Showing posts with label mencarut. Show all posts

BUAT VIDEO MAKI HAMUN & CARUT, LEPAS POPULAR BOLEH BUAT REVIEW BERBAYAR

BUAT VIDEO MAKI HAMUN & CARUT, LEPAS POPULAR BOLEH BUAT REVIEW BERBAYAR. Ramai rasanya kenal dengan farah elmo yang tengah viral sebelum ni. Sebelum ni video dia cakap pasal hantaran 20K pernah jadi viral.. ada yang setuju dengan pendapat dia.. ada yang tidak terutama lelaki ramai jugak la yang mengecam dia.. Aku tak ikuti sangat la farah elmo ni.. just kalau lalu kat news feed aku.. aku tengok jugak la apa isunya..


2 hari lepas viral satu video dia memaki hamun & mencarut dengan perkataan - perkataan lucah dengan tanpa henti.. Tercengang jugak aku. Takde sesaja dia nak mencarut.. Dia mencarut sebab nak membalas komen2 pada live video yang dia buat tu tapi tu la dia tampil dengan imej muslimah bertudung litup.. tetiba buat video maki hamun mencarut macam orang kerasukkan jin tu.. Agak tak berapa nak elok la. Betul la.. kalau orang tak kacau dia.. dia pun tak maki orang cuma tu la tengok gaya dia maki hamun & mencarut ni memang gaya orang dah biasa sebut benda2 macam tu.. Kalau kita yang tak biasa.. kita rasa janggal nak sebut apatah lagi sebut dalam live video yang ramai orang tengah tengok.

Orang yang dok cakap bukan2 kat komen live video dia yang menjadi viral tu aku syak depa saja dok perangat dia ja.. Confirm dia dok maki non stop tu depa gelak pecah perut. Lagi dia maki lagi sakan aku tengok pengomen2 kat live video tu menyakat dia.. Depa buat macam tu sebab depa pandang hang macam badut yang melatah Farah Elmo Ooi.. Apa hang dok maki & carut kat depa sebenarnya depa tak terkesan pun. Depa lagi seronok ada la cheq Ooi.. Sebab kat situ nampak jelas kebodohan & kelemahan hang.

Macam jadi trend benda - benda macam ni kat social media. Buat video yang mengundang kecaman nitezen.. Bila dah jadi viral buat paid review. Termasuk farah Elmo ni jugak. Semua nak populariti untuk mencari sumber pendapatan dengan mudah. Tak payah teruk2 macam kami yang tulis blog ni.. bertahun2 tulis blog untuk buat orang percaya blog kami juga ada pengaruh untuk di bayar menulis review. Tapi tak apa.. aku rasa step kejayaan yang berpanjangan memang melalui kesusahan dulu. Kalau cepat naik.. selalunya cepat la jatuh. Viral ni sekejab jer.. macam cikgu shida dulu.. Nothing pun. Sekarang tak ada sapa pun pedulikan dia dah. Dulu masa dia tengah viral & popular.. memang la ada orang offer berlakon bagai. Tapi sekarang.. kembali kepada rutin biasa dia seorang guru. Kalau ada rupa cantik maybe boleh jadi model atau retis kalau pandai gunakan peluang macam syasya solero tu. Sekarang dah tukar nama budak tu.. Popular kat youtube katanya untuk tutorial kecantikkan. Tapi kalau rupa nan-hado.. ikut nasib jer.

Farah Elmo ni mungkin budak - budak lagi.. Tu yang culture shock kot. Dik.. kalau kau nak jadi orang popular kau kadang2 kena ignore je komen negatif yang sengaja nak provok. Sebab kalau kau berlawan orang yang komen tu maruah & nama baik depa tak terjejas pun yang dapat malu kau je. Macam dalam video kau maki & carut bagai nak rak tu.. Orang cuma highlight & fokus pada kau.. sebab kau ada value sekarang. Orang boleh jual cerita kau. Tak salah pun kau nak buat video bagi pendapat kau sendiri untuk sesuatu isu.. Tapi jangan over sangat dik.. Ni habis semua yang dalam kain kau sebut.. Wow!! Kau memang berani perjudikan maruah diri & maruah keluarga dik!

Nampak trend buat benda bodoh untuk popularkan diri semakin menjadi jadi sebab cara macam tu macam di terima. Bila mereka popular walau dengan cara memalukan macam tu.. Tetap orang masih nak guna khidmat mereka & mereka di bayar so menjadi inspirasi pada orang lain untuk buat perkara yang sama. Sebenarnya kita yang mengangkat & membiakkan golongan macam ni wujud dengan berleluasa. Cuba boikot je jenis manusia tak ada adap atau memperbodohkah diri sendiri untuk popular tak ada la jadi ikutan sangat kan. Mungkin benda tu jadi pengajaran pada orang lain.. Ni lagi berlumba2 agent2, pengasas produk nak guna khidmat depa.

Moral of the story.. Ujian buat mak bapak zaman sekarang termasuk la kita yang ada anak tengah membesar ni. Nak salahkan sebab mak bapak tak pandai didik pun aku rasa tak sampai hati sebab pengaruh sekarang even kau kurung anak dalam rumah pun.. Media social lebih bahaya dari pengaruh orang sekeliling di alam nyata. Cuma berdoa moga Allah melindungi hati anak anak kita dari terpengaruh benda negatif & kita juga kena usaha untuk didik mereka supaya ada rasa malu membuat perkara yang di luar batas adab & budaya. Malu tu je la benteng sebenarnya dari melakukan benda2 yang tak sepatutnya.

