Showing posts with label produk overclaim. Show all posts

RAMAI BLOGGER BUAT BENDA NI TAPI CUMA CIK MAT GEBU TIDAK BERNASIB BAIK

RAMAI BLOGGER BUAT BENDA NI TAPI CUMA CIK MAT GEBU TIDAK BERNASIB BAIK. Sapa tak kenal dengan blogger masakan Cik Mat Gebu & blog beliau dapur tanpa sempadan tu kan? Dari blog dia la saya banyak belajar memasak masa awal awal kawen dulu. Selain cik mat gebu ni juga salah seorang kawan blogger di alam maya saya.

Cik Mat Gebu ni actually orang dia baik, kelakar selain pandai masak la. Even dia menggunakan identiti misteri dengan tak mendedahkan gambar dia kat social media tapi dia memang di kenali oleh ramai blogger. Ramai juga blogger yang pernah bertandang di rumah cik mat kat sedenak sana nu.. Sapa yang kerumah dia boleh la tengok muka cik mat gebu. So dia bukan anonymous atau scammer atau apa apa la. Identiti dia sebenarnya jelas cuma dia tak dedahkan wajah dia kat social media je.

Baru baru ni sblog cik mat kena blocked dengan SKMM.. selalu juga dok baca luahan hati cik mat yang tak tahu punca kenapa blog dia kena blocked. Setelah lama juga dia menghubungi pihak SKMM untuk mengenalpasti masalah blog dia.. Baru dia tahu blog dia sebenarnya dah kena report & di blocked oleh KKM atas sebab ada penulisan dia tentang produk yang maybe melanggar akta pengiklanan yang di tetapkan. Normally tak produk yang tidak berdaftar, mungkin produk beracun atau overclaim.


Saya faham situasi tu.. Kami blogger ni dulu tak banyak knowledge pasal pendaftaran produk, apa yang boleh & tidak di iklankan atau di tulis dalam review produk. Faktor dulu tak banyak pendedahan.. Mungkin artikel artikel lama yang kami sendiri dah lupa pernah di tulis dalam blog tu di kesan oleh pihak berautoriti menyebabkan ada yang buat report sehingga nasib tidak baik menimpa blog cik mat gebu. Dalam hal ni.. Bukan salah cik mat gebu mungkin dia sendiri kurang tahu pasal tu.. Tapi kita sebagai blogger ambil la pengajaran dari apa yang berlaku.

Dah tiba masa.. check balik semua penulisan review kita pasal produk. Yang mana tidak berdaftar, di senaraikan sebagai produk bahaya, overclaim semua tu samada ada revert to draft atau delete je. Dan selepas ni berhati hati untuk terima sebarang kolabrasi melibatkan review produk produk ni. Korang boleh rujuk entri ni apa yang boleh & tidak di tulis atau iklankan tak kira la secara penulisan,video atau audio kat sini :


ꜜ
ꜜ
AWAS! BLOGGER, INSTAFAMOUS,SELEBRITI YANG SELALU BUAT REVIEW PRODUK! ANDA MUNGKIN BERISIKO DI SAMAN KKM KERANA PERKARA INI

Sekarang ni ramai juga blogger dah mula jual produk produk. Ada yang saya tengok tak berdaftar & claim pada produk ada tuntutan kesihatan & kecantikkan contoh produk yang ada claim kuruskan badan, detox bla.. bla.. bagai. Ada blogger dah keluarkan produk sendiri di bawah pengkelasan makanan tapi manipulasi fakta konon produk mendapat kelulusan KKM & claim pulak memang overclaim & menyalahi akta pengiklanan. Tak tau la samada depa tak tahu atau saja buat buat tak tahu.

Saya tahu bila saya sampaikan benda ni kat social media ramai kawan kawan blogger mula menjauh & dah tak nak keep in touch dengan saya. Maybe depa rasa saya macam dengki.. acah acah pandai.. padahal dari dulu jenis saya apa saya tahu saya suka share. Tu terpulang la.. Pada yang nak ambil sebagai ilmu & info untuk di manafaatkan.. Ambil la. Yang tak nak tu hak memasing. Nak terus buat revie produk produk macam tu.. terpulang la. Yelah.. benda ni ikut nasib. Tak semua akan terima nasib macam cik mat gebu ye dak?

Apapun bukan niat saya nak menjatuhkan mana2 blogger.. Niat saya tetap sama. Membantu pihak berautoriti menyampaikan kesedaran untuk orang awam. Biarpun saya pernah di saman & kalah kerana statement sarcasm dalam penulisan saya benda tu tak buat saya rasa nak berhenti terus menyampaikan kesedaran pada orang lain. Lagipun fakta saya pasal produk yang saya tulis hingga di saman tu kebanyakkan saya menang sebab bersumberkan rujukan yang sahih & benar. dari 11 pertuduhan cuma kalah 3 posting yang berunsur sarcasm je tapi mahkamah sifatkan ia sebagai fitnah. So, saya redha & terima je.

