Showing posts with label Hollywood. Show all posts

SESUATU TENTANG 'THE ROCK' YANG ANDA TIDAK TAHU

SESUATU TENTANG 'THE ROCK' YANG ANDA TIDAK TAHU. The rock ni aku kenal dia dari zaman WWE sebab aku suka layan wrestling show kat TV dengan mak aku dulu. Zaman2 Undertaker yang menyeramkan.. Zaman Broker T yang aku tak suka tengok muka dia. Banyak jugak wrestler yang aku kenal dulu. Tapi sekarang wrestling macam tengok drama jer. Banyak membebel & aksi pun dah tak nampak real sangat. Berbanding dulu.. Memang rancangan wrestling ni takde drama2 kat atas stage bagai.


The rock ataupun nama beliau Dwayne Douglas Johnson bagi yang tak kenal beliau Dilahirkan pada 2 Mei 1972, namanya mula dikenali sebagai wrestler WWE yang memang susah nak dikalahkan. Sehingga Jun 2016, The Rock pernah memenangi 17 kejohanan dalam WWE, termasuklah 10 kali sebagai juara dunia dan beberapa lagi kejohanan yang lain. Memang champion la kiranya. Dengan tagline ‘If you smell what The Rock is cooking‘, The Rock mula mengorak langkah ke dunia lakonan dengan filem pertamanya sebagai watak teraju iaitu The Scorpion King pada tahun 2002.

Tu secara ringkasnya biodata The Rock. Mungkin ada yang kenal dia selepas dia menjadi pelakon hollywood so banyak perkara tentang The rock mungkin anda tidak pernah tahu. Aku yang kenal the rock dari zaman kegemilangan dia dalam dunia wrestling pun banyak jugak tak tahu tentang The Rock ni. Almaklum la.. aku hanya menonton dia kat TV jarang nak ambil tahu pasal life dia sangat.

Jadi tak pelik la kalau korang tak pernah tahu perkara ni yang berkaitan dengan The Rock >> Tentang The Rock Yang Membuatkan Ramai Rakyat Malaysia Tergila gila kan dia << Rupanya macam tu The Rock yer. Baca Artikel tu baru aku tau. Tapi nasib baik aku takde la tergila gila kan dia. Sekadar tahu je la kewujudan dia dalam industri hiburan dunia ni. Bagi yang tergila gila sangat The Rock hope dah kenal la serba sedikit siapa The Rock tu yer..

Apapun tak salah kita nak meminati seseorang selebriti tu cuma jangan terlampau fanatik nak2 yang datang dari barat sebab tak semua cara hidup mereka kita boleh ikut. Jadi berpada pada dalam meminati seorang selebriti agar kita tidak terpengaruh dengan budaya atau perkara yang bertentangan dengan ajaran agama kita.

PERUBAHAN WAJAH 19 ARTIS NI MUNGKIN MENGEJUTKAN ANDA

PERUBAHAN WAJAH 19 ARTIS NI MUNGKIN MENGEJUTKAN ANDA. Kalau dah jadi retis ni jangankan dagu botox orang boleh detect.. Taik lalat original & taik lalat palsu pun orang boleh tahu. Tahap depa punya hafal dari hujung rambut sampai hujung kaki seseorang artis tu kadang2 di luar kotak pemikiran kita yang tak berapa obses sangat dengan retis retis ni. Orang kalau dah fanatik.. size dada pun dia boleh perasaan kecik ke besar. Dia boleh compare pulak tu dengan dulu & sekarang apatah lagi kalau setakat kat muka ni.


Nak buat macam mana golongan retis memang golongan yang sentiasa menjadi perhatian. Kalau korang jenis suka privacy elakkan jadi retis. Bila jadi retis banyak perkara yang korang tak boleh nak privacy walau korang cuba untuk privacy kan. Kot mana pun orang korek jugak nak tau. Sebab cerita artis sentiasa ada value. Kalau nak jadi artis kena bersedia.. Sebab tak mustahil kerana kefanatikkan peminat privacy anda akan di cerobohi.

Jadi blogger terpinggir macam aku pun kadang2 sibuk sangat orang nak tau rupa bentuk muka aku. Walaupun dulu aku tak private sangat la rupa seram aku ni cuma sekarang nak kata private sangat tak.. Cuma aku kurang nak upload wajah2 comel penuh misteri nusantara ni. Bukan apa.. takut nanti berebut2 pulak majalah nak tulis story pasal aku.. hahaha... Ok aku larik setempat dulu. Takut statement ni ada yang suap kaki dalam mulut. hahahaha

Aku je sapa nak kisah kan.. Melainkan mereka mereka ni yang bergelar artis terkenal seantero dunia. revolusi perubahan 19 Artis ni mungkin ramai la nak tengok >> Perubahan wajah 19 Artis Ni mungkin mengejutkan anda << Berbanding perubahan wajah muka aku sebelum & selepas guna produk bio essence. hahahaha

Dah nama pun retis ye dak.. Silap cakap kat Instagram pun boleh viral apatah lagi kalau tersilap botox kat muka. Jadi hati2 retis.. Sebab kesilapan anda yang kecil mungkin menjadio isu besar.

FAKTA TENTANG ANGELINA JOLIE YANG TAK SEMUA ORANG TAHU

Angelina Jolie ramai yang kenal seorang pelakon hebat hollywood yang mempunyai bibir yang seksi. Kekasih pada Brat Pitt yang baru je melangsungkan perkahwinan selepas bertahun hidup bersama. Sedang menderita sakit kanser & mempunyai ramai anak angkat dari pelbagai negara. Suka buat kerja2 amal.. Tu secara ringkas apa yang kita tahu tentang Angelina Jolie ni...


Ada beberapa fakta lain yang mungkin korang belum tahu tentang Angelina Jolie.. antara ialah

1. Dia berketurunan orang kaya. Keturunan dia berasal dari  Iroquois, America juga mempunyai darah Perancis, Jerman, Slovakia, Belanda dan Kanada.

2. Pernah belajar untuk menjadi Pengurus mayat @ seseorang yang menguruskan upacara pengebumian.

3. Dia mempunyai 3 kewarganegaraan.. Di lahirkan di Amerika, mendapat warganegara kemboja untuk aktiviti kebajikan & pemulihan & juga warganegara Eropah untuk menegakkan kebenaran perang di bosnia.

4. Dia mempunyai lesen Pilot untuk menerbangkan pesawat  Cirrus aircraft.

5. Mempunya 14 tatu di badan.. dimana terlukis tempat2 kelahiran anak anaknya bersama Brat pitt

6. Menjadi model sejak awal usia remaja. Selepas itu sambung belajar di New York Universiti

7. Tidak suka di peluk. Dan sekiranya di peluk walau ibunya sendiri dia akan menahan nafas.

8. Tidak ada tapak bintang Angelina Jolie Hollywood Walk Of Fame.

9. Tips penjagaan bibir seksi beliau salah satunya menggunakan lip bum Blistex.

10. Antara hobi beliau adalah mengumpul buku2 resepi & pisau.

Sumber asal Says tapi entri ni telah di translatekan ke bahasa melayu.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com