Showing posts with label kambing. Show all posts

KAMBING YANG ADA ILMU SIHIR

Ingatkan manusia jer suka amalkan ilmu2 sihir rupanya kambing pun ada. Nak seram ke nak gelak pun tak tahu la. gamaknya macam mana kambing tu gunakan ilmu sihir dia yer? Adakah dia guna untuk menyihir manusia ataupun kambing? hahahaha... terkeluar kewarasan sekejab nak fikir.


Ok ok.. dari memasing semua jadi macam kena sihir meh la aku cerita pasal kambing penyihir ni. Jangan risau takde kat Malaysia sebab rasanya orang Malaysia ketaksuban mereka terhadap kepercayaan karut ni masih boleh di bendung tapi ni kat Nigeria sana. Seekor kambing telah di tangkap & di percayai ia adalah seorang manusia yang menyerupai kambing untuk membuat rompakkan bersiri. Bukan jer penduduk setempat percaya perkara tu malah polis jugak. Kambing tu di tangkap & di tempatkan di penjara.

Ok boleh gelak ramai - ramai sambil tepuk kepala lutut. Aduhai.. manusia punya angkara kambing di kambing hitamkan. tak tau la sapa create story manusia menjelma sebagai kambing untuk merompak. Kesian kambing tak pepasal kena penjara. Masa dalam penjara gamaknya apa dia buat? hahahaha

Moral of the story.. orang yang taksub tak mustahil boleh jadi bodoh sebodohnya jadi belajar guna akal untuk berfikir sebelum percaya sesuatu yang khabar tu.

Sumber : Kisah Haiwan Yang Pernah Ditahan Dan Dipenjara

KAFE DALAM KANDANG KAMBING

Buka cafe berkonsepkan bilik tidur, jamban, bagai tu orang kata tak rare sangat dah.. Tapi bukan cafe ala2 kandang kambing dengan kambing hidup di lepas bebas berkeliaran dalam kafe korang rasa rare tak? Agak ada kelainan kat situ...

Kalau nak cari kat Malaysia memang tak jumpa la cafe kambing biri biri ni... Sebab cafe ni cuma ada kat korea. Kambing pun rasanya bukan kambing tak mandi yang bau kambing.. Tengok putih bersih jer kambing2 nya. Rasa macam makan kat ladang ternakan kambing pulak kan?

Untuk membaca artikel pasal cafe ni boleh baca kat Ladylista

Macam2 idea manusia ni nak bagi nampak kelaian untuk tarik perhatian orang datang. Gamaknya kambing2 tu tak kacau ke makanan dalam pinggan orang? Ke kambing tu ada ruang khas depa berlegar dalam cafe tu? tak sure la pulak sebab aku baca artikel ringkas kat Ladylista jer. Apapun cafe ni memang unik & rare.


SEDEKAH DAGING KORBAN KEPADA BUKAN ISLAM

Esok dah nak sambut raya korban atau kita selalu panggil raya haji. Nampaknya ramai dah sampai kampung & masih ramai jugak baru memulakan perjalanan & tak kurang masih ramai yang takde plan apa2 lagi macam aku. Hahahahaha... Besa la..

Sumber google

Ok bila dah menjelang raya korban ramai yang buat korban. Soal nak bagi siapa daging korban tu dah tak jadi tanda tanya sebab semua dah tahu siapa berhak & layak menerima daging korban tu tapi mesti ramai yang tak pernah tahu bolehkah daging korban di sedekah atau di beri kepada yang bukan Islam. Maybe selama ni kita tak terfikir persoalan tu.. dengan isu ni akan buat kita fikir & ambil tahu.


Untuk artikel penuh sila clik UTUSAN ONLINE

Islam tu bukan agama yang kejam ye dak?? Dalam keadaan tertentu di bolehkan jugak apa yang tak boleh tu tapi untuk kebaikkan la. Macam daging korban ni kalau yang bukan Islam tu memang memerlukan sangat, di bolehkan jugak kita sedekahka daging korban tu.

Moga dengan perkongsian yang sedikit ni memberi manafaat pada semua yang membaca. Aku bukan bijak pandai atau alim ulamak.. Aku manusia yang masih jahil & perlu banyak belajar. Perkongsian ni bukan berlagak pandai.. sekadar menyebarkan apa yang baik untuk semua.

Di kesempatan ni aku nak ucap selamat hari raya.. andai terkasar bahasa dalam penulisan yang buat hati sesapa terluka mohon ampun & maaf.


MAKCIK TAKUT LEMBU KORBAN TAK KENAL DIA KAT PADANG MASYAR

Betul ke boleh berlaku kes haiwan yang kita korbankan tak kenal kita kat padang masyar? Wajib ke kita kena berkenal kenalan dulu dengan haiwan yang bakal kita korban tu? Bunyi macam kelakar kan?? Tapi memang berlaku tau..

Tak tau la den nak gelak ke nangis bila terbaca cerita pendek pasal sorang makcik ni yang katanya lama tercangak depan lembu yang bakal di korbankan esok. Bila di tanya seorang hamba Allah ni kenapa makcik lama dok tenung lembu tu jawabnya... Korang baca sendiri cerita & jawapan makcik ni kat bawah..

Sumber Fb Ustaz Kazim Elias

Kan?? Tak baik tau percaya benda2 yang karut marut ni. Tak pasal2 termelakukan perkara yang khurafat. Sapa la yang ajar makcik ni berkenalan dengan lembu korban supaya dia kenal tuan korbannya di padang masyar.. Aduhai makcik. Takpe la makcik.. semua orang buat silap. At least dari kesilapan kita belajar & dari kesilapan kita mungkin orang lain pun boleh belajar juga.

Apapun selamat hari raya korban maaf zahir & batin. Jangan anda terkorban dalam keghairahan menyambut raya sudah la yer.

** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com