Moral of the story.. Apa yang baik dari saya ambil la sebagai ilmu yang buruk dari saya jadikan pengajaran supaya hangpa tak buat kesilapan yang sama sehingga memudaratkan diri. Peace Yo!

BLOGGER BAJET SESUAI REVIEW PRODUK SAMPAH JE

BLOGGER BAJET SESUAI REVIEW PRODUK SAMPAH JE. Sapa kat sini kategori blogger bajet lagi? Alah.. tak paham pulak blogger bajet tu apa. Blogger yang ada buat servis penulisan review di blog dengan kadar harga yang masih bajet & rendah macam den ni la. Eeven blog dah masuk tahun ke 10 hidup di arena blog ni tapi harga masih belum level level tel aviv.


Alhamdulillah.. even harga servis review dalam kategori bajet tu.. rezeki dari blog tu masih ada walau tak la banyak. Boleh la buat tampung tampung beli keperluan sendiri kan? Dari tulis blog apa pun tak masyuk katanya.

Semua orang tahu sekarang saya sedang mencari dana untuk meneruskan bicara tafsiran bagi kes saman yang di kenakan kepada saya oleh Founder Tati. Kalau yang masih tak tahu tu.. Boleh la rujuk pada posting di bawah. (Bagi yang ada account Facebook la).

MISI MENCARI DANA (Saman sivil Founder Tati Vs Blogger Lekatlekit) 
Saya masih buka slot review di blog saya lekatlekit.com untuk sesiapa yang ingin membantu saya mengumpul dana bagi membayar kos guaman bagi bicara tafsiran.
Selain mengambil Slot review anda juga boleh menyumbang melalui 
Maybank acc
514392522914
Nursuria 
Sedikit info berkaitan kes saman yang di kenakan pada saya
Seperti semua sedia maklum tentang keputusan kes saman yang di failkan oleh founder produk kepada saya. 
Dari 11 pertuduhan fitnah, mahkamah memutuskan 3 posting/artikel saya di sifatkan sebagai fitnah iatu.. 
Antara statement yang saya kalah adalah. 
1. Menulis produk tati sebagai timbang kilo 
2. Menulis statement ""hope pengasas produk ni please hentikan jualan.. jangan makan hasil merosakkan kulit orang lepas tu pi mekah buat umrah. tak baik ok! " 
Boleh merujuk kepada posting ni untuk keputusan mahkamah : https://www.facebook.com/suria.lekatlekit/posts/2726154484065163 
Untuk melihat Quatation kos guaman bagi bicara tafsiran boleh rujuk pada posting ini : https://goo.gl/QMtFvB 


Bila dah kita mula collect sumbangan ni.. akan datang la langau langau buat provokasi dengan acah acah prihatin nak membantu tapi sebenarnya cuma nak membuntu je.

Alkisahnya seorang ponder sabun detox slimming hapa ntah datang komen kat posting den nak cari dana ni.. Kononnya mula mula dia berniat la jugak nak bantu dengan mengambil slot review dengan saya tapi bila tengok cara supporter den berkomen tak jadi dia nak bantu. Tapi yang sebenarnya dia kalah berdebat dengan Khairul Yoi isu berkiatan produk datang nak lepas geram je.

Saya cakap la kalau produk dia nak saya review pun saya perlukan kriteria bagi menyokong bukti produk tu selamat. Contoh kalau produk yang claim slimming, kurus, bakar lemak macam sabun dia jual tu perlu berdaftar dengan MAL KKM sebab dia bukan lagi di bawah produk kosmetik kalau ada tuntutan macam tu so tak boleh hanya bernotifikasi (NOT KKM). Dia juga kena tunjukkan dokumen yang menyatakan produk dia dah melalui RnD untuk membuktikan produk dia ada khasiat seperti dia claim tapi kalau dah ada MAL KKM tu boleh la skip yang tu. Atau paling kurang labtest bagi membuktikan produk dia bebas bahan merbahaya & terlarang.

Dengan angkuh dia jawab.. Kalau produk dia ada kriteria macam tu dia pun takkan upah blogger bajet macam saya untuk review produk dia. Maksudnya blogger bajet macam saya ni hanya layak review produk produk overclaim yang tak ada kriteria macam tu je la yer cik kak ooi! Apa hang ingat blogger macam den ni hadap sangat ka duit dari hasil jual produk overclaim hang yang tak tau sejauh mana selamat atau berkesan tu. Dengan KKM pun tak berdaftar.. tak payah nak membongak sangat.

