Showing posts with label bazir. Show all posts

MENU YANG ANDA TAK TERFIKIR UNTUK MASAK GUNA LEBIHAN LAUK IKAN SARDIN

MENU YANG ANDA TAK TERFIKIR UNTUK MASAK GUNA LEBIHAN LAUK IKAN SARDIN. Bagi adik adik yang baru belajar memasak tu mungkin ingat ikan sardin dalam tin selain masak dengan sos yang ada dengan ikan sardin, buat sambal sardin atau guna sardin untuk buat sandwich dah tak boleh di pelbagaikan dengan menu lain dah. Tak payah tipikal sangat la menu ikan sardin tu. Sebenarnya ikan sardin ni tak kira apa brand sekalipun boleh di masak dengan pelbagai cara & menu cuma mungkin sebab tak pernah tahu jadi korang masak sardin macam biasa je.

Gambar sekadar hiasan. Sumber Google

Ikan sardin ni sebenarnya boleh buat masak kari, masak lemak, asam pedas. Tu antara menu lauk menggunakan ikan sardin kalau hangpa nak tau! Selain menu lauk ikan sardin tin ni boleh di buat menu untuk minum petang. Menu makanan berkuah macam laksa sardin. Nak buat laksa sardin ni lebih senang berbanding buat kuah laksa guna ikan mentah. Kalau ikan mentah ni kita kena rebus.. asingkan isi & tulang lepas tu nak blender lagi. Tapi kalau guna ikan sardin tin ni just ambil ikan tu lenyekkan dengan sudu & masak kuah laksa tu macam biasa je. Kalau malas tu la cara paling senang buat kuah laksa.

Tadi kebetulan nak kemas peti ais.. ada la semangkuk ikan sardin yang dah masa tak habis makan. Rasanya dua hari lepas kot. Kalau dah nak panaskan makan dengan nasi mustahil la.. Dah takde selera nak telan. Nak buang sayang. Sebab benda tu masih elok. Tak basi atau rosak kat mana mana pun. Nak buat sandwich nampak banyak sangat ikan tu maka.. Terhasilah menu recycle laksa sardin. Walaupun kejadian laksa ni ala kadar je. Bahan pun apa yang ada dalam rumah jer sebab malas nak pergi kedai.. Ok la. Rasa kuah laksa tu still ada & boleh lagi hadap bermangkuk mangkuk katanya. Kalau boleh hadap lebih dari semangkuk tak azab sangat la rasanya walau guna ikan sardin recycle. hehehe

Ni laksa sardin ala kadar je. Timun pun takde. Guna apa yang ada dalam rumah jer. Ok la dari terbuang isi ikan sardin tu kan..
Cara nak masak kuah laksa sardin ni pun senang
Bahan bahan dia
Ikan sardin. Ambil ikan je sos dia tak payah. Kemudian lenyekkan sampai hancur
kisar Bawang besar, bawang putih, cili kering & belacan.
Panaskan minyak & tumis bahan kisar tadi. Agak cili dah masak masukkan ikan sardin
Tambah air. Kalau ada daun kesom masukkan. Kalau tak ada boleh je skip
Masukkan asam keping.
Masak sampai naik bau & masukkan garam secukup rasa. dah siap.

Senang kan? Yang lain2 tu rebus laksa kalau korang guna laksa kering. Bahan ulam ulaman dia timun, daun salad, bawang, cili pada (bagi yang suka pedas) & telur rebus. Yang tu ikut citarasa korang. Setengah rang suka makan laksa kosong je. Ulam ulaman dia skip.

Dari di buang makanan yang elok katanya.. Transformasi kan je la jadi menu yang kita jadi berselera nak makan. Aku minggu ni memang tak selera nak makan nasi jadi sedang elok sangat la masak benda benda macam ni. Esok hari minggu maka bercuti la dapur lekatlekit ku itu. Makan kat luar je... Nak makan kat luar kena jugak tahu kat mana tempat2 makan yang best.

