Showing posts with label saleem. Show all posts

ANAK TAK BOLEH GUNA NAMA BAPAK, NAK GUNA KENA BAYAR ROYALTI

ANAK TAK BOLEH GUNA NAMA BAPAK, NAK GUNA KENA BAYAR ROYALTI. Kecoh minggu ni kontroversi pasal seorang penyanyi Otai yang memang di kenali ramai. Mula2 tengok melodi den ingat sapa la kan.. Yang di dok marah sangat katanya tumpang populariti nama dia untuk jual album. Budak tu kira retis baru la..


Bila dok kecoh sangat sampai jadi viral video wife kepada penyanyi Otai tersebut dok bising bising tak puas hati baru den tahu.. Rupanya retis baru yang di maksudkan abang bomba yang pernah jadi viral suara dia nyanyi ala2 penyanyi Otai ni. Rupanya dah ada album.. Tertinggal MRT sungguh den kan?Almaklum la jarang guna transport awam hehehehe

Maka tahulah la den.. Rupanya Abang bomba yang dah jadi abang retis baru tu anak kepada Penyanyi Otai ni.. erkk rasanya haritu dah tahu cuma tak tau dia dah jadi retis je. Tapi kontroversi ni memang pelik.. Sebab yang dia guna nama bapak dia tapi bapak dia macam tak puas hati dengan anak dia baru nak naik tu. Anak kot bang.. Rilex sudah. Even ada masalah keluarga rasanya tak perlu jadi isu benda ni. Macam membuka pekung di dada. Kot mana pun dia anak kau bang. Patutnya hal anak beranak ni settle secara tertutup jangan guna media. Benda tu aib keluarga.

Ramai je retis yang anak dia ikut jejak langkah mak bapak dia.. Takde isu nak guna nama bapak kena bayar royalti bagai walaupun ibu bapa mereka dah berpisah & anak tu di besarkan ibu yang bukan retis. Dah nama pun bapak memang kemana mana pun anak kau akan bawa nama kau.. Cuma masa talkin je anak kau di bin/binti dengan nama mak. Tapi selagi dok ada nafas kat dunia ni memang nama bapak la di bawa kemana mana pun.

Terkejut juga bila pihak si bapak boleh besarkan isu ni kat media.. memang tak berapa bijak tindakkan macam tu. Benda tu bagi impak negatif pada imej kau bang sebagai Otai dalam Industri hiburan tanahair. Dah la bang.. nasihat saya, ikhlaskan untuk anak abang tu yer. Apa kata try duduk semeja minum kopi secawan dua bawa berbincang anak beranak. Kot mana pun darah daging sendiri juga. Mungkin ada penyelesaian yang terbaik boleh menguntungkan kedua belah pihak.

Moral of the story...  Air di cincang takkan putus. Hope si anak beralah datang jumpa bapak, minta maaf & lupakan kisah lama. Manatau cara tu si bapak pun lembut hati. Untuk si bapak.. Dah masuk umur umur otai, tak lama pun kita nak menongkat langit ni bang. Rezeki Allah ni maha luas. Seluas bumi yang Dia ciptakan.. Abang ada nama & jenama abang sendiri dalam industri tak perlu risau dengan budak budak baru nak up. Lagi2 anak sendiri.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com