Showing posts with label Mekah. Show all posts

BUAT QURBAN & AKIKAH SECARA ONLINE TAK PERLU MAJLIS

BUAT QURBAN & AKIKAH SECARA ONLINE TAK PERLU MAJLIS. Zaman sekarang teknologi memudahkan banyak perkara. Yang penting cara kita menggunakan teknologi tu. Kalau kita manafaatkan dengan baik maka hasilnya jugak baik. Bukan saja kita boleh membeli belah secara online malah sekarang nak buat ibadah Qurban & Akikah pun dah ada secara online. Manusia zaman maju memang sentiasa sibuk, jadi perkhidmatan macam ni mungkin membantu dari segi masa bagi mereka yang berhajat nak lakukan ibadah Qurban & Akikah.

clik pada gambar banner sekiranya ingin mengetahui maklumat lanjut

Tak lama lagi kita bakal menyambut Aidiladha.. waktu yang ramai akan membuat ibadah Qurban. Inilah masanya menggunakan perkhidmatan secara online untuk melakukan Ibadah Qurban dengan e-qurban. Kenapa perlu membuat ibadah qurban & akikah dengan e-qurban? Selain melaksankan ibadah.. eQurban Resources Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang ditubuhkan untuk membantu menjana ekonomi rakyat setempat seperti di Kemboja dan Indonesia.eQurban dengan kerjasama koperasi setempat mengusahakan ladang ternakan lembu dan kambing. Semua ternakan ini dijaga untuk tempahan Qurban dan Aqiqah oleh umat islam dari seluruh dunia.

Tempahan kambing atau lembu yang dibuat bersama e-qurban akan kami sembelih di lokasi seperti Kemboja, Indonesia atau Mekah (terhad semasa hari raya Aidiladha). Tujuan utama kenapa ianya disembelih di sana adalah disebabkan keadaan ekonomi yang tidak mengizinkan mereka menikmati hidangan daging seperti kita semua di Malaysia. Selain melakukan ibadah kita sekaligus melakukan satu kebajikan kepada saudara seislam & memberi makan kepada fakir miskin yang tidak berkemampuan untuk menikmati daging qurban & akikah.

Semua tempahan akan disahkan oleh pihak admin dalam tempoh 24-48 jam, selepas pengesahan dibuat, anda boleh melihat dalam ruangan arkib tempahan untuk senarai tempahan aktif. Tempahan aqiqah akan diselesaikan dalam tempoh 60 hari manakala tempahan qurban akan diselesaikan semasa musim raya haji.

Harga untuk tempahan bersama eQurban adalah seperti berikut:

1 Ekor Kambing = RM580 seekor
1 Ekor Kambing (Mekah) = RM450 seekor
1 Bahagian Lembu = RM320 satu bahagian.

Tempahan untuk ibadah Qurban dan Aqiqah telah dibuka. Harga adalah seperti berikut:

1 bahagian lembu RM320 / bahagian
1 ekor lembu indonesia RM580 / ekor
1 ekor lembu Mekah RM450 / ekor (stok terhad)

tempahan boleh dibuat terus secara online di E-Qurban

Selain memberi makan kepada fakir miskin, ia jugak menjimatkan masa & tenaga kerana semua di uruskan pihak oleh e-qurban selepas kita membuat pembayaran. Tak perlu bertungkus lumus untuk adakan sebarang persediaan untuk majlis. Sangat sangat memudahkan urusan ibadah qurban & akikah.

ARTIS BOLLYWOOD Aamir KHAN TUNAIKAN HAJI

Sebelum ni memang sang lekit tak pernah dengar mana2 lagi artis bollywood yang mengerjakan ibadah haji tapi sang lekit tak berani cakap Aamir Khan artis pertama buat macam tu. Yelah... mungkin sebelum ni tak perasan mana2 surat khabar tulis pasal artis bollywood yang pergi haji, kan??

Hero filem Bollywood, Aamir Khan dan ibunya, Zeenat Hussain berangkat ke Mekah Jumaat lalu untuk mengerjakan ibadah haji, lapor portal berita India Today semalam.(rujuk kat SINI untuk artikal penuh)

Apa yang best sangat kalau dia pergi haji sampai kau nak up entri ni sang lekit?? Kau gila traffic blog ker?? Gila la jugak.. sebab konsep menulis blog nak ada ramai yang membaca. Jadi setakat gila pengunjung blog tu normal la bagi setiap blogger tapi apa yang sang lekit nak komen momen pasal Aamir Khan pergi haji ni lebih dari itu la..

Ok.. kita sedia maklum kalau artis bollywood ni yang muslim ke non-muslim ke kalau berlakon kena buat semua watak. Kebanyakkan watak2 dorang beragama Hindu walaupun artis tu muslim. Dorang tetap melakonkan adengan menyembah berhala & upacara keagamaan agama lain. Memang dorang tak sensitif & kisah sangat pasal tu, kan??

Aamir Khan yang menemani Mak dia sekaligus membuat ibadah haji tu harap lepas ni kalau berlakon takde lagi ambil watak2 macam tu la. Dah pergi sana, tunaikan ibadah haji, dah mohon keampunan dari Allah atas dosa2 silam.. Harap Allah pun bagi petunjuk & hidayah kepada dia la sekembalinya dia dari mengerjakan ibadah haji tu.

Bila kita tengok filem2 hindustan ni.. yang muslim pun dok berlakon sembah Berhala bagai memang meremang jugak bulu roma atas ketaksuban dorang meraih populariti & kekayaan. Mujur kat Malaysia tak terbuka sampai macam tu sekali Kalau tak.. tak mustahil ada artis yang konon open minded sangat sanggup buat macam tu. Mana kita tahu kan.. sebab tak di bolehkan ia tak berlaku. Cuba di bolehkan macam bollywood sana.. alih2 keluar komen "saya cuma buat kerja & memberi sepenuh komitmen pada kerjaya saya & tak berniat melakukan semua tu sebab nak sakitkan hati mana2 pihak"... betul tak??


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com