Mungkin sebelum ni korang tak terfikir nak jadikan ikan sardin yang dah korang masak sebagai kuah laksa jadi dengan entri ni moga menjadi inspirasi kepada korang di samping menjadikan kita seorang yang tidak membazir. Rakyat Malaysia antara manusia yang paling banyak buang makanan. So, sila jangan jadi sebahagian dari spesis tu,ok! Kurang populasi spesis suka membazir & tingkatkan kreativiti untuk menghasilkan menu recycle yang sedap.

Moral of the story.. membazir amalam syaiton. Jadi jangan geng dengan syaiton.

KAWEN SIMPLE SEKADAR RARE TAPI TAK TRENDY SAPA NAK IKUT

Zaman laman sosial memang zaman orang suka kagum lepas tu share. Tapi ikutnya tak.. Betul tak? Contohnya.. Bila nak kawen. Kemain ni semua orang pulun share kisah pasangan yang nikah hari yang sepatutnya hanya bertunang. Time tu semua konon2.. Nak buat perkara yang rare macam tu jugak la. Tak payah bazir dengan majlis tunang bagai.. Dah la zaman sekarang bertunang pun nak bersanding atas pelamin. Bukan sikit budget nak bertunang pun.


Tapi... Sayangnya hanya kagum & suka share jer.. Berapa kerat sangat yang sanggup skip2 benda2 yang tak buat pun tak dosa, kalau buat mungkin boleh hilang keberkatan macam pelamin bertunang.. Pelamin bersanding.. booth tu.. booth ni masa majlis kawen. Proop.. goodies bag bagai. Alih2 sampai hari kejadian tetap tak mampu melawan nafsu untuk terjebak dengan trend jugak. Masa sebelum kejadian bila baca kisah kawen orang yang simple & nampak rare.. Dia pun konon pasang angan2 nak buat benda yang sama.. Tapi sekadar angan mat jenin je la.

Bukan la nak kutuk.. Tapi ini realiti yang berlaku di laman sosial. Hanya sekadar Kagum tapi tak memberi apa2 makna pun. Ramai yang tak mampu melawan budaya2 baru yang menyerap masuk kedalam sesebuah majlis yang di raikan oleh orang Islam. Tak kira la apa majlis pun.. ada yang tak pernah di amalkan oleh adat melayu pun sekarang dah ada. Contoh macam baby shower... Padahal baby dok dalam perut lagi. Orang dulu kalau baby dok dalam perut buat majlis lenggang perut jer. Dan sekarang dah makin jadi budaya.. baling bunga pada flower girls pengantin. Paling tak boleh blah buat depan masjid lepas akad nikah.Takut nanti upacara akad nikah pun.. aku terima nikahnya jadi macam.. i do... hikhikhik. Nak sebut kasar sangat jadi pepaham sendiri lah yer.

Apapun tepuk dada tanya selera.. Kalau dah selera barat, sendiri mau ingat. Apa nak di kata, hak memasing kan? hahahaha..

P/S : Betul la dalam kehidupan kita sekarang banyak dah kebaratan.. Tapi dalam beberapa perkara penting & untuk jadi sejarah dalam hidup tu.. tapis2 la sikit. Peace!


BADAN KECIK SELERA BESAR

Rasanya ramai yang hadapi masalah ni?? Boleh di kategori masalah ke? bergantung pada individu jugak. Kalau dia rasa benda tu 1 masalah, maka masalah la jadinya tapi kalau dia rasa benda tu benda yang normal, maka tak jadi masalah.

Carian Google
Sapa yang baca ni jenis size badan S tapi selera makan tripple/double XL?? Salah sorang adalah yang sedang tulis entri ni. Tak di nafikan  sang lekit memang jenis selera makan boleh tahan jugak sekarang ni. Dulu pun pernah hadapi juga benda ni tapi mula2 tu rasa macam segan jugak kalau makan kat luar tapi sekarang ni memang perasaan malu tu dah kurang. Walau size S @ XS tapi selera makan double/tripple XL tak jadi masalah lagi tapi jangan la tak malu sampai orang tengok menakutkan pula kita makan. Biar la orang tengok seronok je kita berselera makan walau badan kecik.

