KESIAN PENGANTIN.. MAKEUP CAIR LEPAS 15 MINIT ATAS PELAMIN
KESIAN PENGANTIN.. MAKEUP CAIR LEPAS 15 MINIT ATAS PELAMIN. Dok cerita pasal skincare ja kan.. Tup tup sampai surat cinta kat rumah. Tu dia.. ketaq lutut sampai terkencing baca surat cinta tu.. Makan tak lalu, tidoq tak lena katanya. Tapi sempat la mimpi kena ligan dengan zombie dalam tak lena tu.. Sebelum tidoq sempat masak & makan jugak siakap 2 rasa dalam tak lalu makan katanya.. So, sebab hati tak berapa tenteram ni kita cerita pasal isu mak andam, pengantin & makeup pulak la kan.. Pasal skincare tu.. Kita tunggu masa yang sesuai untuk cerita na.. heheheheTadi terbaca kisah seorang pengantin perempuan yang duka nestapa selepas makeup dia cair macam hati dia cair tengok suami dia yang ensem kat sebelah katanya.. Hati cair takpe sedap je rasanya.. Makeup cair masa tengah bersanding kau bayangkan la tijah.. betapa luluh jiwa & raga si pengantin tu. Dah la makeup bukan free. Upah MUA kena bayar. tetiba cair makeup sampai bercapuk la foundation kat muka. Time tu kalau sapa2 pun kena.. Hari bahagia jadi hari paling malang dalam hidup. Tak terasa macam raja sehari dah.. Rasa macam kak limah jer rupanya.
Terpaksa la beliau larikan diri buat sementara waktu menyembunyikan wajah yang bagai kena simbah asid sebab makeup cair kan. Muka kalau makeup cair ni lebih hodoh dari muka tak makeup tau. Kalau aku pun lari nyorok bawah katil jugak ok!
Inilah wajah pengantin malang yang makeup cair masa bersanding. Kesian dia kan? |
Nasib baik la kawan2 ada tolong touch up balik muka dia bagi elok walau makeup kawan2 dia bukan level pro MUA la tapi tetap nampak seri pengantin. Better la dari nak tadah muka dengan makeup cair depan orang kan.
Rupa pengantin & suami |
Kesian kan.. Tak kira anda MUA yang pro atau tak tapi kalau ambil tanggungjawab mencantikkan muka orang make sure hangpa ada kepakaran dalam bidang tu. Guna makeup hat elok2 sikit nak tenyeh kat muka orang. Jangan main tempek ja asal siap. Kesian wei.. Orang bayar bukan free.
Tapi pengantin tu tak ada la dedahkan MUA mana dia ambil.. cuma dia nasihatkan kat orang lain kalau nak ambil MUA carilah yang berkualiti. Better ambil MUA dari rekemen kawan2 atau sesiapa yang pernah guna khidmat dia la. Atau MUA yang memang orang dah kenal & tahu hasil kerja dia macam mana kan? Ambil yang ntah dari mana2 datang ni kadang2 dia baru belajar makeup jadikan muka hangpa eksperimen pun kadang bala jugak tu. hehehehe
Moral of the story.. Tak kira la anda menjalankan perniagaan jenis perkhidmatan atau apa tapi please tolong amanah & jujur dengan kerja anda sebab ia berkaitan dengan sumber rezeki yang anda dapat. Memang Allah dia bagi je rezeki tak kira hangpa guna cara betul atau salah tapi kena ingat.. Apa dia bagi bersama ujian. Bukan kata hangpa buat kerja menipu tapi tetap rezeki melimpah ruah sampai boleh buat umrah setahun 5 - 6 kali tu Allah redha dengan jalan hangpa cari rezeki. Orang jahat pun Allah bagi rezeki.. Jadi renung renungkan.