Showing posts with label lipas. Show all posts

LERY NATURAL INSECT REPELLENT, RACUN SERANGGA YANG SELAMAT DI GUNAKAN PADA PERKAKAS DAPUR, POKOK & KANAK KANAK

LERY NATURAL INSECT REPELLENT, RACUN SERANGGA YANG SELAMAT DI GUNAKAN PADA PERKAKAS DAPUR, POKOK & KANAK KANAK. Kat kawasan rumah saya ni memang kawasan denggi ok! Tapi semenjak tinggal kat sini saya tak pernah kena denggi lagi tapi pernah kena demam chikungunya. Seksa beb kena.. Pembawa dia nyamuk juga. Simtom dia lebih kurang macam denggi tapi dia akan demam secara mengejut. 2 minggu juga la sementara nak ok. Memang kalau ada pilihan.. Tak sanggup dah nak hadapi demam chikungunya ni.

Dibuat dari pati serai wangi yang diadunkan khas dengan ciri-ciri keselamatan untuk digunakan oleh setiap peringkat umur

Serangga macam nyamuk ni memang pembawa penyakit paling pantas. Sebab tu untuk mengelak atau membasmi penyakit yang di bawa oleh serangga macam nyamuk, lalat, lipas & tikus kita kena titik beratkan kebersihan di sekeliling kita. Tapi tu la.. kalau kita je jaga, orang sekeliling tak jaga susah jugak. tetap terdedah kepada penyakit yang di bawa oleh serangga ni.

Nak tak nak kita kena juga cari pelindungan.. Tak payah la sampai pindah rumah. Boleh je di atasi masalah serangga atau haiwan pembawa penyakit ni guna produk produk racun serangga. Cuma tu la.. Bukan semua racun serangga ni elok untuk kesihatan manusia. Ada yang mempunyai bahan kimia yang kurang sesuai untuk di gunakan kat rumah terutama bagi mereka yang ada anak kecil.

Tapi ada je produk natural macam Lery Natural Insect Repellent yang berasaskan serai wangi. Secara tradisional bau serai wangi ni memang boleh menghalau serangga macam nyamuk, lalat & lipas. Tapi produk Lery Natural Insect Repellent ni special sikit sebab boleh di gunakan dengan mesin aromaterapi & boleh mengantikan racun serangga (aerosol) untuk menghalau serangga & haiwan seperti lalat, nyamuk, lipas & tikus.

Mesin Aromaterapi untuk rumah, pejabat dan ruangan yang
kecil yang boleh digunakan dengan LERY Natural Insect Repellent

Selain tu produk ni juga mampu menghilangkan bau hapak di samping mampu membunuh bakteria dalam ruang udara yang menjadi penyebab bau hapak & busuk.

Paling penting produk Lery Natural Insect Repellent di jamin selamat untuk bayi & kanak kanak. Untuk tumbuh tumbuhan, makanan & minuman pun tak ada masalah. Mana tau nak sembur kat pokok yang di serang serangga perosak ke. Pun boleh Insya Allah...

Humidifier Machine yang boleh digunakan dengan LERY Natural Insect Repellent untuk kapasiti ruang 4000sf.

Antara KEBAIKAN produk LERY NATURAL INSECT REPELLENT (SERAI WANGI):

mampu menghalau serangga seperti nyamuk, lipas, tikus, pepijat, anai2, cacing halus, lipan, tikus, cicak, kelawar, lalat, semut, fruit flies & sebagainya

menggantikan aerosol untuk menghalau nyamuk terutama nyamuk aedes. Yang penting kalau kawasan banyak nyamuk tu mampu menghalau nyamuk & kesihatan seisi keluarga lebih terjamin

mampu mengurangkan bau hapak bilik, ball room, gym, locker room, bilik karaoke & banyak lagi

mampu menghilangkan bau busuk dan pepijat / hama dari permaidani atau lantai getah

mampu menghalau serangga dari tanam tanaman anda

mampu untuk mengatasi masalah kurap pada badan kucing

mampu menenangkan anjing yang liar atau suka melalak

mampu dijadikan sebagai sumber aromaterapi untuk spa atau bilik, pejabat dan sebagainya

mampu menghalau lipas halus yang suka masuk ke dalam kabinet dapur atau tempat simpanan makanan

