Showing posts with label perasan. Show all posts

GOLONGAN STAMP PAD MEMANG SUKA ACAH ACAH POSITIF

GOLONGAN STAMP PAD MEMANG SUKA ACAH ACAH POSITIF. Dah lama aku perati manusia - manusia yang konon sangat positif & sukakan perkara perkara positif ni akan bajet macam apa saja tindakkan negatif yang dia buat kat media sosial adalah kerana aura atau pengaruh orang yang negatif la kononnya. Dia tu asalkan sangat suci murni.. tercemar dek kerana bergaul dengan orang2 yang dia label sebagai negative person. Kalau tak kenal orang2 macam tu confirm dia memang dah ada tiket ke syurga...


Aku ni antara manusia yang selalu la di tuduh pembawa aura negatif kat orang. Kira pengaruh besar jugak la kan apa yang aku tulis kat media sosial sampai mampu menyesatkan & membuatkan orang yang baik lagi mulia ni turut jadi jahat macam aku. Sebab banyak pengaruh aku ni elok la korang ambil kesempatan kalau nak review apa2 produk atau perkhidmatan korang boleh email : lekatlekitgurl@yahoo.com .Konon depa la baik.. Aku la punca depa jadi jahat. Takpe la.. aku terima je la. Sebab aku sedar diri.. Aku manusia yang memang ada sisi buruk & baik. Yang buruk tu bukan semua sebab pengaruh orang lain tapi kadang2 adalah dari dalam diri  aku sendiri yang kadang2 gagal mengawal emosi bila menaip pendapat atau pandangan di media sosial. Atau kadang2 aku terlalu outspoken.. Aku memang tak reti nak bajet gud gud sangat.. Bajet aku insan teraniaya.. aku insan suci bagai. Aku jenis fighting. Aku pun manusia pendosa. Ada perkara aku salah & ada perkara orang yang buat salah dengan aku dulu.. hahahaha. Sebab tu orang2 baik selalu cakap.. Yang baik dari Allah, yang buruk dari diri saya sendiri. Takde dia cakap.. Yang baik tu dari saya yang buruk tu pengaruh dari orang2 negatif sekeliling saya. kan? kan? kan?


Jenis spesis yang suka tunding jari orang tu negatif.. orang ni negatif buat dia jadi negatif.. Ni la golongan bajet dia paling positif. Orang yang tak memihak pada dia semua negatif. Kalau yang sokong dia.. semua positif. Sila meninggal beb! Sila sedar diri tu dah berbulu atas bawah. Takkan setiap kali kau buat perkara negatif kau nak tuduh orang lain la penyebabnya? Hang tak dak otak ka nak fikir? Awat hati hang dah mati ka nak merasa.

Bagi aku la kan.. Manusia yang jenis dok rasa setiap perkara negatif dia buat tu berpunca dari orang lain ni.. Dia yang sebenarnya penuh dengan aura negatif. Sebab orang positif sentiasa melihat sesuatu perkara dari sudut positif. Takde asyik nak jadi macam stamp pad nak cop orang tu ni negatif.  Lepas tu ugut nak unfriend & block bagai macam orang mati la kena unfriend & block dengan depa. Tang negatif dia tak pulak dia nampak. Sila meninggal sekali lagi, ok!


Aku selalunya kalau blocked ni orang aku meluat je bukan pasal positif & negatif sangat. Tapi aku susah sangat nak blocked sapa2. Dalam blocked list FB aku ada 3 orang je tu pun yang bertahun tahun dulu. Aku pun lupa kenapa aku blocked hahahaha. Yang aku unfriend kebanyakkan sebab aku rasa tu yang terbaik mungkin sebab percanggahan pendapat mungkin memudaratkah hubungan berkawan di alam maya tu.. Kalau aku blocked sampai ke IG tu kira double triple meluat la tu.. sebab aku paling susah nak block orang kat IG. Ada la sorang je blogger aku blocked kat IG sebab jenis acah acah mulia & teraniaya sangat padahal aku tau apa yang dia canang kat orang belakang aku. Depan kemain macam menghargai la sangat apa yang pernah aku tolong dia.. Belakang macam neraka juga la dia mengumpat aku. Selalunya aku jadi mangsa orang nampak macam jahat sangat sebab aku suka melantang secara public.. Bukan jenis yang acah acah baik ni.. sekali dengan kau aku ucapkan sila meninggal. hahahahahaha.

Aku memang mengalu alukan bagi sesiapa sahaja macam rasa sebab dok baca tulisan aku kat facebook boleh buat hangpa jadi negatif... pergi la kasih.. pergi la sayang.. Tapi awas jangan nak rindu2 dah lepas tu. Lepas pergi jangan kembali.. Kalau nak kembali.. kembalilah ke rahmatullah. Tu je tempat paling abadi. Jangan kembali pada aku.. sebab aku masih sama lagi macam dulu hahahaha.