Kenapa perlu semua lampiran dokumen semua tu? Untuk memastikan produk tu selamat, tak overclaim & menipu pengguna. Serius.. saya dah tak nak bersubahat dengan produk produk macam tu. Kalau dulu tak tahu.. sekarang saya dah tahu so saya takkan buat lagi review untuk produk produk macam tu. Sabun untuk kuruskan badan?? Secara logiknya.. tak semudah kau mandi sabun sabun badan kau kemudian kurus. Tak ada jalan mudah sebenarnya untuk kurus kecuali rajin mengalamalkan pemakan sihat & seimbang, bersenam & gaya hidup positif.

So pada founder/Agent/Seller produk jangan nak pandang hina atau pandang rendah sangat pada blogger bajet macam saya ni. Hangpa ingat mulia sangat je jual produk overclaim & menipu orang tu? Mulia lagi peminta sedekah dari jual produk produk macam tu tau! At least peminta sedekah tak merisikokan kesihatan orang. dia minta je sedekah.. yang memberi tu kita tahu dah ada ganjaran pahala & yang menerima tu dapat manafaatnya. Dari jual produk kategori sampah macam tu.. Dah la merisikokan orang.. kalau yang guna dapat kemudaratan dah satu hal kos rawatan nak kena keluar sendiri. Hangpa best la dah dapat untung dari menipu orang.

So pada pengguna.. Sebelum membeli apa apa produk kecantikkan atau kesihatan ni ambil la masa fikir secara waras sikit. Sesuatu claim pada produk perlu di buktikan dengan kajian bukan testimoni semata mata. Kalau produk tu claim kuruskan badan tanya yang jual.. apa bukti Ingredient dalam produk tu boleh kuruskan badan? Berapa lama produk tu melalui proses RnD untuk membuktikan keberkesanannya? Apa bukti produk tu dah menjalani prose RnD sebelum di pasarkan? Apa bukti produk tu selamat? Apa nombor pendaftaran KKM dia? Untuk elakkan anda tertipu & mendapat kesan buruk selepas consume sesuatu produk tu.

Moral of the story.. Jadilah pengguna bijak bukan pengguna senang kena pijak.

AWAS! BLOGGER, INSTAFAMOUS,SELEBRITI YANG SELALU BUAT REVIEW PRODUK! ANDA MUNGKIN BERISIKO DI SAMAN KKM KERANA PERKARA INI

AWAS! BLOGGER, INSTAFAMOUS,SELEBRITI YANG SELALU BUAT REVIEW PRODUK! ANDA MUNGKIN BERISIKO DI SAMAN KKM KERANA PERKARA INI. Blogger yang baca tajuk entri den mesti cuak kan? Lebih lebih yang ada buat paid review/non paid review/ gift review bagai kan? Lagi famous hangpa lagi banyak la produk review hangpa dapat. Macam den ni blogger suam suam kuku jer.. Dulu banyak jugak la job review tapi bila dah dapat hidayah ni memang semakin kurang dah den buat produk review sebab salah satunya memang saya tetapkan kriteria tertentu sebelum mengambil produk review sekarang. tak cukup memang saya tolak. Dah tak nak bersuhabat menipu pengguna. Dulu tu bukan niat nak menipu tapi cuma tak tahu sebab kurang ilmu. Sekarang dari ilmu & info yang seciput saya cuba pratikkan untuk penulisan review di blog saya masa akan datang.


Saya tahu ada blogger, instafamous & selebriti yang buat review ni tak tahu tentang perkara ni. Ada juga even dia baca dia buat tak tahu sebab kalau dia buat buat macam tahu.. Dia risau rice cooker dia tak cukup beras pulak. Jaga income katanya so buat pejam mata sudah. Esok2 orang tanya.. alasan biasa saya tak tahu. Takpe.. yang mana rasa tak nak follow peraturan & undang2 terpulang. Yang mana rasa nak menulis sesuatu yang selamat & bermanafaat boleh la ambil info yang saya share ni.

Sebagai seorang blogger saya.. ye memang banyak produk review kita dapat. Tak kira produk kosmetik ke, produk supplemet/ubat/jamu, produk makanan.. Kita akan menulis mengikut kehendak client yang kadang2 overclaim. Ada juga produk tak berdaftar tapi kita jarang ambil kisah pasal tu. Yang kita tahu.. kau bayar aku tulis. Tapi ada juga berdaftar tapi iklan atau review yang mereka nak kita tulis melanggar peraturan pengiklanan yang di tetapkan KKM. Pun benda tu salah satu isu besar yang boleh menyebabkan kita even hanya mengambil upah menulis review di saman & di denda. Apa hangpa ingat penulisan outspoken hentam ponder produk je ke boleh kena saman?? Hangpa tu check balik penulisan review hangpa.. Even tulis dengan di selang seling ayat ayat unsur Islamik pun kalau menyalahi akta pengiklanan yang di tetapkan oleh KKM.. tak mustahil boleh juga kena saman dengan KKM.