KEBAIKAN TAMBAHAN YANG PRODUK LERY NATURAL INSECT REPELLENT

►Selamat untuk bayi dan kanak2 terutama yang mempunyai masalah alergi kulit yang serious seperti G6PD

►selamat di gunakan pada pokok dan tanam tanaman

►selamat di gunakan pada pinggan mangkuk, makanan dan minuman (boleh disembur ke dalam kabinet dapur)

►Tidak mengandungi alkohol

►tidak mempunyai bahan kimia

►Berasaskan air

►tidak mengandungi DEET

CARA PENGGUNAAN

♣ boleh disembur secara terus ke tempat yang menjadi sarang dan yang menjadi laluan serangga (tidak perlu lap di kawasan yang di sembur)

♣ digalakkan untuk sembur sebanyak 2 kali sehari selama 3 hari berturut turut (bagi penggunaan yang pertama kali) disusuli setiap 2 hari sekali

♣ boleh digunakan (dimasukkan kedalam ) aromaterapi / humidifier machine untuk menghilangkan bau busuk atau hapak bilik, menghalau fruit flies, nyamuk dan sebagainya

♣ boleh disembur terus ke badan kucing yang menghadapi masalah kurap

♣ boleh disembur terus ke muka anjing yang liar (to calm barking dogs)

♣ boleh disembur terus ke badan untuk menghalang dari gigitan nyamuk

♣ boleh dituangkan (2 cawan) ke dalam toilet flush jika anda menghadapi masalah tikus yang keluar dari mangkuk tandas

Pengusaha Homestay, hotel, challet, Restoran, tadika, Nursery, GLCS & premis2 perniagaan atau syarikat2 swasta memang di galakkan untuk guna produk ni bagi mengelakkan di datangi serangga perosak & haiwan pembawa penyakit. Bukan untuk kegunaan individu atau di rumah sahaja.

Jangan risau produk ni mempunyai sijil MSDS dari Melaka Biotech Corporation Berhad.

Harga untuk 1 unit Lery Insect Repellent Hanya RM19.90 (500ml)

Sekiranya berminat untuk dapatkan produk LERY NATURAL INSECT REPELLENT boleh hubungi

Website: www.lery.com.my
Customers Hotline: 016 6449105
Facebook : lery888
Instagram : lery_group

CARA MUDAH ELAK DENGGI,ZIKA & SERANGGA PEMBAWA PENYAKIT DENGAN PRODUK LERY GROUP

CARA MUDAH ELAK DENGGI,ZIKA & SERANGGA PEMBAWA PENYAKIT DENGAN PRODUK LERY GROUP. Disebabkan persekitaran yang tak bersih & semakin tak sihat.. Berlaku bermacam macam jenis wabak & penyakit melanda umat akhir zaman ni. Kadang2 di sebabkan sikap tidak bertanggungjawab orang lain pun kita jadi mangsa. Contoh macam Demam Denggi & penyakit Zika ni.. Ia di sebabkan oleh nyamuk Aedes. Nak mencegah perkara ni kena jaga kebersihan di kawasan tempat tinggal kita & semua tempat la. Kalau kita je cuba untuk jaga kebersihan tapi orang lain tidak jaga pun.. Tak membantu untuk mencegah perkara ni berlaku.


Jadi sebab kita tak boleh nak ubah sikap & mentaliti sesetengah manusia ni jadi terpaksa kita ambil langkah pencegahan secara individu untuk protect diri sendiri & ahli keluarga kita. Selain menjaga kebersihan di kawasan tempat kita tinggal.

Kita sedia maklum,, racun serangga yang banyak di jual di pasaran mempunyai kimia yang tinggi yang boleh memudaratkan kesihatan manusia terutama kanak kanak. Kalau terbau pun kita rasa pening.. Apatah lagi anak anak kecil kita yang antibodi pun belum kuat sepenuhnya. Jadi sangat penting memilih produk yang selamat untuk manusia terutama kanak kanak bagi memastikan tidak memberi kesan kepada kesihatan kita atau orang lain.

