Dalam kita dok bergelak bila dengar panggilan hangit kat hotfm tanpa kita sedar kadang2 orang tu termalu dengan prank yang orang lain kenakan pada dia tanpa kerelaan dia untuk tontonan & pendengaran umum. Sebab yang kena tu orang.. yang dengar & rasa lawak tu kita, so kita rasa benda tu small matter. Takde apa yang memalukan & mengaibkan pun.
Tu kita... pada orang yang terkena belum tentu dia pun rasa lawak, betul tak?? Tak semua orang suka di ketawakan. Mungkin lawak bagi kita aib bagi dia ye dak?? Bila terbaca status dari Dr Maza kat Fb page beliau.. baru aku terfikir pasal ni. Macam panggilan hangit cikgu Izzuddin tu. Aku dengar pun gelak berdekah2.. Tapi cikgu Izzuddin pasti rasa malu yang teramat sampai dia tak benarkan lagi clip tu di sebarkan.
Sumber Fb Dr Maza
Rasanya pihak hotfm kena kaji semula la segmen tu. Sebab makin lama rasanya prank dorang tu makin melampau. So tak relevan sangat nak teruskan.. atau cuba cari solution lain untuk buat segmen tu tak melampau sangat memalukan orang. Kita yang dengar maybe rasa enjoy orang yang terkena belum tentu enjoy di kenakan, ye dak?? so, kadang2 kita kena letak diri kita kat tempat orang. Cuba bayangkan korang kat tempat cikgu Izzuddin yang cakap macam tu.. Apa perasaan korang bila kawan2 korang dengar kemudian jadi bahan lawak? Saya nak buka baju... hati seorang pengantin.. Korang rasa lawak ke kalau korang yang kena? Tak sangat la bagi orang yang terkena.. tapi bagi orang dengar, aku akui memang lawak giler sampai banyak kali aku dengar pun aku gelak.
Moral of panggilan hangit story.. Buat lawak berpada pada.. Jangan dari lawak jadi bala. Sebab tak semua lawak berakhir dengan gelak. Penerimaan orang jugak tak sama.. tak nafikan ada yang ok rasa perkara tu small matter sekadar menceriakan keadaan tapi tak semua rasa benda tu benda remeh. Yelah.. nama pun manusia kan?? Renung2 kan.. selamat berfikir. Salam Jumaat.