Pada golongan stamp pad ni.. Yang hari2 dok acah2 positif dengan dok ugut nak unfriend orang bagai bebawak la cari cara lain nak meraih perhatian orang. Tak payah dok buat 'Jualan Murah' sangat nak meraih like & komen.

Moral of the story.. Kat internet ni memang kita boleh jumpa macam macam orang, macam macam benda & macam macam perkara termasuk benda ni >> 14 Plot Yang Tidak Di Jangka Anda Boleh Jumpa Di Internet terutama yang no 1 tu memang tak boleh blah << Jadi pandai pandai la korang nak mengimbangi apa yang korang tengok & baca kat internet. Kalau rasa tak suka tak perlu nak kecoh2 sangat cerita kat orang yang korang sangat positif & akan remove orang2 yang negatif kat sekeliling korang.

JANGAN BERANI CAKAP AKU TAK CANTIK

JANGAN BERANI CAKAP AKU TAK CANTIK. I bekas Ratu cantik ok! Tapi Ratu cantik dalam mimpi je la. Hahaha.. Tak kira ratu cantik dalam mimpi ke hapa tapi jangan sesekali nak cakap aku tak cantik. Sebelum kau cakap aku tak cantik, better kau cermin muka kau sendiri!! ops! cermin sekarang pun dah tak boleh percaya apatah lagi gambar kan?? hehehehe

Gambar sekadar hiasan

Tu dia mukadimah penuh riak, bongkak & perasan lawa katanya. Mesti la! I memang lawa pun.. Lawa kalau ambil gambar guna beauty camera kalau tak lawak je. Hahaha... Tak kira la gambar I edit ke tidak yang penting ramai puji I lawa, okay! Kalau U tetiba nak mempertikaikan pasal kecantikkan I, siap U. I akan printscreen semua komen2 yang memuji kecantikkan I untuk I buktikan pada U yang I ni memang lawa. Even kawan2 realiti I pun cakap I lawa, ok! Kenapa U sorang je songeh sangat.. Nak real pic tanpa makeup la, tanpa editing la.. Cukup la apa U tengok tu dah lawa. So, terima je I memang lawa.

Penat pulak ahkak membebel.. Tu sekadar lakonan je la. Lakonan yang di adaptasi dari apa yang berlaku di media sosial. Sapa yang taknak nampak cantik ye dak.. Tapi tu la jangan sampai tak boleh terima kenyataan bila ada yang memandang kita tak cantik. Bila ada yang mempertikaikan kecantikkan kita hanya 'palsu' jangan la marah. Biasa la kita orang perempuan ni memang jarang nak tunjuk rupa sebenar bagi yang kaki makeup, kaki edit gambar. Mengaku je la yang cantik tu banyakkan 'touch up' & editing je. Tak perlu la kau nak petik2 pujian kengkawan yang ntah ikhlas, ntah nak jaga hati bagi membuktikan kau sebenarnya cantik pada pandangan mata orang lain. Kita semua cantik sebenarnya.. Tapi kalau ada orang rasa kita tak cantik tu hak mereka. Sebab cantik pada pandangan mata setiap manusia bukan sama.

Tak payah sentiasa harap sangat orang puji kita ni cantik sampai tak boleh terima kenyataan bila orang mempertikaikan kecantikkan kita yang macam fake Sampai nak compare pulak dengan orang lain yang kita rasa lebih buruk dari kita. Dalam perasan lawa ni pun perlu ada limit & batasannya. Aku pun kadang2 perasan lawa jugak nak2 lepas cuci muka atau makeup. Cermin kat rumah aku pun kadang2 boleh tahan jugak pandai bodek. Mungkin dia takut kena baling dengan botol bedak tu yang kadang2 Tengok macam lawa sangat dah.. tup tup tengok cermin kat side mirror kereta laki aku sipi sipi je nak macam hantu kak limah. Mujur la conteng2 sikit dengan makeup. hahahaha

Kesimpulannya kat sini.. Jangan perasan lawa tanpa batasan sampai rasa sapa yang pertikai pasal kecantikkan kau yang tak nampak natural beauty atau original tu dengki. hakikatnya kau tahu gambar kau tu ada edit atau tak. Tak kira la edit brightness ke edit jadi flawless ke, atau smartphone kau tu standard camera dia memang dah auto edit macam OPPO Pakar selfie anda tu.. Kalau ada sentuhan kecundang guna aplikasi tu, tetap la edit, kan? Bukan apa bila kau bermati matian dok mempertahakan yang kau sebenarnya cantik macam bidadari, Orang yang baca rasa macam... hurmm... kesian. Tak boleh terima kenyataan rupanya.

