Tadi ada buat entri pasal budak sekolah pakai tudung shawls sebagai tudung sekolah kan tiba - tiba sang lekit teringat pula pasal etika pemakaian masa zaman sang lekit sekolah dulu. walaupun dengan uniform sekolah tetap nak melaram, akibatnya melanggar etika pemakaian uniform sekolah.
Carian google. Sekadar hiasan
Zaman sang lekit sekolah dulu.. kalau budak perempuan melayu/islam wajib berbaju kurung & bertudung. Tak boleh tidak. WAJIB. Tapi zaman tu zaman pakai kain sapu lantai. Korang tau kan macam mana gayanya. Hujung kain sampai hitam jadinya dok menyapu lantai. Tudung pula ala - ala tudung shawls yang singkat sekarang la. Hanya tutup leher jer.. Jenis kain pula yang licin & nipis sampai boleh nampak la warna & corak bra. Tu gaya melaram di kalangan pelajar perempuan Islam. **
Bukan semua tapi segelintir sahaja yang nakal - nakal**
Yang bukan Islam pula.. Biasa la Pinafore la. Tapi etika pemakaian Pinafore mesti hingga paras lutut tak boleh pendek. Tapi kebanyakkan pelajar bukan islam ni yang nakal - nakal akan tempah uniform dorang dengan kependekkan paras peha jer. Kira atas pada lutut la. Sama la dengan pelajar melayu.. Untuk melaram. Beza pelajar Islam panjangkan kain sampai jadi penyapu lantai yang bukan Islam pendekkan skrit macam kat sekolah hari - hari banjir melanda.
Fesyen melaram budak lelaki taknak sentuh, biar
Nyah Zulfikar je kopek pasal isu tu. kekekeke. Ok.. bila time spot check, yang melanggar etika pemakaian di sekolah ni dah tentu jadi sasaran untuk tindakkan disiplin. Tak tahu nak setuju ke tak denda yang di kenakan cikgu kat sekolah sang lekit ni.. Untuk pelajar Islam.. kain akan di potong sampai pendek. Nampak la compang camping kain yg di gunting tu. Yang Bukan islam pun kena potong jugak skrit dorang. Bertambah pendek la. Rasa macam tak relevan pulak hukuman tu. Lebih kepada merosakkan baju sekolah. Yelah.. bukan semua pelajar nakal tu kaya - kaya. Kadang2 nakal melaram jer.. Yang lain ok. Ada yang Baju sekolah pula setahun sekali jer tukar. Memang la tujuan hukuman tu untuk buat dorang serik tapi rasa kurang sesuai pula. Kan??
Pendapat korang sang lekit tak tahu la.. Tapi pendapat sang lekit rasanya gunakan pendekatan & kaedah lain kot dari merosakkan pakaian sekolah pelajar ni. Ini cuma pandangan peribadi jer.. Harap cikgu2 yang baca tak sentap.
P/S : Walau pernah tengok kawan - kawan kena (termasuk pelajar lelaki kena potong seluar) tapi sang lekit tak pernah kena pun. Mungkin dari segi etika pemakaian lulus kot. kekekeke