Jadi sebagai blogger yang menjadi salah satu sumber rujukan pembaca saya nak share perkara ni yang saya ambil dari posting page Public Health Malaysia. Semoga dapat memberi panduan kepada kita terutama blogger yang banyak terlibat dalam penulisan review produk

PANDUAN KEPADA BLOGGER, INSTAFAMOUS & SELEBRITI DALAM PENGIKLANAN PRODUK KESIHATAN
*Termasuk semua yang terlibat dalam penjualan produk tak kira founder/seller/agent

Sebelum membuat iklan, menulis review atau membuat review tak kira cara bertulis audio atau video sesuatu produk pastikan perkara ini terlebih dahulu :

1. PASTIKAN UBAT yang diiklankan/dipromosikan adalah BERDAFTAR dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah, KKM (mempunyai nombor pendaftaran MAL) dan bernotifikasi (mempunyai nombor NOT) bagi kosmetik.

Contoh:
☑️MAL20011234T (Ubat)
☑️NOT123456789K (Kosmetik)

2. Sekiranya mengiklankan ubat, PASTIKAN HANYA mengiklankan ubat berdaftar (mempunyai nombor pendaftaran MAL) yang dikategorikan sebagai produk:

☑️Over-The-Counter (OTC): nombor MAL diakhiri huruf X
☑️Tradisional: nombor MAL diakhiri huruf T
☑️Suplemen kesihatan:nombor MAL diakhiri huruf N

3. Ubat yang memerlukan preskripsi TIDAK BOLEH diiklankan. Ubat preskripsi (nombor MAL diakhiri huruf A) hanya boleh didapati melalui pengamal perubatan berdaftar sahaja dan/atau didispens oleh ahli farmasi berlesen sahaja.

4. Pengiklanan yang menjurus kepada rawatan dan pencegahan selain daripada penyakit/keadaan
yang dilarang perlu mendapat kelulusan daripada Lembaga Iklan Ubat (LIU).



5. ELAKKAN mengambil bahagian dalam penyiaran iklan produk kesihatan (contohnya sebagai duta / agen / jurucakap) yang melanggar mana-mana akta yang dikuatkuasakan.

6. JANGAN menyiarkan/mempromosikan iklan makanan yang membuat tuntutan perubatan (melanggar Akta Makanan 1983). Surat pengkelasan produk BUKANLAH satu kelulusan daripada
KKM.

Contoh yang tidak dibenarkan:
➧Minuman A boleh merawat kencing manis dan darah tinggi
➧Jus botanik B boleh menghilangkan sakit-sakit sendi dan merawat arthritis
➧Minuman pra-campuran C berupaya mengurangkan bengkak prostat

7. JANGAN mengambil bahagian dalam menyiarkan iklan makanan yang mengandungi ‘negative list’
melainkan ia telah didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah.

Contoh produk yang dimakan mengandungi:
☑️Glutathione
☑️Pearl
☑️Gamat
☑️Resveratrol
☑️Bahan negatif lain.

8. JANGAN mengambil bahagian dalam menyiarkan iklan kosmetik yang membuat tuntutan
perubatan (bertentangan dengan Kod Pengiklanan Kosmetik). Tuntutan dalam skop kosmetik
sahaja dibenarkan.

Contoh yang tidak dibenarkan :
➧Losyen A boleh merawat eczema dan psoriasis
➧Minyak B boleh menghilangkan sakit-sakit sendi
➧Losyen C boleh digunakan untuk menguruskan badan
➧Krim D digunakan untuk meningkatkan prestasi seksual

9. JANGAN mengaitkan produk dengan makanan Sunnah atau yang berkaitan dengannya
(bertentangan dengan Pekeliling Jakim Bil 2 Tahun 2016 – Ayat Ruqyah & Makanan Sunnah)

Contoh yang tidak dibenarkan :
➧Produk A dibacakan dengan ayat-ayat al-Quran
➧Produk B adalah makanan sunnah

10. JANGAN membuat tuntutan/ kenyataan yang mengelirukan pengguna (bertentangan dengan Akta Perlindungan Pengguna 1999)

Contoh yang tidak dibenarkan :
➧Produk A disahkan halal (melainkan mempunyai sijil Halal yang masih sah)
➧Produk B dibuat daripada bahan-bahan organik (melainkan mempunyai dokumen sokongan
mengesahkan sumber dari bahan organik)
➧Produk C boleh diambil oleh semua peringkat umur termasuklah bayi dan kanak-kanak kecil
(melainkan mempunyai dokumen sokongan mengesahkan keselamatan untuk penggunaan
kanak-kanak)
➧Produk D jika diambil oleh orang dewasa boleh menambah ketinggian (kenyataan mengelirukan
kerana ketinggian orang dewasa tidak boleh bertambah)


TAMBAHAN BUAT SELEBRITI

1. Selebriti dinasihatkan supaya sebelum dilantik menjadi duta / agen, selidik latar belakang syarikat
sekiranya pernah disabitkan dengan mana-mana tindakan undang-undang sebelum ini.

