IKLAN MENGHIBURKAN TAPI MEROSAKKAN
Haruslah lepas ni haters blog melekit akan melabelkan blog ni blog mengondem jer.. Tak kisah la apapun orang cakap tapi sang lekit bukan berniat nak jatuhkan sesapa sekadar memberi pendapat & pandangan peribadi jer.. Macam selalu sang lekit tulis di akhir2 entri. kekekekekeOkies kali ni nak kopek isu pasa iklan. Entah kenapa tiba - tiba teringat satu iklan maggi ni. Iklan ni pada mulanya bagi Lekit kreatif & menghiburkan tapi bila di renung dalam - dalam macam contoh kurang sopan pula. Ingat lagi tak dengan iklan maggi di mana seorang lelaki mengimbau zaman kanak - kanaknya makan maggi sambil goyang2 mangkuk & pusing mangkuk di ikuti dengan perut & pinggangnya sekali.Tak ingat?? Jom layan video ni dulu mesti korang ingat.
Dah tengok kan?? Korang rasa apa moral yang tak baik di tonjolkan dalam iklan ni?? Tak dapat teka jugak?? Takpe meh sang lekit bagitau. Korang bayangkan kanak - kanak yang tengah membesar tengok iklan ni kemudian meniru aksi ni kat rumah. Ok la kat rumah dengan family.. Orang tak nampak. Nak - nak pula budak ni jenis yang terlalu sporting tiba - tiba bila makan kat luar dia buat aksi macam tu jugak. Atau dia buat aksi macam tu depan sanak saudara, kawan - kawan atau kat tempat2 awam. Paling tak best lagi dia buat aksi tu kat majlis2 rasmi.
Kita di didik dari kecil bila nak makan duduk baik - baik, makan perlahan - lahan, makan dengan sopan, makan diam - diam.. Mana ada mak bapak kita ajar makan sambil goyang inul, kan?? Pengaruh TV memang sangat - sangat besar pada kanak - kanak & tak kira la perbuatan atau perbualan.. Apa yang menarik di mata kanak - kanak ni akan mudah jadi ikutan. Sekarang ni mana ada kanak - kanak yang dapat di pisahkan dengan TV betul tak?? Jadi rasanya iklan yang berunsur macam tu agak kurang sesuai untuk tontonan kanak - kanak. Tapi setakat ni sang lekit tak dengar lagi la apa2 rungutan atau kesan buruk dari iklan tu cuma orang kata mencegah itu lebih baik dari merawati. Elok la bertindak sebelum terjadi.
Apapun ni cuma kupasan untuk menyuarakan pendapat & pandangan secara peribadi jer. Tidak berniat nak jatuhkan mana2 pihak pun. Jangan la anggap sang lekit ni hanya tau cari salah silap orang jer. Sekadar bersenam otak mencari sesuatu untuk di perbincangkan. Boleh kan??