Kat sini aku nak perkenalkan satu produk yang selamat untuk kegunaan seisi keluarga. Bukan saja boleh di gunakan di rumah malah di mana sahaja tempat yang di perlukan. Produk LERY GROUP berasaskan minyak pati serai wangi yang tiada bahan kimia, tiada kandungungan Deet, tiada alkohol & yang penting ia selamat untuk kanak kanak. memang produk macam ni menjadi keperluan pada setiap rumah sebab serai wangi ni berfungsi untuk 

# serai wangi adalah merupakan agen pembersih yang semulajadi untuk membunuh bakteria.
# serai wangi mampu mengatasi masalah bau yang kurang menyenangkan.
# serai wangi adalah merupakan agen anti fungus.
# serai wangi adalah merupakan agen penghalau serangga seperti lalat, cicak, semut, lipas, tikus, pepijat, agas-agas dan sebagainya.
# serai wangi merupakan agen penghalau nyamuk terutama aedes dan zika.
# serai wangi mampu menjadikan kulit menjadi lebih lembut dan lembab.

Produk Lery Group ni terdiri daripada

1. 2 in 1 Multipurpose Cleaner – 1 Liter : RM 16.90, 500ml (Semburan): RM9.00 & 10 Liter: RM169.00. Berfungsi sebagai..

# 80% agen penghalau serangga seperti lipas, semut, cicak, lalat, lipan, tikus dan sebagainya.
# Dapat mengurangkan bau hapak pada sofa, karpet, tilam dan bantal.
# Dapat membunuh pepijat pada tilam, bantal, sofa dan karpet.
# Dapat membersihkan sebarang permukaan seperti lantai, kabinet, meja dan sebagainya.
# Dapat menghilangkan kotoran degil seperti kotoran yang bergetah dan gris.
# Dapat menghilangakan kotoran degil pada pakaian.



Cara Penggunaan:

1. Hanya perlu campurkan 2 penutup sukatan 2 in 1 Multipurpose Cleaner dengan setengah air baldi (bagi 1 botol 1 liter atau 10 liter) dan mop.
2. Untuk masalah serangga serius, para pelanggan perlu mengemop sebanyak 2 kali sehari untuk 3 hari berturut-turut.
3. Untuk tujuan mencuci lantai, tandas dan sebagainya, hanya semburkan sedikit mengikut anggaran masing-masing, kemudian sental dan bilas.
4. Untuk tujuan mengelap sebarang permukaan seperti meja, cermin, tingkap dan sebagainya, hanya semburkan 2 in 1 Multipurpose Cleaner dan lap. Tidak perlu bilas sebagainya, hanya semburkan 2 in 1 Multipurpose Cleaner dan biarkan. Semburan perlu dilakukan 2 kali setiap hari untuk 3 hari berturut-turut.

2. Insect Repellent – 55 ml : RM 7.90, 1 liter: RM 30.00, 500ml: RM 15.00 & 10 Liter : RM300.00. Berfungsi sebagai..

# 100% bertindak sebagai agen penghalau serangga dan tikus (terutama masalah serangga yang serius)
# Bertindak sebagai pengganti kepada AEROSOL yang TIDAK merbahaya kepada kanak-kanak.
# Bertindak sebagai 100% agen untuk mencegah dan menghilangkan bau bilik yang hapak.
Bertindak sebagai aromaterapi yang berfungsi melegakan tekanan emosi dan membunuh bakteria di dalam udara.
# Bertindak sebagai penghalau semut dan serangga yang lain pada tumbuh-tumbuhan .
100% dapat membunuh anai-anai.



Cara Penggunaan:
Hanya semburkan Insect Repellent pada bahagian yang diinginkan. TIDAK PERLU dilap.
Untuk masalah serangga yang serius semburkan 2 kali setiap hari untuk 3 hari berturut-turut.
Untuk masalah bilik yang berbau hapak, campurkan Insect Repellent dengan sedikit air (mengikut anggaran masing-masing dan keluasan bilik) ke dalam mesin aromaterapi dan pasangkan untuk setiap 1/2 jam (mengikut tahap masalah bau hapak tersebut).
Untuk mengelakkan dari serangga pada tumbuh-tumbuhan, hanya semburkan Insect Repellent pada tumbuh-tumbuhan dan biarkan.

3. Citronella Shower Gel Anti Aedes & Zika 500ml : RM 16.90. Ia berfungsi untuk..
# Bertindak sebagai gel mandian yang mencegah dari terkena gigitan nyamuk Aedes dan Zika.
# Melembutkan kulit.
# Menyegarkan badan.
# Air bilasan mandian yang mengalir ke saluran paip dapat menghalau serangga-serangga yang berada di dalamnya seperti lipan, cacing halus dan semut.
# Mengharumkan bilik mandi.
# Dapat membunuh bakteria pada kulit.
# Dapat dijadikan sebagai losyen bagi mencegah gigitan nyamuk terutama apabila menyertai aktiviti perkhemahan dan merentas desa.