2. Selebriti juga dinasihatkan agar semak laman web rasmi syarikat/media sosial rasmi syarikat
sekiranya ada membuat pengiklanan yangmelanggar undang-undang yang dikuatkuasakan.

3. Selebriti dinasihatkan agar membuat pengiklanan secara profesional, bertanggungjawab dan tidak
mencipta kontroversi samada yang menyinggung mana-mana kumpulan bangsa, agama dan kaum
dengan mengambil kira sensitiviti adat dan budaya masyarakat majmuk di Malaysia.

⚖️HUKUMAN YANG BAKAL ANDA KENA⚖️

Mana-mana orang yang mengambil bahagian dalam penyiaran sesuatu iklan jika sabit kesalahan boleh dihukum di bawah Seksyen 5 Akta Ubat (Iklan & Penjualan 1956):

☑️Kesalahan pertama - Denda tidak lebih RM 3000 atau dipenjara tidak lebih 1 tahun atau kedua-duanya sekali.

☑️Kesalahan berikutnya - Denda tidak lebih RM 5000 atau dipenjara tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya sekali.

*Boleh dikenakan kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam penyiaran sama ada pemilik produk, duta, agen, pengacara, media penyiaran, agensi pengiklanan dan lain-lain yang berkaitan.

Rujukan:
Panduan Kepada Selebriti Dalam Pengiklanan Produk Kesihatan, Cawangan Kawalan Iklan, Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA.

UBAT KUAT BERDAFTAR SEBAGAI PRODUK KOSMETIK?

UBAT KUAT BERDAFTAR SEBAGAI PRODUK KOSMETIK? Dulu serius den ni jahil.. Tak faham kategori pendaftaran dengan KKM. asal ada Nombor KKM tu bagi den dah berdaftar, lulus, selamat & boleh la guna. Serius den banyak belajar sekarang ni. Tu dia.. hikmah di sebalik musibah yang datang. Allah tu tak kejam. Dia tahu den ni sejenis seseorang yang suka memberi pendedahan & kesedaran cuma ilmu je belum cukup didada. Sebab tu dia uji den dengan cara macam ni.. Sebab Dia dah tahu.. den akan berusaha belajar tentang perkara yang berkaitan.

Berhenti memberi pendedahan & kesedaran pada pengguna?? Tak terfikir nak buat masa ni cuma den lebih berhati hati dalam mengulas tentang isu isu ni la. Biarlah kita menulis secara general & selamat asalkan ilmu & info yang kita nak bagi tu sampai kepada orang awam. Kurangkan kelantangan.. chill sudah dalam menulis ye dak? Kalau ter laser sekali sekala tu harap maafkan.. Yelah, den manusia nak berubah 100% memang la tak mampu tapi berusaha ubah sikit demi sikit.

Ok berbalik kepada topik.. Bagi yang rajin ikuti isu2 pasal produk mesti terbaca pasal baru2 ni KKM telah menarik balik NOTIFIKASI kepada beberapa jenama produk ubat kuat di pasaran. Ni local produk yer...

Ubat kuat berdaftar sebagai Notifikasi (NOT KKM) ??? NOT KKM bagi yang tak tahu untuk pendaftaran bagi produk kosmetik yang hanya di gunakan luar kulit bagi tujuan/tuntutan kecantikkan & penjagaan diri. Kenapa produk 'Ubat Kuat' berdaftar di bawah produk kosmetik pulak ni? Haru biru unggu kelabu. Ubat kuat ni ada tuntutan untuk kecantikkan jugak ke???

Bukan saja ubat kuat.. Kalau hangpa perati iklan2 produk yang ada tuntutan perubatan contoh paling senang produk balm. Kemain bangga dia tayang NOT KKM konon produk dia lulus KKM. Apa balm hang tu untuk mencantikkan kulit/rambut kuku bagai ke? Bila tengok iklan claim merawat kembung perut la, merawat senak ulu hati la, merawat bla.. bla.. Hoi la seller & founder. Produk yang ada tuntutan perubatan macam tu mana boleh daftar di bawah produk kosmetik. Terang terang dia tak ada tunutan kecantikkan atau penjagaan kulit pun. Semua claim untuk sakit even sakit ringan macam kembung perut, selsema, batuk bla.. bla.. bagai.

Macam tu jugak ubat kuat.. Nak bagi tegang la, tahan lama, besar, mantap.. boleh on sampai subuh bla.. bla.. Bagai celah mana ada tuntutan untuk kecantikkan. Semua tuntutan untuk berjimak je. Memang tak boleh la daftar di bawah produk kosmetik. Selalunya produk macam tu berdaftar sebagai produk kategori ubat Tradisional sebab selalu je claim guna bahan bahan herba semulajadi.

