RESEPI SARDIN MASAK KICAP MENU SAHUR RINGKAS DAN SEDAP
Bila masuk bulan ramadhan.. Dah tentu la sinonim dengan sahur. Hari pertama sahur biasa la mesti meriah meja makan. Almaklum la semangat hari pertama tu memang takkan sama dengan hari ke 10,11,12 dan seterusnya. Hari pertama masing2 tak sabar nak bangun bersahur tapi hari hari seterusnya boleh menggugat kesabaran nak kejutkan sesekor bangun bersahur katanya.
Bila dah pertengahan ramadhan ni selalunya sahur memang ala kadar je. Takde sapa rajin pepagi buta nak buat mandy chicken bagai kan. Paling2 sayur & satu menu lauk je. Almaklum la pagi - pagi nak masak berat berat kadang selera makan bukan nak ada sangat. Di tambah masa nak masak tu memang terhad nak2 lagi kalau terbabas tidur bangun cukup2 masa goreng telur je memang tidak la merasa makanan sedap. Jadi jangan mimpi la kau nak makan ayam masak merah pepagi buta macam tu.
Jadi atas keprihatinan kami, So kami nak share kat hangpa satu menu sangat sangat simple, senang & sedap. Sangat2 sesuai di jadikan menu masa sahur. Selain nak sediakan lauk ni tak payah ambil masa yang lama, bahan bahan dia pun sangat mudah di dapati. Iatu menu Sardin masak kicap. Dah jemu makan sambal sardin bagai.. Meh sini den nak bagi menu sardin masak kicap pulak.
Bahan Bahan di perlukan
1. 1 tin ikan sardin (size ikut berapa orang nak makan)
2. Bawang besar
3. Bawang putih
4. Jintan manis
5. Jintan putih
6. Halia
7. Kicap manis
8. Kicap pekat
9. Garam sebagai serbuk perasa
10. Minyak masak
Cara memasak
1. Bukan tin sardin asingkan ikan dari sos & letak tepi
2. Kisar bawang besar, bawang putih, halia, jintan manis & jintan putih. Letak tepi
3. Panaskan minyak goreng sekejab ikan sardin
4. Minyak yang sama tumiskan bahan kisar tadi sampai naik bau.
5. Masukkan kicap pekat & kicap manis
6. Masukkan sos sardin tadi. Kalau rasa tak nak masuk pun tak apa.
7. Masukkan ikan sardin yang dah siap di goreng
8. Masukkan hirisan bawang besar & kalau suka pedas masukkan cili padi.
9. Masak sekejab & perasakan dengan garam kalau belum cukup masin.
10. Tutup api & hidangkan.
* Bagi memudahkan hangpa masak pepagi buta, bahan kisar boleh buat siap2 malam hari sebelum tidur & simpan dalam peti sejuk. Pagi nak masak boleh terus keluarkan & guna.
Jadi sila print siap siap resepi ni & simpan sebagai salah satu menu untuk sahur hangpa sepanjang bulan puasa. Nak2 lagi yang bujang tu. Tak payah satgi orang posa hangpa dok buat cerita sedih sahur dengan biskut kering & teh o panas ja. Tunjukkan orang bujang pun bersahur dengan nasi berlauk hehehehe.
Selamat mencuba resepi ringkas, mudah & sedap ni. Simpan stok ikan sardin siap siap sebelum masuk bulan puasa ok! Manatau emergency sardin pun berguna jugak. hehehehe
Ni kalau langsung dah tiada idea nak buka dengan apa .. memang ok ni, mudah dan ringkas.
ReplyDeleteokayy kena try buhh kicapp nih. selalu masak yang masam masam. heheeh. buh air asam jawa bebanyak
ReplyDeleteUyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan
Kita tak makan sardine. Anak-anak pulak tak suka makanan berkicap. Tapi takpalah lepas baca entri ni tetiba rasa nak buat sardin masak kari pulak. Hahaha!
ReplyDelete