Showing posts with label orang bandar suka bomoh. Show all posts

ORANG BANDAR LEBIH PERCAYA BOMOH KE?

Sempat tengok hujung2 rancangan Nasi Lemak Kopi 'O kat tv9 pagi tadi. Tak tahu tajuk isu yang di bincangkan tapi sempat dengar panel jemputan tu (polis pangkat apa tak tau) cakap statistik kes kena tipu dengan bomoh.

 Carian Google

Menurut apa yang sang lekit dengar, Johor mencatat kes tertinggi kena tipu dengan bomoh ni.. di ikuti Selangor & negeri2 lain & Perlis pula mencatat kes terendah. Pelik kan?? Kalau dulu orang2 kampung & kawasan luar bandar je yang suka menggunakan khidmat bomoh ni tapi sekarang dah terbalik. Amalan kuno ni lebih di minati orang - orang di kawasan bandar pulak. Sebab makin ramai orang suka berbomoh maka semakin ramai pulak bomoh2 muncul memberi khidmat & kebanyakkan bomoh cari makan.

Bomoh cari makan ni paham2 je la.. takde sakit pun dia cakap sakit & dia bagi penyakit supaya kita datang berubat dengan dia. Yang peliknya walau sekarang ni dah bersepah pusat rawatan Islam tetap jugak orang yakin dengan bomoh2 yang menggunakan khidmat Jin & syaitan sebagai khadam. Dan kena hati2 jugak.. ada bomoh yang mengaku dia menggunakan kaedah rawatan yang berlandaskan Al - Quran tapi sebenarnya tak. Pun wujud jenis bomoh macam ni. Tips paling senang korang nak kesan bomoh tu merawat secara Islam atau guna khadam (Jin).. tengok dia letak tak harga pengeras. Kalau dia minta.. korang tak payah nak soal siasat lebih2, Insya Allah.. memang confirm la dia tak menggunakan kaedah rawatan secara Islam.

Carian Google
Kenapa kita masih percaya dengan bomoh?? Golongan yang percaya pada bomoh ni sekarang bukan golongan sekolah tadika pun tak grade tau.. yang ada Ijazah.. PHD bagai pun banyak. Semakin bijak dorang belajar.. semakin cetek pula akal. Yang hidup dalam bandar serba serbi ada.. nak rawatan moden ada.. rawatan alternatif berlandaskan Islam pun dah bersepah tapi kenapa dia sanggup travel jejauh ceruk kampung semata mata nak cari bomoh??

Dari pengalaman sang lekit tengok orang yang percaya bomoh ni penyakit dia takde penghujung pun. Tak pernah2 sembuh.. sakit sini.. sakit sana.. sakit itu.. sakit ini.. sampai hari ni. Tetap dia yakin dengan kaedah yang di gunakan bomoh untuk merawat. Bukan satu dua bomoh dia pergi.. asal dengar orang cakap ada bomoh ni bagus.. bomoh tu bagus.. berdesup dia pergi tapi tak juga baik2 sakit dia. Bukan apa.. risau satu bomoh dia pergi.. hantar 1 penyakit dengan tujuan yang sang lekit sebut tadi.. satu bomoh yang lain hantar juga 1 penyakit.. kalau 10 bomoh dia pergi hantar 1 penyakit memang sampai mati la dia asyik sakit - sakit, ye dak??

Lain - lain kes pasal bomoh ni bukan je kena tipu.. kena cabul.. kena rogol.. pun banyak tapi kenapa orang tetap memilih bomoh??

Memang apa yang jadi tu dengan keizinan Allah.. sakit pun datang dari Allah juga untuk menduga kita sebagai hambaNya.. Tapi Islam dah sediakan semua kaedah merawat apapun jenis penyakit termasuk gangguan sihir, jadi perlu ke kita guna khidmat Jin & Syaitan. Perlu ke kita minta pada Jin & Syaitan sedangkan yang memberi keizinan penyakit datang & sembuh adalah Allah. Renung renungkanlah wahai peminat bomoh yang baca entri ni..

P/S : Kang ada pulak yang cakap.. tak kena batang hidung sendiri pandai la karang entri berjela jela.. dah kena baru tau nak cari bomoh mana. .. Jawapannya, Moga Allah menjauhkan diri ni dari percaya pada amalan2 khurafat itu, Amin.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com