Moral of the story.. Biar ada orang mengeji rupa paras kita, tak perlu kita buktikan sangat yang kita sebenarnya cantik. Bersyukur dengan lukisan Indah di wajah kita & jaga baik baik pun dah cukup. Biar orang pandang kita buruk, tapi Allah dah jadikan kita sebaik baik ciptaanNya. Menghargai rupa yang kita ada dah cukup buat kita rasa cantik & tak perlu pun mengharap sangat pujian orang lain untuk membuktikan kecantikkan yang Allah lukis di wajah kita.

Apapun cantik je kalau tak berduit & asyik nak menumpang kekayaan orang je pun nampak buruk jugak walau tak buruk rupa tapi buruk perangai. Jadi untuk jadikan perempuan cantik nampak perfect kena pandai cari duit jugak Kalau ada duit yang hodoh pun boleh jadi cantik.. Apa ingat rawatan kulit, skincare, makeup semua tu terjun dari langit lepas kau tadah tangan je.. 

ARTIS UNDI DIRI SENDIRI MENANG TANPA MARUAH

Amboi lekatlekit ni.. Sentap tau para retis baca tajuk entri hang tu. Silap2 ada yang nangis bawah bantal. Takpa la.. biaq pi depa nangis bawah bantal pun depa dah sedap menikmati hasil kemenangan dari main tipu dalam sesuatu Anugerah yang memerlukan vote dari peminat.

Sekadar hiasan

Semalam berlangsungnya Anugerah bintang popular berita harian.. Aku tengok la sikit2 & sekejab lepas tu tukar channel. Tak selera pulak nak hadap lama - lama katanya. Satgi bila rasa yang tak layak menang tapi boleh memang mula nak keluar status bebukan kat FB.  Jadi aku undur mata dari terus tengok ABPBH semalam.

Tapi terbaca la status2 kat FB yang mempertikaikan kemenangan retis yang vote diri sendiri. Ha kau! punya gigih nak rasa diri di nobatkan sebagai yang terbaik sanggup ni vote diri sendiri demi nak nampak macam ramai peminat. Aduhai.. tak malu ke? Kalau pun orang tak tahu tak rasa malu dengan diri sendiri ke? Yelah.. menang tapi tak bermaruah. Tu kategori menipu jugak. Kalau betul peminat pilih kau untuk jadi penerima anugerah tu tak perlu kau gigih sangat mengundi diri sendiri cukup kau berkempen untuk meraih undi.

Tolong rasa malu wahai artis.. Kalau kau tak cukup bagus tingkatkan kebagusan kau bukan menipu dengan undi diri sendiri. Bila yang tak layak, merampas trofi dari yang layak artis tempatan nampak murahan sangat. Orang akan cakap.. camni ke artis yang di pilih sebagai yang terbaik?? Kalau macam ni boleh dapat anugerah.. retis malaysia boleh kutip tepi2 tong sampah touch up bagi lawa2 suruh berdiri depan camera.

Moral of the story.. dalam hidup kita kena ada sedikit ego untuk mengelakkan kita melakukan perkara yang tak bermaruah sebab kurang kemaluan pada diri sendiri. Orang yang kurang kemaluan pada diri sendiri nescaya secara automatik dia juga kurang kemaluan dengan orang lain.

P/S : aku tak point retis memana.. tapi kalau ada retis terasa maka dia ada buat. Hahahaha

SUKA SELFIE TANDA SESEORANG TU ATTENTION SEEKER

Semalam sesambil buat kerja surirumah ni sesambil la dengar perbincangan pasal selfie kat Wanita Hari ni tv3. Dengar pun dengar gitu jer.. sesambil buat kerja kan. Yang aku ingat pakar yang di jemput kata.. orang yang suka berselfie kurang keyakinan diri & attention seeker. Wah! kau... marah kaki2 selfie. Bukan setakat di gelar sakit mental.. dah kena tuduh attention seeker.

Sumber google

Tapi kan bagi aku tak semua kaki selfie tu attention seeker sebabnya memang ramai suka selfie bukan semua orang suka upload gambar selfie dia kat laman sosial. Yelah sekarang zaman smartphone bukan zaman kamera filem macam dulu. So, semudah ABC nak snap pic sendiri. Jadi kadang2 nak tengok muka sendiri dalam gambar kita selfie la. Macam aku dulu zaman myspace memang kaki selfie setiap hari update gambar muka aku sendiri. hahahaha.. sebelum pi kerja tu mesti selfie dulu lepas tu sampai opis mesti upload. Tapi sekarang aku selfie la jugak tapi tak berapa suka upload sangat dah.. Nak2 muka sendiri ni. Adakah aku di kira sebagai attention seeker sebab aku suka selfie tapi aku tak berapa suka nak upload sangat semua gambar selfie aku? Kalau aku attention seeker dah tentu aku tunjuk gambar aku untuk meraih perhatian orang lain, ye dak??

