Showing posts with label kek mudah. Show all posts

RESEPI KEK MINYAK KUKUS UNTUK ORANG BARU BELAJAR BAKING

RESEPI KEK MINYAK KUKUS UNTUK ORANG BARU BELAJAR BAKING. Rasa macam blur pulak nak tulis mukadimah entri ni. Lama juga jari tergantung antara keyboard dok cari ayat mukadimah akhirnya yang cerita tak ada idea nak buat mukadimah pulak jadi mukadimah katanya. Hahahahaha..

Rasanya tak payah la kot mukadimah pepanjang.. Bukannya hangpa rajin baca sangat pun lebih lebih lagi entri resepi. Sama la macam den kalau google resepi.. kat blog orang jarang sangat den  nak baca mukadimah dia. Aku terjah kat perenggan resepi saja. Jadi saya tahu ramai pun satu spesis macam saya jadi apa kata kita terus ke segmen dapur lekatlekit dengan episod kek minyak kukus @ kek marble.


Sebab ada request sebenarnya orang nak resepi bila den show off gambar kek minyak kukus den ni. Kukus jer.. oven takde nak bakar. Tapi kukus lebih senang berbanding bakar ok! Nak nak yang baru belajar menepung kat dapur tu. Elok la belajar buat kek kukus dulu macam den ni ha..

Untuk resepi kek minyak kukus @ kek marble ni bahan bahan di gunakan mengikut sukatan cawan yer.. Dn buat kek kecik je so sukatan bahan bahan tu tak banyak. Kalau hangpa nak buat kek besar tambah je la sukatan bahan bahan tu ikut size kek yang nak di buat.

Bahan bahan

1 1/2 cawan tepung gandum

2 biji telur ayam

1/2 cawan gula kastor (tapi saya guna suku cawan sahaja nak kurang manis. lebih kurang 1/8 cawan maybe lebih sikit je)

1/8 cawan Susu pekat manis

1/2 Cawan susu cair

1/2 sudu kecil Baking powder

1/2 susu kecil bikarbonat powder

1 inci Butter

1/2 cawan minyak masak

1/8 cawan serbuk koko

1 penutup botol esen vanila (penutup boto esen vanila yang kecil tu tau)

1/2 sudu kecil garam



* Kemanisan kek bergantung pada citarasa masing masing. Nak manis sampai kencing manis tu lebihkan la gula.

Cara memasak

1. Campurkan tepung dengan baking powder & bikarbonat powder gaul sebati kemudian ayak

2. Pukul telur & gula kastor sampai kembang kemudian masukan esen vanila, garam, susu cair, susu pekat, minyak masak & butter yang telah di cairkan gaul sebati

3. Campurkan kedua kedua bahan adunan tadi (telur + tepung) gaul sampai sebati kedua dua bahan

4. Asingkan menjadi dua bekas

5. Salah satu bekas adunan campurkan serbuk koko & gaul sebati.

6. Sapu loyang dengan majerin. takde majerin minyak masak pun boleh. kemudian masukan bekas yang adunan pertama (yang tanpa serbuk koko) terlebih dahulu barulah di lapiskan bahagian atas dengan adunan yang ada serbuk koko.

7. Lorekkan la dengan chopstik ke apa bagi nampak macam corak sikit. Kalau nak design apa apa ikut suka hati la.

8. Panaskan periuk kukus terlebih dahulu sehingga air mendidih baru kukus kek selama lebih kurang 30 minit atau sampai masak la.

* Nak pastikan masak atau tidak cucuk kek dengan lidi kalau tak melekat tu tandanya dah masak la.

9. Biar kek yang dah masak sejuk dahulu baru pindahkan ke bekas lain & potong.

Dah siap lahai kek minyak kukus atau juga di panggil kek marbel. Kukus la senang bagi yang baru nak belajar baking ni. Kalau bakar hangpa tak reti setting oven sat lagi tak nampak rupa kek pulak kan? So yang mana baru belajar baking macam den ni boleh mulakan dengan kek kukus je dulu. Peratusan kek gagal tu agak kurang berbanding guna kaedah bakar, sedikit rumit.


Boleh la kalau setakat nak bagi anak bawa pi sekolah kalau ada jamuan ke apa.. Rasa dia sedap, Insya Allah. Yelah.. kita buat ikut citarasa sendiri mesti kita rasa sedap. Tekak orang lain tak tau la kan... hahahahahaha

Apapun selamat mencub resepi mudah, senang tapi hasil yang kebabom ni di rumah memasing yer..

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com