Showing posts with label janji. Show all posts

TUNTUT JANJI AMRAN FANS LEPAS SERPIHAN PESAWAT MH370 DI TEMUI

TUNTUT JANJI AMRAN FANS LEPAS SERPIHAN PESAWAT MH370 DI TEMUI. Bila di umumkan serpihan pesawat yang di temui di Pulau Reunion Sah milik MH370.. Serius sentap menyentap tersentap. 16 bulan hilang penuh misteri... dari KL ke beijing di sahkan terhempas dalam lautan hindi & serpihan di temui nun jauh di pulau Reunion. Panjang perjalanan MH370.. biarpun serpihan pesawat di temui tetap menjadi misteri apa yang berlaku sehingga boleh terhempas di lautan hindi?? Agaknya kat mana kotak hitam akan di temui??

Sumber harian Metro

Ya Allah semoga kau beri kekuatan pada semua waris mangsa MH370.. Semua berharap pengakhiran yang baik dalam misteri kehilangan MH370 namun Allah lebih tahu apa yang terbaik. konspirasi apa.. Kita bukan pakar namun percayalah perancangan manusia takkan mampu sehebat Allah. Apa yang berlaku dengan iziNya. Dan tiada satu pun perkara yang berlaku tanpa pengajaran & hikmah di sebaliknya.. Semoga semua mangsa berada dalam kasih sayang Nya...

Tapi yang pasti penemuan serpihan pesawat MH370 buat peminat "Amran Fans" bangkit menuntut janji Amran satu ketika dulu.. Mungkin ada yang ingat apa janji Amran kalau pesawat MH370 di temui & mungkin dah lupa tapi tidak blog lekat lekit penuh puaka, hot & spicy ni.. Janji2 mu tidak hanya ku simpan dalam hati wahai Amran. Janji mu ku semat dalam blog sebagai bahan bukti. Nak tahu apa janji Meran pada rakyat Malaysia kalau pesawat MH370 di temui?? Meh baca kat sini >> JANJI AMRAN FANS BILA PESAWAT MH370 DI TEMUI <<

Macam mana Amran Fans?? Ada bran ke? Jangan nyorok celah ketiak Yana Samsudin pulak lepas ni.. Ramai dah tuntut janji kau tu Meran..

Kita faham maksud Amran tu sebenarnya terlalu mendalam.. Mustahil sesuatu yang besar macam tu boleh hilang tanpa dapat di kesan. Sebelum ni jangankan cebisan pesawat.. sampah yang mengaitkan dengan pesawat MH370 pun tak jumpa tup tup bila jumpa cebisan pesawat.. macam2 bukti yang mungkin ada kaitan dengan MH370 di temui. Adakah sebelum ni penduduk sekitar pulau tu tak pernah tahu kes kehilangan pesawat MH370?? Entah.. dalam macam2 kontroversi yang berlaku di Malaysia.. tiba2 muncul serpihan pesawat MH370. Hanya Allah yang lebih tahu segalanya...

Moral of the story... Lembu di pegang pada tali.. manusia berpegang dengan janji. Sekarang kau pilih meran.. kau nak jadi lembu ke jadi manusia. hahahaha

AMRAN FANS JANJI AKAN DEDAHKAN DIRI DIA YANG SEBENAR

Besa la Amran Fans pun dah tahap retis sekarang ni. Dia lebih retis dari Dato Siti Nurhaliza. Tak payah nak tunjuk rupa.. terkenal seantero alam maya sekarang ni populariti dia dah terkeluar dari alam maya. Buat buku lepas tu jual laris macam pisang goreng cheese katanya biarpun takde siapa tahu siapakah pemilik orang yang menggunakan nama Amran fans tu. Dia mampu menjual produk dia sendiri. Kau hado?? hahahaha


Terbaca kat status di Fanpage Amran Fans yang katanya akan dedahkan diri selepas MH370 di bawak balik ke Malaysia. Wah!! Meran deep sangat kan kau punya lawak sarcasm. Katakanlah.. MH370 berjaya di temui adakah statement tu jadi satu janji amran fans. Jangan meran... Kalau MH370 dijumpai kau kena selfie sekurang kurang 5 keping gambar muka kau & upload kat FB. hahahahaha. Ada brani meran??

 Aku pegang sebagai satu janji ni meran sebab tu aku blog kan statement ko ni. Jumpa je MH370 aku repost balik entri ni hahahaha

Apapun Sama2 kita doakan misteri MH370 terungkai dengan penemuan pesawat tu kalau boleh dengan isi kapalnya sekali. Boleh la kita tengok Amran Fans sebenar katanya..

Sama samalah kita doakan MH370. Ghaib di dunia adalah satu perkara yang susah untuk di terima akal namun kuasa Allah mengatasi segala kuasa yang ada di dunia ni. Moga Allah membuka rahsia misteri kehilangan pesawat MH370. Moga Sejahteralah semua mangsa walau di mana pun mereka berada.

P/S : hope tak yang datang dengan gaya setaz setazah mempertikaikan lawak Amran ni.. sebab lawak bodoh Amran hanya untuk orang yang bijak. Dalam berlawak dia sedang menyampaikan sesuatu. Cuma perlu guna otak berfikir bukan kepala lutut.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com