INILAH NAMA TEMPAT YANG ADA UNSUR LUCAH & MENCARUT

INILAH NAMA TEMPAT YANG ADA UNSUR LUCAH & MENCARUT. Nama tempat pun kadang2 bunyi tak senonoh atau ada unsur2 lucah. Yelah.. Orang dulu kadang2 dalam bergurau pun boleh jadi nama padahal idea tu tercetus dari gurauan je. Tapi sebab mungkin agak menarik bagi depa menyebut & ada kaitan dengan kejadian & situasi masa tu.. Bagi mengingati kejadian yang berlaku semasa tempat tu di namakan maka nama tu di gunakan. Yelah.. senang nak ingat sejarah dia nanti. Contoh macam Melaka.. Di ilhamkan dari sepohon pokok Melaka.

Google jumpa pulak gambar ni. Kat Mana yer kampung tetek tu?? hahaha

Dulu nama batang berjuntai selalu jadi bahan gurau lucah kat opis aku. Aku memula dengar nama batang berjuntai takde terfikir benda bukan2 sebab otak aku masa tu mungkin terlalu suci murni kot. Sampai tak terfikir gambaran benda lucah. Tapi bila ada manusia mula membayangkan benda2 lucah dengan nama tu terus aku pun rasa malu nak sebut nama tempat tu. Nasib baik sekarang dah tukar nama dia kepada bestari jaya.

Tapi bukan kat Malaysia je ada nama tempat yang double meaning ni. Kat luar negara lagi terus dia takde double meaning dah.. baca je ejaan nama tempat tu memang confirm kita sebut perkataan mencarut punya. Aku sendiri pun tak pernah tahu ada tempat nama dia FUCKING kat Australia tapi sebutan dia bukan macam ejaan dia yang kita selalu sebut. Tapi sebutan dia bunyi FOOKING tapi tu la kalau orang luar datang kesana confirm sebut dalam bahasa carut punya. Hahahaha. Nama tu katanya di ambil sempena nama orang yang jumpa tempat tu pada 6th century.


Selain Fucking... ada jugak tempat yang nama dia agak malu jugak nak sebut macam Penistone di UK & Dildo kat Canada. Masing2 ada sejarahnya yang tersendiri kenapa ia di namakan macam tu. Macam nama tempat2 pelik kat sabah ni. 

Tapi sekarang penempatan baru di buka macam Taman2 perumahan takde dah nama pelik2. Tak tau la kot ada yang nak letak nama Taman Bontot ke, Kampung kangkang ke di zaman moden ni. Manalah tau nak bagi tempat dia jadi terkenal so kena letak nama yang rare sikit.

Moral of the story.. Tak kira apa yang kita nak namakan.. nama manusia ke atau nama tempat elok la letak nama yang baik2 supaya menjadi doa yang baik bila orang lain menyebutnya.

JOM BELAJAR PERKATAAN MENCARUT KAT SINI

Punya maju teknologi manusia pun turut jadi alien jugak tapi bukan la alien dari planet di angkasaraya sana tapi Planet Rimbaraya.. Planet dalam belantara gitu. Bila muncul alien2 ni maka muncul la jugak perkataan perkataan baru yang depa bawa untuk meng alien kan anak anak muda mahupun anak2 yang tak berapa muda sangat.

Sumber google

Dengar macam Up to date, stylo,catchy,urban & open minded sangat la konon.. Padahal dalam pada masa yang sama nampak murahan sangat para alien2 jadian tak kira alien lelaki atau alien perempuan bila mereka mula memasukkan perkataan2 ni dalam perbualan seharian mereka tak kira di laman sosial atau sembang kat restoran mamak mahupun cyber cafe juga kat tangga2 shopping complex.

Nampaknya budak2 sekarang tak janggal menyebut perkataan2 lucah yang telah di alienkan ejaannya.. tak kira lelaki perempuan.. yang seksi atau bertudung. Yang nampak gud2 mahupun yang nampak noty2. Sampai tanpa segan silu menjadikan perkataan2 mencarut tu sebagai seni kreatif untuk perniagaan.

Adik adik sekalian.. Mungkin ada adik2 yang masih tak tahu apa maksud perkataan Ale Uto, Lanjio & nokharom yang mungkin adik2 ter.. sebut masa sembang santai dengan kawan2. Sebagai akak yang ada blog dengan penuh prihatin maka akak dengan muka yang agak tebal tanpa berbedak ni akak akan jelaskan maksud perkataan2 yang memang popular di gunakan sekarang ni..

Ale Uto Maksudnya kemaluan lelaki iatu kepala B*T*H (Sensor jugak ejaan lucah sangat hahaha)
Lanjio Maksudnya Lanciau iatu dari perkataan bahasa cina yang bermaksud kemaluan lelaki jugak
Nokharom Maksudnya Anak haram

Tiga perkataan ni memang sangat popular sekarang. Sebab ada yang tanya akak.. maka akak buat la entri ni. Moga adik2 yang dah tahu jangan sebut2 lagi yer.. Yang anak dara jangan biasakan diri dok sebut2 kang ter..sebut depan bakal keluarga mertua terus tak jadi berlaki pulak. Selamat belajar yer adik adik.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com