Kenapa pengeluar produk macam ni daftar sebagai NOT KKM? Sebabnya pendaftaran NOT je paling mudah.. kau hantar dokumen yang mengatakan produk kau selamat, produk kau memenuhi kriteria untuk di daftarkan sebagai NOT settle. Sebab NOT cuma pendaftaran bukan kelulusan apa2 dari KKM. Even selamat ke tidak pun KKM tak isytihar melalui pemberian NOT tu. Founder atau pengeluar yang perlu Notify (Isytihar) melalui dokumen yang produk mereka bebas bahan terlarang bagi memastikan permohonan pendaftaran produk mereka di luluskan untuk tujuan pemasaran. Sebab nak pasarkan produk di malaysia wajib berdaftar dengan KKM. Sebab tu banyak berlaku bila ada aduan dari pengguna produk kosmetik yang berdaftar dengan KKM di tarik balik NOT bila kkm ambil sampel & buat ujian lab & di kesan mengandungi bahan terlarang.

Dan di sebabkan itu pengeluar produk yang ada tuntutan perubatan ni depa nak mudah.. depa apply je NOT KKM. Alah.. bukan semua pengguna bijak pun. Asal letak nombor KKM semua pun fikir.. Oo.. lulus KKM.. Produk Lulus KKM selamat la. Dia bukan check dah NOT tu untuk pendaftaran produk apa. Walau sepatutnya produk2 ada tuntutan perubatan atau tuntutan untuk s3ks ni perlu berdaftar sebagai MAL KKM.

Sumber KKM

Nak dapat MAL KKM ni bukan senang cheq Ooi.. KKM akan buat ujian lab memastikan produk tu bebas bahan terlarang, khasiat & bahan di gunakan terbukti berkesan untuk tuntutan yang mereka buat pada produk. Contoh kalau kata produk tu claim boleh membantu melegakan batuk.. So, KKM akan pastikan bahan bahan di gunakan tu memang ada khasiat yang boleh membantu memberi kelegaan kepada masalah batuk. Kalau tak ada bukti setiap tuntutan yang di buat memang tak lulus la permohonan MAL kau.

Tu secara ringkas saya boleh explain untuk memudahkan kita rakyat marhein yang tak berapa educated dalam bidang tersebut untuk faham. Nak faham lagi hangpa pi call atau email je pihak kkm tanya sendiri betoi ka dak apa kami tulis. Kalau salah tolong betulkan untuk kita sama2 belajar.

So, bila seller atau founder claim produk dia konon 'Lulus KKM' & tayang no pendaftaran KKM check dulu. Kalau produk kosmetik macam skincare/makeup/ produk penjagaan diri macam syampo rambut/badan semua tu.. kalau berdaftar sebagai NOT tak ada tuntutan merawat apa2 penyakit kulit atau penyakit dalaman so ok. Kalau produk yang ada tuntutan perubatan tak kira la dia tulis boleh mengecutkan bisul ke hapa.. Tapi berdaftar sebagai NOT KKM.. tu di kira menipu & overclaim. Harus ragui demi keselamatan kita semasa menggunakan produk tersebut.

Dah penat menaip ni.. Kalau hangpa tak paham juga tak tau la.. lenguh jari jemari abang saleh tau membebel kalau satu hapa pun hangpa tak paham.

Moral of the story... Pilihan sebenarnya di tangan kita untuk menyokong pengeluar produk yang mengambil kesempatan menipu kita pengguna yang kurang ilmu untuk meraih kekayaan duniawi atau berhenti support produk2 yang menipu macam ni. Kalau sekecil kecil perkara pun depa boleh tipu macam pendaftaran KKM.. tak mustahil banyak lagi perkara lain depa boleh tipu.

SUNNAH YANG PUNAH

SUNNAH YANG PUNAH. Rasa macam dah lama sangat kan tak menulis kat blog ni. Hurmm.. susah betul nak cari masa yang tenang nak menaip kat blog ni. Terlalu banyak benda nak buat dalam satu masa jadi gitu la.. Blog pun dah up & down updatenya. kadang kadang ada isu nak tulis tapi mood nak menulis tu pulak macam tak berapa cukup strong hehehehehe. Takpe la kan.. At least tak la bersawang sangat blog ni. Ada jugak la update2 dari di biarkan sepi tanpa khabar bertahun tahun.

Baru baru KKM telah mengeluarkan laporan satu produk berasaskan makanan sunnah katanya mengandungi steroid.. iatu salah satu bahan yang tidak di benarkan dalam produk & boleh memudaratkan kesihatan pengamalnya. Nama jus pun claim sunnah.. Maka berpusu pusu la rokyat Melayu Islam beli. Konon nak dapat khasiat & kebaikkan dari makanan sunnah tu. Almaklum la.. orang kita ni masih ramai mudah di tipu dengan claim produk & testimoni. Even testimoni membohong pun dia tak kaji & siasat dah. Terutama orang2 tua la.. Yelah, depa bukan tau sangat pasal produk produk ni. Cuma depa berharap dapat menjalani kehidupan tua dengan sihat jer.

