Showing posts with label lala 5 bulan. Show all posts

Ehem.. hem.. BUAT APA TU??

Setiap hari sang lekit tak lepas pandang untuk tengok perkembangan shahila. Apa yang dia sepatutnya kena buat, apa yang dia dah boleh buat & apa yang dia sedang belajar buat. Kadang2 sang lekit biar dia layan diri sorang2 sambil sang lekit perhatikan keletah dia.. nak tahu apa yang shahila dah boleh buat & sedang buat sekarang

kalau main sorang2 shahila selalu buat benda ni sambil mulut dia mengomel & terjerit2 dalam bahasa dia la. Memang bising..

Kebolehan shahila ketika melakukan aksi ni ialah dia boleh masukkan ibu jari kaki dia dalam mulut kalau mummy nampak mummy akan akan.."aip.. buat apa tu??' No.. no.. yer lala. tak elok tu!!

Bila dia rasa bosan berbaring & takde jugak orang layan dia, dia mula buat benda ni.. pun dengan mulut yang bising..

meniarap dengan gaya titanic

Dan bila dia nampak mummy datang (atau dady dia jugak) dia akan jadi excited macam ni.. Dengan maksud...

sila la dukung saya sebelum saya mengamuk. kekekekeke

Dan ini pula aktiviti yang di akan buat tak kira la dia tengah buat apa sekalipun (termasuk aktiviti2 yang terdapat kat atas tu)..

Nyot2 jari dia sampai kembang.

Lain2 perangai lala.. lala mesti senyum lepas kenyang minum susu tak kira la masa tu dia dah terlelap @ tak. dia mesti senyum kat mummy dulu. Lala susah nak gelak @ senyum dengan orang lain selain mummy & dady.. tak tau kenapa. Kat luar lala amat pendiam tapi bukan pemalu sebab lala tak kisah sapa2 pun dukung dia cuma dia susah nak senyum & gelak @ bunyikan suara dengan orang lain. 

Dia akan bagi reaksi macam ni je kalau orang lain (selain mummy & dady) usik2 dia. ada la jugak berjaya senyumkan dia tapi amatlah jarang berlaku. Mungkin lala cuma ramah & mesra dengan mummy & dady je kot


sebahagian perkembangan lala setakat ni. Entri untuk ibu salina yang minta sang lekit cerita pasal lala.


BAYI LIMA BULAN WARIS HARTA PUSAKA

Orang kata tuah ayam nampak di kaki, Tuah manusia siapa la yang tahu kan?? Begitulah boleh sang lekit umpamakan tuah seorang bayi yang baru genap 5 bulan tapi dah mewarisi harta pusaka mak bapak dia. Apakah harta itu?? apakah berupa wang tunai jutaan ringgit?? Emas berkoyan koyan?? Atau.. Sebuah kilang biskut?? Dan paling penting, korang tau sapa bayi tu.

Bayi bertuah itu telah di wariskan lola dari mummynya. Lola itu adalah hadiah dari dady masa awal perkenalan dengan mummy. Masa tu mungkin dady tak berapa kenal sangat dengan mummy sedalamnya & dia tak tau mummy jenis tak berapa minat dengan benda alah tu. Tapi mummy jenis hargai apa saja pemberian orang & mummy simpan jer. Jadi untuk ulangbulan kelahiran lala yang ke 5 bulan hari ni.. Mummy dengan ikhlasnya wariskan harta pusaka mummy tu kat lala. Semalam mummy dah siap2 basuh, ampai.. Hari ni dah kering maka dengan rasminya menjadi kepunyaan lala. Dan itulah toys pertama lala.


Nak beli toys banyak2 & awal2 sangat pun bukan pandai main lagi. Jadi beli la mengikut perkembangan dia. Lain orang lain cara tapi sang lekit lebih suka membeli benda yang tak sia2 & untuk keperluan mengikut perkembangan lala. Jadi dengan lola tu lala boleh sesuaikan diri dengan toys.. kalau lala minat dengan toys nanti mummy suruh dady beli lagi yer.


Itulah hadiah buat lala untuk hari jadi yang ke 5 bulan ni. Kalau lala pandai jaga & simpan baik2.. mungkin harta pusaka tu ada pewarisnya lagi lepas lala dah dewasa. kekekekekeke

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com