hin sebelum manusia. Selebihnya korang pi mengaji la dengan guru agama masing masing sebab aku tak ada info yang jelas pasal makhluk spesis Al-hin ni. Bukan kepakaran aku nak explain pasal makhluk Al-hin ni.Ops tercerita mistik & misteri pulak.. Berbalik kepada kenyataan ohBulan yang lancang menyindir pengguna laptop tu kuno dalam blog dia. Korang jangan la sentap sangat yer.. Bukan semua yang guna laptop tu kuno cuma kalau korang masih buat 4 benda ni dengan laptop katanya masih kuno... bukan aku cakap tapi Ohbulan cakap korang kategori kuno yang Masih tak berapa maju bersama teknologi. Kira ketinggalan siikit la berbanding orang lain. Ni bukan fitnah.. tak caya baca kat sini. Boleh check adakah anda kategori kuno atau tidak >> 4 Ciri2 Orang yang Masih Kuno walaupun Hidup Di Zaman Moden <<
Rasanya kalau tu la di katakan kuno, maka ramai la masih kuno sebab rasanya ramai masih mempratikkan benda tu dengan laptop. Kadang2 bukan tak nak kejar teknologi gadget yang laju macam MRT tapi yelah.. zaman serba mahal ni. Jangankan nak tukar gadget.. nak tukar spender pun fikir banyak kali. Tak caya hangpa pi AEON kat scarlet department.. cuba tengok harga dia sekarang. No more spender 3 pasang RM10 hokay. Yang sepuluh ringgit sekarang RM25. kadang2 rasa macam nak jahit spender sendiri je.. Atau mana2 spender dah loose tu tukar getah je. Kot2 boleh jimat... hahahaha
Jadi.. Tak pelik la kalau zaman moden orang kembali hidup macam zaman kuno sebab di luar kemampuan. Sekarang pun kita boleh nampak dah.. manusia semakin mempratikkan kehidupan kuno. Nak aku bagi contoh?? tak payah.. tengok di sekeliling anda. Insya Allah anda akan nampak sendiri.
Moral of the story.. Kuno ke tidak.. kalau tu je yang ada, apa pilihan yang ada ye dak? Melainkan OhBulan nak sponsor gadget2 yang lebih canggih dari laptop.. ok la jugak. ahahaha