Cara Penggunaan:
Letakkan sedikit Citronella Shower Gel Anti Aedes dan Zika pada tapak tangan dan campurkan sedikit air dan lumurkan pada badan serta bilas.
Bagi penggunaan losyen, hanya lumurkan sedikit pada lengan dan kaki atau leher sebelum memulakan aktiviti perkhemahan dan merentas desa.

4. Moisturizing Hand Wash : RM 15.90. Berfungsi untuk..

# Dapat membunuh bakteria pada tangan.
# Dapat melembutkan tangan.
# Air bilasan tangan yang mengalir ke dalam saluran paip dapat membunuh serangga di dalamnya.


Cara Penggunaan:
Letakkan sedikit cecair pencuci tangan pada tapak tangan, gosok dan bilas.

Jugak terdapat set Combo.. 

Kombo Kembara (Citronella Shower Gel Anti Aedes & Zika 100ml, Moisturizing Hand Wash 100 ml dan Insect Repellent 55ml): RM 29.00

Senang untuk di bawa travel ke mana mana dengan set kombo kembara ni.

Sebelum ada yang bertanya meh sini nak bagitau kat mana korang boleh beli produk Lerry Group ni. Produk ni Boleh di dapati di 

* Lazada Malaysia
* GJ Mart AU2 Keramat
* Pasaraya As Syakirin Melawati
* Suri Halal Mart, Ukay Perdana

Jangan risau pada awal tahun 2017 nanti Produk Lerry group akan di perluaskan lagi pasarannya di pasaran runcit, rangkaian hypermarket di malaysia untuk memudahkan pengguna mendapatkan produk produk ni.

Jadi pada mereka yang tinggal di kawasan di isytihar sebagai 'Zon Aedes' atau zika Memang patut guna produk dari Lerry Group Sdn Bhd ni. Bagi yang rasa masih berada di zon selamat pun jangan rasa selamat sangat OK.. Kalaupun bebas Aedes & Zika.. Kalau rumah banyak cicak, lipas, semut bagai pun nampak kotor jugak. Jadi cegah sebelum serangga tu berumahtangga dalam rumah korang tanpa rasa bersalah. Jangan sampai dah sakit baru nak cari penyelesaian.. Sebaiknya cegah sebelum parah.

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh hubungi..

LAMAN WEB LERY GROUP
LAMAN FACEBOOK LERY GROUP
LAMAN INSTAGRAM LERY GROUP

LERY GROUP SDN. BHD.
SC-SG-24, JALAN UP1/1D
SPRING VILLA , UKAY PERDANA
68000 AMPANG, SELANGOR DARUL EHSAN
MALAYSIA.

HOTLINE:
+6016 644 9105

CUSTOMER CARE HOTLINE:
+6019 296 9756

BERITA GELI GELEMAN BUAT PENGGEMAR RESTORAN MAMAK

Dari dulu lagi ramai yang pertikai tahap kebersihan restoran mamak ni. Tapi keluar la apapun pendedahan tentang tahap kotor restoran mamak ni tetap restoran mamak menjadi tumpuan rakyat malaysia tak kira bangsa atau agama even status halal sesetengah restoran mamak ni memang meragukan.

Tadi terbaca kat sinar harian.. satu restoran mamak kat Bayan Lepas pulau pinang yang di serbu. Tukang masak just pakai singlet dengan kain pelekat yang di senteng sampai pendek kemudian tepung yang nak buat roti canai dok sebelah toilet jer..Ditambah lagi cerita geli bila stok tepung dan gula dalam restoran itu, adai lipas dan pelbagai jenis serangga.Bayangkan la mereka2 yang menjamah dengan lazat roti canai tu tiap2 hari.. Berkembang mekar tekak den bila fikir Uolls..