Sebab tu aku rasa ramai yang suka selfie tapi bukan semua suka upload gambar jadi tak semua kaki selfie tu attention seeker. Selfie ni kadang2 banyak sebab... ada yang sekadar untuk simpanan peribadi, ada yang untuk tengok hasil dari penggunaan sesuatu produk nak2 lagi blogger yang selalu ambil upah buat review produk & tak dapat di nafikan ramai yang suka selfie untuk menunjuk @ berkongsi semua aktiviti dia setiap hari. Banyak sebab.. salah satu mungkin jugak nak meraih perhatian atau mungkin berkaitan kerjaya dia so dia kena buat.

Nak judge semua kaki selfie attention seeker pun tak boleh.. Kita sendiri tahu kenapa kita suka selfie. Samada kita nak jujur pada diri sendiri atau tak jer.. Tapi kadang2 orang boleh nampak niat kita di sebalik selfie kita even kita menafikan, so moral of the story selfie bukan sesuatu yang salah cuma kalau berlebihan mungkin memudaratkan.


BLOGGER ADA FANPAGE BAJET RETIS

Banyak sangat ke kau punya fans sampai nak kena adakan fanpage bagai? Ko fikir kau ben ashaari? Mat Gebu? hanis Zalikha? Yuyu Zulaikha? Redmummy? atau ko fikir kau popular macam sharifah sakinah yang tak lawak boleh menang Anugereh lawak warna tu? Fanpage la sangat.. padahal blog kau tu traffic ala2 mati tak mau, hidup pun segan jer..

Amboi hang lekatlekit.. Tau dak statement hang tu blogger lain rasa macam nak hentak ja muka hang dengan kebot. hahahahahahahaha

Tu contoh statement orang yang pandang blogger yang tepian longkang ada fanpage sendiri. Bukanlah bajet retis bagai..  Iskk.. masih sedar diri lagi kot. Yang tercetusnya entri ni bukan apa Semalam lepas terbaca satu status dari seorang blogger kat FB yang memberi jawapan balas kepada seorang Insan yang katanya blogger biasa biasa ni tak payah berfanpage sangat konon bajet retis. Mungkin dia cakap camtu dia tak paham niat kita ni adakan fanpage untuk blog.. Tak boleh salahkan dia. pemahaman dia mungkin agak skema bila sebut fanpage jer hanya untuk kelab peminat.

Konon kau sapa nak berfanpage bagai? Cermin la blog kau tu dulu? ye ye.. dah cermin. Den pun ada fanpage tapi bukan la dengan niat yang LIKE kat situ adalah peminat. Fanpage den ni lebih kepada friendspage jer tapi dah FB takde friendspage.. tumpang jer bangunkan friendspage tu kat fanpage.

Fanpage ni banyak kegunaannya.. tak semestinya untuk retis2 kumpul peminat. Ada yang meniaga online pun buat fanpage untuk memudahkan mereka mempromosi produk mereka.. atau macam aku buat fanpage ni bukan la nak kumpul peminat aku tapi lebih nak cari geng2 yang suka tengok filem seram. Kiranya peminat cerita seram la..  & sekaligus untuk yang suka baca entri di blog melekit sebab kalau korang follow fanpage tu update2 terkini blog aku akan di post secara auto kat situ. Ada yang buat fanpage untuk kumpul kawan sekolah lama..  Tak semestinya fanpage tu untuk seseorang yang ramai peminat jer.

Jadi jangan salah paham.. bajet retis,bajet popular,bajet cun, bajet ensem ni bergantung pada niat la kenapa dia adakan fanpage. Tapi kalau blogger macam aku follower blog pun tak sampai 2k tapi ada jugak fanpage adakah aku berangan aku banyak peminat?? Kadang2 benda tu takde apa2 pun.. sekadar macam trend @ for fun jer. Yelah benda free sapa2 pun boleh create dengan bermacam2 tujuan, ye dak??

Moral of the story.. jangan pukul rata semua blogger yang ada fanpage tu bajet retis & ramai peminat. Sebab fanpage bukan hanya untuk kelab peminat. Fungsinya boleh di pelbagaikan mengikut kreativiti masing2 walau di bawah satu nama Fanpage. So, jangan salah faham lagi yer... Peace!

Jadi Kalau rasa nak LIKE friendspage aku tanda sokongan  sila LIKE kat bawah ni kekekekkeke... hahahaha sempat lagi kau promot page sendiri.



P/S : Nama2 besar yang aku sebut kat awal entri ni bukan tujuan mengaib atau merendahkan mereka tapi mereka memang di antara blogger yang ramai peminat. Sapa tak kenal ben ashaari? Mat Gebu? hanis Zalikha? Yuyu Zulaikha? Redmummy kan? So, dorang memang banyak fans jadi kalau dorang ada fanpage pun tak siapa boleh pertikaikan.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com