Zaman sekarang penunggang agama memang ramai.. Semua berlumba lumba nak meraih keuntungan & kekayaan dunia. Dia tak peduli dah berkat ke tidak rezeki dia.. halal ke tidak rezeki dia. Janji katanya aku tak jual babi.. Aku tak melacur.. aku tak jual dadah.. bla.. bla.. Tapi kau jual produk claim yang berunsur keagamaan.. sunnah bagai padahal produk kau tiada bukti kajian yang mengesahkan khasiatnya boleh membantu kesihatan manusia. Semua kau claim pakai hukum akal kau jer. Kau tak jujur declare bahan bahan dalam produk kau.. Kau tak peduli la kandungan bahan terlarang dalam produk kau asalkan marketing kau bagus maka ramai orang beli. Kau boleh pergi oversea bercuti.

Imej2 penjual produk yang kita nampak macam islamik sangat.. alim sangat semua tu dah tak boleh percaya. Bukan zamannya kita nak judge kejujuran seseorang melalui imej yang di tunjukkan pada umum. Zaman sekarang kau nak ambil atau guna apa apa produk.. Kau tetap kena minta dia bukti2 yang mengatakan produk dia selamat, produk dia dah melalui R&D yang membuktikan khasiatnya mampu membantu masalah yang di claim pada produk. Setakat kenyataan pakai air liur tanpa bukti yang berfakta.. Sila hindari.

Sekarang terlalu banyak produk yang claim berasaskan makanan sunnah tapi akhirnya punah. Kesihatan orang terbarai macam tu je akibat percaya akan khasiat palsu yang di canang canang. Tolong jadi bijak selepas ni.. Nak ambil makanan sunnah ambil terus dari sumbernya. Contoh nak khasiat kurma makan kurma bukan produk berasaskan buah kurma. bila dah jadi produk ia bukan lagi makanan sunnah.. Bila dah di formulasi dalam bentuk produk tak mustahil ia di campur dengan bahan bahan lain.


Bila ada yang cuba menentang produk produk macam ni muncul la hero hero melayu konon memperjuangkan nasib peniaga melayu Islam. Kenapa kita mesti mempertahankan produk produk yang memudaratkan & merisikokan pengguna? Nak jaga ekonomi peniaga melayu tapi dalam pada masa yang sama merisikokan kesihatan orang melayu sendiri. Bila cakap baik baik... Pengeluar produk macam ni takkan peduli bila guna konsep lantang sikit mulalah memasing mengelabah.. Teguran tak beradap.. Guna kata kata kesat... kurang ajar bla.. bla.. Habis tegur cara baik tak bagi kesan terpaksa guna cara yang lebih keras kan.

Mustahil untuk pupuskan penjualan produk macam ni di pasaran sebab selagi masih ada yang percaya & support.. 1 Kantoi muncul 10 lagi produk baru yang sama. kesedaran kena bermula dari pengguna sendiri sebab pengeluar kebanyakkan dia tak peduli sangat kemudaratan yang berlaku kepada pengguna. Ada yang cuma tau market produk je.. apa satu pasal produk dia jual pun dia tak tau.

Moral of the story... Nak ambil apa2 produk terutama jenis supplement & jus jus kesihatan ni tak kira claim sunnah ke punah ke ranah ke.. Rujuk la dengan mereka yang pakar seperti doktor. Doktor je tahu apa yang di perlukan badan kita. Jika kita memerlukan supplement atau makanan tambahan, Doktor akan suggest yang sesuai. Sebab nak ambil apa2 pun ubat atau produk perlu menjalani pemeriksaan kesihatan. Sebab mungkin boleh berlaku komplikasi kalau kita ada penyakit tertentu. Mungkin sesuai dengan orang lain tapi bukan sesuai dengan semua orang.

Akhirnya kata.. Jadilah pengguna bijak. Anda mampu mengubahnya. Insya Allah.

AWAS! BUKAN SAJA NAK JUAL PRODUK PERLU ADA KELULUSAN KKM MALAH IKLANKAN PRODUK JUGA PERLU KELULUSAN

AWAS! BUKAN SAJA NAK JUAL PRODUK PERLU ADA KELULUSAN KKM MALAH IKLANKAN PRODUK JUGA PERLU KELULUSAN. Sebagai seorang blogger yang tak serik serik nak buat pendedahan ni.. Hari ni popeser lekatlekit nak dedahkan pulak pasal produk yang overclaim dalam mengiklankan produk mereka untuk segmen khidmat masyarakat. Benda ni sangat penting ok untuk kita tahu supaya kita tak mewarisi perangai 'Tipah' yang manjang kena tipu tu. Jangan sampai sebab kebodohan kita yang statik dari dulu sampai sekarang orang jual taik idung gentel2 pun kita percaya kata jamu boleh kuatkan tenaga zahir & batin. Sebab tu di Malaysia ada undang undang nak jual atau iklankan produk perlu berdaftar bagi mengelakkan pengguna tertipu.