Sumber Sinar Harian

Tu apa yang penguatkuasa nampak.. yang tak nampak dia buat apa masa masak.. Hanya Allah je yang tahu kan?? Sebab tu la den & asben den ni tak gemar sangat restoran mamak kecuali la darurat sangat & itu saja pilihan yang ada kan. Kalau sesaja nak pi makan kat restoran mamak tu, kirim salam je la Uolls. Kadang2 ada restoran mamak tu tukang buat roti canai dia siap bercincin bagai. Kenapa geli dengan cincin?? Gila tak geli.. ntah apa2 melekat celah cincin tu kemudian dia uli2 tepung.. penyet2 tepung.. tebar2 tepung. Tapi kalau ada yang rasa benda tu small matter.. it's up to you bebeh!! Sila la bismilillah sebelum makan.. kekekekeke
Sumber Sinar Harian

Bukan la nak pukul rata semua restoran mamak ni jenis abaikan kebersihan tapi kebanyakkan macam tu la. Kadang2 pekerja dorang tu pun bukan muslim.. tokei restoran tu pun kadang2 bukan muslim. Itu kenyataan bukan tuduhan. Sememangnya wujud perkara macam tu, hokay! Jadi pada penggemar2 restoran mamak ni kan.. kalau boleh selected la sikit restoran mamak yang korang nak lepak minum2 & makan2. Geli aihh.. kalau tetiba pi dapur depa tengok dah sama level dengan sarang tikus.. ntah2 tikus memang bersarang kat situ.


** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE


BIHUN SUP LIPAS

Lega rasanya dapat update entri dari pc tua kesayangan hamba ni. Haritu dia koma masalah power supply, dah di bersihkan power supply dia kembali ceria.. Tup.. tup.. bateri kat motherboard pula hilang kuasanya & kurang bertenaga. Nak bagi minum jus Tok Guru kang arwah pulak.. maka terpaksa la di tukar baterinya. Nasib baik ada sikit ilmu pasal pc ni jadi tak perlu la nak hantar servis kat orang lain. Sang Lekit cuma kesan kerosakkan, yang tukang betulkan (alah tukar bateri je) encik asben kita la. Biasala pc tua.. dah masuk warga emas ni macam2 la penyakit sengal yang datang tapi alhamdulillah dia masih mampu berjasa dengan tuannya. Tua pun tua la selagi kau hidup selagi tu kau kena berkhidmat, kan??

Ni alkisah pasal bihun sup lipas. Korang pernah makan bihun sup lipas?? Mesti ada yang loya2 bila terbayang bihun sup lipas tu kan?? Mana nak dapat bihun sup lipas?? Kisah ni adalah kisah kesinambungan balik dari tesco. Memandangkan dah midnite, kitorang malas dah nak singgah makan. Kalau berdua je takpe la ni ber baby kan lala susah sikit. Asben sang lekit cadangkan order je kat restoran dekat rumah sang lekit ni sebab ada delivery. memang selalu jugak kita order kat situ kalau tengah2 malam rasa nak makan. Tapi kedegilan seorang isteri nak jugak beli siap2 tak payah nak tunggu order sampai balik rumah terus makan je membawa padah.

Mula2 takde niat pun nak makan bihun sup tapi dah asben kita singgah kat restoran yang dia selalu bungkusan bihun sup kegemaran kita tu maka auto rasa nak makan bihun sup ayam. Bihun sup ayam dia bagi sang lekit antara yang tersedap jugak la. Maka di bungkusnya bihun sup ayam, balik la sekeluarga itu. Si suami nak makan frozen food yang di shoppingnya kat tesco, si isteri pula tak sabar2 nak jamah bihun sup yang di beli. Dah siap di mangkuk hayunkan bihun sup tu.. apa lagi sesi suap kemulut sendiri la. Baru dua tiga suapan terperasan ada seekor makhluk yang tak sepatutnya menjadi bahan rencah dalm sup tu terapung2 di permukaan mangkuk. Bila di belek rupanya sekor lipas kanak2 mati lemas dalam sup tu. Loya tokak den di buatnya. Terus di hidangkan dalam tong sampah. Maka itulah kali terakhir daku membeli apa2 makanan pun kat restoran Mat Sup Utara, Damansara damai yang restorannya berdepan dengan balai polis.

