Showing posts with label tip masakan. Show all posts

RESEPI KARI IKAN SALMON MENU IFTAR MUDAH & SEDAP (Lazada Blogger Contest)

RESEPI KARI IKAN SALMON MENU IFTAR MUDAH & SEDAP (Lazada Blogger Contest). Minggu ni minggu menghitung hari detik demi detik.. Masa ku nanti apa kan ada. Tu dia tetiba lagu kriss Modenas dah keluar hahahaha. Tak berapa hari lagi kita akan menyambut bulan ramadhan Al Mubarak katanya. Bulan penuh keberkatan & makanan jugak. Tapi harus di ingat dalam mencari keberkatan ramadhan ni jangan sampai kita melakukan pembaziran takut hilang keberkatan dosa pula kita dapat.


Memang la bulan puasa ni kita terpaksa menahan lapar & dahaga dari terbit matahari sehingga terbenam matahari so bila nampak makanan macam singa nampak kijang. Semua kita rasa nak makan & semua kita rasa boleh makan. Walhal kadang2 masa berbuka kita cuma minum air & makan sepinggan nasi berlauk je. Lepas tu kenyang, betul tak? Jadi untuk elakkan pembaziran kena juga mengelak mengunjungi bazar ramadhan. Yang lebih Afdal adalah memasak sendiri kat rumah. Bukan banyak pun nak makan. Tak sampai sekawah pun nak kena masak, ye dak.

Bulan puasa ni kita sedia maklum orang berpuasa kadang2 makanan yang di beli kat luar ni ada yang kurang rasa & ada terlebih pulak rasanya. Sebab tu kena masak sendiri kat rumah. Antara menu yang boleh masak adalah Kari Ikan Salmon. Yer.. Ikan salmon ni bukan ikan yang menjadi makanan rutin orang melayu kat Malaysia ni. Tapi tak salah sekali sekala kita masak menu special sikit guna ikan yang special macam salmon. Kari ikan ni antara lauk kegemaran saya juga yer tuan tuan & puan puan. Dapat semangkuk kari & sepinggan nasi panas panas.. Tambah kicap sikit, Memang nikmat dia 5 star ok! Cukup la hidangan kari ikan yang menjadi menu berbuka puasa. Tak payah lauk pauk lain lagi.

Susah ke nak masak kari ni? Sapa kata susah.. Tak susah pun. Macam masak kari ikan lain jugak. Ada banyak versi.. Versi baru belajar dengan versi expert. Tapi takpe la saya share resepi masak kari yang paling basic supaya yang baru belajar tu tak rasa stress sangat nak belajar masak ye dak. Maybe boleh jadi menu berbuka puasa hari pertama anda nanti.

Untuk resepi kari ikan salmon ni, bahan bahan yang di gunakan adalah..

1. Ikan salmon. Ambil la bahagian mana mana pun semua boleh di karikan
2. Serbuk rempah kari ikan
3. Daun kari
4. Bawang merah
5. Bawang putih
6. Halba campur
7. Air asam jawa
8. Santan
9. Terung/Bendi/Tomato (Pilih la yang mana anda suka. Nak masuk ketiga tiga pun boleh)
10. Minyak masak
11. garam sebagai perasa

* Kalau tak ada masa nak beli serbuk perasa macam rempah kari semua anda boleh beli secara online jugak di lazada Ramadan Bazar

Cara untuk memasak

1. Bancuhkan rempah kari sehingga menjadi pes & letak di tepi
2. Cuci ikan, sayur sayuran (Terung/Bendi/Tomato) & letak tepi
3. Potong bawang merah & bawang putih
4. Panaskan minyak & tumis bawang merah, bawang putih,daun kari, halba campur sehingga naik bau
5. Masukkan rempah kari yang telah di bancuh tadi & masak sehingga pecah minyak
6. Masukkan ikan salmon & biar masak sekejab
7. Masukkan Terung/Bendi
8. Masukkan santan & air asam jawa (Tambah air sekiranya pekat)
9. Biar masak sekejab & sekiranya ada tomato masukkan tomato.
10. Masukkan garam secukup rasa
11. Jika semua bahan dah masak tutup api.

* Nak masak menu berkuah macam kari ikan ni elok gunakan periuk yang jenis dalam sikit macam Tefal Comfort Max Stainless Steel Saucepan 18cm/lid. Sebab senang bahan bahan macam ikan & sayuran dia nak terendam dalam kuah bagi memastikan rasa di serap dalam ikan/daging atau sayuran tersebut. Jangan guna kuali jenis leper tak sesuai ok untuk masak kari. Periuk Tefal ni kelebihan dia boleh memasak makanan tu dengan baik & tahan karat.


Ni kira cara memasak kari ikan paling basic la. Kalau versi expert sikit ada kelainan cara penyediaan bahan termasuk cara nak masak rempah kari tu. Tak susah kan? Anda boleh cuba memasak sendiri kari ikan salmon ni di rumah nanti. Jangan takut tak menjadi.. Kena cuba dulu baru boleh belajar, ok!