Ada orang sanggup berlapar walau dah makan sebab malu nak makan banyak dekat tempat2 awam ni. Kadang2 sengaja pulak di tinggalkan baki makanan dalam pinggan semata2 taknak orang pandang @ pasangan (bagi orang bercinta la) nampak macam dia makan banyak sangat. bab tinggal baki makanan masa keluar makan dengan couple ni selalu orang perempuan yang suka buat tak kira la badan dia size apapun. Kononnya malu nak makan banyak. Alih2 balik rumah nasi kosong dengan telur goreng tambah kicap jugak di bedal berpinggan2 sebab 1 hari suntuk tahan lapar sebab malu nak makan. Betul tak?? Baik korang mengaku, cepat! Kawan2 sang lekit dulu banyak suka buat perangai macam tu tapi sang lekit ni kurang sikit bab malu masa makan jadi sentiasa la kenyang even masa tu keluar dating pun. kekekekeke

Terfikir sang lekit, kerana malu tak bertempat terpaksa tahan lapar. Rasanya tak berbaloi sangat la nak malu sampai jadi kebulur. Tengok keadaan la nak malu. Tapi jangan sampai tak malu langsung sampai macam peti ais je perut kalau jumpa makan. Lagi tak penuh selagi tu dok isi, kan?? At Least tak nak makan kenyang sangat pun makan la sehingga tak lapar sangat.

Pada kaum perempuan terutamanya.. jangan la korang siksa diri macam tu. Pernah tau sang lekit tengok 1 couple ni mkn kt KFC.. dorang makan snack plate sorang 1 set.. yang si makwe tu badan takde la kecik.. rasanya L jugak la size dia tapi boleh kira berapa cubit ayam tu dia makan, lepas tu tinggal macam tu je. Dari cara dia makan nampak dia macam malu2.. kan membazir. Confirm balik rumah dia kelaparan punya. Tak elok membazir.. kan amalam syaitonnn...


GUNA MAKANAN DALAM PERMAINAN

Pagi semalam sempat tengok rancangan Ewah - Ewah yang bertemakan permainan. Peserta adalah di kalangan artis2 Malaysia. Riuh & meriah rancangan tu sebab pengacara dia Nabil & wahid senario. Memang kecoh la..

Bukan nak cerita pasal kemeriahan, kekecohan atau keriuhan rancangan tu tapi nak kopek pasal isu permainan yang menggunakan makanan. Semua orang tahu idea mencipta rancangan berunsurkan permainan & menggunakan makanan sebagai bahan permainan ni datangnya dari barat dulu. Ye ke?? Ke Jepun?? Mana2 la janji bukan bermula dari Malaysia tapi menjadi ikutan oleh negara2 lain.

Korang rasa sesuai ke main dengan makanan ni?? Bagi sang lekit la macam 1 pembaziran yang terang lagi nyata depan mata. Macam dalam rancangan ewah2 semalam.. pertandingan buat sandwich siapa lebih tinggi dengan pecahkan telur guna sebelah tangan tanpa telur kuning tu pecah dalam mangkuk. Lepas rancangan tu agaknya dorang makan tak sandwich yang comot dorang buat tadi. Rasanya tak makan kot.. Atau telur yang dorang pecahkan berpuluh2 biji tu dorang goreng buat telur dadar tak untuk makan tengahari. Dah tentu tak mungkin, kan??

Jadi di mana destinasi makanan2 tu selepas rancangan tu?? Kalau dah makan tidak, nak framekan buat kenang kenangan pun tak boleh dah sah2 la tong sampah juga yang telan semua benda tu. Kan Membazir? Kat somalia sana orang mati kebuluran tak makan, kita kat sini sampai buat main je benda makan. Menangis orang somalia tengok tau!

Jadi relevankah rancangan yang berunsurkan permainan menggunakan bahan makanan. Lain la pertandingan makan. Dah tentu masuk melalui mulut terus ke perut.

 Carian google


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com