Gambar di pinjam kat SINI. sekadar hiasan

Memang hilang kepercayaan daku terhadap tahap kebersihan restoran tu. Mula la ter syak wasangka entah2 sebelum ni dah berekor lipas daku telan masa makan bihun sup tu. Bukan menuduh tapi bila dah jadi macam tu macam2 la hasutan Syaitoon menganggu. Apapun pada pengusaha restoran, tolong la jangan kerana seekor lipas korang hilang pelanggan tetap macam sang lekit ni. Tolongla pastikan tempat memasak, bekas memasak, tempat makan, tandas bagai semua tu bersih tak mengundang makhluk2 seperti tu menjadi rencah dalam masakan anda. Pesanan ni adalah peringatan pada semua yang menjalankan perniagaan makanan terutamanya. Harap maklum.


P/S : Pada yang sudi singgah komen bagai kat blog melekit ni thanks.. Insyaallah pc dah sihat kalau ada kelapangan sang lekit buat lawatan sambil belajar kat blog korang lak yer.


DI UGUT SEBAB LIPAS

Kadang - kadang ada situasi yang memerlukan si isteri jadi penyelamat. Biasanya Serangga tanpa izin dalam rumah macam lipas, cicak ni paling di geruni atau geli oleh perempuan, kan?? Maka suamilah selalu jadi hero dalam rumah untuk menyelamatkan si isteri dari serangga kecil yang mampu buat para isteri/perempuan meremang bulu roma.

Di lahirkan sebagai seorang perempuan yang takde rasa takut, geli atau fobia dengan serangga tanpa izin macam lipas & cicak maka aku tak perlu bantuan en hubby untuk menghalau pendatang tanpa izin dalam rumah. Alah.. benda kecik macam tu sang lekit memang boleh settle sendiri tanpa ada sebarang sound effect (jeritan). Tapi en hubby memang geli dengan serangga tu. Aduhai.. sanggup ugut bini tak nak mandi sebab ada sekor lipas yang dah nazak dalam bilik air. Jarang - jarang dah rumah sang lekit ni nak muncul lipas.. Tapi entah macam mana hari ni sesat pula sekor. Tu pun dah nyawa - nyawa ikan.erkk.. nyawa2 lipas. kekekekeke

Macam ni la keadaan lipas tu dalam bilik kat rumah sang lekit tadi (hasil carian google)

Sang Lekit saja nak suruh dia buang sendiri. Nak atasi kegelian dia pada lipas tu. Tapi dia tetap tak berani nak berhadap makhluk yang berganda kecik dari dia. Maka dengan ini menjadi tugas heroin la pulak.. Lucu jugak. Tapi itulah kuasa Tuhan kan mentakdirkan kami bertemu jodoh. Kalau sang lekit jenis perempuan yang biasanya geli & takut serangga2 macam tu agaknya macam ekk?? Sapa la nak settlekan??

Memandangkan serangga tu kotor & boleh membawa penyakit selalunya malam - malam sang lekit akan sembur ridset dalam toilet & bilik air walau tak nampak pun kemunculan makhluk halus tu. Tu langkah pencegahan awal untuk tidak buat lipas bertandang tanpa di jemput dalam rumah. Dulu memang banyak jugak.. Tapi bila amalkan cara macam tu memang dah berkurang. Dah jarang - jarang nampak tetamu tak di undang melainkan cicak dinding jer. Satu lagi kena rajin2 buang sampah. Sisa makanan juga penyebab makhluk halus tanpa izin berminat untuk mendirikan rumah tangga kat rumah kita.

Setiap pasangan kita tu ada lebih & kurangnya.. En hubby ada kelebihannya sendiri yang boleh buat sang lekit bergantung dengan dia, macam tu juga dengan bini dia. Tak perlu la kita terlalu memandang rendah pada kekurangan milik pasangan kita & merasakan kitalah heroin dalam segala hal sebab hidup berumahtangga ni saling lengkap melengkapi. Kalau pasangan korang pun jenis lemah dengan makhluk2 halus macam hubby sang lekit maka korang kena berani. Lagipun bagi sang lekit bukan perkara pelik.. sebab dulu pun sang lekit ada kawan lelaki yang jenis macam tu. Kalau bab gaduh, bertumbuk & belasah orang macam hero hindustand. 10 lawan 1 pun tak gentar, tapi bila sang lekit kenakan dia letak cicak dalam kotak pensil, 10 round padang sekolah dia lari untuk hilangkan rasa geli pada cicak tu. selagi tak buang, selagi tu dia tak sentuh kotak pensil. Kekekekekekeke

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com