Mesti ada yang tak tau macam mana di katakan sesuatu produk tu 'Overclaim'. Tak semestinya produk yang tidak berdaftar dengan KKM je yang selalu overclaim.. bersepah yang berdaftar dengan KKM pun overclaim. 

Overclaim ni bermaksud mengiklankan produk mereka lebih dari tuntutan yang di daftarkan di KKM. Contoh la.. ada seorang pengeluar produk.. Dia nak pasarkan produk dia. Dia pun apply la KKM punya pengesahan.. tak kira la MAL ke, NOT ke hapa ker. Dalam tuntutan tu dia cuma daftar untuk minuman kesihatan bagi mencergaskan badan tapi bila dah lulus & dia iklankan produk dia konon minuman tu boleh menyembuhkan kencing manis, darah tinggi bla.. bla.. bagai. Padahal masa daftar tuntutan dia cuma untuk minuman mencergaskan badan je. Atau dia jual produk kecantikkan.. Dia daftar produk untuk penjagaan harian kulit jer tapi dia iklan konon produk dia boleh merawat keradangan kulit, menyembuhkan eczema bagai.. Itulah di namakan overclaim & ia menjadi satu kesalahan ok!

Bagi produk berdaftar, semasa sesuatu produk tersebut didaftarkan, syarikat tersebut perlu menyertakan sekali apakah tuntutan perubatan yang berkaitan dengan produk mereka beserta bukti-bukti yang menyokong tuntutan tersebut. Hal ini akan dinilai dan produk yang telah didaftarkan hanya boleh membuat tuntutan sebagaimana yang telah diluluskan sahaja. Walaubagaimanapun kelulusan tuntutan ini hanyalah pada produk sahaja manakala sebarang urusan pengiklanan perlu mendapatkan kelulusan berasingan daripada Lembaga Iklan Ubat terlebih dahulu. 

Satu lagi kalau nak iklankan produk atau perkhidmatan kesihatan.. macam nak jual ubat atau nak buat servis merawat apa apa penyakit kena ada kelulusan juga ok! Termasuk produk kecantikkan. Apa ingat produk kecantikkan tak kena register ke kalau nak iklan. Kau tak boleh semborono je iklankan produk kau ikut sedap tekak je ok.. Contoh paling senang paham produk Jamu, ubat kuat bagai la.. Tu kategori produk kesihatan.

Semua iklan yang melibatkan produk dan perkhidmatan kesihatan perlu mendapat kelulusan Lembaga Iklan Ubat (LIU), KKM terlebih dahulu sebelum ianya boleh disiarkan. Iklan-iklan yang telah diluluskan akan mencatatkan nombor kelulusan contohnya KKLIU 0001/2014 pada iklan tersebut. Iklan melibatkan produk kosmetik pula perlu mematuhi Kod Pengiklanan Produk Kosmetik bagi memastikan iklan yang disiarkan tidak mengelirukan atau memperdayakan pengguna. Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956 juga telah menetapkan 20 jenis penyakit yang tidak boleh diiklankan seperti darah tinggi, kanser, kencing manis dan lain-lain

Kebanyakkan iklan iklan produk kat socmed (social media) ni memang takde kelulusan. Tu dia main claim je apa dia rasa boleh menarik minat pembeli. Cheq dulu pun bangang.. Kalau tulis review tu main sedap je ikut apa yang client bagi. Sebab tak tau benda tu jadi kesalahan kalau overclaim. Tapi tak ada manusia terus pandai tanpa melalui pengalaman belajar & bodoh dulu kan.. Jadi cheq maafkan diri cheq yang jahil itu. hehehehe

Jadi yang mana berangan nak jadi 'Founder' even founder sekadar letak brand atas produk padahal dia sendiri pun tak ada tauliah dalam bidang tersebut cuma ada duit jer.. Make sure la anda mematuhi peraturan yang di tetapkan. Nak jual produk pi la hantar buat lab test ka hapa dulu.. Nak pasarkan pun sila daftar & nak iklankan pun tetap kena daftar. Ia berkaitan dengan rezeki anda yang akan jadi darah daging. Kalau anda jual produk memudaratkan orang lain.. Boleh jadi haram sumber rezeki tu. Mungkin kat dunia terkabur keharamannya di mata manusia tapi di akhirat tak ada apa boleh mengaburkan keharaman yang dah jadi darah daging kita.. Wallahualam

Moral of the story.. Semua orang buat silap & melalui zaman jahil tapi masih ada peluang kita mencari gali ilmu untuk perbaiki kesilapan tu dari masa ke semasa selagi ada nafas di dunia ni.

Sumber : Jangan mudah terpedaya dengan iklan ubat

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com