Kari Ikan Salmon

Alang alang dah cerita pasal masak memasak ni, saja la nak bagitau korang kalau korang nak membeli belah peralatan memasak macam kuali periuk atau apa saja korang boleh membeli sekarang di lazada malaysia sebab sekarang lazada tengah mengadakan Marhaban Ya Ramadhan & Riang Raya Sale. Diskaun sehingga 90% bermula 19 mei - 30 jun 2017. Sedang elok la bagi korang nak membeli peralatan dapur  Bagi memudahkan aktiviti memasak anda sepanjang ramadhan & hari raya nanti.

Apapun selamat mencuba resepi kari ikan salmon. Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak. Semoga ramadhan kali ini memberi seribu makna kepada kita semua.

RESEPI SARDIN MASAK KICAP MENU SAHUR RINGKAS DAN SEDAP

RESEPI SARDIN MASAK KICAP MENU SAHUR RINGKAS DAN SEDAP. Tu dia tak berapa hari lagi ja kita bakal melangkah ke bulan yang penuh keberkataan. Bulan yang paling mudah nak rebut ganjaran pahala berlipat kali ganda. Bulan yang ramai manusia akan rajin menunaikan ibadah wajib & sunat. Bulan tu juga akan di hantui dengan geng plastik hitam yang bakal di angkut dengan van jenazah untuk melawat kawasan sekitar bandar & pekan. Bulan yang manusia akan jadi lebih bernafsu dengan makanan. Macam macam lagi la kalau nak di senaraikan perbezaan bulan ramadhan dengan bulan biasa ni.


Bila masuk bulan ramadhan.. Dah tentu la sinonim dengan sahur. Hari pertama sahur biasa la mesti meriah meja makan. Almaklum la semangat hari pertama tu memang takkan sama dengan hari ke 10,11,12 dan seterusnya. Hari pertama masing2 tak sabar nak bangun bersahur tapi hari hari seterusnya boleh menggugat kesabaran nak kejutkan sesekor bangun bersahur katanya.

Bila dah pertengahan ramadhan ni selalunya sahur memang ala kadar je. Takde sapa rajin pepagi buta nak buat mandy chicken bagai kan. Paling2 sayur & satu menu lauk je. Almaklum la pagi - pagi nak masak berat berat kadang selera makan bukan nak ada sangat. Di tambah masa nak masak tu memang terhad nak2 lagi kalau terbabas tidur bangun cukup2 masa goreng telur je memang tidak la merasa makanan sedap. Jadi jangan mimpi la kau nak makan ayam masak merah pepagi buta macam tu.

Jadi atas keprihatinan kami, So kami nak share kat hangpa satu menu sangat sangat simple, senang & sedap. Sangat2 sesuai di jadikan menu masa sahur. Selain nak sediakan lauk ni tak payah ambil masa yang lama, bahan bahan dia pun sangat mudah di dapati. Iatu menu Sardin masak kicap. Dah jemu makan sambal sardin bagai.. Meh sini den nak bagi menu sardin masak kicap pulak.

Bahan Bahan di perlukan

1. 1 tin ikan sardin (size ikut berapa orang nak makan)
2. Bawang besar
3. Bawang putih
4. Jintan manis
5. Jintan putih
6. Halia
7. Kicap manis
8. Kicap pekat
9. Garam sebagai serbuk perasa
10. Minyak masak

Cara memasak

1. Bukan tin sardin asingkan ikan dari sos & letak tepi
2. Kisar bawang besar, bawang putih, halia, jintan manis & jintan putih. Letak tepi
3. Panaskan minyak goreng sekejab ikan sardin
4. Minyak yang sama tumiskan bahan kisar tadi sampai naik bau.
5. Masukkan kicap pekat & kicap manis
6. Masukkan sos sardin tadi. Kalau rasa tak nak masuk pun tak apa.
7. Masukkan ikan sardin yang dah siap di goreng
8. Masukkan hirisan bawang besar & kalau suka pedas masukkan cili padi.
9. Masak sekejab & perasakan dengan garam kalau belum cukup masin.
10. Tutup api & hidangkan.

* Bagi memudahkan hangpa masak pepagi buta, bahan kisar boleh buat siap2 malam hari sebelum tidur & simpan dalam peti sejuk. Pagi nak masak boleh terus keluarkan & guna.


Jadi sila print siap siap resepi ni & simpan sebagai salah satu menu untuk sahur hangpa sepanjang bulan puasa. Nak2 lagi yang bujang tu. Tak payah satgi orang posa hangpa dok buat cerita sedih sahur dengan biskut kering & teh o panas ja. Tunjukkan orang bujang pun bersahur dengan nasi berlauk hehehehe.

Selamat mencuba resepi ringkas, mudah & sedap ni. Simpan stok ikan sardin siap siap sebelum masuk bulan puasa ok! Manatau emergency sardin pun berguna jugak. hehehehe

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com